Perjanjian Baru 2023
14–20 Ogos. Roma 7–16: “Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”


“14–20 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“14–20 Ogos. Roma 7–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
runtuhan Roma purba

14–20 Ogos

Roma 7–16

“Kalahkanlah Kejahatan dengan Kebaikan”

Apabila anda membaca Roma 7–16, catatkan tanggapan yang anda terima tentang bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak kebenaran dalam bab-bab ini.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa hari lebih awal, jemput seorang atau lebih kanak-kanak untuk mencari ayat dalam Roma 7–16 yang mereka boleh berkongsi dengan kelas. Anda boleh menjemput ibu bapa mereka untuk membantu sekiranya perlu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Roma 8:35–39

Bapa Syurgawi saya mengasihi saya.

Bagaimana anda akan menggunakan kata-kata Paulus untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi akan sentiasa mengasihi mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menghafal frasa “ tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Tuhan mengasihi kita” (Roma 8:39). Fikirkan satu cara untuk menggambarkan kebenaran ini. Contohnya, anda boleh membawa dua papan yang anda paku bersama, satu berlabel “kita” dan yang satu lagi “kasih Tuhan.” Minta kanak-kanak lihat jika mereka boleh memisahkan dua papan itu.

  • Tunjukkan gambar matahari, atau jemput kanak-kanak untuk melihat luar tingkap dan melihat cahaya matahari. Bagaimanakah matahari seperti kasih Bapa Syurgawi? Bantu kanak-kanak melihat bahawa walaupun matahari berada jauh, ia boleh membantu kita berasa hangat. Kita boleh sentiasa merasakan kasih Bapa Syurgawi, walaupun Dia tidak berada bersama kita secara fizikal. Nyanyikan bersama lagu tentang kasih Bapa Syurgawi, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16).

Imej
Yesus bersama kanak-kanak kecil

Kanak-kanak boleh membantu orang lain belajar tentang Juruselamat dan beriman kepada-Nya. Storytime in Galilee [Masa Cerita di Galilea], oleh Del Parson

Roma 10:17

Iman datang dengan mendengar firman Tuhan.

Apabila kanak-kanak mendengar firman Tuhan dan mendengar dengan teliti, iman mereka dalam Tuhan akan berkembang.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Roma 10:17 kepada kanak-kanak, dan tunjukkan kepada mereka gambar suasana di mana mereka boleh mendengar firman Tuhan (seperti pengkajian tulisan suci sekeluarga, kelas gereja, atau persidangan umum; lihat halaman aktiviti minggu ini). Tanya kanak-kanak bila mereka pernah mendengar firman Tuhan.

  • Beritahu satu cerita di mana seorang kanak-kanak mendengar firman Tuhan dalam pelbagai cara. Ketika anda bercerita, tiup belon sedikit demi sedikit untuk melambangkan bagaimana iman seorang kanak-kanak berkembang setiap kali dia mendengar firman Tuhan.

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa iman mereka boleh berkembang, bantu mereka menyanyi “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50). Apabila mereka menyanyi, minta mereka berpura-pura sebagai biji benih dengan berjongkok. Setiap kali mereka menyanyikan perkataan iman, minta mereka berdiri sedikit seperti tumbuhan yang sedang tumbuh.

  • Sembunyikan dalam bilik kelas satu set tulisan suci, gambar Presiden Gereja, dan satu salinan majalah Friend . Minta kanak-kanak mencari benda-benda ini dan berkongsi bagaimana setiap benda ini membuat ia mungkin untuk kita mendengar firman Tuhan.

Roma 16:1–4

Saya boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu saya.

Paulus bersyukur kepada orang-orang yang membantu dia. Anda boleh membantu kanak-kanak melihat perkara baik yang orang lain buat untuk mereka dan ingat untuk berterima kasih kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa Paulus bersyukur untuk bantuan yang dia terima dari seorang wanita bernama Febe dan pasangan berkahwin bernama Priskila dan Akwila (lihat Roma 16:1–4). Minta kanak-kanak melukis gambar Paulus dan tiga orang ini semasa anda membaca ayat-ayat ini.

  • Jemput setiap kanak-kanak berkongsi sesuatu baik yang dibuat oleh seseorang untuk mereka baru ini. Bantu kanak-kanak membuat kad terima kasih untuk orang-orang itu.

