“18–24 September. 2 Korintus 8–13: ‘Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi Dengan Senang Hati,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“18–24 September. 2 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
18–24 September
2 Korintus 8–13
“Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi Dengan Senang Hati”
Idea-idea terbaik untuk mengajar kanak-kanak dalam kelas anda akan datang apabila anda berdoa dan mengkaji 2 Korintus 8–13 dengan kanak-kanak dalam minda. Idea pengajaran tambahan boleh didapati dalam panduan ini.
Jemput Perkongsian
Satu cara baik untuk menjemput perkongsian di antara kanak-kanak adalah mengingatkan mereka tentang sesuatu yang anda minta mereka buat dalam kelas sebelum ini. Minta mereka berkongsi pengalaman mereka.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh memberi kepada orang yang memerlukan dengan senang hati.
Ia sentiasa baik untuk melayani orang lain, tetapi ia lebih baik untuk melayani dengan senang hati. Pertimbangkan apa yang memberi setiap kanak-kanak ilham untuk menjadi “orang yang memberi dengan senang hati.”
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa “Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati” (2 Korintus 9:7). Apa maksudnya untuk menjadi “orang yang memberi dengan senang hati”? Tunjukkan gambar satu muka gembira dan satu muka sedih, dan tanya kanak-kanak orang mana yang kelihatan seorang yang memberi dengan senang hati.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang pelayanan, seperti “Kami Senang Membantu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 108), beberapa kali. Untuk kali pertama, minta kanak-kanak menyanyi dengan senang hati; kemudian minta mereka nyanyi lagu itu dengan emosi atau sikap yang berlainan, seperti sedih, letih, marah, atau takut. Ingatkan kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi mahu kita membantu orang lain dengan gembira. Kemudian nyanyi lagu itu dengan senang hati sekali lagi.
-
Bantu kanak-kanak membuat gambar-gambar muka senyuman dan muka yang berkerut dahi. Minta mereka untuk mengangkat gambar senyuman mereka apabila mereka mendengar perkataan senyuman atau tersenyum semasa mereka menyanyi “Senyum” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 128). Mereka boleh melakukan perkara yang sama dengan gambar berkerut dahi dan perkataan cemberut. Bantu kanak-kanak mengenal pasti muka mana yang ceria dan mana yang tidak. Jelaskan bahawa satu cara untuk menjadi ceria dan melayani orang lain adalah dengan senyum dan membantu orang lain senyum.
-
Rancangkan satu aktiviti kelas untuk melayan seseorang, seperti seorang kanak-kanak yang tidak menghadiri Sekolah Primer atau seorang ahli bahagian atau jiran yang memerlukan bantuan. Anda mungkin merancang untuk melawat orang ini di rumahnya, menulis nota atau melukis gambar, atau membuat makanan untuk dikongsi.
-
Jemput setiap kanak-kanak untuk merancang satu tindakan pelayanan yang senang hati untuk seorang ahli keluarganya. Pada ajaran minggu depan, minta mereka berkongsi apa yang mereka buat.
Bapa Syurgawi selalu menjawab doa, tetapi bukan selalu dalam cara yang kita harapkan.
Pengalaman Paulus berdoa untuk “penyakit yang sangat menyakitkan” disingkirkan mengajar kita bahawa Tuhan kadangkala menguatkan kita dalam cubaan kita daripada mengambilnya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjuk kanak-kanak satu tumbuhan dengan duri (atau gambar). Bantu mereka gambarkan bagaimana perasaan mereka jika terdapat duri yang tersangkut di dalam kulit mereka untuk masa yang lama. Ringkaskan 2 Korintus 12:7–10 kepada kanak-kanak, menjelaskan bahawa “penyakit [Paulus] yang sangat menyakitkan” adalah cubaan, sesuatu yang sukar dalam hidupnya. Walaupun Paulus meminta Tuhan untuk mengeluarkan percubaannya, Tuhan tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Tuhan mengajar Paulus bahawa percubaan boleh membantu kita belajar menjadi rendah hati dan mempercayai-Nya. Kemudian Tuhan boleh membuat kita kuat.
