Perjanjian Baru 2023
19–25 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: “Sudah Selesai”


“19–25 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19: ‘Sudah Selesai,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“19–25 Jun. Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Kristus di depan Pilatus

Ecce Homo [Lihatlah Orang Ini], oleh Antonio Ciseri

19–25 Jun

Matius 27; Markus 15; Lukas 23; Yohanes 19

“Sudah Selesai”

Mulakan persediaan anda dengan membaca Matius 27; Markus 15; Lukas 23; dan Yohanes 19. Berdoa untuk fahami keperluan kanak-kanak.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Benarkan setiap kanak-kanak bergilir-gilir memegang gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Sambil memegang gambar itu, setiap kanak-kanak boleh berkongsi sesuatu yang dia nampak dalam gambar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 27:11–66; Lukas 23; Yohanes 19

Oleh kerana Yesus telah mati untuk saya, saya boleh dibangkitkan.

Kanak-kanak kecil mungkin berasa sedih mendengar kisah Penyaliban Yesus. “Bab 52: Perbicaraan Yesus” dan “Bab 53: Yesus Disalibkan” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 133–38), menyediakan cara sesuai anda boleh berkongsi cerita ini dengan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga apabila anda berkongsi tentang perbicaraan Yesus, Penyaliban, dan pengebumian (lihat juga Buku Seni Injil, no. 57–58). Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut. Tekankan bahawa pada hari ketiga, Yesus telah bangkit. Dalam kata lain, Dia hidup kembali.

  • Minta kanak-kanak untuk namakan hal-hal yang ibu bapa bantu mereka lakukan kerana mereka tidak boleh lakukan sendiri. Tunjukkan satu gambar Juruselamat. Jelaskan bahawa kerana Yesus, kita boleh dibangkitkan—sesuatu yang kita tidak dapat lakukan sendiri.

  • Tunjukkan satu gambar seseorang yang anda kenali tetapi telah meninggal dunia. Kongsi kesaksian anda bahawa kerana Yesus orang ini akan hidup semula suatu hari nanti.

Imej
pengebumian Kristus

The Burial [Pengebumian], oleh Carl Heinrich Bloch

Matius 27:26–37; Lukas 23:34

Saya boleh mengampuni orang sepertimana Yesus telah mengampuni.

Bagaimanakah anda dapat bantu kanak-kanak faham bagaimana untuk mengampuni mereka yang tidak baik, seperti Yesus lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Huraikan bagaimana askar-askar bertindak kasar terhadap Yesus (lihat Matius 27:26–37), dan kemudian baca Lukas 23:34. Jelaskan bahawa apabila kita mengampuni orang lain, kita tidak lagi marah kepada mereka dan kita tunjukkan kasih kepada mereka.

  • Kongsi satu contoh di mana seseorang telah berkata atau berbuat sesuatu yang tidak baik. Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang bagaimana mereka boleh menunjukkan keampunan dalam situasi ini.

  • Nyanyi bersama lagu tentang keampunan, seperti “Bapa Kumohon Pertolongan-Mu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 52). Tanya soalan-soalan yang dijawab dalam lagu, seperti “Siapakah yang harus kita mengampuni?” atau “Siapakah yang dapat membantu kita ketika mengampuni adalah susah?”

  • Cari terbitan terbaru Friend untuk mencari satu kisah mengenai seorang kanak-kanak yang telah mengampuni seseorang. Kongsi kisah ini dengan kanak-kanak.

Lukas 23:32–33, 39–43

Kerana Yesus telah menderita dan mati untuk saya, saya boleh bertaubat dan diampunkan.

Walaupun kanak-kanak yang di bawah umur lapan tahun tidak bertanggungjawab, adalah penting untuk mereka belajar bagaimana untuk bertaubat atas pilihan salah mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan Lukas 23:32–33, 39–43, dan bantu kanak-kanak mencari dua pencuri dalam gambar 57 dalam Buku Seni Injil. Jelaskan bahawa apabila pencuri pertama mempersendakan Yesus, pencuri kedua mengakui dia bersalah—dia telah mula bertaubat.

  • Baca Ajaran dan Perjanjian 19:16 kepada kanak-kanak. Mengapakah Yesus menderita untuk kita?

  • Jelaskan kita boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi dan Dia dapat membantu kita memperbaiki dosa dan kesilapan kita dan menerima keampunan.

  • Minta kanak-kanak membuat tanda pada papan tulis dengan kapur untuk mewakili pilihan-pilihan yang salah. Kemudian minta mereka padamkannya itu untuk mewakili pertaubatan. Tunjukkan satu gambar Juruselamat, dan bersaksi bahawa kita boleh bertaubat kerana Dia.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 27:11–66; Lukas 23; Yohanes 19

Yesus telah mati untuk saya kerana Dia mengasihi saya.

