“21–27 Ogos. 1 Korintus 1–7: ‘Hendaklah Kamu Bersatu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“21–27 Ogos. 1 Korintus 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
21–27 Ogos
1 Korintus 1–7
“Hendaklah Kamu Bersatu”
Roh Kudus akan membantu anda tahu asas-asas injil dalam 1 Korintus 1–7 yang akan membantu kanak-kanak yang anda ajari. Semasa anda membaca bab ini dengan penuh doa, catatkan fikiran dan perasaan yang datang kepada anda dari Roh.
Jemput Perkongsian
Tanya kanak-kanak jika mereka berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka belajar di Sekolah Primer minggu lalu. (Anda mungkin perlu kaji semula dengan ringkas ajaran minggu lepas.) Jika ya, apa yang mereka kongsi?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Roh Kudus mengajar saya kebenaran-kebenaran injil.
Salah satu peranan Roh Kudus adalah untuk mengajar kita kebenaran. Apakah pengalaman yang dapat anda kongsi bersama kanak-kanak untuk membantu mereka memahami ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan objek atau gambar yang mewakili cara kita belajar tentang dunia (seperti sekolah, buku atau telefon pintar). Apakah yang dapat kita pelajari ketika kita gunakan benda-benda ini? Jelaskan bahawa dalam 1 Korintus 2:11, 14, Paulus mengajar bahawa kita boleh belajar tentang Tuhan hanya melalui Roh Tuhan, iaitu Roh Kudus. Apakah yang kita dapat lakukan untuk mempelajari “hal-hal Tuhan”?
-
Tepuk tangan anda sewaktu anda mengucap setiap suku kata dalam ayat “Roh Kudus mengajarkan kita kebenaran.” Minta kanak-kanak untuk menepuk tangan mereka dan mengulangi ayat tersebut. Kongsi bersama kanak-kanak sebuah pengalaman ketika Roh Kudus membantu anda untuk tahu sesuatu itu benar.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang Roh Kudus, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55). Bantu kanak-kanak mencari perkataan dan ayat di dalam lagu tersebut yang mengajarkan bagaimana Roh Kudus berbicara kepada kita dan apa yang Dia ajari kita.
Yesus Kristus adalah landasan saya.
Kanak-kanak sedang meletakkan landasan untuk kesaksian mereka, dan anda dapat membantu mereka membina sebuah landasan yang kukuh di atas Yesus Kristus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca 1 Korintus 3:11 kepada kanak-kanak, dan jelaskan bahawa Yesus Kristus adalah landasan kita. Tunjukkan kepada kanak-kanak beberapa gambar tentang hal-hal yang kita dapat peroleh kesaksian, termasuk sebuah gambar Yesus Kristus. Bantu mereka untuk menyusun gambar-gambar tersebut agar gambar Yesus berada di bahagian bawah, seperti sebuah landasan, dan letakkan gambar lain yang “dibina” atas kesaksian tentang Dia.
-
Cipta aksi untuk lagu “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 132), dan nyanyikan lagu itu bersama kanak-kanak. Berikan setiap kanak-kanak seketul batu yang tertulis “Yesus Kristus adalah landasan saya”. Izinkan mereka membawa batu tersebut balik ke rumah untuk mengingatkan mereka apa yang telah mereka pelajari.
-
Tunjukkan gambar-gambar yang menggambarkan beberapa cerita kegemaran anda dari kehidupan Juruselamat, dan minta kanak-kanak untuk memberitahu anda apakah yang berlaku di dalam gambar-gambar tersebut. Minta mereka berkongsi beberapa cerita kegemaran mereka tentang Yesus. Kongsi kesaksian anda bahawa Yesus Kristus adalah landasan iman anda.
Tubuh saya umpama bait suci.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menghargai tubuh mereka sebagai kurnia dari Tuhan dan mempunyai keinginan besar untuk menjaganya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak gambar-gambar bait suci (lihat panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan baca perkataan ini dari 1 Korintus 6:19: “Tubuhmu adalah bait suci Roh Kudus.” Bantu kanak-kanak memahami bahawa Bapa Syurgawi ingin kita untuk menjaga tubuh kita bersih dan suci, seperti sebuah bait suci.
