Perjanjian Baru 2023
5–11 Jun. Yohanes 14–17: “Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi.”


“5–11 Jun. Yohanes 14–17: ‘Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku Kasihi,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“5–11 Jun. Yohanes 14–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Jamuan Terakhir

The Last Supper [Jamuan Terakhir], oleh William Henry Margetson

5–11 Jun

Yohanes 14–17

“Hendaklah Kamu Tetap Hidup Sebagai Orang yang Aku kasihi”

Berdoa untuk tahu keperluan kanak-kanak yang anda ajar semasa anda membaca Yohanes 14–17. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu menyokong kajian anda, dan panduan ini boleh memberi anda idea tentang cara mengajar kanak-kanak dalam kelas anda.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi apa yang mereka pelajari di rumah, minta setiap kanak-kanak bergilir memegang hati kertas dan berkongsi sesuatu yang dia lakukan untuk menunjukkan kasih kepada orang lain.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 14:15

Saya tunjukkan kasih saya kepada Yesus Kristus dengan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Bantu kanak-kanak memahami bahawa mereka boleh tunjukkan kepada Juruselamat yang mereka kasihi-Nya dengan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membaca Yohanes 14:15. Minta mereka untuk berkata “Jika kamu mengasihi Aku” apabila anda memegang hati kertas. Minta mereka untuk berkata “Kamu akan mentaati perintah-perintah-Ku” apabila anda memegang kitab suci.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa perintah Yesus. Jemput mereka untuk mencadangkan cara-cara mereka boleh mentaati setiap perintah. Bersaksi bahawa melakukan hal-hal ini menunjukkan kasih kita kepada Yesus Kristus.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang perintah-perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68).

  • Main permainan di halaman aktiviti minggu ini bersama kanak-kanak.

Yohanes 14:26–27; 15:26; 16:13–14

Roh Kudus membantu saya.

Yesus mengajar para pengikut-Nya kebenaran penting tentang Roh Kudus. Pertimbangkan bagaimana kebenaran ini boleh memberkati kanak-kanak yang anda ajar.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar Jamuan Terakhir (Buku Seni Injil, no. 54). Jelaskan kepada kanak-kanak bahawa pada Jamuan Terakhir, Yesus ajar para pengikut-Nya tentang Roh Kudus. Kongsi beberapa kebenaran yang Dia ajarkan dalam Yohanes 14:26–27; 15:26; 16:13–14.

    Imej
    Yesus bercakap kepada para pengikut-Nya

    The Last Supper [Jamuan Terakhir], oleh Clark Kelley Price

  • Kongsi satu pengalaman ketika Roh Kudus menghiburkan anda, membimbing anda, atau membantu anda mengetahui kebenaran. Bersaksi bahawa Roh Kudus dapat membantu kanak-kanak dengan cara yang sama.

  • Bersama kanak-kanak, nyanyikan sebuah lagu tentang Roh Kudus, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55). Jemput mereka untuk mendengar perkara yang Roh Kudus lakukan yang disebut dalam lagu.

Yohanes 17:3

Saya boleh mengenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

Yesus Kristus ajarkan bahawa “kehidupan abadi” adalah untuk tahu “satu-satunya Tuhan yang benar [dan Yesus Kristus].” Apabila kanak-kanak yang anda ajar mengenali Mereka, mereka akan menemui kekuatan rohani yang akan memberkati mereka sepanjang hidup mereka dan membantu mereka mencapai kehidupan abadi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Yohanes 17:3, dan minta kanak-kanak mendengar siapa yang Yesus ingin kita tahu. Tunjukkan beberapa gambar yang mewakili cara kita boleh mengenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, seperti gambar tulisan suci, keluarga yang belajar bersama, dan seseorang yang melayani orang lain. Letakkan gambar menghadap ke bawah, dan jemput kanak-kanak untuk bergilir-gilir membalikkan gambar dan menerangkan apa yang ada dalam gambar itu. Bagaimanakah perkara-perkara ini membantu kita mengenali Bapa Syurgawi dan Yesus?