-
Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi tahu apa yang paling baik untuk kita, dan Dia akan memberi kita apa yang kita perlukan, walaupun ia berlainan daripada apa yang kita fikir kita perlukan. Anda juga boleh berkongsi satu pengalaman apabila doa-doa anda dijawab dalam cara atau masa yang lain daripada yang anda jangka.
-
Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang kasih Bapa Syurgawi, seperti “Doa Seorang Anak” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 6). Tanya kanak-kanak apa yang mereka akan katakan kepada seseorang yang tertanya sama ada Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa. Nyanyi lagu itu sekali lagi, dan tunjukkan kata-kata yang menggambarkan perasaan Bapa Syurgawi untuk kita.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya boleh memberi kepada orang yang memerlukan dengan senang hati.
Paulus mahu mengilhami Orang Suci untuk memberi kekayaan mereka untuk membantu orang miskin. Bagaimanakah anda akan menggunakan kata-katanya untuk mengilhamkan kanak-kanak untuk melayani orang lain?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis kata-kata 2 Korintus 9:7 di papan tulis, dengan perkataan-perkataan kunci dibiarkan kosong. Jemput kanak-kanak untuk meneka perkataan-perkataan yang hilang. Kemudian minta mereka baca ayat dalam kitab suci untuk mengisi tempat-tempat kosong. Apakah ertinya untuk memberi dengan “tidak rela, atau sukacita”? Apa maksudnya untuk menjadi “orang yang memberi dengan senang hati”?
-
Jemput kanak-kanak untuk membantu anda mencari gambar-gambar Juruselamat melayani orang lain (terdapat beberapa dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tanya mereka apa yang mereka lihat dalam gambar-gambar ini yang membantu mereka tahu bahawa Yesus melayan orang lain dengan kasih. Tetapkan matlamat sebagai kelas untuk menjawab ya apabila ahli keluarga atau orang lain meminta kita melayan dalam minggu yang akan datang, seperti membantu di rumah atau menjaga orang lain.
-
Bantu kanak-kanak menghias batu-batu kecil. Jelaskan bahawa ini adalah “batu pelayanan” yang mereka boleh bawa dalam poket mereka minggu ini untuk membantu mereka mengingati untuk melayani orang lain dengan ceria.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang pelayanan, seperti “Nyanyi Sangat Menyenangkan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 129). Bantu kanak-kanak memikirkan ayat-ayat baru kepada lagu yang menggambarkan pelbagai cara untuk melayani orang lain.
Bapa Syurgawi sentiasa menjawab doa-doa, tetapi Dia tidak selalu memberi semua yang saya minta.
Paulus meminta Tuhan untuk menghapuskan kelemahannya, tetapi Tuhan tahu bahawa kelemahan Paulus akan merendahkan hatinya dan Tuhan boleh menjadikannya kuat.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membandingkan 2 Korintus 12:9–10 dan Eter 12:27. Kata-kata atau frasa apa yang diulangkan? Apakah yang diajar oleh frasa-frasa ini? (Anda mungkin perlu menjelaskan bahawa Paulus sedang membandingkan percubaannya kepada sejenis penyakit yang sangat menyakitkan.) Apa yang Tuhan ajar Paulus tentang percubaan?
-
Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa percubaan yang manusia ada dalam hidup. Bantu mereka mempertimbangkan bagaimana seseorang boleh belajar daripada cubaan ini dan diberkati olehnya.
-
Minta kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila mereka berdoa untuk sesuatu dan tidak menerimanya. Minta mereka berkongsi apa yang mereka pelajari dari pengalaman itu. Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda dengan mereka. Bersaksi bahawa Bapa Syurgawi sentiasa menjawab doa-doa kita dalam cara dan pada masa yang akan paling memberkati kita.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk menjadi orang yang memberi dengan senang hati di rumah mereka pada minggu ini dan kongsi pengalaman pada minggu yang seterusnya tentang bagaimana mereka melayan seseorang yang memerlukan.