Mengapakah anda bersyukur atas kematian Yesus Kristus bagi anda? Pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak faham kepentingan pengorbanan Juruselamat untuk mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis peristiwa-peristiwa penting dari Matius 27:11–66 pada kepingan kertas yang berasingan (untuk bantuan melakukan ini, lihat “Bab 52: Pembicaraan Yesus” dan “Bab 53: Yesus Disalibkan,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 133–38). Jemput kanak-kanak untuk mengkaji ayat-ayat tersebut dan susunkan peristiwa dalam urutan yang betul.

  • Minta seorang kanak-kanak untuk membaca Matius 27:54, dan jemput kanak-kanak lain untuk berkongsi sesuatu berkenaan Yesus yang membantu mereka tahu bahawa Dia Putera Tuhan.

  • Tanyakan kanak-kanak apakah yang mereka telah pelajari tentang Penyaliban dari “Lihat Jurus’lamat Mati” (Nyanyian Rohani, no. 80) atau lagu rohani sakramen yang lain. Mengapakah Yesus sudi menderita bagi kita? (lihat Ajaran dan Perjanjian 18:10–11; 19:16).

Matius 27:26–37; Lukas 23:34

Saya boleh mengampuni orang seperti Yesus telah mengampuni.

Mungkin susah untuk mengampunkan orang lain. Kanak-kanak yang anda ajar akan diberkati apabila mereka mengikut teladan Juruselamat dan belajar untuk mengampuni.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk bergilir membaca tentang tentera yang tidak baik terhadap Yesus dalam Matius 27:26–37 dan Yesus mengampuni mereka dalam Lukas 23:34. (Lihat pandangan yang disediakan oleh Terjemahan Joseph Smith dalam Lukas 23:34, di Panduan Tulisan Suci.) Apakah yang kita pelajari dari teladan Yesus?

  • Tuliskan pada papan tulis Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengampuni seseorang yang tidak baik terhadap anda? Minta kanak-kanak bergilir untuk menulis idea-idea pada papan tulis, seperti Doa untuk peroleh perasaan yang baik terhadap orang itu atau Fikirkan sesuatu yang baik berkenaan orang itu.

Lukas 23:32–33, 39–43

Kerana Yesus telah menderita dan mati untuk saya, saya boleh bertaubat dan diampunkan.

Pelajaran ini merupakan masa yang sesuai untuk bersaksi bahawa kerana Yesus Kristus, kita boleh bertaubat atas dosa-dosa kita dan diampuni.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk baca Lukas 23:32–33, 39–43 dengan lantang. Jelaskan bahawa dua orang lain yang akan disalibkan bersama Yesus ialah pencuri. Bagaimanakah salah satu daripada pencuri itu menunjukkan dia mula bertaubat? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kita sedang bertaubat. (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Bertaubat, Pertaubatan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org

  • Tuliskan ayat berikut pada papan tulis, biarkan kosong untuk perkataan dalam huruf condong: “Saya boleh diampuni apabila saya bertaubat kerana Korban Tebusan Yesus Kristus.” Berikan kanak-kanak petunjuk untuk membantu mereka mengisi tempat-tempat kosong itu.

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk pegang satu beg, dan isi dengan batu-batu kecil apabila kanak-kanak lain menyatakan pilihan-pilihan salah yang seseorang mungkin lakukan. Bantu kanak-kanak umpamakan beg itu dengan beban rohani yang kita pikul apabila kita berdosa. Bagaimanakah pertaubatan seperti mengeluarkan batu-batu daripada beg itu? Anda boleh ingatkan kanak-kanak bahawa pertaubatan bukanlah peristiwa satu masa tetapi proses harian.

  • Lihat dalam majalah Friend terbaru untuk cerita atau pesanan tentang pertaubatan, dan kongsi dengan kanak-kanak.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk fikirkan seseorang yang mereka perlu ampuni dan tentukan satu perkara yang mereka akan lakukan untuk tunjukkan dia bahawa mereka telah mengampuninya.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Belajar untuk mengenali wahyu. Wahyu sering datang secara “baris demi baris” (2 Nefi 28:30), bukannya sekali gus. Apabila anda berdoa dan merenungkan tulisan suci dan panduan ini, anda akan dapati idea dan tanggapan dapat datang bila-bila masa dan di mana saja—ketika perjalanan anda ke kerja, membuat kerja rumah, atau interaksi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Cetak