“11–17 September. 2 Korintus 1–7: Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“11–17 September. 2 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
11–17 September
2 Korintus 1–7
Berilah Dirimu Didamaikan dengan Tuhan
Semasa anda mempelajari surat Paulus kepada orang Korintus, tuliskan beberapa asas-asas injil yang anda temui dan renungkan bagaimana anda dapat gunakan ia dalam kehidupan anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Kadangkala, menjadi pemimpin gereja bermaksud perlu membicarakan beberapa hal yang sukar. Ini adalah benar pada masa Paulus sama seperti masa kini. Surat terdahulu dari Paulus kepada Orang Suci Korintus termasuk menegur dan menyebabkan luka perasaan. Dalam surat yang menjadi 2 Korintus, dia jelaskan apa yang memotivasikan perkataan kerasnya: “Aku menulis kepada kamu dengan hati yang sedih dan berat, dan dengan mencucurkan air mata; tidak bermaksud hendak menjadikan kamu sedih, tetapi hendak menyedarkan kamu bahawa aku sangat mengasihi kamu” (2 Korintus 2:4). Ketika anda menerima sebarang pembetulan dari seorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia adalah diilhamkan oleh kasih Kristus. Bahkan dalam kes-kes di mana ia tidak, jika kita rela untuk melihat orang lain dengan kasih yang Paulus rasakan, mudah untuk bertindak dengan baik atas sebarang kesalahan. Seperti Elder Jeffrey R. Holland menasihati, “Bersikap baiklah berkenaan dengan kelemahan manusia—kelemahan Anda sendiri seperti juga kelemahan mereka yang melayani bersama Anda di sebuah Gereja yang dipimpin oleh para sukarelawan, para lelaki dan wanita fana. Kecuali dalam hal Putera Tunggal-Nya yang sempurna, hanyalah orang-orang yang tidak sempurna yang Tuhan pernah miliki dengan siapa Dia harus bekerja” (“Lord, I Believe,” Liahona, Mei 2013, 94).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; 7:4–7
Cubaan saya boleh menjadi sebuah berkat.
Selepas segala yang Paulus hadapi semasa hidupnya, tidak mengejutkan dia menulis banyak tentang tujuan dan berkat kesengsaraan. Semasa anda membaca 2 Korintus 1:3–7; 4:6–10, 17–18; 7:4–7, fikirkan bagaimana percubaan anda boleh menjadi sebuah berkat. Sebagai contoh, anda boleh merenungkan bagaimana Tuhan “ menolong [anda] semasa [anda] mengalami kesusahan]” dan bagaimanakah anda dapat, sebaliknya, “menolong semua orang yang mengalami kesusahan” (2 Korintus 1:4). Atau anda boleh tumpukan pada cahaya Yesus Kristus yang “bersinar” dalam hati anda, bahkan ketika anda berada dalam “dianiaya” dan “kebingungan, ” (2 Korintus 4:6, 8).
Lihat juga Mosia 24:13–17; Henry B. Eyring, “Diuji, Dibuktikan, dan Diasah,” Liahona, Nov. 2020, 96–99.
Keampunan adalah berkat yang saya boleh berikan dan terima.
Kita tidak tahu banyak tentang lelaki yang Paulus rujukkan dalam 2 Korintus 2:5–11—hanya dia telah melanggar (lihat ayat 5–6) dan bahawa Paulus ingin Orang Suci untuk mengampunkan dia (lihat ayat 7–8). Mengapakah ada masanya kita gagal untuk “benar-benar mengasihi” seseorang yang telah menyinggung kita? (ayat 8). Bagaimanakah menahan keampunan membahayakan orang lain dan diri sendiri? (lihat ayat 7, 10–11). Bagaimanakah menahan keampunan memberi “Iblis … menguasai kita”? (ayat 11).
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 64:9–11.
Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, saya dapat mendamaikan diri dengan Tuhan.
