Perjanjian Baru 2023
24–30 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: “Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan [Injil]”


“24–30 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21: ‘Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan [Injil],’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“24–30 Julai. Kisah Rasul-Rasul 16–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Paulus mengajar di atas bukit

24–30 Julai

Kisah Rasul-Rasul 16–21

“Tuhan Telah Menyuruh Kami Mengkhabarkan [Injil]”

Selepas membaca Kisah Rasul-Rasul 16–21, ikut dorongan Roh dan pertimbangkan idea-idea dalam panduan ini semasa anda bersedia untuk mengajar. Guna “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” dalam panduan ini untuk bantuan tambahan.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk memberitahu anda apa yang mereka tahu tentang pengalaman Paulus berkongsi injil. Mereka juga boleh bercakap tentang para misionari lain yang mereka kenal atau tentang pengalaman mereka sendiri berkongsi injil dengan orang lain.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 16:25–34

Para misionari mengajar orang tentang Yesus.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar tahu pekerjaan para misionari? Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak fahami bahawa mereka boleh berkongsi injil dengan orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak lakonkan Kisah Rasul-Rasul 16:25–34 semasa anda meringkaskan kisah Paulus dan Silas berkongsi injil dalam penjara (lihat juga “Bab 61: Paulus dan Silas di dalam Penjara,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 158–60). Jelaskan bahawa para misionari hari ini juga mengajar orang tentang Yesus dan membantu mereka bersedia untuk dibaptiskan.

  • Buat tag nama misionari untuk kanak-kanak pakai, dan bantu mereka menulis nama mereka pada tag. Ajar kanak-kanak pernyataan ajaran mudah yang mereka boleh kongsi dengan orang lain, seperti “Saya anak Tuhan,” “Tuhan berfirman melalui nabi yang hidup,” atau “Yesus Kristus ialah Juruselamat kita.” Ingatkan kanak-kanak bahawa kita tidak perlu mempunyai tag nama misionari untuk berkongsi injil dengan orang lain.

Kisah Rasul-Rasul 17:10–12

Kitab suci bersaksi tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Walaupun beberapa kanak-kanak yang anda ajar masih tidak boleh membaca, anda boleh bantu mereka mengembangkan kasih untuk kitab suci dan melihat bagaimana mereka bersaksi tentang Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu seorang kanak-kanak membaca frasa “Mereka … mengkaji Alkitab setiap hari” (Kisah Rasul-Rasul 17:11). Jemput kanak-kanak untuk tunjuk pada setiap hari dalam seminggu di kalendar semasa mereka mengulang frasa ini dengan anda. Nyanyi bersama sebuah lagu yang mengajar tentang berkat membaca tulisan suci, seperti “Cari, Renungkan Dan Berdoa” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 66).

  • Untuk mengajar kanak-kanak bahawa tulisan suci bersaksi tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, bantu mereka membuka satu bab dalam tulisan suci, seperti Kisah Rasul-Rasul 17 atau 18, dan cari perkataan seperti Tuhan atau Yesus. (Anda mungkin ingin menanda perkataan ini terlebih dahulu supaya kanak-kanak dapat mencarinya dengan lebih mudah.) Setiap kali kanak-kanak menjumpai salah satu perkataan ini, jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang mereka tahu tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Kisah Rasul-Rasul 17:22–31

Saya anak Tuhan.

Di Areopagus, Paulus mengajar kebenaran asas tentang sifat Tuhan, termasuk kebenaran bahawa kita adalah anak-anak-Nya dan bahawa Dia “tidak jauh daripada kita masing-masing” (Kisah Rasul-Rasul 17:27). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak berasa dekat kepada Bapa Syurgawi mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengulangi frasa “kita anak Tuhan” (Kisah Rasul-Rasul 17:29), dan jelaskan bahawa anak bermaksud anak-anak Tuhan. Bersaksi kepada setiap kanak-kanak, satu demi satu, bahawa dia adalah anak Tuhan. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana mereka rasa tentang Bapa Syurgawi mereka.

  • Tunjukkan gambar kanak-kanak dengan keluarga mereka (jika boleh, sertakan gambar kanak-kanak dalam kelas anda). Minta kanak-kanak untuk tunjuk pada ibu bapa dalam gambar-gambar tersebut. Jelaskan bahawa kita adalah anak-anak ibu dan bapa kita, dan kita semua juga adalah anak-anak roh ibu bapa syurgawi kita.

