Perjanjian Baru 2023
28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13: “Kamu Semua Tubuh Kristus”


“28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

pertemuan sakramen

28 Ogos–3 September

1 Korintus 8–13

“Kamu Semua Tubuh Kristus”

Semasa anda baca dengan penuh doa 1 Korintus 8–13, Roh Kudus mungkin berbicara kepada anda dalam cara halus (lihat 1 Raja-Raja 19:11–12). Mencatat tanggapan ini akan bantu anda mengingat kembali perasaan dan tanggapan anda semasa pembelajaran anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada masa Paulus, Korintus ialah satu pusat dagangan yang kaya dengan penduduk daripada seluruh Empayar Roma. Dengan begitu banyak budaya dan agama dalam bandar itu, para ahli Gereja dalam Korintus bergelut untuk kekalkan kesatuan, jadi Paulus mengajar mereka untuk mencari kesatuan dalam kepercayaan mereka kepada Kristus. Kesatuan ini lebih daripada hidup bersama secara damai, Paulus tidak minta mereka untuk bertoleransi perbezaan sesama sahaja. Tetapi, dia ajarkan bahawa apabila anda menyertai Gereja Yesus Kristus, anda “sudah dibaptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh,” dan setiap bahagian badan diperlukan (1 Korintus 12:13). Apabila satu ahli telah hilang, ia seperti kehilangan sebahagian anggota badan, dan disebabkan itu badan menjadi lebih lemah. Apabila satu ahli menderita, kita semua harus merasakannya dan cuba untuk melegakannya. Dalam kesatuan ini, perbezaan bukan sahaja diakui tetapi dihargai, kerana tanpa ahli dengan pelbagai kurnia dan kemahiran, badan tersebut akan menjadi terhad. Jadi, tidak kira anda sentiasa rasa seperti di rumah ketika di Gereja atau tertanya jika anda berada di tempat yang betul, pesanan Paulus kepada anda ialah kesatuan bukanlah kesamaan. Anda perlukan rakan Orang Suci anda, dan rakan Orang Suci anda perlukan anda.

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Korintus 10:1–13

Tuhan menyediakan cara untuk melarikan diri daripada godaan.

Pengalaman rohani, walaupun yang mukjizat, tidak mengecualikan kita daripada godaan yang “biasa dialami orang” (1 Korintus 10:13). Kemungkinan ini satu sebab Paulus menulis tentang bagaimana orang Israel pada masa Musa bergelut dengan godaan, walaupun mereka telah menyaksikan banyak mukjizat yang besar (lihat Keluaran 13:21; 14:13–31). Apabila anda membaca 1 Korintus 10:1–13, apakah amaran dalam pengalaman Orang Israel yang anda boleh guna? Apakah “jalan keluar” daripada godaan yang Bapa Syurgawi telah sediakan untuk anda? (lihat juga Alma 13:27–30; 3 Nefi 18:18–19).

1 Korintus 10:16–17; 11:16–30

Sakramen menyatukan kita sebagai ahli Gereja Kristus.

Walaupun sakramen melibatkan komitmen peribadi di antara anda dan Tuhan, ia juga satu pengalaman yang anda berkongsi dengan orang lain. Kita sering mengambil sakramen bersama, sebagai satu tubuh (kumpulan) Orang Suci. Baca apa yang Paulus ajarkan tentang sakramen, dan fikirkan bagaimana tatacara kudus ini boleh membantu “banyak” menjadi “satu” dalam Kristus (1 Korintus 10:17). Bagaimanakah mengambil sakramen membantu anda merasa lebih dekat kepada Kristus dan para penganut yang lain? Bagaimanakah ayat-ayat ini mempengaruhi perasaan anda tentang sakramen dan cara anda bersedia untuknya?

1 Korintus 11:11

Dalam rancangan Tuhan, lelaki dan wanita memerlukan satu sama lain.

Dalam 1 Korintus 11:4–15, Paulus merujuk kepada adat kebudayaan yang kita tidak ikut hari ini. Walau bagaimanapun, Paulus juga mengajar kebenaran penting yang digunakan secara abadi, yang terdapat dalam ayat 11. Apakah maksud ayat ini, dan mengapakah ia penting? Elder David A. Bednar mengajarkan, “Lelaki dan wanita bertujuan untuk saling belajar, menguatkan, memberkati, dan melengkapkan satu sama lain” (“We Believe in Being Chaste,” Liahona, Mei 2013, 42). Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi sebuah perkahwinan? Bagaimanakah ia mempengaruhi cara kita melayani dalam Gereja?

