Perjanjian Baru 2023
26 Jun–2 Julai. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: “Dia Sudah Bangkit”


“26 Jun–2 Julai. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21: ‘Dia Sudah Bangkit,’” Ikutlah Aku—UntuK Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“26 Jun–2 Julai. Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus berbicara kepada Petrus di tepi laut

Feed My Sheep [Peliharalah Domba-Dombaku], oleh Kamille Corry

26 Jun–2 Julai

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20–21

“Dia Sudah Bangkit”

Kanak-kanak dengan kesaksian tentang kebenaran dalam bab-bab ini mempunyai landasan yang kukuh untuk membina iman mereka. Bagaimanakah anda akan menjemput Roh untuk bersaksi tentang kebenaran-kebenaran ini?

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Melihat gambar boleh membantu kanak-kanak ingat perkara yang mereka telah pelajari di rumah atau di tempat lain. Anda boleh tunjukkan gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan minta kanak-kanak untuk kongsi apa yang mereka tahu tentang cerita dalam gambar itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20:1–23

Seperti Yesus, saya akan hidup lagi selepas saya meninggal dunia.

Korban tebusan Yesus Kristus, termasuk Kebangkitan-Nya, ialah satu peristiwa yang terpenting dalam sejarah, dan ia adalah landasan agama Kristian. Semasa anda baca tentang Kebangkitan, renungkan bagaimana anda akan membantu kanak-kanak membina iman kepada Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kisah Kebangkitan Yesus dengan kata-kata anda sendiri. (Jika perlu, guna “Bab 54: Yesus Telah Bangkit,” dalam Perjanjian Baru, 139–44.) Jelaskan bahawa apabila Yesus mati, Roh-Nya meninggalkan badan-Nya. Apabila Dia dibangkitkan, roh dan badan-Nya bersatu lagi. Minta kanak-kanak bergilir mengulangi cerita itu kepada anda. Tanya kanak-kanak bagaimana perasaan mereka jika mereka telah melihat Yesus hidup semula.

  • Kongsi kesaksian anda bahawa semua orang akan dibangkitkan pada satu hari nanti. Jemput kanak-kanak berkongsi kesaksian mereka.

  • Nyanyikan lagu tentang Kebangkitan Juruselamat, seperti “Benarkah Tuhan T’lah Bangkit?” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 45). Minta kanak-kanak membayangkan bagaimana perasaan mereka untuk melihat Yesus. Minta mereka berkongsi fikiran dengan kelas.

Yohanes 20:24–29

Saya boleh beriman kepada Yesus Kristus walaupun saya tidak dapat lihat Dia.

Pertimbangkan bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak fahami apa itu iman dan bagaimana mereka boleh beriman kepada Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak tentang pengalaman Tomas dalam Yohanes 20:24–29. Ulangi cerita itu, tetapi kali ini minta kanak-kanak menyediakan beberapa butiran lain.

  • Tunjukkan satu kotak yang mengandungi satu objek yang tidak kanak-kanak lihat, gambarkan objek itu kepada kanak-kanak. Tanya mereka adakah mereka percaya objek itu benar-benar dalam kotak itu dan mengapa. Kemudian tunjuk mereka objek itu, dan jelaskan bahawa beriman adalah mempercayai perkara yang kita tidak dapat nampak. Iman yang paling penting adalah beriman kepada Yesus Kristus.

Imej
Yesus tunjukkan tangan kepada Para Rasul

Behold My Hands [Lihatlah Tanganku], oleh Jeff Ward

Yohanes 21:15–17

Saya boleh tunjukkan kasih saya kepada Yesus dengan melayani orang lain.

Bagaimana anda boleh mengilhamkan kanak-kanak untuk mengasihi dan membantu orang di sekeliling mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak fahami apa yang Yesus mahu Petrus lakukan: berkongsi injil dan menjemput semua orang untuk percaya kepada Yesus. Beri setiap kanak-kanak seekor domba kertas, dan minta mereka menulis atau melukis di atasnya sesuatu yang mereka boleh lakukan untuk membantu seseorang yang mereka kenali untuk lebih dekat kepada Yesus.

