“10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9: ‘Apa yang [Engkau Ingin Aku] Lakukan?,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Sekolah Primer 2023 (2022)
“10–16 Julai. Kisah Rasul-Rasul 6–9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
10–16 Julai
Kisah Rasul-Rasul 6–9
“Apa yang Engkau Ingin Aku Lakukan?”
Mula dengan membaca Kisah Rasul-Rasul 6–9. Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda mempelajari bab-bab ini. Aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih kecil dalam panduan ini boleh diubahsuai untuk kanak-kanak yang lebih besar, dan sebaliknya.
Jemput Perkongsian
Tulis pada papan tulis nama beberapa orang dari Kisah Rasul-Rasul 6–9, seperti Saulus, Stefanus, dan Tabita. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa sahaja yang mereka tahu tentang orang-orang ini.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh mengikuti Yesus Kristus dengan memilih sesuatu yang baik.
Apakah yang kanak-kanak dapat pelajari daripada Stefanus berkenaan menjadi pengikut Yesus Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak mencipta aksi untuk iringi lagu tentang memilih yang benar, seperti “Jadi Contoh Kebenaran” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 81). Guna Kisah Rasul-Rasul 7:51–60 untuk mengajar kanak-kanak bahawa Stefanus mengajar tentang Yesus Kristus, walaupun ia membuat para pemimpin Yahudi sangat marah (lihat juga “Bab 57: Orang yang Jahat Membunuh Stefanus,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 150–51). Bagaimanakah Stefanus bertahan demi yang benar?
-
Berikan kanak-kanak beberapa senario berkaitan kanak-kanak yang perlu membuat pilihan di antara baik dan salah. Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka akan lakukan untuk bertahan demi yang benar.
Roh Kudus mengilhami saya untuk berkongsi injil dengan orang lain.
Filipus mengikuti dorongan Roh dan membantu seorang bangsa Kus yang bergelut untuk memahami tulisan suci. Apakah pengajaran yang cerita ini ada untuk kanak-kanak yang anda ajar?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Letakkan dua kerusi bersama untuk menjadi sebuah kereta kuda. Jemput dua kanak-kanak untuk duduk di atas kereta kuda, seorang mewakili Filipus dan seorang lagi lelaki Kus. Kemudian beritahu cerita bagaimana Filipus mengajar injil kepada lelaki Kus itu.
-
Kongsi satu pengalaman di mana anda rasa Roh Kudus memberitahu anda untuk berkongsi injil dengan seseorang. Bersaksi bahawa Roh Kudus dapat membantu kita memberitahu orang lain tentang Yesus.
Bapa Syurgawi menjemput saya untuk bertaubat dan berubah.
Apabila Yesus memberitahu Saulus untuk berhenti menganiaya Gereja Tuhan, Saulus dengan serta merta bertaubat dan berubah. Bagaimanakah cerita ini membantu kanak-kanak yang anda ajar berhasrat untuk berubah apabila mereka melakukan kesalahan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ringkaskan kisah penukaran hati Saulus, yang terdapat dalam Kisah Rasul-Rasul 9:1–20 (lihat juga “Bab 59: Saulus Belajar Mengenai Yesus,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 154–55).
-
Bercakap dengan kanak-kanak tentang perkara yang berubah, seperti berudu, yang berubah menjadi katak, atau ulat bulu, yang berubah menjadi rama-rama. Tunjukkan gambar, jika boleh. Bagaimanakah Saulus berubah setelah dikunjungi Yesus Kristus?
-
Lukiskan satu jalan yang punyai dua cabang. Jemput kanak-kanak untuk namakan tempat-tempat yang mereka ingin lawat, dan tuliskannya di atas satu jalan. Apakah yang akan berlaku jika kita pusing ke jalan yang salah? Bandingkan pertaubatan dengan kembali ke jalan yang benar.
