Perjanjian Baru 2023
28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13: “Kamu Semua Tubuh Kristus”


“28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“28 Ogos–3 September. 1 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
pertemuan sakramen

28 Ogos–3 September

1 Korintus 8–13

“Kamu Semua Tubuh Kristus”

Ketika anda membaca 1 Korintus 8–13, dengarkan dorongan dari Roh tentang bagaimana untuk mengajar asas-asas dalam bab-bab ini. Ingat bahawa semua idea aktiviti boleh diubah untuk kanak-kanak yang lebih tua dan yang lebih kecil.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka lakukan semasa pertemuan sakramen untuk memikirkan tentang Yesus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Korintus 10:13

Bapa Syurgawi akan membantu saya membuat pilihan-pilihan yang soleh.

Ia tidak selalu mudah untuk memilih yang benar, dan Bapa Syurgawi tahu itu. Apabila kita meminta, Dia akan membantu kita kerana Dia mahu kita berjaya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Korintus 10:13 kepada kanak-kanak, menjemput mereka untuk menggelengkan kepala apabila mereka mendengar perkataan “dicubai [digoda]” atau “cubaan [godaan].” Jelaskan maksud ayat ini kepada anda.

  • Beritahu beberapa cerita pendek tentang orang yang tidak lama lagi akan membuat pilihan yang tidak baik. Semasa kanak-kanak mendengar, jemput mereka untuk mengangkat tangan mereka atau tanda berhenti kertas apabila orang dalam cerita itu membuat pilihan yang salah. Apakah pilihan yang betul? Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi akan membantu kita memilih yang benar.

  • Tunjukkan gambar Yesus, dan nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang Dia, seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40). Bincangkan bagaimana mengingati Yesus membantu anda membuat pilihan yang baik. Tunjukkan gambar-gambar tentang hal-hal yang lain yang membantu kita membuat pilihan-pilihan yang baik, seperti ibu bapa atau kitab suci. Tanya kanak-kanak apa yang membantu mereka membuat pilihan-pilihan yang baik.

1 Korintus 12:4, 7–12

Bapa Syurgawi telah memberkati saya dengan kurnia-kurnia rohani.

Bapa Syurgawi telah memberikan semua anak-Nya kurnia-kurnia rohani. Apakah kurnia-kurnia rohani yang anda melihat di dalam kanak-kanak yang anda mengajar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta mereka untuk melukis gambar tentang hadiah kegemaran mereka yang mereka telah menerima. Terangkan bahawa Bapa Syurgawi memberikan kita kurnia rohani untuk memperkuatkan iman kita dan membantu kita memberkati orang lain. Kongsi dengan kanak-kanak beberapa kurnia rohani yang digambarkan dalam 1 Korintus 12:7–11.

  • Tulis nota untuk setiap kanak-kanak, menggambarkan satu kurnia rohani yang anda telah melihat di dalam dia (atau anda boleh menjemput ibu bapa untuk menulis nota-nota ini). Letakkan nota-nota dalam sampul surat. Benarkan kanak-kanak membuka sampul surat, dan bantu mereka membaca tentang kurnia rohani mereka.

Imej
kotak-kotak hadiah

Bapa Syurgawi telah berikan semua anak-Nya kurnia rohani.

1 Korintus 13

Saya dapat mengasihi orang lain.

Tulisan suci mengajar bahawa kasih ihsan adalah “kasih suci Kristus” (Moroni 7:47). Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mengembangkan dan menyatakan kasih seperti Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Korintus 13:13 dan Moroni 7:47, dan bantu kanak-kanak mengulangi frasa “kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.” Tunjukkan gambar-gambar tentang Yesus yang penuh kasih dan baik hati, dan tanya kanak-kanak bagaimana Dia menunjukkan kasih kepada orang lain (lihat Buku Seni Injil untuk idea).

  • Nyanyi sebuah lagu tentang mengasihi orang lain, seperti “Kasihilah Sesama” atau “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39, 74), dengan kanak-kanak. Tunjukkan gambar orang yang berbeza (seperti ibu bapa, adik beradik, guru, atau rakan), dan minta kanak-kanak berkongsi bagaimana mereka boleh melayani orang itu. Jemput kanak-kanak untuk memikirkan seseorang yang mereka boleh melayani dan kemudian tulis nota atau lukiskan gambar untuk diberikan kepada orang itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Korintus 10:13

Bapa Syurgawi akan membantu saya menolak godaan.

