Perjanjian Baru 2023
22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21: “Anak Manusia Datang”


“22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21: ‘Anak Manusia Datang,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“22–28 Mei. Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Kedatangan Kedua

The Second Coming [Kedatangan Kedua], oleh Harry Anderson

22–28 Mei

Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; Lukas 21

“Anak Manusia Datang”

Renungkan apa yang kanak-kanak yang anda ajar perlu pelajari dari Joseph Smith—Matius 1; Matius 24–25; Markus 12–13; dan Lukas 21. Sesuaikan idea-idea untuk kanak-kanak yang lebih besar dalam panduan ini untuk kanak-kanak yang lebih kecil jika perlu.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bawa ke kelas satu objek atau gambar yang berkaitan dengan salah satu perumpamaan atau cerita dalam pembacaan minggu ini (seperti minyak untuk mewakili sepuluh orang gadis atau syiling untuk mewakili bakat atau wang tembaga balu). Minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang perumpamaan atau cerita itu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Joseph Smith—Matius 1:31

Sebelum Yesus datang lagi, injil akan dikhutbahkan di seluruh dunia.

Satu tanda bahawa Yesus akan kembali tidak lama lagi adalah injil-Nya dikhutbahkan di seluruh dunia. Kanak-kanak dapat membantu memenuhi nubuat ini dengan berkongsi injil.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan peta, glob, atau gambar bumi (lihat Buku Seni Injil, no. 3) dan bantu kanak-kanak berkata, “Injil … ini akan dikhutbahkan di seluruh dunia” (Joseph Smith—Matius 1:31). Mengapakah Tuhan ingin semua anak-Nya mendengar injil-Nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk berkawat semasa anda menyanyikan bersama lagu tentang berkongsi injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” atau “Kita Dipanggil Tuk Melayani” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 90, 94).

  • Apakah beberapa cara kita boleh berkongsi injil?

bumi dari angkasa

Injil akan dikhutbahkan di seluruh dunia. Photo Courtesy of NASA Johnson Space Center

Matius 25:14–30

Saya dapat gunakan kurnia-kurnia yang Tuhan telah berikan saya.

Kanak-kanak sedang menerokai kurnia dan kebolehan mereka. Bantu mereka faham bahawa kurnia dan kebolehan ini datang dari Bapa Syurgawi.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa beberapa syiling untuk digunakan ketika anda menceritakan perumpamaan keping wang emas, yang ada di Matius 25:14–30. Anda boleh minta tiga kanak-kanak untuk mewakili tiga orang hamba. Terangkan bahawa pada masa Yesus, keping wang emas merujuk kepada wang, tetapi hari ini keping wang emas boleh bermaksud kurnia dan kebolehan kita.

  • Minta kanak-kanak untuk menyebut cara-cara ibu bapa, adik beradik, pengajar, atau kawan telah membantu mereka. Apakah bakat yang ada pada orang ini yang membantu mereka melayani orang lain?

  • Tulis nota kecil kepada kanak-kanak untuk memberitahu mereka tentang kurnia dan kebolehan yang anda melihat dalam mereka. Semasa anda berkongsi dengan mereka kurnia yang anda lihat pada mereka, galakkan mereka untuk memperbaiki kurnia mereka dan gunakannya untuk melayani orang lain.

Matius 25:31–46

Yesus mahu saya melayani orang lain.

Kita melayani Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus dengan melayani orang di keliling kita. Bantu kanak-kanak pertimbangkan cara mereka boleh melayani orang lain.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan perumpamaan di Matius 25:34–46. Bantu kanak-kanak faham bahawa apabila kita melayani orang lain, kita melayani Yesus.

  • Pegang gambar seorang kanak-kanak dengan gambar Yesus tersembunyi di belakangnya. Apakah yang kita boleh lakukan untuk melayani kanak-kanak ini? Bantu kanak-kanak faham bahawa apabila kita melayani orang lain, kita melayani Yesus.

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar tentang diri mereka melayani orang lain dalam cara-cara Yesus gambarkan di Matius 25:35–36. Jemput kanak-kanak lain untuk meneka apa yang mereka sedang melukis.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila seseorang telah menunjukkan pelayanan seperti Kristus kepada mereka atau keluarga mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Joseph Smith—Matius 1:31

Sebelum Yesus datang lagi, injil akan dikhutbahkan di seluruh dunia.

