Perjanjian Baru 2023
7–13 Ogos. Roma 1–6: “Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”


“7–13 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“7–13 Ogos. Roma 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Paulus menulis surat

7–13 Ogos

Roma 1–6

“Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”

Dorongan apakah yang anda terima apabila anda baca Roma 1–6? Dorongan ini boleh membantu anda memilih idea pengajaran berikut atau menyediakan idea anda sendiri.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka buat sebagai tindakan jemputan yang anda beri kepada mereka di ajaran minggu lalu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Roma 1:16–17

Saya boleh menunjukkan iman dalam Yesus Kristus dengan mengikuti-Nya.

Paulus mengajar bahawa injil berkuasa untuk membawa keselamatan kepada semua orang yang hidup dengan iman dalam Yesus Kristus. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak menunjukkan iman mereka kepada Yesus Kristus dengan mengikuti-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Roma 1:17 kepada kanak-kanak, dan bantu mereka menghafal frasa: Orang yang percaya akan hidup dengan iman. Anda boleh tugaskan setiap kanak-kanak satu perkataan dalam frasa dan minta mereka mengatakan perkataan itu apabila anda menunjuk kepadanya. Jelaskan bahawa frasa ini bermakna kita harus mempunyai iman kepada Yesus Kristus. Tanya kanak-kanak jika mereka tahu apakah itu iman. Tunjukkan satu gambar Yesus Kristus dan jelaskan bahawa kita percaya Dia adalah benar walaupun kita tidak pernah melihat-Nya. Ini adalah iman—percaya dalam sesuatu walaupun kita tidak belum melihatnya.

  • Jelaskan bahawa kita menunjukkan iman kita kepada Yesus Kristus dengan mematuhi-Nya. Sembunyikan gambar-gambar orang melakukan perkara yang Yesus minta kita lakukan di sekitar bilik. Minta kanak-kanak bergilir untuk mencari dan menghuraikan gambar-gambar itu. Apakah yang kita boleh buat untuk mengikuti Yesus?

  • Minta salah seorang kanak-kanak untuk menutup matanya, dan bimbing dia berjalan ke arah gambar Yesus. Jika masa mengizinkan, beri giliran kepada kanak-kanak lain. Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka boleh mengikuti ajaran Yesus sama seperti mereka mengikuti bimbingan anda.

Roma 6:1–11

Dibaptiskan adalah seperti menjadi orang baru.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang bersedia untuk pembaptisan. Apakah yang mereka boleh belajar tentang pembaptisan dari Roma 6?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa “Mengamalkan hidup yang baru” (Roma 6:4). Beritahu kanak-kanak apakah ertinya kepada anda. Contohnya, anda boleh berkongsi memori tentang hari anda dibaptiskan dan bercakap tentang bagaimana pembaptisan anda telah membantu anda menjadi lebih seperti Yesus Kristus. Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa pembaptisan membantu kita menjadi seorang baru.

  • Jika ada kanak-kanak yang pernah menghadiri pembaptisan, minta mereka berkongsi pengalaman mereka. Atau tunjukkan gambar seseorang sedang dibaptiskan (lihat Buku Seni Injil, no. 35, 103–4). Bantu kanak-kanak memahami bahawa semasa pembaptisan kita membuat janji-janji untuk menjadi seperti Yesus. Jemput mereka untuk melukis gambar diri mereka sedang dibaptiskan dan kongsi apa yang mereka boleh lakukan untuk bersedia bagi pembaptisan mereka.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak sebuah lagu tentang pembaptisan, seperti “Waktu Aku Dibaptis” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 53). Apakah yang kita belajar mengenai pembaptisan dari lagu ini?

Imej
seorang budak dibaptiskan

Pembaptisan melambangkan permulaan satu hidup baru sebagai pengikut Kristus.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Roma 1:16–17

Saya boleh menunjukkan iman kepada Yesus Kristus dengan mengikuti-Nya.

Paulus mengajar bahawa injil berkuasa untuk membawa keselamatan kepada semua orang yang hidup dengan iman dalam Yesus Kristus. “Ingatlah akan Tuhan dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.” Ia mendorong kita untuk mematuhi perintah-perintah. Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak memahami iman dengan lebih baik?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak-kanak mencari Rom di peta. Bantu kanak-kanak memahami bahawa beberapa minggu yang akan datang, mereka akan belajar dari surat-surat yang Paulus tulis kepada ahli-ahli Gereja di pelbagai tempat, bermula dengan suratnya kepada orang Roma.