  • Bantu kanak-kanak fikirkan perkara yang mereka sedang lakukan untuk mengasihi dan melayani orang lain. Apa lagi yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kasih kita?

  • Tuliskan nama setiap kanak-kanak dalam kelas pada kertas dan gunting kertas-kertas itu dalam bentuk domba-domba, dan letakkan domba-domba kertas di sekeliling bilik. (Termasuk nama kanak-kanak yang tidak kerap datang ke Gereja.) Jemput kanak-kanak mengumpulkan domba-domba dengan mencari domba-domba kertas yang ada nama mereka. Bantu kanak-kanak fikirkan cara mereka dapat menghubungi kawan yang tidak datang ke gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 28; Markus 16; Lukas 24; Yohanes 20:1–23

Kerana Yesus sudah bangkit, semua orang akan dibangkitkan.

Adalah biasa kanak-kanak tertanya apa yang akan berlaku selepas kita meninggal dunia. Pertimbangkan apa yang anda boleh ajar tentang Kebangkitan dengan cara yang akan membina iman mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk menutup mata mereka dan bayangkan mereka sedang duduk dekat kubur Yesus semasa anda membaca Yohanes 20:1–17 atau ringkaskan kisah Kebangkitan-Nya (lihat juga “Bab 54: Yesus Telah Bangkit,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 139–44). Apakah maksud dibangkitkan? Apa akan berlaku jika kita dapat nampak Yesus yang sudah bangkit?

  • Minta setiap kanak-kanak mengkaji pengalaman seseorang yang nampak Juruselamat yang sudah bangkit dan kongsi apa yang dia telah pelajari dengan kelas.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi mengapa Kebangkitan Juruselamat penting kepada mereka.

Yohanes 20:24–29

Saya boleh beriman kepada Yesus Kristus walaupun saya tidak dapat lihat Dia.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak menguatkan iman mereka kepada Yesus Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Yohanes 20:24–29. Bagaimanakah kita boleh tahu Yesus Kristus hidup, walaupun kita tidak dapat melihat Dia?

  • Tuliskan setiap kata dari ayat “Berbahagialah orang yang percaya meskipun tidak melihat” pada kepingan kertas yang berlainan. Jemput kanak-kanak menyusunkan kata-kata itu. Jemput mereka menceritakan pengalaman mereka rasa kasih Juruselamat walaupun mereka tidak lihat Dia.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar perkara yang mereka boleh lakukan untuk menguatkan iman mereka minggu ini. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka lukis, dan berkongsi apa yang anda telah lakukan untuk menguatkan iman anda kepada Yesus Kristus.

Yohanes 21:1–17

Saya boleh tunjukkan kasih saya kepada Yesus dengan memelihara domba-domba-Nya.

Kanak-kanak boleh mempengaruhi orang di sekeliling mereka. Bagaimanakah anda boleh galakkan mereka untuk memperkuatkan orang lain dalam injil?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Yohanes 21:1–17 bersama. Apabila anda membaca ayat 9–13, minta kanak-kanak fikirkan masa ketika seseorang membuat makanan istimewa untuk mereka, dan jemput mereka untuk berfikir tentang cara Yesus memberi makan kepada kita secara rohani. Apabila anda membaca ayat 15–17, gantikan nama Simon dengan nama kanak-kanak. Siapakah domba-domba Yesus? Bagaimanakah kita boleh membantu Dia memberi mereka makan?

  • Kongsi satu makan ringan dengan kanak-kanak. Selepas mereka makan, tanya mereka bagaimana berkongsi injil dengan seseorang seperti memberi makanan kepada mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar keluarga mereka tentang Kebangkitan Juruselamat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Susuli jemputan untuk bertindak. Apabila anda jemput kanak-kanak untuk bertindak atas apa yang mereka pelajari, susuli jemputan anda pada kelas minggu depan. Ini menunjukkan kanak-kanak bahawa anda mengambil berat tentang bagaimana injil memberkati hidup mereka. Semasa mereka kongsi pengalaman mereka, mereka akan diperkukuhkan dan akan membantu satu sama lain menjalani injil.

Cetak