Perjanjian Baru 2023
31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: “Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi”


“31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: ‘Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“31 Julai–6 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Paulus di dalam penjara

31 Julai–6 Ogos

Kisah Rasul-Rasul 22–28

Seorang Pelayan Rohani dan Seorang Saksi

Semasa anda membaca laporan dari pelayanan Rasul Paulus dalam Kisah Rasul-Rasul 22–28, carilah asas-asas yang bermakna untuk kanak-kanak yang anda ajar.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Paparkan gambar yang mungkin mengingatkan kanak-kanak tentang cerita dari Kisah Rasul-Rasul 22–28, seperti penjara, bot, dan ular. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita yang mereka tahu tentang Paulus yang berkaitan dengan gambar-gambar ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 23:10–11

Bapa Syurgawi dan Yesus mengambil berat tentang saya dan akan membantu saya di saat kesukaran.

Mempelajari tentang bagaimana Juruselamat membantu Paulus boleh membina iman kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi dan Yesus mengambil berat tentang mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi cerita di dalam Kisah Rasul-Rasul 23:10–11 tentang Juruselamat mengunjungi Paulus di dalam penjara. Kongsi suatu masa ketika anda memiliki cubaan dan menerima bimbingan dan penghiburan dari Tuhan. Mintalah kanak-kanak untuk berkongsi saat mereka merasa dihiburkan oleh Tuhan.

  • Bantulah kanak-kanak menghafal apa yang Yesus katakan kepada Paulus: “Jadilah ceria.” Mintalah kanak-kanak untuk fikirkan seseorang yang mereka dapat jemput untuk menjadi ceria—bahkan seseorang yang sedang sedih atau resah.

  • Nyanyikan lagu bersama kanak-kanak tentang kegembiraan, seperti “Senyum” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 128).

Imej
budak perempuan bercakap di podium di gereja dengan seorang wanita di belakangnya

Seperti Paulus, kita boleh memilih untuk bersaksi tentang Juruselamat.

Kisah Rasul-Rasul 26:1–29

Saya boleh berkongsi kesaksian saya dengan orang lain.

Mengkaji semula kesaksian Paulus di hadapan Raja Agripa dapat membantu kanak-kanak mempelajari bagaimana untuk berkongsi apa yang mereka tahu adalah benar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa mahkota kertas ke kelas dan beri seorang kanak-kanak memakainya dan berpura-pura menjadi Raja Agripa. Jemput seorang kanak-kanak lain untuk berdiri di hadapan raja untuk mewakili Paulus semasa anda meringkaskan kesaksian Paulus dan reaksi Raja Agripa, yang terdapat dalam Kisah Rasul-Rasul 26:1–29 (lihat juga “Bab 63: Paulus Menghabiskan Misinya,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 162–66). Jelaskan bahawa kita boleh berkongsi kesaksian kita dengan orang lain, seperti yang Paulus lakukan.

  • Minta kanak-kanak mendengar semasa anda menyanyi atau membaca lagu tentang kesaksian, seperti “Ku Tahu Bapa Hidup” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 8). Jemput kanak-kanak untuk mengangkat tangan mereka apabila mereka mendengar sesuatu yang mereka tahu adalah benar. Anda mungkin perlu menyanyikan lagu tersebut beberapa kali; jemput kanak-kanak untuk mengikuti anda sebaik sahaja mereka tahu perkataan tersebut. Bantu mereka berlatih berkongsi kesaksian mereka tentang hal-hal yang mereka tahu adalah benar.

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak fikirkan sesuatu yang mereka boleh katakan ketika mereka berkongsi kesaksian mereka (lihat Fasal-Fasal Kepercayaan untuk lebih banyak idea). Jemput mereka untuk berkongsi kesaksian mereka dengan seseorang dalam keluarga mereka.

Kisah Rasul-Rasul 27

Nabi memberi amaran kepada saya tentang bahaya.

Pertimbangkan bagaimana kisah kapal karam Paulus boleh mengajar kanak-kanak bahawa para nabi melihat bahaya jasmani dan rohani yang kita tidak dapat lihat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura berada di atas kapal yang sedang karam dalam ribut. Baca amaran Paulus kepada orang ramai, terdapat dalam Kisah Rasul-Rasul 27:9–10, dan kongsi kisah kapal karam yang berlaku kerana mereka tidak mendengar amarannya (lihat Kisah Rasul-Rasul 27:11, 39–44). Tunjukkan gambar Presiden Gereja, dan bersaksi bahawa dia boleh memberi amaran kepada kita tentang bahaya rohani.

