Perjanjian Baru 2023
1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: “Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!”


“1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11: ‘Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“1–7 Mei. Lukas 12–17; Yohanes 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
lelaki sedang memeluk anaknya

The Prodigal Son [Anak yang Sesat], oleh Liz Lemon Swindle

1–7 Mei

Lukas 12–17; Yohanes 11

“Marilah Kita Bergembira; Dombaku yang Hilang Sudah Aku Jumpai Semula!”

Baca dengan penuh doa Lukas 12–27 dan Yohanes 11, untuk mencari cara bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak untuk memahami kebenaran dalam bab ini dan merasa kasih Bapa Syurgawi.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ingatkan kanak-kanak tentang beberapa perumpamaan dan cerita yang terdapat dalam Lukas 12–17 dan Yohanes 11, dan jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita-cerita ini.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Lukas 15

Bapa Syurgawi ingin semua anak-anak-Nya pulang kepada-Nya.

Fikirkan tentang kanak-kanak dalam kelas anda, termasuk mereka yang mungkin tidak menghadiri dengan kerap. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka merasakan kasih Bapa Syurgawi? Bagaimanakah anda boleh mengilhami kanak-kanak lain untuk membantu anda menjangkau mereka dalam kasih?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beri seorang kanak-kanak satu syiling, seorang kanak-kanak lain satu gambar seekor domba, dan seorang kanak-kanak lain satu gambar anak yang sesat (lihat ChurchofJesusChrist.org atau halaman aktiviti minggu ini). Beritahu tiga perumpamaan yang terdapat di Lukas 15 dan jemput kanak-kanak untuk mengangkat duit syiling mereka atau gambar apabila anda menyebutnya. Anda boleh menjemput kanak-kanak untuk mengulang perumpamaan itu kepada satu sama lain dalam perkataan mereka sendiri.

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi suatu masa apabila mereka telah hilang sesuatu. Bagaimana mereka menemuinya? Jelaskan bahawa orang boleh menjadi sesat secara rohani apabila mereka tidak mengikuti Bapa Syurgawi. Bersaksi bahawa Tuhan mahu orang yang sesat datang kepada-Nya, dan kita boleh membantu mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk memikirkan kanak-kanak lain yang tidak datang ke Sekolah Primer. Bantu mereka mewarna atau menulis nota menjemput kanak-kanak ini untuk menghadiri aktiviti Sekolah Primer atau Sekolah Primer. Apakah cara lain kita boleh bantu kanak-kanak ini merasakan kasih Bapa Syurgawi untuk mereka?

Lukas 17:11–19

Saya boleh menunjuk kasih saya kepada Bapa Syurgawi dengan lebih bersyukur untuk berkat-berkat saya.

Bagaimana cerita sepuluh orang penyakit kusta boleh menggalakkan kanak-kanak untuk lebih bersyukur?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ceritakan kisah sepuluh orang penyakit kusta yang disembuhkan oleh Yesus. Tunjukkan gambar yang terdapat dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan galakkan kanak-kanak untuk kira sehingga sepuluh dengan jari mereka. Kemudian suruh mereka untuk turunkan sembilan jari untuk menunjukkan satu orang berpenyakit kusta yang menyatakan kesyukuran kepada Yesus. Bantu kanak-kanak memikirkan seseorang yang mereka boleh berterima kasih untuk tindakan yang baik atau membantu.

  • Jemput setiap kanak-kanak untuk melakonkan sesuatu yang mereka syukuri dan minta kanak-kanak lain untuk meneka perkara itu. Minta kanak-kanak untuk kongsi cara kita dapat tunjuk kepada Bapa Syurgawi yang kita amat bersyukur untuk berkat kita.

Yohanes 11:1–46

Kami percaya bahawa Yesus ialah Putera Tuhan.

Marta, iaitu kakak Lazarus, berkata kepada Yesus: “aku percaya bahawa Tuhan Anak Tuhan, Penyelamat yang diutus oleh Tuhan” (Yohanes 11:27). Cerita Maria, Marta, dan Lazarus boleh menguatkan kesaksian kanak-kanak kepada Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan kisah Yesus membangkitkan Lazarus dari kematian (lihat juga “Bab 43: Yesus Membangkitkan Lazarus dari Kematian,” dalam Cerita-cerita-cerita Perjanjian Baru, 107–9). Tunjukkan kepada kanak-kanak satu cabang yang mati dan tumbuhan yang hidup, dan tanyakan mereka siapakah yang mati dan yang mana satu yang hidup. Bersaksi bahawa dengan kuasa Yesus Kristus, mereka yang telah meninggal dunia akan dibangkitkan dan hidup selamanya.

  • Bantu kanak-kanak untuk menghafal ayat yang Yesus kata kepada Marta: “Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup” (Yohanes 11:25). Jelaskan kerana kebangkitan Juruselamat, kita akan dapat melihat semula semua orang yang kita sayangi yang telah meninggal.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Lukas 15

Saya boleh bantu Yesus mencari domba-Nya yang hilang.