  • Bercakap dengan kanak-kanak tentang perkara yang mereka lakukan untuk mengenali rakan mereka dengan lebih baik. Bagaimanakah kita mengenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan lebih baik? Kongsi cara-cara anda telah melakukan ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 14:15; 15:10–14

Saya tunjukkan kasih saya kepada Yesus Kristus dengan mematuhi perintah-perintah-Nya.

Semasa anda mengkaji ayat-ayat ini dalam pengkajian peribadi, fikirkan kanak-kanak yang anda ajar. Bagaimanakah mereka akan diberkati apabila mereka fahami kepatuhan mereka kepada Juruselamat adalah tanda kasih mereka kepada-Nya?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara-cara Yesus menunjukkan Dia patuh kepada Bapa Syurgawi. Tunjukkan gambar dari kehidupan Juruselamat untuk membantu mereka (lihat Buku Seni Injil, no. 34–35, 56–57). Minta kanak-kanak bercakap tentang masa ketika mereka mematuhi Bapa Syurgawi.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Yohanes 14:15. Minta kanak-kanak bergilir melukiskan gambar yang mewakili seseorang mematuhi satu perintah, semasa kanak-kanak lain teka apa yang dia lukiskan. Untuk contoh perintah, lihat Untuk Kekuatan Remaja buku kecil (2022). Bagaimana dengan mematuhi perintah-perintah ini boleh tunjukkan Juruselamat bahawa kita mengasihi Dia?

Yohanes 14:26; 15:26; 16:13

Roh Kudus membimbing, menghibur, dan bersaksi tentang kebenaran.

Sudahkah kanak-kanak yang anda ajar menerima kurnia Roh Kudus? Apakah yang mereka tahu tentang bagaimana Roh Kudus dapat membantu mereka? Pertimbangkan bagaimana anda akan membantu mereka lebih memahami peranan Roh Kudus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak ayat-ayat berikut untuk dibacakan secara berpasangan: Yohanes 14:26; 15:26; dan 16:13. Minta mereka carikan perkataan-perkataan yang mengajar mereka tentang peranan Roh Kudus. Tuliskan perkataan-perkataan itu papan tulis.

  • Kongsi satu pengalaman apabila Roh Kudus membimbing anda, menghiburkan anda, memberi amaran kepada anda, atau bersaksi tentang kebenaran kepada anda. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman yang mereka ada. Bagaimanakah mereka mengenali pengaruh Roh Kudus?

  • Jemput setiap kanak-kanak lukis wajah di atas satu beg kertas. Sinarkan lampu suluh, mewakili Roh Kudus, ke dalam setiap beg. Kemudian masukkan barang ke dalam beg yang menghalang cahaya, seperti sehelai kain, untuk mengajar bahawa pilihan kita yang salah boleh mengehadkan pengaruh Roh Kudus dalam kehidupan kita. Minta kanak-kanak keluarkan barang-barang dari beg mereka untuk mewakili pertaubatan.

Yohanes 15:1–9; 17:3

Bapa Syurgawi dan Yesus mahu saya kenali Mereka.

Anda akan memberkati kehidupan kanak-kanak dengan membantu mereka mengenali Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan lebih baik.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Paparkan tumbuhan (atau gambarnya) semasa kanak-kanak bergilir-gilir membaca ayat-ayat dalam Yohanes 15:1–9. Bagaimanakah Yesus seperti satu pokok menjalar? Bagaimana kita seperti cabang? Apakah yang boleh kita lakukan untuk “tetap pada,” atau kekal dekat dengan, Juruselamat?

  • Baca Yohanes 17:3. Tanya kanak-kanak apa yang mereka lakukan untuk kenal Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Kongsi tentang cara-cara anda mengenali mereka.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka lagu yang mereka baru pelajari di kelas atau dalam masa nyanyian.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menyesuaikan aktiviti-aktiviti. Jika anda ajar kanak-kanak yang lebih kecil, anda boleh dapat cadangan-cadangan tambahan yang boleh anda sesuaikan untuk kelas anda dalam panduan minggu ini untuk kanak-kanak yang lebih besar. Serupa, aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih kecil boleh disesuaikan untuk mengajar kanak-kanak yang lebih besar.

Cetak