Perjanjian Baru 2023
4–10 September. 1 Korintus 14–16: “Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”


“4–10 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“4–10 September. 1 Korintus 14–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Imej
kolam pembaptisan di bait suci

4–10 September

1 Korintus 14–16

“Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”

Catatkan tanggapan anda semasa anda baca 1 Korintus 14–16. Berdoa tentang apa yang Roh ajarkan anda, dan tanya Bapa Syurgawi jika ada lebih lagi yang Dia hendak anda belajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Kerana Gereja dan ajaran-ajarannya masih baru di Korintus, memang difahami bahawa para Orang Suci Korintus rasa keliru. Paulus sudah ajarkan mereka asas kebenaran injil: “Kristus mati kerana dosa kita … Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula” (1 Korintus 15:3–4). Tetapi ada ahli Gereja mula mengajar bahawa “orang mati tidak akan dibangkitkan” (1 Korintus 15:12). Paulus merayu mereka untuk “berpegang kepadanya dengan teguh” kebenaran yang sudah diajarkan kepada mereka (1 Korintus 15:2). Apabila kita menemui pendapat mengenai kebenaran injil yang bertentangan, kita haruslah ingat bahawa “Tuhan ialah Tuhan yang suka akan ketertiban [kedamaian], bukan kekacauan” (1 Korintus 14:33). Mendengar kepada hamba Tuhan dan berpegang pada kebenaran yang mereka ajarkan boleh membantu kita mencari kedamaian dan “teguh dalam hidup sebagai orang Kristian” (1 Korintus 16:13).

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Korintus 14

Saya boleh carikan kurnia nubuat.

Apakah itu kurnia nubuat? Adakah ia keupayaan untuk meramalkan masa depan? Adakah ia hanya untuk nabi? Atau sesiapa pun boleh menerima kurnia ini?

Renungkan soalan-soalan ini semasa anda mengkaji 1 Korintus 14:3, 31, 39–40. Anda juga boleh membaca Wahyu 19:10 dan “Nubuat, Bernubuat” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Berdasarkan apa yang anda pelajari, bagaimana anda akan mendefinisikan kurnia nubuat? Apakah maksud Paulus apabila dia jemput bangsa Korintus untuk “berusahalah untuk menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan”? (1 Korintus 14:39). Bagaimana boleh anda menerima jemputan ini?

Lihat juga Yoel 2:28–29; Alma 17:3; Ajaran dan Perjanjian 11:23–28.

1 Korintus 14:34–35

Bagaimanakah penyataan tentang wanita dalam ayat-ayat ini berguna hari ini?

Pada zaman Paulus, terdapat tanggapan berbeza tentang bagaimana wanita terlibat dalam masyarakat, termasuk dalam pertemuan gereja. Apa pun ajaran-ajaran dalam 1 Korintus 14:34–35 yang khusus untuk zaman Paulus, ia tidak bermakna wanita tidak boleh bercakap dan memimpin dalam Gereja hari ini. Presiden Russell M. Nelson berkata kepada para wanita Gereja hari ini: “Kami … perlu kekuatanmu, penukaran hatimu, keyakinanmu, kemampuanmu untuk memimpin, kebijaksanaanmu, dan suaramu. Kerajaan Tuhan tidak dapat lengkap tanpa wanita yang membuat perjanjian kudus dan taat kepada perjanjian itu, wanita yang dapat berbicara dengan kuasa dan kewenangan Tuhan! (“Suatu Rayuan Kepada Para Saudari Saya,” Liahona, Nov. 2015, 96).

1 Korintus 15:1–34, 53–58

Yesus Kristus memperoleh kemenangan atas kematian.

Kebangkitan Yesus Kristus adalah begitu asas kepada agama Kristian, seseorang boleh berkata bahawa tanpanya tidak ada agama Kristian—dalam kata Paulus, “maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka” (1 Korintus 15:14). Tetapi ada Orang Suci Korintus mengajar bahawa “orang mati tidak akan dibangkitkan” (1 Korintus 15:12). Semasa anda membaca jawapan Paulus dalam 1 Korintus 15, renungkan seketika bagaimana kehidupan anda akan berbeza jika anda tidak percaya pada Kebangkitan (lihat 2 Nefi 9:6–19; Alma 40:19–23; Ajaran dan Perjanjian 93:33–34). Apakah maksud frasa “Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka kepercayaan kamu itu khayalan belaka” bagi anda? (ayat 17).