-
Paparkan sebuah gambar budak, dan letakkan gambar-gambar di sekelilingnya tentang hal-hal yang baik untuk tubuh kita dan hal-hal yang tidak baik. Jemput kanak-kanak untuk bergilir mengenal pasti hal-hal baik dan mengasingkan yang jahat.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang badan, seperti “Kepala, Bahu, Lutut, dan Kakiku” (Children’s Songbook, 129), dan tanya kanak-kanak mengapa mereka bersyukur dengan badan mereka.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Menjadi bijak bermaksud mempercayai kebijaksanaan Tuhan.
Kanak-kanak yang anda ajari akan temui—sekiranya mereka belum—bahawa sesetengah orang mengajar hal-hal yang bercanggah dengan kebijaksanaan Tuhan. Mengkaji 1 Korintus 1:23–25 boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa kita boleh mempercayai kebijaksanaan Tuhan kerana ia lebih besar daripada kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk baca 1 Korintus 1:23–25 dan cari perkataan kebijaksanaan dan kebodohan. Jelaskan banyak orang menganggap ajaran-ajaran Paulus adalah bodoh, tetapi Paulus menjelaskan bahawa mempercayai injil Kristus adalah kebijaksanaan sejati. Mengapa ia adalah bijaksana untuk mempercayai apa yang Tuhan ajarkan?
-
Bantu kanak-kanak lakon peranan bagaimana mereka boleh menjawab orang yang menganggap perintah Tuhan adalah “bodoh”—seperti perintah untuk beriman kepada Juruselamat, mematuhi Kata-kata Bijaksana, atau mematuhi hukum persepuluhan. Contohnya, mereka boleh bersaksi tentang berkat-berkat yang datang dengan menjalani ajaran-ajaran ini.
-
Kongsi sebuah pengalaman ketika orang lain menganggap kepercayaan anda adalah bodoh, atau kongsi sebuah contoh dari tulisan suci. Minta kanak-kanak berkongsi pengalaman yang sama. Bagaimanakah 1 Korintus 1:25 dapat membantu kita kekal beriman ketika orang lain menggelar kepercayaan kita bodoh?
Roh Kudus mengajar saya kebenaran-kebenaran injil.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menyedari bahawa mereka memerlukan roh kudus untuk memahami “hal-hal Tuhan”?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak membuat senarai cara kita belajar tentang dunia—contohnya, buku, sekolah dan internet. Kemudian baca bersama 1 Korintus 2:11–14. Apakah yang ayat ini ajarkan tentang bagaimana kita dapat mempelajari “hal-hal Tuhan”?
-
Ceritakan tentang suatu masa ketika anda belajar sesuatu melalui Roh Tuhan. Bantu kanak-kanak mengenal pasti masa ketika mereka merasai Roh. Apakah “sesuatu tentang Tuhan” (1 Korintus 2:11) yang Roh telah membantu kita fahami?
-
Jemput setiap kanak-kanak untuk membaca satu dari tulisan suci ini: 1 Korintus 2:11–14; 1 Nefi 10:17; Moroni 10:3–5; dan Ajaran dan Perjanjian 8:2–3. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari dari tulisan suci ini tentang bagaimana Roh Kudus mengajar kita. Mengapakah kita bersyukur untuk kurnia Roh Kudus?
Saya harus memperlakukan tubuh saya dengan hormat dan menguduskan ia.
Memahami bahawa tubuh kita adalah kurnia dari Bapa Syurgawi akan membantu kanak-kanak menjaga tubuh mereka kudus, bahkan ketika mereka tergoda untuk melakukan yang sebaliknya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bawa sebuah bekas dengan gambar kanak-kanak dan bait suci dalamnya. Jemput kanak-kanak untuk baca 1 Korintus 6:19–20 dan teka apa yang ada dalam bekas. Biarkan mereka membukanya dan membincangkan bagaimana badan kita seperti bait suci.
-
Bicara kepada kanak-kanak tentang bagaimana kita harus memperlakukan sebuah bait suci. Sekiranya tubuh kita adalah umpama bait suci, bagaimana harus kita memperlakukan tubuh kita? Menyanyi atau membaca perkataan lagu tentang bait suci, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 73), boleh bantu jawab soalan ini. Ketika kita melakukan kesalahan, bagaimanakah kita dapat menjadikan “bait suci” kita bersih lagi?
-
Baca bersama “Tubh anda adalah kudus” (dalam Untuk Kekuatan Remaja [panduan, 2022], 22–29). Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan di papan tulis nasihat yang mereka temui tentang bagaimana untuk menjaga tubuh kita.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bersama keluarga mereka sebuah lagu yang mereka nyanyikan di dalam kelas dan apa yang mereka telah pelajari darinya.