Perjanjian Baru 2023
25 September–1 Oktober. Galatia: “Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”


“25 September–1 Oktober. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“25 September–1 Oktober. Galatia,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Kristus muncul depan Paulus dalam penjara

Juruselamat yang telah bangkit mengunjung Paulus di penjara (lihat Kisah Rasul-Rasul 23:11). Yesus Kristus boleh membebaskan kita daripada “[kuk] diperhamba” (Galatia 5:1).

25 September–1 Oktober

Galatia

“Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”

Ketika anda membaca Galatia, apakah tanggapan yang anda peroleh berkenaan apa yang kanak-kanak kelas anda harus belajar?

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan kanak-kanak beberapa minit untuk melukiskan sesuatu yang mereka telah pelajari dari perbincangan injil di rumah atau gereja baru-baru ini. Minta kanak-kanak berkongsi apa yang setiap lukisan wakili.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Galatia 5:22–23

Roh Kudus membantu saya berasa kasih, sukacita, dan hidup rukun.

Kanak-kanak yang lebih kecil boleh mengenali buah Roh. Ini akan menyediakan mereka untuk mencari pengaruh Roh Kudus di sepanjang hidup mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pamer atau tunjukkan gambar beberapa jenis buah, dan minta kanak-kanak untuk menghuraikan rasa setiap buah. Jelaskan bahawa sepertimana buah-buahan mempunyai rasa yang berlainan, kita dapat merasai Roh Kudus dalam cara yang berbeza, seperti kasih dan kedamaian. Gambarkan beberapa cara anda telah merasakan Roh Kudus dalam kehidupan anda, dan biarkan kanak-kanak berkongsi perasaan Roh Kudus kepada mereka.

Imej
buah epal di atas pokok

Kanak-kanak dari semua peringkat umur boleh mengalami “[buah] Roh Tuhan”

  • Baca Galatia 5:22–23 bersama kanak-kanak, dan jelaskan perkataan yang mereka mungkin tidak kenali. Jemput setiap kanak-kanak untuk memilih satu buah Roh yang disebutkan dalam ayat-ayat ini, dan bantu mereka memikirkan suatu masa ketika dia telah mengalaminya. Jemput kanak-kanak untuk melukis satu gambaran ringkas berkenaan pengalaman-pengalaman tersebut.

Galatia 6:2

Yesus Kristus inginkan saya membantu mereka yang memerlukannya.

Arahan yang terdapa dalam Galatia 6:2 mempunyai persamaan dengan ajaran Alma dalam Mosia 18:8 kepada mereka yang akan dibaptiskan. Gunakan kesempatan ini untuk membantu kanak-kanak bersedia bagi perjanjian-perjanjian pembaptisan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar seorang anak sedang dibaptiskan (seperti Buku Seni Injil, no. 104). Tanyakan kanak-kanak apakah yang dilakukan oleh anak kecil itu. Jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, kita membuat perjanjian. Baca Galatia 6:2 atau Mosia 18:8 untuk membantu kanak-kanak belajar salah satu janji kita iaitu: memikul beban satu sama lain. Jemput kanak-kanak untuk melukis satu gambar yang menunjukkan cara mereka membantu orang lain menanggung beban.

  • Baca kepada kanak-kanak frasa ini dari Galatia 6:2: “Hendaklah kamu saling menolong memikul beban.” Untuk menggambarkan maksud ini, berikan salah seorang kanak sesuatu yang berat untuk dipikul. Kemudian minta seorang sukarelawan untuk membantu memikul benda itu. Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa banyak perkara dapat berasa seperti satu beban, contohnya apabila jatuh sakit atau berasa sedih dan sepi. Apakah yang kita dapat lakukan untuk membantu seseorang dengan beban sedemikian?

Galatia 6:7–9

Tingkah laku kita, yang baik dan jahat, ada akibatnya.

Dengan mengajar bahawa kita menuai apa yang kita tanam, seperti yang dijelaskan dalam Galatia 6:7–9, anda boleh mengajar kanak-kanak untuk mempertimbangkan akibat daripada tindakan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan satu biji benih dan satu sayur. Baca Galatia 6:7–9 kepada kanak-kanak. Minta kanak-kanak berpura-pura menanam benih apabila mereka mendengar perkataan menanam. Minta mereka berpura-pura memetik sayur daripada tumbuhan apabila mereka mendengar perkataan menuai.

  • Tunjukkan kanak-kanak beberapa jenis sayuran, dan bantu mereka mencari biji benih setiap sayur. Masukkan biji-biji itu ke dalam satu bekas, dan minta kanak-kanak bergilir memilih dan memberitahu apakah sayur yang akan tumbuh jika mereka tanamnya. Bantu mereka lihat sepertimana biji-biji benih yang kita tanam menentukan sayur yang kita peroleh, pilihan kita menentukan akibat dan berkat yang kita akan terima.