Janji-janji dalam ayat ini dapat memberi kanak-kanak keyakinan bahawa mereka boleh menentang godaan dengan bantuan Bapa Syurgawi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca 1 Korintus 10:13 dalam pasangan dan meringkaskan ayat suci dalam kata mereka sendiri. Minta kanak-kanak untuk mengongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi membantu mereka mengelakkan atau menolak godaan. Apakah yang dapat kita lakukan untuk bergantung pada Bapa Syurgawi apabila kita digoda?

  • Tulis godaan yang kanak-kanak mungkin hadapi pada masa ini di kepingan kertas. Minta kanak-kanak untuk mengambil satu keping kertas dan kongsi apa yang Bapa Syurgawi telah memberi untuk membantu kita mengelak atau menolak godaan-godaan ini. Untuk idea-idea, baca bersama Alma 13:28–29.

1 Korintus 11:23–29

Semasa sakramen, saya boleh berfikir tentang bagaimana saya mengikut Juruselamat.

Bantu kanak-kanak yang anda ajar lihat bahawa sakramen adalah peluang untuk “memeriksa” diri mereka sendiri dan memperbaharui perjanjian pembaptisan mereka untuk melayani Tuhan dan mematuhi perintah-perintah-Nya (1 Korintus 11:28).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca 1 Korintus 11:28. Apakah maksudnya untuk “memeriksa” diri kita sebelum mengambil sakramen? Minta kanak-kanak memikirkan orang lain yang memeriksa sesuatu, seperti doktor, detektif, atau saintis (contohnya, doktor memeriksa kita untuk memastikan kita sihat). Apabila kita mengambil sakramen, apakah yang kita boleh lakukan untuk memeriksa bagaimana kita menjalani perjanjian pembaptisan kita?

  • Minta kanak-kanak untuk membuat senarai tentang hal-hal yang mereka boleh memikirkan apabila mereka mengambil sakramen. Jemput mereka untuk menggunakan senarai mereka sebagai peringatan untuk memeriksa diri mereka semasa sakramen.

1 Korintus 12:4, 7–12, 31; 13:1–8

Saya mempunyai kurnia-kurnia rohani.

Paulus mengajar bahawa kurnia-kurnia roh “diberikan kepada setiap orang” (1 Korintus 12:7). Asas ini boleh membantu kanak-kanak mengembangkan nilai diri mereka, terutamanya apabila mereka menggunakan kurnia-kurnia mereka untuk memberkati orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk menulis di papan kurnia-kurnia rohani yang mereka jumpai di 1 Korintus 12:7–11; 13:2. Jemput mereka untuk mencari kurnia tambahan yang disebut di Moroni 10:8–18 dan Ajaran dan Perjanjian 46:13–26. Kongsi dengan mereka beberapa kurnia rohani tambahan yang disebut oleh Elder Marvin J. Ashton: “Kurnia meminta; kurnia mendengar; … kurnia untuk mengelakkan pertikaian; … kurnia untuk mencari yang soleh; kurnia untuk tidak menghakimi; kurnia mencari bimbimgan daripada Tuhan; … kurnia menjaga orang lain; … kurnia memberi doa; kurnia untuk memberikan kesaksian yang hebat” (“There Are Many Gifts,” Ensign, Nov. 1987, 20). Jemput kanak-kanak untuk berbincang tentang kurnia-kurnia rohani yang mereka lihat di dalam satu sama lain.

  • Sebelum kelas, tanya ibu bapa kanak-kanak dalam kelas anda tentang kurnia yang mereka lihat pada anak-anak mereka, atau fikirkan sendiri tentang kurnia kanak-kanak itu. Beritahu kanak-kanak tentang kurnia-kurnia ini. Jemput kanak-kanak untuk menulis satu cara mereka akan menggunakan kurnia mereka untuk memberkati seseorang minggu ini.

  • Kongsi situasi-situasi berbeza di mana orang dapat menggunakan kurnia rohani dari 1 Korintus 12:7–10. Jemput kanak-kanak untuk mengenali kurnia-kurnia rohani yang dapat digunakan dalam setiap situasi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Cadangkan kanak-kanak untuk membincangkan sesuatu yang anda bincangkan di kelas dengan keluarga mereka. Contohnya, anda boleh menjemput kanak-kanak untuk berkongsi kurnia rohani mereka dengan keluarga mereka dan bertanya kepada ahli keluarga mereka apakah kurnia mereka

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memberi jemputan yang menghormati hak pilihan. Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk bertindak menurut apa yang mereka belajar, fikirkan cara-cara untuk menghormati hak pilihan mereka. Mempertimbangkan menjemput mereka untuk memikirkan cara mereka sendiri untuk menggunakan apa yang mereka telah belajar.

Cetak