  • Letakkan beberapa gambar atau objek di sekeliling bilik yang mewakili perkara yang nabi telah ajarkan kepada kita untuk menjadi lebih seperti Yesus, seperti mengasihi orang lain atau dibaptiskan. Sebagai kelas, berjalan di sekitar bilik, berhenti pada setiap gambar atau objek untuk bercakap tentang bagaimana mengikuti ajaran-ajaran nabi membantu memastikan kita selamat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 23:10–11; 27:18–25; 28:1–6

Sewaktu saya menghadapi kesusahan, Tuhan tidak akan meninggalkan saya.

Sepanjang cubaan yang Paulus alami, Tuhan bersamanya. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk menyamakan pengalaman Paulus dengan hidup mereka sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan Kisah Rasul-Rasul 23:10, jelaskan bahawa Paulus dipenjarakan kerana dia mengajar orang ramai tentang Yesus. Kemudian bacalah Kisah Rasul-Rasul 23:11 bersama kanak-kanak. Bagaimanakah Paulus “menjadi ceria” bahkan ketika dia dipenjarakan?

  • Tulis pada papan tulis Kisah Rasul-Rasul 23:10–11; Kisah Rasul-Rasul 27:18–25; dan Kisah Rasul-Rasul 28:1–6. Tunjukkan gambar sebuah penjara, kapal, dan seekor ular, dan jemputlah kanak-kanak untuk menyemak ayat-ayat ini dan padankan ia dengan gambar tersebut. Dalam setiap laporan ini, bagaimanakah Tuhan tunjukkan Paulus bahawa Dia bersamanya? Kongsi satu pengalaman ketika Tuhan bersama anda pada masa yang sukar dan bagaimana ia menguatkan kesaksian anda tentang Dia. Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman juga.

Kisah Rasul-Rasul 26

Saya boleh berkongsi kesaksian saya tentang Yesus Kristus dengan berani.

Keberanian Paulus dalam berkongsi kesaksiannya dapat membantu kanak-kanak menjadi berani ketika berkongsi kesaksian mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih ayat-ayat dari Kisah Rasul-Rasul 26 untuk membaca bersama kanak-kanak untuk membantu mereka memahami apa yang Paulus beritahu Raja Agripa tentang pengalamannya (seperti ayat 9–16) dan apa yang dia ajarkan tentang Yesus Kristus (seperti ayat 18, 23). Mengapakah ia mungkin menakutkan bagi Paulus untuk berkongsi hal-hal ini di hadapan Raja? Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan beberapa asas-asas injil yang mereka tahu adalah benar. Minta mereka untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali yang perlu mendengar kesaksian mereka tentang kebenaran ini.

  • Jemput kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk menulis sesuatu yang mereka mungkin katakan apabila mereka berkongsi kesaksian mereka.

Kisah Rasul-Rasul 27

Nabi memberi amaran kepada saya tentang bahaya.

Kanak-kanak boleh mendengar pesanan para nabi yang hidup dan mengenali amaran mereka. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak untuk pelajari bagaimana untuk mendengar kepada amaran-amaran tersebut?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunting sekeping kertas berbentuk seperti sebuah kapal kepada kepingan-kepingan susun-suai. Jemput kanak-kanak untuk menulis amaran-amaran Paulus di Kisah Rasul-Rasul 27:9–11 pada kepingan-kepingan dan letakkan susun-suai bersama. Mengapakah orang ramai tidak mendengar Paulus? (lihat ayat 11). Jemput kanak-kanak baca ayat 18–20 dan 40–44 untuk tahu apa yang berlaku sebagai akibatnya. (Jelaskan bahawa kerana orang-orang kemudian mengikuti nasihat Paulus untuk berada di atas kapal, tidak ada seorang yang mati ketika kapal karam; lihat ayat 30–32.) Apakah yang kita dapat pelajari dari pengalaman mengikut nabi?

  • Bawalah pesanan persidangan umum terbaru oleh Presiden Gereja dan kongsi bersama kanak-kanak sebarang amaran atau nasihat yang dia berikan. Jemputlah kanak-kanak untuk fikirkan cara-cara mereka dapat mengikuti nabi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Minta kanak-kanak untuk menggunakan apa yang mereka pelajari tentang Paulus untuk menggalakkan keluarga mereka mengkaji pesanan terbaru nabi dan bincangkan bagaimana mereka boleh mengikuti nasihatnya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melibatkan deria. “Kebanyakan kanak-kanak (dan orang dewasa) belajar dengan lebih baik ketika pelbagai deria terlibat. Carilah cara-cara untuk membantu kanak-kanak menggunakan deria penglihatan, pendengaran, dan sentuhan mereka semasa mereka belajar. Dalam sesetengah keadaan, anda bahkan boleh mencari cara untuk melibatkan deria hidu dan rasa mereka!” (Teaching in the Savior’s Way25).

Cetak