  • Buatkan satu garisan di lantai dengan menggunakan pita pelekat. Letakkan satu gambar muka gembira dan satu gambar muka sedih di setiap hujung garisan yang bertentangan. Jemput seorang kanak-kanak untuk berdiri di tengah barisan, dan bantu kanak-kanak lain memikirkan pilihan yang akan membawa kepada kegembiraan atau kesedihan. Bagi setiap pilihan, minta kanak yang berdiri di tengah garisan itu untuk melangkah ke arah gembira atau kesedihan. Ulangi aktiviti itu beberapa kali, benarkan kanak-kanak lain bergilir untuk berdiri di atas pita pelekat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Galatia 3:26–28

Pembaptisan menjadikan kita “satu kerana Kristus Yesus.”

Paulus mengajar Orang Suci Galatia bahawa apabila mereka dibaptiskan mereka akan menjadi “satu kerana Kristus Yesus.” Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak berusaha demi kesatuan yang digambarkan dalam Galatia 3:26–28?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Galatia 3:26–28 dengan soalan ini dalam minda: Apakah yang berlaku apabila saya dibaptiskan? Anda mungkin mahu fokus pada frasa seperti “menerima sifat-sifat Kristus sendiri” atau “satu kerana Kristus.” Apakah maksud frasa ini? Bagaimanakah “menerima sifat-sifat Kristus sendiri” sama dengan mengambil nama-Nya ke atas diri kita? (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:75–79). Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa kita telah mengambil nama-Nya ke atas diri kita?

  • Baca bersama Galatia 3:28, dan kenal pasti beberapa cara orang mengenal pasti diri mereka apabila mereka dibaptiskan pada zaman Paulus. Bantu kanak-kanak menamakan beberapa cara mereka mengenal pasti diri mereka hari ini. Apakah yang Paulus cuba ajarkan kita tentang bagaimana kita harus melihat satu sama lain apabila kita dibaptiskan?

Galatia 5:16, 22–23

Jika saya “biarlah Roh Tuhan memimpin hidup [saya],” saya akan menerima “[buah] Roh Tuhan.”

Apabila kita dibaptiskan dan menerima kurnia Roh Kudus, kita boleh menerima lebih banyak buah Roh dalam kehidupan kita. Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak mengenali buah ini dalam kehidupan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beri setiap kanak-kanak sekeping kertas (anda boleh memotong kertas itu menjadi bentuk buah-buahan), dan minta kanak-kanak mencari “[buah] roh Tuhan” yang disenaraikan dalam Galatia 5:22–23. Jemput mereka untuk tulis satu buah pada kertas mereka dan satu kata yang berlawanan buah itu di belakang kertas yang sama. (Bantu mereka memahami perkataan yang mereka mungkin tidak kenali.) Jemput mereka untuk berkongsi buah-buah mereka dengan ahli kelas. Apakah yang kita boleh lakukan untuk selalu mempunyai Roh Kudus bersama kita?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca tentang buah Roh dalam Galatia 5:22–23 dan tulis tentang atau lukiskan gambar ketika mereka merasakan salah satu daripada buah-buah itu. Minta mereka untuk kongsi cerita atau gambar itu dengan seorang ahli kelas mereka. Mengapakah buah merupakan cara yang baik untuk membantu kita faham bagaimana Roh mempengaruhi kita?

Galatia 6:7–9

Tingkah laku kita, yang baik dan jahat, ada akibatnya.

Bantu kanak-kanak faham bahawa akibat tingkah laku kita kadangkala datang serta merta dan ada kalanya datang “kelak” (ayat 9).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Galatia 6:7–9 bersama. Sediakan senarai tindakan (atau benih yang kita “tanam”) dan akibat (atau buah yang kita “tuai”). Minta kanak-kanak memadankan tindakan itu kepada akibat mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk senaraikan beberapa berkat yang mereka harap untuk terima daripada Bapa Syurgawi. Bantu mereka fikirkan “benih” yang harus ditanam untuk “dituai” berkat-berkat tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak mencari cara-cara kebenaran yang mereka pelajari hari ini berguna dalam kehidupan harian mereka. Contohnya, anda boleh menjemput mereka untuk mencari akibat yang baik, atau “buah,” yang datang kerana keputusan yang baik yang mereka buat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ubahsuaikan aktiviti dengan umur kanak-kanak. Berikan kanak-kanak peluang untuk turut serta, tetapi ingat bahawa kebolehan mereka bergantung kepada umur dan kematangan mereka. Kanak-kanak yang lebih kecil mungkin memerlukan bimbingan dan arahan yang lebih. Apabila mereka matang, kanak-kanak dapat menyumbang lebih dan mungkin lebih pandai berkongsi pendapat mereka. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 25–26.)

Cetak