  • Tulis teks dari Roma 1:16 di papan tulis, menggantikan beberapa perkataan dengan tempat kosong. Minta kanak-kanak untuk mencari ayat suci itu dan mengisi tempat kosong. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi makna “Saya yakin dengan injil … Yesus” kepada mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Roma 1:17 dengan lantang, dan minta kanak-kanak lain untuk mendengar perkataan yang diulang. Apakah maksudnya untuk hidup dengan iman? Bantu kanak-kanak mencari definisi iman dalam sumber seperti Panduan Tulisan Suci, “Iman” (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah hidup kita berbeza jika kita tidak mempunyai iman dalam Yesus Kristus?

  • Tunjuk kanak-kanak satu tumbuhan dan satu biji benih, dan tanya bagaimana kita membantu satu biji benih menjadi satu tumbuhan. Jelaskan bahawa apabila kita menanam dan menyiram biji benih, kita tunjukkan kita mempunyai iman bahawa ia akan bertumbuh. Bagaimanakah kita tunjukkan kita mempunyai iman kepada Yesus Kristus? Pertimbangkan untuk menyanyikan sebuah lagu tentang iman, seperti “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50), sebagai sebahagian daripada aktiviti ini.

Roma 3:23–24

Kita semua memerlukan Yesus Kristus untuk dosa-dosa kita diampunkan.

Paulus mahu orang Roma memahami bahawa keselamatan datang hanya melalui Yesus Kristus dan rahmat-Nya. Merenungkan bagaimana anda boleh mengajar kebenaran ini kepada kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beri setiap kanak-kanak frasa dari Roma 3:23–24, ditulis pada sehelai kertas. Jemput kanak-kanak untuk meletakkan frasa dalam susunan yang betul dan membaca ayat-ayat itu bersama-sama. Tanya kanak-kanak apakah yang mereka pelajari dari ayat-ayat ini. Jelaskan bahawa “rahmat” dalam ayat 24 bermaksud kurnia kasih dan belas kasihan Juruselamat, yang memungkinkan kita menerima keampunan bagi dosa-dosa kita dan menjadi lebih baik.

  • Gantungkan gambar tinggi di atas dinding atau di tempat lain yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak sendiri. Biarkan mereka cuba mencapainya, dan bandingkan ini dengan apa yang Paulus ajarkan dalam Roma 3:23. Kemudian bantu mereka mencapai gambar. Apa yang Juruselamat telah buat untuk kita yang kita tidak boleh melakukan untuk diri kita sendiri? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana perasaan mereka tentang Juruselamat apabila mereka berfikir tentang apa yang Dia telah lakukan dan boleh lakukan untuk membantu mereka.

Roma 6:1–11

Dibaptiskan adalah seperti menjadi orang baru.

Paulus mengajar bahawa pembaptisan melambangkan kematian dan Kebangkitan Kristus. Ia juga melambangkan dibangkitkan untuk “mengamalkan hidup yang baru” (Roma 6:4). Kita memperbaharui komitmen kita untuk mengamalkan hidup yang baru setiap kali kita mengambil bahagian dalam sakramen.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Roma 6:3–6. Apakah yang Paulus berkata pembaptisan adalah seperti?

  • Bincangkan bagaimana pembaptisan melambangkan kematian dan kebangkitan. Ia mungkin membantu untuk memaparkan gambar pembaptisan. Mengapakah kematian dan kebangkitan adalah lambang baik untuk apa yang berlaku apabila kita dibaptiskan?

  • Baca bersama doa sakramen (lihat Ajaran dan Perjanjian 20:77, 79). Ingatkan kanak-kanak bahawa apabila kita mengambil sakramen, kita memperbaharui komitmen untuk mengikuti Yesus Kristus yang kita buat semasa kita dibaptiskan. Bagaimanakah sakramen membantu kita “mengamalkan hidup yang baru”?

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar yang menunjukkan apakah makna bagi mereka untuk “mengamalkan hidup yang baru.” Kanak-kanak boleh menggantung gambar ini dalam bilik mereka untuk membantu mereka mengingati untuk membuat pilihan yang baik.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Cadangkan kanak-kanak meminta ahli keluarga untuk memberitahu mereka apabila mereka melakukan sesuatu yang menunjukkan iman.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bina keyakinan kanak-kanak. Puji kanak-kanak ketika mereka mengambil bahagian dalam kelas. Ini satu cara untuk membina keyakinan mereka bahawa mereka boleh belajar injil.

Cetak