Perjanjian Baru 2023
11–17 September. 2 Korintus 1–7: “Membolehkan Tuhan [Mendamaikan] Kamu”


“11–17 September. 2 Korintus 1–7: ‘Membolehkan Tuhan [Mendamaikan] Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“11–17 September. 2 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus Kristus

11–17 September

2 Korintus 1–7

“Membolehkan Tuhan [Mendamaikan] Kamu”

Mulakan persediaan anda dengan membaca 2 Korintus 1–7. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda mempelajari bab-bab ini, dan panduan ini boleh memberi anda idea pengajaran.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa kanak-kanak dalam kelas anda mungkin telah menulis surat minggu ini tentang bagaimana ahli keluarga adalah contoh yang baik seorang pengikut Yesus Kristus (lihat panduan minggu ini dalam Iktutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Sekiranya mereka telah lakukannya, terlebih dahulu mintalah mereka untuk berkongsi sepucuk surat di kelas. Atau meminta kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

2 Korintus 1:3–4

Bapa Syurgawi menghibur saya, dan saya boleh menghibur orang lain.

Bagaimanakah anda memberi keyakinan kepada kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi akan menghibur mereka? Bagaimanakah anda dapat menggalakkan mereka untuk menghibur orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa perkara yang memberikan keselesaan, seperti selimut atau pembalut. Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang menghibur mereka sewaktu mereka sedih atau takut atau mempunyai masalah lain. Baca 2 Korintus 1:3–4 dengan kanak-kanak, dan jelaskan bahawa “kesusahan” adalah perkataan lain untuk masalah yang sangat sukar. Kongsi beberapa cara Bapa Syurgawi telah menghiburkan anda, dan bersaksi bahawa Dia akan menghiburkan kanak-kanak juga.

  • Tunjukkan gambar orang yang sedang dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 103–4) semasa anda membaca 2 Korintus 1:4 kepada kanak-kanak. Jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, kita berjanji untuk menghiburkan orang lain. Bagaimanakah kita dapat mengikuti nasihat Paulus untuk “menghibur mereka yang berada dalam bermacam-macam penderitaan”?

2 Korintus 2:7–8, 10

Saya boleh mengampuni orang lain.

Pilihlah dari beberapa aktiviti berikut—atau idea anda sendiri—untuk membantu memperkuatkan keinginan kanak-kanak untuk mengampuni orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa Paulus ingin Orang Suci di Korintus mengampuni seorang yang telah berdosa. Baca 2 Korintus 2:7–8, 10, dan jemput kanak-kanak untuk meletakkan tangan mereka di atas hati mereka setiap kali mereka mendengar perkataan mengampuni dan diampunkan.

  • Jemputlah kanak-kanak untuk melakonkan peranan bagaimana mereka akan bertindak di dalam keadaan ketika seseorang telah melakukan sesuatu yang tidak baik. Minta mereka bergilir untuk mengucap “Saya minta maaf” dan “Saya mengampuni anda.” Bagaimanakah kita membantu orang lain untuk tahu bahawa kita mengampuni mereka? Jelaskan satu cara mungkin “sungguh-sungguh mengasihi mereka,” atau menunjukkan kasih kepada mereka (2 Korintus 2:8).

2 Korintus 4:1–2

Saya percaya kita harus jujur.

Paulus mengajarkan bahawa hamba Kristus “tidak menggunakan cara gelap yang memalukan [tidak jujur].” Renungkan cara yang anda dapat memperkuatkan keinginan kanak-kanak untuk menjadi jujur di segala hal.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk menghafal ayat “Kami percaya harus jujur” (Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13). Tulis frasa ini pada gelang kertas yang kanak-kanak boleh hias dan pakai. Jelaskan bahawa bersikap jujur termasuk memberitahu kebenaran.

  • Minta kanak-kanak untuk mengangkat tangan mereka ketika anda mengucap sesuatu yang benar dan merendahkan tangan mereka anda mengucap sesuatu yang tidak benar. Jadikan mudah tetapi kenyataan yang ketara, seperti “Hari ini adalah Hari Ahad” atau “Saya mempunyai tiga hidung.” Ulangi aktiviti tersebut beberapa kali, minta kanak-kanak bergilir menjadi orang yang membuat kenyataan yang benar dan tidak benar. Mengapakah Bapa Syurgawi mahu kita memberitahu kebenaran?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

2 Korintus 1:3–4

Bapa Syurgawi menghibur saya, dan saya boleh menghibur orang lain.