Lihat juga Jean B. Bingham, “Bersatu dalam Mencapai Pekerjaan Tuhan,” Liahona, Mei 2020, 60–63.

1 Korintus 12–13

Kurniaan rohani diberi untuk memanfaatkan semua anak Bapa Syurgawi.

Senarai kurnia rohani dalam 1 Korintus 12–13 tidak lengkap. Tetapi ia bagus untuk mula kenal pasti dan merenungkan kurnia rohani yang Bapa Syurgawi telah berikan kepada anda. Semasa anda membaca senarai kurnia-kurnia Paulus, anda boleh tambah beberapa yang anda perhatikan dalam orang lain, dalam diri anda, atau orang-orang dalam tulisan suci. Jika anda ada berkat bapa bangsa, ia turut menyebut beberapa kurnia rohani anda. Bagaimanakah kurnia-kurnia ini membantu anda memberkati orang lain? Pertimbangkan bagaimana anda boleh “berhasrat untuk memperoleh kurnia-kurnia yang lebih utama” (1 Korintus 12:31).

Lihat juga 1 Korintus 14; Moroni 10:8–21, 30; Ajaran dan Perjanjian 46:8–26; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:7.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

1 Korintus 9:24–27.Kerana Paulus menyamakan menjalankan injil seperti lari lumba, anda boleh adakan satu perlumbaan untuk menggambarkan maksudnya. Anugerahkan satu mahkota kepada semua yang menamatkan perlumbaan itu, dan bincangkan bagaimana semua yang tekun dalam mengikuti Yesus Kristus dalam hidup ini akan memenangi anugerah yang “tidak akan rosak” (1 Korintus 9:25; lihat juga 2 Timotius 4:7–8). Apakah yang seorang pelari lakukan untuk persediaan perlumbaan? Apakah yang kita boleh lakukan untuk bersedia kembali kepada Bapa Syurgawi?

pelari di atas trek

Paulus membandingkan pengamalan injil kepada perlumbaan lari.

1 Korintus 12:1–11.Selepas membaca ayat-ayat ini, pertimbangkan memberi setiap orang sekeping kertas dengan nama ahli keluarga yang lain padanya. Minta semua orang untuk senaraikan kurnia rohani yang mereka tahu seseorang itu miliki. Anda boleh bergilir edarkan kertas itu dalam bulatan sehingga semua orang berpeluang untuk tulis kurnia setiap ahli keluarga.

1 Korintus 12:3.Mengapakah perlu adanya Roh Kudus untuk memperoleh kesaksian tentang Yesus Kristus? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menjemput Roh Kudus untuk memperkuatkan kesaksian kita tentang Dia.

1 Korintus 12:12–27.Analogi Paulus tentang satu badan mungkin boleh menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk membincangkan tentang perpaduan keluarga. Contohnya, ahli keluarga boleh melukis satu badan yang terdiri dari mata atau telinga sahaja (lihat ayat 17). Apakah yang ayat ini cadangkan tentang bagaimana kita harus melayani satu sama lain sebagai ahli keluarga?

1 Korintus 13:4–8.Definisi Paulus tentang kasih ihsan mungkin boleh menjadi moto yang mengilhami untuk keluarga anda. Anda boleh tugaskan ahli keluarga untuk kaji frasa dalam ayat 4–8 dan ajar seluruh keluarga maksudnya menggunakan definisi, contoh, dan pengalaman peribadi. Bagaimanakah Juruselamat merupakan teladan sifat-sifat ini? Anda juga boleh membuat poster bersama untuk setiap sifat ini dan paparkannya di seluruh rumah. Jadi kreatif!

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Kasih yang Diucapkan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 102–103.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tunjukkan satu ayat suci. Paparkan satu ayat yang anda rasa bermakna dan letakkannya di mana ahli keluarga anda melihatnya selalu. Jemput ahli keluarga lain bergilir memilih satu ayat suci untuk dipaparkan.

pertemuan sakramen

“Semasa roti dibahagi-bahagikan untuk dimakan bersama-sama, hal ini menunjukkan bahawa kita bersatu dalam tubuh Kristus. Kita yang banyak ini satu tubuh, kerana hanya ada satu roti” (1 Korintus 10:16–17).