Ingat juga bahawa Paulus merujuk kepada pembaptisan bagi orang mati sebagai bukti kenyataan kebangkitan (lihat 1 Korintus 15:29). Bagaimanakah pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga menguatkan iman anda dalam ajaran kebangkitan?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 138:11–37.

1 Korintus 15:35–54

Tubuh badan yang sudah bangkit berbeza dengan tubuh badan fana.

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah rupa tubuh badan yang sudah bangkit? Menurut 1 Korintus 15:35, sesetengah bangsa Korintus tertanya soalan yang sama. Baca jawapan Paulus dalam ayat 36–54, dan perhatikan perkataan atau frasa yang menghuraikan perbezaan di antara tubuh badan fana dan tubuh badan yang sudah bangkit. Semasa anda lakukannya, anda boleh membandingkan ayat 40–42 dengan Ajaran dan Perjanjian 76:50–112. Apakah yang wahyu kepada Nabi Joseph Smith ini tambahkan kepada pemahaman anda? (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, 1 Korintus 15:40 [dalam 1 Korintus 15:40, nota kakia]). Mengapakah kebenaran-kebenaran ini berharga bagi anda?

Lihat juga Lukas 24:39; Alma 11:43–45; Ajaran dan Perjanjian 88:14–33.

Imej
matahari terbit

“Keindahan matahari lain daripada keindahan bulan” (1 Korintus 15:41).

Imej
ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

1 Korintus 15:29.Kita belajar dari ayat 29 bahawa orang Kristian zaman dahulu melakukan pembaptisan untuk orang mati, seperti yang kita lakukan dalam Gereja hari ini. Bagaimanakah kita akan jelaskan kepada orang lain mengapa kita dibaptiskan untuk pihak nenek moyang kita? Apakah yang keluarga kita lakukan untuk menyediakan tatacara bait suci bagi nenek moyang kita yang sudah mati? Anda boleh mencari lebih banyak sumber tentang topik ini di FamilySearch.org.

1 Korintus 15:35–54.Apakah objek atau gambar yang anda boleh tunjukkan untuk bantu keluarga anda fahami istilah-istilah yang Paulus gunakan untuk menggambarkan bagaimana tubuh badan fana berbeza daripada tubuh badan yang sudah bangkit? Contohnya, untuk tunjukkan perbezaan di antara tubuh yang fana dan tubuh yang abadi (lihat ayat 52–54) anda boleh tunjukkan logam yang berkarat dan logam yang tidak berkarat. Atau anda boleh bandingkan sesuatu benda yang lemah dengan sesuatu benda yang kuat (lihat ayat 43).

1 Korintus 15:55–57.Satu perbincangan tentang ayat-ayat ini boleh menjadi sangat bermakna jika keluarga anda tahu seseorang yang sudah meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga boleh memberi saksi tentang bagaimana Yesus Kristus menanggalkan “sengat maut” (ayat 56).

1 Korintus 16:13.Untuk membantu ahli keluarga anda tahu ayat ini, anda boleh lukiskan satu bulatan di lantai dan minta seorang ahli keluarga untuk “berdiri teguh” dalam bulatan itu dengan matanya tertutup. Kemudian orang lain boleh cuba menolak atau menarik dia dari bulatan itu. Apakah perbezaannya apabila orang dalam bulatan itu membuka matanya dan boleh “melihat”? Apakah yang kita boleh lakukan untuk “berdiri teguh” apabila kita tergoda untuk membuat pilihan yang tidak baik?

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Dia Bangkit,” Nyanyian Rohani, no. 85.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari pola. Kita dapat cari pola yang menunjukkan bagaimana Tuhan lakukan pekerjaan-Nya dalam tulisan suci. Apakah pola yang anda temui dalam 1 Korintus 14 yang membantu kita fahami bagaimana untuk mengajar dan mengangkat satu sama lain?

Imej
Kristus muncul kepada Maria pada taman kuburan

Why Weepest Thou [Mengapakah Engkau Menangis], © Simon Dewey 2021. Digunakan dengan kebenaran dari Altus Fine Art/www.altusfineart.com

Cetak