Perjanjian Baru 2023
29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Yohanes 13: “Sebagai Peringatan”


“29 Mei–4 Jun. Matius 26; Matius 14; Yohanes 13: ‘Sebagai Peringatan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“29 Mei–4 Jun. Matius 26; Markus 14; Yohanes 13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Jamuan Terakhir

In Remembrance of Me [Untuk Mengenang Aku], oleh Walter Rane

29 Mei–4 Jun

Matius 26; Markus 14; Yohanes 13

“Sebagai Peringatan”

Semasa anda baca Matius 26; Markus 14; dan Yohanes 13, cari asas yang anda rasa akan memberkati kanak-kanak yang anda ajar.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar peristiwa dalam bab ini, seperti Buku Seni Injil, no. 54–55, dan jemput kanak-kanak untuk menceritakan apa yang sedang berlaku dalam gambar.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 26:26–29; Markus 14:22–24

Sakramen membantu saya berfikir tentang Yesus.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa mengambil sakramen adalah peluang untuk mengingati apa yang Yesus telah lakukan untuk kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita Yesus memperkenalkan sakramen. Anda boleh guna “Bab 49: Sakramen Yang Pertama” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 124–26). Mengapakah kita mengambil sakramen? Bantu kanak-kanak memahami bahawa kita mengingati Yesus semasa sakramen.

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak sekeping roti dan secawan air. Tanyakan mereka jika mereka tahu apa maksud roti dan air sakramen. Jelaskan bahawa lambang-lambang ini membantu kita ingat bahawa Yesus telah mati untuk kita dan dibangkitkan dari kematian.

  • Minta kanak-kanak menutup mata dan memikirkan seseorang yang mereka sayang, dan kemudian jemput mereka untuk memberitahu anda tentang orang itu. Minta mereka menutup mata sekali lagi, memikir tentang Juruselamat, dan kemudian berkongsi perkara-perkara yang mereka tahu tentang-Nya. Galakkan mereka untuk berfikir tentang Yesus semasa sakramen setiap minggu.

  • Jemput kanak-kanak untuk tunjukkan anda apa yang mereka boleh lakukan untuk mengingati Yesus dan menjadi takzim semasa sakramen. Bantu kanak-kanak membuat buku kecil yang digambarkan di halaman aktiviti minggu ini dan gunakannya untuk membantu mereka memikirkan tentang Yesus semasa sakramen. Atau minta mereka mencari beberapa majalah Gereja untuk gambar Yesus dan mencipta kolaj yang mereka boleh lihat semasa sakramen.

Yohanes 13:34–35

Saya boleh mengasihi orang lain seperti yang Yesus lakukan.

Yesus menunjukkan kasih-Nya dengan menjaga orang di sekeliling-Nya. Apakah peluang kanak-kanak yang anda ajar untuk menunjukkan kasih mereka kepada orang lain?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar cerita yang kanak-kanak telah pelajari tahun ini apabila Yesus menunjukkan kasih-Nya kepada orang lain (lihat panduan sebelum ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Baca Yohanes 13:34–35, dan bantu kanak-kanak mengulangi frasa “Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, … saling mengasihi.” Bagaimanakah kita boleh tunjukkan kasih kita kepada keluarga dan kawan-kawan kita?

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk pegang gambar Juruselamat semasa kelas menyanyikan lagu tentang kasih Juruselamat, seperti “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 74). Berikan kanak-kanak hati kertas dan jemput mereka untuk melukis gambar diri mereka melakukan sesuatu untuk menunjukkan kasih mereka kepada orang lain.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 26:26–29; Markus 14:22–24

Sakramen membantu saya mengingati Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya untuk saya.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak mempunyai pengalaman yang lebih bermakna dengan sakramen?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak bergilir-gilir membaca ayat-ayat dalam Matius 26:26–29 atau Markus 14:22–24 (lihat juga Terjemahan Joseph Smith, Markus 14:20–24 [dalam Panduan Tulisan Suci]) dan Ajaran dan Perjanjian 20:75–79. Perkataan dan idea apakah yang serupa dalam dua petikan ini?

