Perjanjian Baru 2023
3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: “Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”


“3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5: ‘Kamu Akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“3–9 Julai. Kisah Rasul-Rasul 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

orang ramai di tebing sungai dan sedang dibaptiskan di sungai

Day of Pentecost [Hari Pentakosta], oleh Sidney King

3–9 Julai

Kisah Rasul-Rasul 1–5

“Kamu akan Menjadi Saksi-Saksi-Ku”

Mulakan persediaan anda dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 1–5. Dengan penuh doa cuba untuk memahami keperluan kanak-kanak yang anda ajar. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan panduan ini juga boleh membantu anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tulis Siapakah Saya? pada papan tulis. Berikan beberapa kenyataan tentang Petrus dan tanya kanak-kanak siapa yang di maksudkan. Apa lagi yang mereka tahu tentang Petrus?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Kisah Rasul-Rasul 1:1–11

Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui nabi dan rasul.

Mempelajari tentang bagaimana Juruselamat memimpin Gereja purba-Nya melalui rasul-rasul boleh membantu kanak-kanak mendapat kesaksian tentang para nabi dan rasul pada zaman kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar halaman penuh dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Tanya kanak-kanak mengapa mereka fikir orang ramai melihat ke langit. Ringkaskan laporan dari Kisah Rasul-Rasul 1:1–11. (Lihat juga “Bab 55: Para Rasul Memimpin Gereja,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 145–47.) Jemput seorang kanak-kanak untuk memegang gambar para rasul terkini. Siapa yang membantu Yesus Kristus memimpin Gereja ketika Dia tidak berada di bumi?

  • Main satu permainan padanan dengan menggunakan dua set gambar Presidensi Utama dan Dua Belas Rasul yang hidup. Apabila satu sepadan dibuat, kongsi nama Rasul atau Presiden dan sesuatu tentangnya.

  • Di belakang gambar Presiden Gereja, lekatkan gambar kecil perkara yang dia ajarkan, seperti Juruselamat, pembaptisan, atau bait suci. Minta setiap kanak-kanak bergilir-gilir melihat salah satu gambar dan memberitahu seluruh kelas, “Nabi mengajar kita tentang [topik gambar].” Bersaksi bahawa para nabi dan rasul mengajar kita apa yang Yesus mahu kita tahu dan lakukan.

Kisah Rasul-Rasul 3:1–10

Bapa Syurgawi boleh memberkati orang lain melalui saya.

Apa yang anda boleh lakukan untuk bantu kanak-kanak sedar cara bagaimana mereka boleh memberkati orang di sekeliling mereka? Bantu mereka belajar dari teladan Petrus dan Yohanes yang menyembuhkan lelaki yang lumpuh.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat pergerakan cerita Kisah Rasul-Rasul 3:1–10, seperti meminta sedekah dan berlompat dalam kegembiraan. Bagaimana Bapa Syurgawi memberkati lelaki yang lumpuh itu?

  • Bawa satu beg yang mengandungi gambar yang mewakili cara kita boleh berkati dan melayani orang lain. Berikan kanak-kanak peluang untuk bergilir-gilir memilih gambar dari beg itu dan berkongsi cara mereka boleh memberkati orang lain dengan cara itu.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi masa apabila mereka membantu seseorang.

Kisah Rasul-Rasul 5:1–11

Saya boleh menjadi jujur.

Orang Kristian awal berkongsi apa yang mereka ada untuk membantu menjaga satu sama lain. Mereka yang memiliki tanah menjualnya dan memberikan wang itu kepada para Rasul, yang kemudian memberikannya kepada para Orang Suci mengikut keperluan mereka. Ananias dan Safira tidak jujur dengan sumbangan mereka, berfikir bahawa mereka boleh menipu hamba Tuhan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk melakonkan cerita Ananias dan Safira. Jelaskan kepada kanak-kanak walaupun kita tidak akan mati apabila menipu, cerita ini menunjukkan betapa pentingnya kejujuran untuk Bapa Syurgawi.

  • Bantu kanak-kanak fahami bersikap jujur bermakna sentiasa memberitahu kebenaran dan tidak mengambil milik orang lain.

