“24–30 April. Yohanes 7–10: ‘Akulah Gembala yang Baik,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“24–30 April. Yohanes 7–10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
24–30 April
Yohanes 7–10
“Akulah Gembala yang Baik”
Semasa anda membaca Yohanes 7–10, fikirkan tantang kanak-kanak yang anda ajar. Banyak idea untuk kanak-kanak yang lebih besar dalam panduan ini juga boleh digunakan untuk kanak-kanak yang lebih kecil, atau sebaliknya.
Jemput Perkongsian
Ingatkan kanak-kanak tentang sesuatu yang anda jemput mereka lakukan dalam pelajaran sebelumnya. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka lakukan untuk bertindak atas jemputan itu.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Mematuhi perintah-perintah membantu saya tahu bahawa ia benar.
Yesus mengajarkan bahawa kita dapat memperoleh kesaksian tentang kebenaran yang Dia kongsi semasa kita menjalaninya. Kedamaian yang kita rasakan apabila kita mematuhi perintah-perintah membantu kita tahu bahawa ia adalah benar. Pertimbangkan bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak kebenaran ini.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ringkaskan Yohanes 7:17 dalam perkataan yang kanak-kanak akan fahami. Bantu mereka tahu bahawa mematuhi perintah-perintah membantu kita merasa lebih dekat kepada Yesus Kristus. Contohnya, anda boleh menyanyi bersama sebuah lagu seperti “Patuhi P’rintah” atau “Memilih Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68, 82). Mintalah kanak-kanak untuk mendengar bagaimana kita akan diberkati sewaktu kita mematuhi perintah-perintah.
-
Kongsi pengalaman apabila anda mendapat kesaksian bahawa perintah adalah dari Tuhan kerana anda mematuhi perintah itu, seperti membayar persepuluhan atau memaafkan seseorang yang tidak baik hati. Jemput kanak-kanak untuk memikirkan sebuah pengalaman yang mereka miliki ketika mereka mematuhi sebuah perintah. Minta mereka untuk berkongsi perasaan mereka apabila mereka patuh.
-
Minta kanak-kanak melukis gambar diri mereka mematuhi perintah. (Bantu mereka memikirkan contoh.) Jemput mereka untuk berkongsi gambar mereka dengan satu sama lain dan bercakap tentang kegembiraan yang mereka dapat dari mematuhi perintah itu.
Yesus mentaati Bapa-Nya.
Yesus Kristus sentiasa melakukan perkara-perkara yang menyenangkan Bapa-Nya yang di Syurga. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mencari cara untuk mengikuti teladan-Nya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak mengulangi apa yang Yesus telah katakan tentang Bapa Syurgawi di Yohanes 8:29: “Aku sentiasa membuat apa yang berkenan kepada-Nya.” Minta mereka untuk berkongsi hal-hal Yesus telah lakukan yang membuat Bapa Syurgawi gembira. Tunjukkan beberapa gambar dari Buku Seni Injil untuk memberi mereka idea.
-
Tanyakan kepada kanak-kanak apa yang membuat mereka gembira. Atau jemput ibu bapa salah seorang kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang membuatkan ibu bapa berasa senang, atau gembira. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menggembirakan Bapa Syurgawi? Jemput kanak-kanak untuk melukis diri mereka melakukan aktiviti tersebut untuk dibawa balik ke rumah dan mengingatkan mereka.
Yesus mengenali dan mengasihi saya.
Perumpamaan gembala yang baik dapat membantu kanak-kanak untuk memahami bahawa Yesus mengasihi mereka dan mengenali siapa mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beri kanak-kanak gambar yang mewakili sesuatu dalam perumpamaan gembala yang baik, seperti domba, gembala, atau serigala. Pilih beberapa ayat dari Yohanes 10:1–16 untuk baca kepada kanak-kanak, dan minta mereka mengangkat gambar mereka apabila mendengar anda baca tentang perkara dalam gambar mereka. Bantu kanak-kanak memikirkan cara-cara Yesus seperti seorang gembala kepada kita. Berikan kesaksian anda bahawa Juruselamat mengasihi kita dan akan membimbing kita kembali kepada-Nya.