  • Tanya kanak-kanak apa yang mereka buat untuk membantu mereka berfikir tentang Yesus semasa sakramen. Bantu mereka mencari ayat-ayat suci atau kata-kata dari nyanyian rohani sakramen yang mereka boleh baca semasa sakramen, dan kemudian senaraikannya di atas satu kad supaya kanak-kanak boleh baca semasa mereka mengambil sakramen. Nyanyikan beberapa lagu ini bersama kanak-kanak (lihat Nyanyian Rohani, no. 169–97).

    kanak-kanak sedang mengambil sakramen

    Sakramen membantu kita mengingati Yesus Kristus dan pengorbanan-Nya untuk kita.

  • Tulis frasa utama dari doa-doa sakramen di papan tulis, dan bantu kanak-kanak menghafalnya. Apakah maksud frasa-frasa ini? Mengapakah ia penting untuk memperbaharui perjanjian pembaptisan kita setiap minggu?

  • Jemput seorang pemegang Imamat Harun untuk memberitahu kanak-kanak tentang pengalamannya dalam menyediakan, memberkati, atau mengedar sakramen. Apakah yang membantu dia bersedia untuk ini? Bagaimanakah perasaan dia semasa melakukannya? Bagaimanakah roti dan air mengingatkan dia tentang Juruselamat?

  • Minta kanak-kanak yang telah dibaptiskan untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang pembaptisan mereka. Apakah perasaan mereka? Apakah perjanjian yang mereka buat? (lihat Mosia 18:8–10). Beritahu mereka bahawa setiap minggu mereka mengambil sakramen, ia seperti dibaptiskan sekali lagi—kita boleh diampunkan dari dosa-dosa kita, dan kita memperbaharui perjanjian kita.

Yohanes 13:1–17

Yesus Kristus tunjukkan saya bagaimana untuk melayani orang lain.

Laporan Juruselamat mencuci kaki para pengikut-Nya boleh mengilhami kanak-kanak yang anda ajar untuk melayani orang di sekeliling mereka dengan kasih.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beberapa hari lebih awal, minta salah seorang kanak-kanak untuk membaca Yohanes 13:4–9 dan berkongsi laporan dengan kelas dari perspektif Petrus. Apakah yang Juruselamat cuba mengajar Petrus dan para Rasul yang lain? Kanak-kanak boleh bercakap tentang apa yang mereka pelajari dari cerita ini tentang Yesus Kristus. Apakah yang kita pelajari tentang melayani orang lain?

  • Baca bersama Yohanes 13:12–17. Minta kanak-kanak menulis tentang suatu masa ketika Juruselamat melayani orang lain. Galakkan mereka untuk memasukkan apa yang mereka pelajari dari teladan-Nya. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tulis dengan kelas.

Yohanes 13:34–35

Para pengikut Yesus Kristus mengasihi orang lain seperti Dia.

Apabila kita dibaptiskan, kita membuat perjanjian untuk menjadi pengikut Yesus Kristus. Dalam Yohanes 13:34–35, Juruselamat menggambarkan bagaimana kita dapat menunjukkan bahawa kita adalah para pengikut-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan tulis sebagaimana Aku sudah kamu, hendaklah (Yohanes 13:34). Jemput kanak-kanak untuk mencari tulisan suci dan mengisi tempat kosong. Apakah perkara lain yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kita adalah pengikut Kristus? Kanak-kanak boleh memikirkan perkataan lain yang akan melengkapkan ayat di papan tulis, seperti melayani dan pelayanan atau mengajar dan ajarkan.

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Yohanes 13:35 dan fikirkan orang yang mereka kenali yang merupakan contoh pengikut Yesus Kristus. Minta mereka untuk berkongsi bagaimana orang-orang ini menunjukkan kasih kepada orang lain seperti yang Juruselamat telah lakukan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka akan lakukan kerana apa yang mereka pelajari dalam kelas. Contohnya, mereka boleh berkongsi bagaimana mereka akan mengingati Yesus Kristus semasa sakramen.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri kesaksian kepada kelas anda. Kesaksian boleh menjadi mudah seperti “Saya tahu Bapa Syurgawi mengasihi setiap kamu” atau “Saya rasa baik di dalam hati ketika saya belajar tentang Yesus Kristus.”