Kanak-kanak yang anda ajar dapat membantu mengkhutbahkan injil di seluruh dunia sebelum Kedatangan Kedua Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi berkat-berkat yang mereka telah menerima atau akan menerima kerana mereka adalah ahli Gereja Kristus. Baca Joseph Smith—Matius 1:31 bersama, dan tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka rasa injil akan memberkati anak-anak Tuhan di seluruh dunia.

  • Tunjukkan kanak-kanak peta dunia atau negara, dan membantu mereka cari beberapa tempat di mana seorang ahli keluarga atau kawan telah mengkhutbahkan injil di misi.

  • Jemput beberapa kanak-kanak untuk datang bersedia berkongsi bagaimana ahli keluarga atau nenek moyang mereka diperkenalkan kepada injil.

  • Minta setiap kanak-kanak menulis nama seseorang yang dia boleh bercakap tentang Yesus Kristus atau jemput ke gereja. Minta kanak-kanak untuk menyenaraikan hal-hal yang mereka dapat lakukan untuk menjadi misionari sekarang.

Matius 25:1–13

Saya bertanggungjawab atas penukaran hati saya kepada Yesus Kristus.

Perumpamaan tentang sepuluh orang gadis mengajar bahawa kita tidak boleh pinjam penukaran hati kita kepada Juruselamat daripada orang lain. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak bertanggungjawab atas penukaran hati mereka sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta seorang kanak-kanak datang bersedia untuk berkongsi bagaimana dia belajar tentang perumpamaan tentang sepuluh orang gadis di rumah minggu ini.

  • Lukiskan lampu minyak di papan tulis, dan labelkan kesaksian. Beri setiap kanak-kanak sekeping kertas berbentuk seperti titisan minyak, dan minta setiap mereka menulis di atasnya sesuatu yang dia akan lakukan untuk menjadi lebih bertukar hati kepada Juruselamat. Lekat titis-titis mereka pada papan di keliling lampu minyak.

  • Jemput kanak-kanak untuk membantu anda membuat senarai hal-hal untuk bersedia menyambut pengunjung istimewa. Bagaimanakah hal-hal ini sama atau lain daripada cara-cara yang kita dapat bersedia secara rohani untuk Kedatangan Kedua Juruselamat?

  • Di lima keping kertas, tulis hal-hal yang tidak dapat dipinjam. Di lima keping kertas yang lain, tulis hal-hal yang dapat dipinjam. Rawak semua kertas itu, dan minta kanak-kanak untuk asingkan ia ke dalam dua kumpulan ini. Baca bersama Matius 25:1–13. Mengapakah penting untuk tidak bergantung pada orang lain untuk penukaran hati kita kepada Yesus Kristus?

Matius 25:14–46

Di Penghakiman Terakhir, kita akan memberi Tuhan laporan hidup kita.

Selepas Kebangkitan, Tuhan akan menghakimi kita berdasarkan kepatuhan kita kepada perintah-perintah-Nya dan penerimaan korban tebusan-Nya. Perumpamaan keping wang emas dan perumpamaan domba dan kambing mengajar kita tentang Penghakiman Akhir ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta separuh daripada kanak-kanak untuk membaca Matius 25:14–30 dan yang lain untuk membaca Matius 25:31–46. Minta kanak-kanak buat lakonan tentang perumpamaan untuk kelas. Apakah yang Tuhan ajarkan kita dalam perumpamaan ini?

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 25:35–36 dalam pasangan dan membuat senarai hal-hal yang mereka dapat lakukan untuk tunjukkan kasih mereka kepada Yesus Kristus.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Minta kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka cara-cara mereka dapat menjadi misionari yang lebih baik dan beritahu keluarga mereka tentang orang yang mereka dapat kongsi injil.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengar atau buat lakonan tentang cerita. Kerana kanak-kanak suka cerita, carilah cara untuk melibatkan mereka dalam cerita-cerita kitab suci yang anda kongsi. Mereka boleh pegang gambar atau barang, melukis gambar tentang cerita, buat lakonan tentang cerita, atau membantu menceritakan cerita. Mengulangi cerita-cerita untuk membantu mereka mengenali butiran penting dan ajaran-ajaran injil.