Perjanjian Baru 2023
27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6: “Jangan Takut”


“27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6: ‘Jangan Takut,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus berjalan bersama para pengikut membawa bakul roti

27 Mac–2 April

Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6

“Jangan Takut”

Semasa anda bersedia untuk mengajar dari Matius 14; Markus 6; dan Yohanes 5–6, cari pesanan yang berkaitan dengan kehidupan kanak-kanak yang anda ajar. Apakah yang anda rasa akan membantu mereka memahami pesanan-pesanan tersebut? Panduan ini mungkin akan memberi anda beberapa idea.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar Yesus berjalan di atas air (lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga— atau Buku Seni Injil, no. 43), dan minta kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita itu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 5:1–9

Yesus Kristus tahu apa yang saya perlukan dan boleh membantu saya.

Renungkan laporan tentang Yesus menyembuhkan lelaki di kolam Betesda. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak melihat apa yang cerita itu ajarkan tentang kebaikan, kasih, dan sifat-sifat lain Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan gambar Kristus Menyembuhkan Orang Sakit di Betesda (Buku Seni Injil, no. 42) untuk ceritakan kanak-kanak kisah dalam Yohanes 5:1–9. Suruh kanak-kanak bayangkan merekalah yang Yesus telah sembuhkan. Bagaimanakah perasaan mereka apabila Yesus menyembuhkan mereka?

  • Minta kanak-kanak namakan beberapa perkara yang susah atau yang menyedihkan bagi mereka. Kongsi satu ketika dalam hidup anda di mana anda menerima bantuan Juruselamat ketika menghadapi cabaran yang amat susah. Bersaksi bahawa Yesus tahu segala masalah kita dan ingin membantu kita.

Matius 14:13–21

Saya mengikuti teladan Yesus apabila saya baik kepada orang lain.

Satu cara Yesus menunjukkan kasih adalah dengan memberi makan pengikut-pengikut-Nya ketika mereka kelaparan. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar melayani orang sepertimana Yesus telah lakukan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak satu bakul yang mengandungi roti semasa menceritakan kisah dalam Matius 14:13–21. Jelaskan bahawa meskipun Yesus cuba mencari tempat untuk bersendirian, orang ramai ingin mendekati Dia. Kongsi cerita selebihnya dengan kanak-kanak, dan minta mereka mendengar apa yang Yesus lakukan untuk menunjukkan kebaikan dan kasih kepada orang ramai.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsi cara-cara di mana seseorang telah berbaik hati terhadap mereka. Kemudian bantu mereka memikirkan perkara yang mereka boleh lakukan minggu ini untuk berbuat baik kepada orang lain. Untuk setiap jawapan yang di beri, lukiskan satu buku roti atau seekor ikan pada papan tulis. Beritahu kanak-kanak bahawa apabila mereka melakukan perkara-perkara tersebut, mereka mengikuti teladan Yesus apabila Dia memberi makan kepada lima ribu orang yang lapar.

Matius 14:22–33

Iman kepada Yesus Kristus boleh membantu saya untuk tidak takut.

Petrus menunjukkan kepercayaan yang hebat apabila dia berjalan di atas air ke arah Yesus. Apakah ajaran untuk kanak-kanak dari kisah ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga (lihat juga Buku Seni Injil, no. 43) semasa anda menceritakan kisah dari Matius 14:22–33 dalam perkataan anda. Pertimbangkan untuk gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak menceritakan semula kisah itu kepada anda. Anda juga mungkin boleh bawa satu mangkuk kecil berisi air dan jemput kanak-kanak berpura-pura “berjalan” merentas permukaan air dengan jari mereka.

  • Kemudian minta mereka untuk kongsi masa-masa mereka berasa takut dan apakah yang telah membantu mereka. Bantu mereka lihat bahawa kepercayaan terhadap Yesus Kristus membantu kita mengatasi ketakutan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 5:17–47

Yesus Kristus mengajar saya tentang Bapa Syurgawi.