  • Bantu kanak-kanak belajar mengucap terima kasih dalam pelbagai bahasa. Lagu “Anak-anak Di Seluruh Dunia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 4) boleh membantu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Roma 8:16–18

Bapa Syurgawi mahu saya bersedia menerima semua yang Dia ada.

Rancangan Bapa Syurgawi membolehkan kita untuk menjadi seperti-Nya dan mewarisi semua yang Dia ada. Kebenaran ini boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang anda ajar untuk hidup injil dengan lebih iman.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Roma 8:16–18. Apakah yang kita boleh belajar dari ayat-ayat ini mengenai identiti kita dan apa yang kita boleh menjadi? Jelaskan bahawa “pewaris” adalah seorang yang mewarisi, atau menerima, apa yang ibu bapanya ada. Tulis di papan tulis Apa yang kita perlu buat untuk mewarisi semua yang Bapa di Syurga ada? Nyanyi bersama sebuah lagu tentang kepatuhan, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86), untuk mencari jawapan. Apakah jawapan lain yang kanak-kanak boleh fikirkan?

  • Minta kanak-kanak berfikir tentang seorang raja yang mahu anak-anaknya untuk memerintah kerajaan-Nya satu hari nanti. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi adalah seperti seorang raja, dan kita adalah anak lelaki dan anak perempuan diraja-Nya. Mengapakah penting untuk ingat bahawa kita adalah anak-anak Bapa Syurgawi dan dilahirkan untuk menjadi seperti Dia suatu hari nanti? Bagaimanakah kebenaran ini mempengaruhi pilihan yang kita buat di bumi?

Roma 10:17

Iman datang dengan mendengar firman Tuhan.

Kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk mendengar firman Tuhan. Bantu mereka melihat bagaimana mendengar firman Tuhan boleh menguatkan iman mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis ayat berikut pada papan tulis: kerana , dan kerana yang . Minta kanak-kanak untuk mengisi tempat kosong selepas membaca Roma 10:17. Kongsi satu masa di mana seseorang mengajar satu kebenaran injil yang membantu menguatkan iman anda—anda juga boleh berkongsi satu ayat suci kegemaran atau petikan dari persidangan umum. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.

  • Berikan seorang kanak-kanak gambar Juruselamat menyembuhkan seseorang dan beritahu dia untuk tidak membenarkan kanak-kanak lain melihat gambar itu. Minta kanak-kanak itu memberi petunjuk untuk membantu kanak-kanak lain meneka gambar itu. Bagaimanakah kita boleh membantu orang lain belajar tentang Juruselamat supaya mereka boleh mempunyai iman kepada-Nya?

Roma 14:10, 13

“Janganlah kita salahkan satu sama lain.”

Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain yang membuat pilihan yang lain daripada mereka, mereka mungkin digoda untuk menghakimi. Pertimbangkan bagaimana nasihat Paulus kepada orang Roma boleh membantu mereka mengelakkan penghakiman sedemikian.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk baca Roma 14:10, 13. Minta kanak-kanak lain mengira berapa kali Paulus menggunakan perkataan salahkan [menghakimi]. Apakah maksudnya untuk menyalahkan atau menghakimi seseorang? Mengapakah kita perlu elak menyalahkan atau menghakimi orang lain?

  • Tunjuk gambar seseorang, dan tanya kanak-kanak apa yang kita tahu tentang orang ini hanya dengan melihat gambar itu. Apakah beberapa perkara yang kita tidak tahu tentang orang ini? Mengapakah Tuhan yang terbaik untuk menghakimi orang ini? (lihat 1 Samuel 16:7).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Minta kanak-kanak memilih satu aktiviti yang dibuat di kelas dan buatnya dengan keluarga mereka. Beritahu bahawa minggu depan mereka boleh kongsi apa yang mereka telah buat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berikan kanak-kanak peluang untuk bergerak. Ia sering kali susah bagi kanak-kanak untuk duduk dengan memberi perhatian untuk jangka masa yang panjang. Dari masa ke masa, jemput kanak-kanak untuk berdiri untuk sebahagian kelas atau duduk di atas lantai dan bukannya di kerusi mereka.

Cetak