Perjanjian Baru 2023
4–10 September. 1 Korintus 14–16: “Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”


“4–10 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“4–10 September. 1 Korintus 14–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
kolam pembaptisan di bait suci

4–10 September

1 Korintus 14–16

“Tuhan ialah Tuhan yang Suka Akan Ketertiban, Bukan Kekacauan”

Semasa anda baca 1 Korintus 14–16, Roh Kudus akan membantu anda untuk tahu apa yang harus diajar dalam kelas anda. Mengulang kaji panduan untuk idea-idea tambahan.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh mulakan pengajaran minggu ini dengan membaca 1 Korintus 14:26 dengan lantang. Tegaskan bahawa apabila kita berkumpul di gereja, kita boleh meneguhkan (atau membina dan membantu) orang lain apabila kita berkongsi apa yang kita pelajari. Tanya kanak-kanak apa yang mereka boleh berkongsi untuk meneguhkan seseorang di kelas hari ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

1 Korintus 15:12–22

Saya boleh hidup bersama Bapa Syurgawi selepas saya meninggal dunia kerana Yesus Kristus sudah bangkit.

Bagaimanakah anda boleh mengajar kanak-kanak bahawa kerana Yesus Kristus telah dibangkitkan kita boleh hidup lagi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ulangkan frasa berikut bersama kanak-kanak beberapa kali: “Semua orang akan dihidupkan semula kerana tergolong satu dengan Kristus” (1 Korintus 15:22). Tunjukkan gambar Juruselamat yang telah dibangkitkan (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Jelaskan bahawa kita semua akan meninggal dunia suatu hari, kerana Yesus sudah bangkit, kita semua akan bangkit selepas kita meninggal dunia.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak jaket, yang mewakili badan jasmani kita. Semasa kita hidup, roh kita berada dalam badan kita dan badan kita boleh bergerak (pakai jaket). Apabila kita mati, roh kita meninggalkan badan jasmani kita dan badan kita tidak boleh bergerak (tanggalkan jaket dan letakkan di atas meja atau kerusi untuk mewakili badan tanpa rohnya). Apabila kita dibangkitkan, roh kita kembali kepada badan kita (pakai jaket itu sekali lagi), dan mereka tidak akan dipisahkan lagi. Minta kanak-kanak bergilir untuk memakai dan menanggalkan jaket itu semasa seorang kanak-kanak menjelaskan apa akan berlaku apabila kita dibangkitkan.

1 Korintus 15:29

Saya boleh dibaptiskan untuk orang yang sudah meninggal dunia.

Semasa kanak-kanak bersedia untuk pembaptisan mereka sendiri, pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu mereka menanti-nantikan juga peluang untuk dibaptiskan bagi orang mati.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka tidak boleh lakukan untuk diri mereka sendiri. Siapakah yang bantu mereka lakukan perkara-perkara tersebut? Tunjukkan satu gambar nenek moyang anda yang meninggal dunia tanpa pembaptisan. Beritahu kanak-kanak tentang orang ini, dan jelaskan bahawa orang ini memerlukan bantuan kita untuk dibaptiskan.

  • Tanya kanak-kanak jika mereka ada ahli keluarga yang sudah pergi ke bait suci untuk melaksanakan pembaptisan bagi orang yang sudah meninggal dunia. Tunjukkan satu gambar kolam pembaptisan di bait suci. Tanya kanak-kanak jika mereka tahu apa yang berlaku di sini. Jelaskan bahawa dalam bait suci kita boleh dibaptiskan bagi orang yang sudah meninggal dunia tanpa pembaptisan. Kemudian mereka boleh pilih sama ada mereka menerima pembaptisan itu atau tidak.

1 Korintus 15:40–41

Bapa Syurgawi ingin saya hidup bersama Dia dalam kerajaan selestial.

Bagaimana anda boleh ajar kanak-kanak tentang kerajaan selestial, terestrial, dan telestial? Aktiviti-aktiviti berikut boleh membantu anda.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis selestial, terestrial, dan telestial. Bantu kanak-kanak belajar menyebut perkataan ini.

  • Tunjukkan gambar-gambar matahari, bulan, dan bintang. Jemput kanak-kanak menyusunnya dari yang paling terang kepada yang paling kurang terang. Baca 1 Korintus 15:40–41 kepada kanak-kanak (lihat juga Terjemahan Joseph Smith dalam Panduan Tulisan Suci). Jelaskan bahawa matahari, bulan, dan bintang mewakili kerajaan-kerajaan di mana kita akan tinggal selepas kebangkitan. Dalam kerajaan selestial, kita boleh hidup dengan Bapa Syurgawi.