  • Nyanyikan lagu tentang Bapa Syurgawi, seperti “Ku Tahu Bapa Hidup” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 8). Dengan bantuan kanak-kanak, tulis kata-kata atau lukis gambar di papan tulis yang mewakili perkara-perkara yang kita belajar tentang Bapa Syurgawi dari lagu ini.

  • Baca kepada kanak-kanak kata-kata ini dari Kisah Rasul-Rasul 17:27: “Tuhan tidak jauh daripada kita masing-masing.” Bercakap tentang masa anda rasa dekat dengan Bapa Syurgawi, dan jemput kanak-kanak untuk membuat yang sama.

Imej
seorang lelaki memegang seorang gadis kecil

Setiap orang ialah anak Tuhan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 16:14–15, 25–34; 18:7–8, 24–28

Saya boleh menjadi misionari sekarang.

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak menjadi seperti Paulus dan berkongsi dengan orang lain apa yang mereka belajar tentang injil?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Kisah Rasul-Rasul 16:14–15, 25–34; 18:7–8, 24–28 dan buat satu senarai orang-orang yang Paulus dan Apolos berkongsi injil. Kemudian jemput mereka untuk membuat senarai orang-orang yang mereka boleh berkongsi injil. Minta kanak-kanak lakon peranan bagaimana mereka boleh memberitahu orang-orang ini tentang Yesus Kristus atau menjemput mereka ke gereja. Anda juga boleh menjemput kanak-kanak untuk menulis nota dengan kesaksian mereka tentang kebenaran injil kepada orang-orang ini.

  • Jemput para misionari sepenuh masa, bekas misionari, atau misionari bahagian untuk melawat kelas dan memberitahu tentang pengalaman mereka berkongsi injil. Galakkan kanak-kanak bertanya soalan tentang bagaimana mereka boleh berkongsi injil dengan orang lain.

Kisah Rasul-Rasul 17:2–4, 10–12; 18:28

Kitab suci bersaksi tentang Yesus Kristus.

Semua nabi bersaksi tentang Yesus Kristus. Bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak mencari-Nya di kitab suci, walaupun Dia tidak disebutkan dengan nama?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak baca Kisah Rasul-Rasul 17:2–4, 10–12; 18:28, dan jemput mereka untuk mencari persamaan yang terdapat dalam petikan ini. Menurut ayat-ayat ini, apa yang membantu orang percaya injil Yesus Kristus? Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cerita kegemaran tentang Yesus yang mereka telah pelajari dari tulisan suci.

  • Pada sehelai kertas, tulis rujukan tulisan suci yang mengajar tentang Juruselamat (anda boleh temui beberapa dalam Panduan Tulisan Suci, “Yesus Kristus,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Sembunyikan kertas di sekeliling bilik dan jemput kanak-kanak mencarinya. Bantu kanak-kanak mencari rujukan yang mereka dapat, dan minta mereka berkongsi dengan satu sama lain apa yang setiap ayat suci ajar tentang Yesus.

Kisah Rasul-Rasul 17:22–31

Saya anak Tuhan.

Bagaimana anda boleh membantu kanak-kanak ingat bahawa mereka adalah anak-anak Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjuk kanak-kanak satu batu, dan jelaskan bahawa pada zaman Paulus, orang menyembah tuhan-tuhan yang mereka buat dari batu dan bahan lain. Minta kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 17:27–29. Apakah yang kita belajar mengenai Tuhan dari ayat-ayat ini? Tanya kanak-kanak bagaimana mereka rasa untuk tahu bahawa mereka adalah anak-anak Tuhan.

  • Minta kanak-kanak membaca Kisah Rasul-Rasul 17:27. Jemput kanak-kanak untuk menulis tentang atau melukis gambar cara mereka boleh “menjumpai” atau mendekati Tuhan. Bilakah mereka pernah berasa bahawa Dia “tidak jauh dari [mereka]”?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk mencari satu ayat suci minggu ini yang mengajar tentang Yesus Kristus (ini boleh berlaku ketika kajian tulisan suci peribadi atau keluarga mereka). Minggu depan, jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka dapat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak menjadi pelajar yang lebih baik. Tujuan anda mengajar kanak-kanak bukan hanya untuk memberikan kebenaran kepada mereka. Anda juga perlu membantu mereka berkembang menjadi pencari kebenaran yang berdikari. Contohnya, selain memberitahu kanak-kanak cerita Paulus mengkhutbah di Areopagus,anda boleh merancangkan aktiviti-aktiviti, seperti yang dicadangkan dalam panduan ini, yang membantu mereka menemui kebenaran dalam cerita.

Cetak