Mengingati bagaimana Tuhan telah menghiburkan kita mengilhami kita untuk menawarkan penghiburan kepada orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Semasa anda membaca 2 Korintus 1:3–4, minta kanak-kanak untuk mendengar jawapan kepada soalan “Apakah yang Tuhan telah lakukan untuk kita?” Bantu kanak-kanak untuk menyenaraikan cara-cara Tuhan menghiburkan kita. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman semasa mereka sedih atau risau atau takut dan Tuhan telah menghiburkan mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara kita boleh menepati perjanjian pembaptisan kita untuk menghiburkan orang lain (lihat Mosia 18:9). Berikan mereka masa untuk fikirkan tentang seseorang yang mereka kenali yang memerlukan penghiburan dan membuat pelan untuk menjangkau kepada orang tersebut.

2 Korintus 2:5–11

Saya boleh mengampuni orang lain.

Adalah sukar untuk mengampuni orang lain ketika mereka bersikap tidak baik terhadap kita. Tetapi kanak-kanak yang anda ajari akan mengalami kasih, kedamaian, dan kegembiraan semasa mereka belajar untuk mengampuni.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kepada kanak-kanak bahawa seseorang di Korintus telah berdosa dan “menyebabkan kesedihan” kepada Orang suci (lihat 2 Korintus 2:5). Minta kanak-kanak untuk mencari 2 Korintus 2:7–8 untuk tahu apa yang Paulus ingin Orang suci untuk lakukan.

  • Kongsi pengalaman apabila anda memaafkan seseorang—atau seseorang memaafkan anda—dan terangkan perasaan anda selepas itu. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka dengan keampunan.

2 Korintus 5:6–7

Saya “berjalan kerana iman, bukan kerana melihat.”

Pertimbangkan bagaimana anda dapat menggalakkan kanak-kanak untuk mematuhi perintah-perintah Tuhan bahkan ketika mereka tidak dapat secara terus melihat berkat yang mereka inginkan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 2 Korintus 5:6–7 dan Alma 32:21 bersama kanak-kanak, dan minta mereka mencari perkataan dan frasa yang membantu menjelaskan makna iman. Minta mereka menulis definisi mereka dan berkongsi dengan satu sama lain.

  • Jemput salah seorang kanak-kanak untuk menutup matanya, dan minta kanak-kanak lain untuk memberikan arahan untuk membantu dia menyelesaikan tugas seperti membina menara dengan blok atau berjalan melintasi bilik. Bagaimanakah aktiviti ini membantu kita memahami maksud untuk “berjalan kerana iman” kepada Tuhan?

  • Kongsi pengalaman apabila anda berjalan dengan iman, dan galakkan kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman.

2 Korintus 7:8–10

Sukacita menurut kehendak Tuhan mendorong saya untuk bertaubat.

Ia adalah semula jadi untuk berasa segan atau malu apabila kita ditangkap melakukan sesuatu yang salah. Bantu kanak-kanak membezakan perasaan ini daripada kesedihan soleh, yang membawa kepada pertaubatan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa dalam 2 Korintus 7:8–10, Paulus merujuk kepada surat yang dia telah tulis sebelumnya kepada Orang Suci, dengan berani memperingatkan mereka tentang dosa mereka. Bacalah ayat-ayat ini bersama. Mengapakah Paulus bersukacita bahawa para Orang suci sedang berdukacita? Tegaskan bahawa dukacita ini dipanggil dukacita menurut kehendak Tuhan.

  • Minta kanak-kanak berfikir tentang masa ketika mereka melakukan sesuatu yang salah dan berasa buruk tentangnya. Jemput mereka untuk bertanya kepada diri mereka sendiri, “Mengapa saya berasa buruk?” dan kemudian berkongsi jawapan mereka. Tulis jawapan mereka pada papan tulis (contohnya, “Saya takut saya akan menghadapi masalah” atau “Saya tahu saya telah mengecewakan Bapa Syurgawi” atau “Saya membuat seseorang menangis”). Manakah jawapan di papan tulis yang menyatakan “dukacita menurut kehendak Tuhan”? (2 Korintus 7:10). Mengapakah dukacita mengikut kehendak Tuhan adalah lebih baik berbanding dukacita lain yang kita rasakan selepas melakukan sesuatu yang salah?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka salah satu aktiviti dari kelas hari ini, mungkin semasa malam keluarga.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tunjukkan satu ayat suci. Pilih satu sayat tulisan suci yang anda rasa bermakna, dan paparkan di dalam bilik kelas anda di mana kanak-kanak akan sering melihatnya. Malah kanak-kanak boleh bergilir memilih tulisan suci untuk dipaparkan.

Cetak