  • Berikan kanak-kanak satu salinan halaman aktiviti minggu ini untuk diwarnakan. Semasa mereka mewarna, kongsi dengan mereka perasaan anda tentang Juruselamat dan apa yang Dia telah lakukan untuk membolehkan kita hidup bersama Bapa Syurgawi lagi.

Imej
matahari terbit

“Keindahan matahari lain” (1 Korintus 15:41).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

1 Korintus 15:12–22

Kerana Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya, saya akan dibangkitkan.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar faham kepentingan Kebangkitan Yesus Kristus? Idea-idea berikut boleh membantu anda.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Menjemput kanak-kanak bergilir untuk membaca ayat-ayat dalam 1 Korintus 15:12–22, mencari jawapan kepada soalan ini, “Apa akan berlaku jika tidak ada kebangkitan?”

  • Jemput kanak-kanak lakonkan cara mereka menjelaskan kebangkitan kepada seseorang. Untuk idea, mereka boleh kaji semula lagu tentang Kebangkitan Juruselamat, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45). Berikan kesaksian anda tentang Kebangkitan Kristus.

1 Korintus 15:12–13, 20–22, 29

Saya boleh bersedia untuk pergi ke bait suci untuk dibaptiskan bagi pihak orang yang sudah meninggal dunia.

Pembaptisan bagi orang mati adalah pekerjaan kasih yang menggembirakan bagi pihak nenek moyang kita. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak bersedia untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Korintus 15:29. Apakah yang dilakukan oleh Orang-orang suci pada zaman Paulus yang kita juga lakukan hari ini? Tanya kanak-kanak mengapa kita dibaptiskan bagi orang yang sudah meninggal dunia. Jika perlu, jelas bahawa kebanyakan nenek moyang kita tidak berpeluang untuk dibaptiskan dan ditetapkan pada bumi ini. Dalam bait suci, kita boleh dibaptiskan dan ditetapkan bagi pihak mereka.

  • Beberapa hari sebelum kelas, minta ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk membantu anaknya bersedia untuk berkongsi salasilah keluarga atau bercerita tentang nenek moyang. Anda juga boleh berkongsi tentang nenek moyang anda.

  • Jemput seorang ahli lembaga uskup atau seorang remaja dalam bahagian anda untuk berkongsi beberapa perkara yang kanak-kanak boleh lakukan untuk bersedia untuk memasuki bait suci. Minta kanak-kanak menambah idea mereka. Jemput mereka membuat satu matlamat untuk pergi ke bait suci satu hari nanti.

1 Korintus 15:40–41

Selepas saya dibangkitkan, saya boleh tinggal dalam kerajaan selestial.

Untuk mengajar bangsa Korintus tentang badan yang kita terima dalam Kebangkitan, Paulus menyebutkan tiga tingkat kemuliaan: selestial, terestrial dan telestial.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca 1 Korintus 15:40–41 dan jemput seorang kanak-kanak untuk melukiskan satu matahari, bulan, dan bintang pada papan tulis. Minta ahli kelas untuk mengenal pastikan badan kebangkitan apakah yang diwakili oleh setiap lukisan.

  • Nyanyi bersama lagu yang berkaitan dengan topik ini, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 73). Apakah yang lagu ini ajarkan kita tentang persediaan untuk hidup dalam kemuliaan selestial?

  • Jelas bahawa Joseph Smith ada satu penglihatan di mana dia nampak tiga kerajaan yang berpadan dengan jenis-jenis badan yang dihuraikan oleh Paulus. Bantu kanak-kanak carikan ayat-ayat dari Ajaran dan Perjanjian 76:50–53, 70; 76:71–79; 76:81–82 yang menghurai tentang tiga kerajaan ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak menanya ibu bapa mereka untuk memberitahu mereka satu cerita tentang salah seorang nenek moyang mereka. Mereka boleh kongsi cerita itu dengan kelas pada minggu depan.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggalakkan kanak-kanak menanya soalan. “Cuba melihat soalan-soalan [kanak-kanak] sebagai peluang, bukan kekacauan atau penghalang kepada pelajaran anda. … Soalan-soalan itu berikan anda pandangan yang mendalam tentang apa yang kanak-kanak fikirkan, kebimbangan mereka, dan bagaimana mereka bertindak balas terhadap perkara yang mereka pelajari. Bantu mereka melihat bahawa jawapan kepada soalan mereka boleh didapati dalam tulisan suci dan kata-kata para nabi yang hidup” (Teaching in the Savior’s Way, 25–26).

Cetak