Kita semua mengenali seseorang yang seperti domba yang hilang, syiling yang hilang, atau anak lelaki yang sesat dalam perumpamaan Juruselamat. Pertimbangkan bagaimana anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk menjangkau kepada orang-orang ini dengan kasih.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membaca perumpamaan domba yang hilang atau perumpamaan duit syiling yang hilang, yang terdapat dalam Lukas 15:1–10, dan berkongsi apa yang mereka pelajari.

  • Tulis nama-nama ini pada papan tulis: bapa, anak sulung, dan anak bongsu. Bagaimanakah perasaan Bapa Syurgawi dan Yesus terhadap mereka yang telah berdosa?

  • Minta seorang kanak-kanak untuk keluar dari bilik apabila kanak-kanak yang lain menyorok satu duit syiling atau domba yang diperbuat daripada kertas. Minta kanak-kanak di luar untuk masuk semula dan mencari duit syiling atau domba. Apakah beberapa cara orang boleh merasa “sesat” seperti syiling atau domba? Jemput kanak-kanak untuk mencadangkan cara mereka boleh menghubungi mereka. Nyanyi bersama kanak-kanak lagu yang berkaitan, seperti “Berharga bagi Gembala” (Nyanyian Rohani, no. 100), dan bersaksi tentang kegembiraan yang datang apabila orang kembali kepada Tuhan.

  • Jelaskan bahawa Yesus menggunakan domba yang hilang, mata wang yang hilang, dan anak yang sesat untuk mewakili mereka yang “hilang” kerana mereka tidak mempunyai berkat injil. Jemput kanak-kanak untuk memikirkan orang yang mereka kenali yang tidak mempunyai berkat-berkat ini dalam kehidupan mereka. Apakah mereka boleh buat untuk bantu orang tersebut untuk merasai kasih Bapa Syurgawi untuk mereka?

Imej
Yesus dan domba

Gentle Shepherd [Gembala yang Lemah Lembut], oleh Yongsung Kim

Lukas 17:11–19

Saya boleh menunjuk kasih saya kepada Bapa Syurgawi dengan lebih bersyukur untuk berkat-berkat saya.

Cerita sepuluh orang berpenyakit kusta mungkin adalah cara yang bagus untuk mengilhami kanak-kanak untuk menunjukkan kesyukuran kepada Bapa Syurgawi untuk berkat-berkat-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama perumpamaan sepuluh orang berpenyakit kusta. Bagaimana seorang yang berpenyakit kusta yang berterima-kasih kepada Kristus diberkati untuk kesyukurannya? Kenapa ia adalah penting untuk mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan untuk berkat-berkat-Nya?

  • Jemput kanak-kanak untuk menyenaraikan perkara yang mereka syukuri dengan menggunakan setiap abjad dalam nama mereka.

  • Minta kanak-kanak untuk menulis nota terima-kasih kepada Bapa Syurgawi untuk berkat yang Dia beri kepada mereka. Mereka boleh menampal nota sebelah katil mereka untuk meluahkan kesyukuran apabila mereka berdoa.

Yohanes 11:1–46

Kami percaya bahawa Yesus ialah Putera Tuhan.

Bagaimana anda boleh menggunakan cerita Maria, Marta, dan Lazarus untuk bantu kanak-kanak untuk tahu seperti Marta, bahawa Yesus ialah “Tuhan Anak Tuhan”? (Yohanes 11:27).

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis pada papan beberapa kenyataan yang di sebut oleh orang ramai dalam Yohanes 11. Minta kanak-kanak untuk mengenal pasti siapa yang mengatakan setiap pernyataan, dan jemput mereka untuk mencari Yohanes 11 untuk menyemak jawapan mereka. Bagaimana perasaan mereka jika mereka ialah Yesus, Marta, Maria, atau Lazarus? Bagaimana percaya dalam Yesus bantu kita apabila kita sedih atau takut?

  • Baca kesaksian Marta, dalam Yohanes 11:20–27. Minta kanak-kanak mencari perkataan dan frasa yang menunjukkan bahawa Marta mempunyai iman kepada Yesus Kristus. Apakah yang kita boleh lakukan untuk beriman kepada-Nya?

  • Bantu kanak-kanak untuk menghafal Yohanes 11:25. Terangkan bahawa semua orang akan dibangkitkan, tetapi hanya mereka yang soleh akan menerima kehidupan abadi dan tinggal bersama Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus semula.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Beri kanak-kanak beberapa kertas yang mereka boleh gunakan untuk menulis atau melukis perkara yang mereka syukuri sepanjang minggu.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pengulangan ialah kekunci pembelajaran. Kanak-kanak mendapat manfaat dengan mendengari asas injil dengan melalukan aktiviti lebih daripada satu kali. Cuba ulangi aktiviti dalam pelbagai cara.

Cetak