Seperti semua orang, Paulus tahu rasanya untuk menjadi seorang “manusia baru” (2 Korintus 5:17). Dia berubah dari menjadi seorang penganiaya penganut Kristian kepada seorang pembela Kristus yang berani. Semasa anda membaca 2 Korintus 5:14–21, fikirkan tentang soalan-soalan seperti ini: Apakah maksudnya untuk mendamaikan? Apakah maksudnya berdamai dengan Tuhan? Renungkan apa yang mungkin memisahkan anda daripada Tuhan. Apakah yang anda perlu lakukan untuk mendamaikan diri sepenuhnya dengan Dia? Bagaimanakah Juruselamat memungkinkan itu?
Anda juga boleh renungkan maksud “berkata-kata bagi pihak Kristus” dalam “menjadikan orang lain sahabat-Nya juga” (ayat 18, 20). Apakah pemahaman yang anda peroleh dari pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Pelayanan Perdamaian”? (Liahona, Nov. 2018, 77–79).
Lihat juga 2 Nefi 10:23–25.
Kesedihan ilahi membawa kepada pertaubatan.
Kita tidak selalunya anggap dukacita sebagai perkara yang baik, tetapi Paulus berbicara tentang kesedihan ilahi (2 Korintus 7:10) sebagai bahagian penting untuk pertaubatan. Pertimbangkan apa yang anda pelajari tentang kesedihan ilahi dari yang berikut: 2 Korintus 7:8–11; Alma 36:16–21; Mormon 2:11–15; dan pesanan Sister Michelle D. Craig “Ketidakpuasan Hati Ilahi” (Liahona, Nov. 2018, 52–55). Ketika anda merasa kesedihan ilahi, apakah kesan ia dalam kehidupan anda?
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
2 Korintus 3:1–3.Adakah ahli keluarga anda pernah meminta seseorang untuk menulis surat perakuan untuk mereka, seperti untuk permohonan kerja atau sekolah? Minta mereka bercakap tentang pengalaman ini. Paulus mengajarkan bahawa kehidupan Orang Suci seperti surat perakuan untuk injil Yesus Kristus, “tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Tuhan yang hidup.” Semasa anda membaca 2 Korintus 3:1–3 bersama, bincangkan bagaimana teladan kita seperti surat-surat yang boleh “diketahui serta dibaca oleh semua orang,” menunjukkan kebenaran dan nilai injil. Mungkin setiap ahli keluarga boleh menulis sepucuk surat menjelaskan bagaimana ahli keluarga yang lain telah menjadi teladan seorang pengikut Yesus Kristus yang baik. Mereka boleh bacakan surat mereka kepada ahli keluarga dan berikan surat itu kepada ahli keluarga mereka. Mengapakah ia penting untuk fahami bahawa kehidupan kita adalah “surat Kristus”
-
2 Korintus 5:6–7.Apakah maksud untuk “Hidup … berdasarkan [iman], dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat”? Apakah yang kita lakukan untuk menunjukkan kita percaya kepada Juruselamat meskipun kita tidak melihat-Nya?
-
2 Korintus 5:17.Bolehkah keluarga anda fikirkan atau mencari contoh dalam alam semula jadi hal-hal yang melalui perubahan yang luar biasa dan menjadi makhluk baharu? (lihat gambar di hujung panduan ini). Bagaimanakah injil Yesus Kristus boleh mengubah kita?
-
2 Korintus 6:1–10.Menurut 2 Korintus 6:1–10, apakah maksudnya untuk menjadi “hamba Tuhan”? (ayat 4). Apakah sifat-sifat yang hamba Tuhan miliki?
-
2 Korintus 6:14–18.Bagaimanakah kita dapat mengikuti nasihat Paulus untuk “tinggalkanlah [orang yang tidak soleh], dan asingkan diri daripada mereka,” pada masa yang sama turut mengasihi orang di sekeliling kita?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu (Pertaubatan),” Buku Nyanyian Anak-anak, 52.