  • Gunakan boneka dari beg kertas untuk melakonkan situasi di mana seseorang itu jujur atau tidak jujur. Minta kanak-kanak untuk berdiri apabila orang itu jujur dan duduk di lantai apabila orang itu tidak jujur. Bantu kanak-kanak memahami mengapa penting untuk bersikap jujur.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Kisah Rasul-Rasul 1:8, 22–26

Yesus Kristus memimpin Gereja-Nya melalui nabi dan para rasul.

Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak fahami Gereja Juruselamat hari ini dipimpin oleh para nabi dan rasul, sama seperti pada zaman dahulu?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis di papan Bagaimana Yesus Kristus memimpin Gereja apabila Dia tidak berada di dunia? Jemput kanak-kanak untuk mendengar jawapan kepada soalan semasa anda membaca firman Juruselamat kepada para Rasul dalam Kisah Rasul-Rasul 1:8. Bantu kanak-kanak fahami Yesus telah memilih para nabi dan rasul untuk memimpin Gereja hari ini, seperti yang Dia lakukan pada zaman dahulu.

  • Baca bersama Kisah Rasul-Rasul 1:22–26. Sebagai satu kelas, kenal pasti bagaimana para Rasul memanggil Rasul baharu.

  • Jemput kanak-kanak tersebut untuk berkongsi apa yang dia belajar dengan kelas dan jika boleh, apa yang Rasul itu katakan tentang panggilannya dalam ucapan pertamanya dalam persidangan umum.

Para Rasul duduk bersama dan sedang bercakap

Para Rasul memimpin Gereja selepas Yesus naik ke syurga.

Kisah Rasul-Rasul 2:36–47

Roh Kudus bersaksi kebenaran injil kepada hati saya.

Apabila kanak-kanak belajar mengenali bagaimana Roh Kudus bercakap kepada mereka, mereka akan diilhamkan untuk mendengar dan bertindak berdasarkan ilham yang mereka terima.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Kisah Rasul-Rasul 2:36–37. Bagaimana rasanya apabila Roh Kudus beritahu kita sesuatu dalam hati kita?

  • Sebagai satu kelas, buat satu poster dengan perkataan Apa yang harus kita lakukan? di atas. Paparkan poster itu setiap minggu, dan tambahkan cara kanak-kanak boleh bertindak dengan apa yang mereka belajar setiap minggu.

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Kisah Rasul-Rasul 2:41–47 dan cari perkara baik yang orang ramai lakukan selepas mereka dibaptiskan. Perkara baik apa yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kita bersyukur untuk kurnia Roh Kudus yang kita terima apabila dibaptis?

Kisah Rasul-Rasul 3:1–10

Bapa Syurgawi boleh memberkati orang lain melalui saya.

Bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak bahawa mereka boleh memberkati orang lain, bahkan jika mereka tidak “mempunyai wang”? (Kisah Rasul-Rasul 3:6). Bagaimanakah anda boleh membantu mereka melihat peluang untuk melayani Tuhan dengan melayani orang lain? (lihat Mosia 2:17).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Agihkan kepada kelas beg duit syiling. Minta kanak-kanak untuk memegang beg, tanya mereka apa yang mereka boleh beli dengan wang. Tanya kanak-kanak apa yang kita boleh berikan kepada orang lain, yang tidak memerlukan wang. Jemput mereka untuk berkongsi bagaimana mereka boleh membantu orang lain mendekati Juruselamat—suatu hadiah yang tidak memerlukan wang (Kisah Rasul-Rasul 3:6).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk merancangkan satu cara mereka boleh melayani Bapa Syurgawi dengan membantu seorang ahli keluarga mereka minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menghafal ayat suci. Pilih satu ayat suci yang kamu fikirkan boleh membantu kanak-kanak dalam kelas anda, seperti Kisah Rasul-Rasul 2:38 atau Kisah Rasul-Rasul 3:19, dan bantu mereka menghafal satu frasa dari ayat suci tersebut. Alat bantu visual atau aksi juga boleh membantu kanak-kanak mengingati tulisan suci.