-
Tunjukkan gambar Yesus dan anak domba dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Bagaimanakah kita tahu bahawa Yesus mengasihi anak-anak domba tersebut? Bagaimanakah kita tahu bahawa anak-anak domba itu mengasihi Yesus? Bagaimanakah kita dapat tunjukkan kepada Yesus bahawa kita mengasihi Dia?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Mematuhi perintah-perintah membantu saya tahu bahawa ia benar.
Anda dan kanak-kanak yang anda ajar mungkin mempunyai pengalaman menjalani kebenaran injil dan mempelajari bahawa ia benar. Bagaimanakah anda dapat membina pengalaman-pengalaman sedemikian semasa anda mengajar?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tulis setiap ayat Yohanes 7:14–17 pada kepingan kertas yang berbeza, dan paparkan dalam susunan rawak. Mintalah kanak-kanak untuk menyusunnya dalam susunan yang betul dan memeriksa di Yohanes 7:14–17 untuk melihat sekiranya mereka betul. Jemput kanak-kanak untuk berpecah kepada pasangan dan berkongsi pemahaman mereka tentang setiap ayat dengan pasangan mereka. Bagaimana mematuhi perintah-perintah Tuhan membantu mereka tahu perintah-perintah tersebut adalah benar?
-
Kongsi contoh dari tulisan suci yang menunjukkan bagaimana orang diberkati kerana menjalani kebenaran injil, seperti Daniel (lihat Daniel 6) atau Elisabet (lihat Lukas 1:5–14). Apakah berkat-berkat yang kita telah diberikan kerana mematuhi perintah-perintah?
-
Beberapa hari sebelum kelas, jemput seorang kanak-kanak untuk menulis tentang suatu masa ketika dia memperoleh kesaksian sebuah perintah dengan menjalaninya. Sewaktu kelas, minta kanak-kanak tersebut berkongsi apa yang dia telah tulis.
Kebenaran boleh membuat saya bebas.
Sesetengah orang berfikir bahawa mematuhi injil mengehadkan mereka. Bagaimana anda boleh menggunakan Yohanes 8:31–36 untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa menjalani injil sebenarnya menjadikan kita bebas?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemputlah kanak-kanak untuk membaca Yohanes 8:31–36 dan berkongsi apa yang mereka fikir tentang maksud menjadi hamba dosa. Bagaimanakah ajaran-ajaran Yesus membantu kita menjadi bebas?
-
Tunjukkan satu kunci mangga untuk mewakili dosa dan satu kunci untuk mewakili bagaimana kebenaran injil dapat membuat kita bebas. Contohnya, mengetahui tentang Korban Tebusan Juruselamat dapat memberi kita kebebasan untuk bertaubat dan diampuni dari dosa-dosa kita. Atau mengetahui tentang Kata-kata Bijaksana dapat memberi kita kebebasan untuk mengelak ketagihan.
Yesus adalah seperti gembala bagi saya.
Semasa anda mempelajari tentang perumpamaan gembala yang baik, carilah kebenaran yang mengajar tentang hubungan kita dan Juruselamat. Bagaimanakah mengetahui kebenaran-kebenaran ini akan memberkati kanak-kanak?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tuliskan gembala yang baik dan upahan di papan tulis. Jelaskan bahawa seorang upahan adalah seseorang yang diupah untuk satu pekerjaan demi wang. Mintalah kanak-kanak untuk menyenaraikan perbezaan yang mereka jumpa di Yohanes 10:1–18 antara seorang gembala yang baik dan seorang upahan. Mengapakah anda mahu mengikuti gembala yang baik daripada seorang upahan? Bagaimanakah Yesus seperti gembala bagi kita?
-
Lukiskan atau tunjukkan gambar sebuah pintu. Baca bersama Yohanes 10:7–9, dan tanyakan kanak-kanak bagaimana Yesus seperti sebuah pintu. Mengikut ayat 9, apakah berkat-berkat yang datang kepada mereka yang “memasuki” pintu tersebut? Bagaimanakah kita memasuki pintu yang Yesus Kristus sediakan untuk kita?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Bantu kanak-kanak memikirkan sebuah perintah yang mereka dapat patuhi sepenuhnya. Mintalah mereka untuk cuba mematuhi perintah tersebut pada minggu akan datang.