-
Minta kanak-kanak untuk ulangi kata Saulus kepada Bapa Syurgawi: “Apa yang Engkau ingin aku lakukan?” Kisah Rasul-Rasul 9:6. Apakah yang Tuhan ingin kita lakukan?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya akan menjadi saksi Yesus Kristus.
Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak pelajari teladan Stefanus dan menjadi saksi Yesus Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Kisah Rasul-Rasul 6:5–15 dan 7:51–60 bersama kanak-kanak lain. Apakah yang menjadikan Stefanus saksi Yesus Kristus yang begitu berkuasa? Jemput seorang atau lebih kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi Stefanus dan berkongsi mengapa mereka percaya kepada Yesus Kristus.
-
Jemput kanak-kanak untuk baca Kisah Rasul-Rasul 6:3–10, mencari sifat yang ada pada Stefanus yang membantunya berkembang.
-
Minta kanak-kanak untuk fikirkan situasi di mana mereka dapat menjadi saksi Yesus Kristus dan injil-Nya. Bantu mereka untuk lakonkan beberapa situasi tersebut. Minta kanak-kanak baca Mosia 18:9. Tekankan bahawa menjadi saksi Yesus Kristus termasuklah perjanjian yang kita lakukan di pembaptisan.
Imamat merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai.
Setan menggalakkan pesanan bahawa hal-hal duniawi memberi kita kegembiraan. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita Simon untuk membantu kanak-kanak menghayati perkara rohani seperti imamat dan berkatnya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ringkaskan cerita Simon, yang terdapat dalam Kisah Rasul-Rasul 8:9–24 (lihat juga “Bab 58: Simon dan Imamat,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 152–53). Mengapakah kita tidak boleh menerima kuasa imamat dengan membelinya? Bagaimanakah seseorang benar-benar menerima wewenang imamat? (lihat Fasal-Fasal Kepercayaan 1:5).
-
Tunjukkan gambar sakramen, bait suci (mewakili berkat bait suci), pembaptisan, dan berkat-berkat lain yang kita terima melalui imamat. Jelaskan bahawa pemberian Tuhan ini tidak boleh dibeli dengan wang. Mengapakah mereka lebih berharga daripada apa-apa yang kita boleh beli? Bagaimanakah kita menerima berkat-berkat ini?
Bapa Syurgawi menjemput saya untuk bertaubat dan berubah.
Apabila Yesus memberitahu Saulus untuk berhenti menganiaya Gereja Tuhan, Saulus dengan serta merta bertaubat dan berubah. Bagaimanakah cerita ini membantu kanak-kanak yang anda ajar berhasrat untuk berubah apabila mereka melakukan kesalahan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk lipatkan sehelai kertas. Minta mereka tuliskan Sebelum di hadapan dan Selepas pada bahagian belakang. Baca dengan kanak-kanak Kisah Rasul-Rasul 8:1–3; 9:1–2; dan 9:17–22, dan minta mereka menulis perkataan atau frasa yang menggambarkan Saulus sebelum dan selepas dia melihat Tuhan.
-
Jemput seorang ahli gereja untuk berkongsi kisah penukaran hatinya dan bagaimana menjadi seorang ahli gereja telah mengubah hidupnya, sepertimana kehidupan Saulus telah berubah.
-
Lukiskan “jalan ke Damsyik” di atas papan tulis. Jemput kanak-kanak untuk baca Kisah Rasul-Rasul 9:6, 11, 18, 20–22, mencari apa yang Saulus telah lakukan untuk bertaubat dan berpaling kepada Kristus, dan tuliskan pada sepanjang jalan itu. Apakah yang kita pelajari dari Saulus tentang bagaimana kita boleh menjadi lebih seperti Kristus?
-
Jemput kanak-kanak untuk lukiskan bahagian kegemaran dalam kisah penukaran hati Saulus dan kongsi lukisan itu dengan ahli kelas lain.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Galakkan kanak-kanak untuk memberitahu keluarga mereka tentang aktiviti kegemaran mereka dari kelas hari ini dan apa yang ia ajarkan mereka.