Bagaimanakah ajaran Yesus berkenaan Bapa-Nya membantu kanak-kanak belajar tentang Bapa Syurgawi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Buat dua set kad padanan dengan label perkataan yang Yesus gunakan untuk mengajar tentang Bapa Syurgawi dalam Yohanes 5, seperti kasih, hidup, dan tugas (lihat Yohanes 5:20, 26, 36). Letakkan kad-kad menghadap ke bawah, dan suruh kanak-kanak untuk mencari padan dengan memusingkan dua kad setiap kali. Apabila setiap padanan, baca ayat suci yang punyai kata itu, dan tanyakan kanak-kanak apakah kata itu mengajar kita tentang Bapa Syurgawi.

  • Minta kanak-kanak untuk baca Yohanes 5:30 dan lengkapkan ayat ini: “Aku tidak mengikut kehendak-Ku sendiri, melainkan …” Bagaimanakah Yesus Kristus melakukan kehendak Bapa Syurgawi-Nya? Bagaimanakah kita melakukan kehendak Bapa Syurgawi?

Imej
roti dan ikan

Yesus secara mukjizat memberi makan kepada lima ribu orang dengan lima roti dan dua ikan.

Yohanes 6:5–14

Sumbangan kecil saya boleh membuat perubahan.

Seorang kanak-kanak lelaki yang telah menyediakan roti dan ikan yang Yesus gunakan untuk memberi makan kepada lima ribu orang. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak lihat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pekerjaan Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membayangkan betapa besarnya kumpulan lima ribu orang. Bagaimanakah perasaan untuk memberi makan kepada orang ramai dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan?

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk berkongsi kisah memberi makan kepada lima ribu orang ramai dengan menggunakan kata-kata sendiri. Tekankan bahawa seorang pemuda yang menyediakan roti dan ikan yang Tuhan gunakan untuk melakukan mukjizat ini. Bagaimana kita boleh menjadi seperti kanak-kanak yang digambarkan dalam Yohanes 6:9? Jemput kanak-kanak untuk lukiskan roti dan ikan di atas kertas kosong dan tuliskan beberapa perkara yang mereka boleh berikan kepada Tuhan untuk membantu dalam usaha Dia.

  • Berikan kanak-kanak satu susun suai gambar untuk diselesaikan. Apakah yang akan berlaku jika sekeping daripada susun suai gambar itu hilang? Jelaskan bahawa setiap kita seperti kepingan teka-teki—kita semua penting, dan kita semua memerlukan satu sama lain. Bantu kanak-kanak menamakan sebab-sebab mereka penting dalam keluarga mereka, kelas Sekolah Primer mereka, keluarga Tuhan, dan kumpulan lain.

Matius 14:22–33

Iman kepada Yesus Kristus boleh membantu saya untuk tidak takut.

Iman dan ketakutan memainkan peranan penting dalam kisah Yesus dan Petrus berjalan di atas permukaan laut. Apakah yang kanak-kanak boleh pelajari dari kisah ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga (lihat juga Buku Seni Injil, no. 43). Minta kanak-kanak mencari frasa dalam Matius 14:22–33 yang menggambarkan gambar.

  • Jemput kanak-kanak untuk mencari tanda-tanda iman dan tanda takut ketika membaca Matius 14:22–33. Apakah maksudnya untuk percaya Yesus Kristus? Bantu kanak-kanak fikirkan masa ketika iman mereka membantu mereka mengatasi ketakutan.

  • Minta kanak-kanak bayangkan mereka berada di sana dan mempunyai kamera ketika Yesus dan Petrus berjalan di atas permukaan air laut. Bilakah mereka ingin mengambil gambar dan mengapa? Cadangkan mereka untuk mencari dalam Matius 14:22–33 untuk idea-idea. Jemput mereka untuk lukiskan gambar saat yang mereka pilih, berkongsi gambar-gambar mereka, dan jelaskan mengapa mereka memilih saat tersebut.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jika kanak-kanak telah menyelesaikan halaman aktiviti minggu ini, jemput mereka untuk menggunakannya untuk mengajar keluarga mereka apa yang mereka pelajari dalam kelas. Atau berikan mereka satu salinan halaman itu untuk dilengkapkan dengan keluarga mereka di rumah.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Jemput Perkongsian. Tanyakan kanak-kanak berkenaan fikiran, perasaan, dan pengalaman mereka. Anda akan dapati bahawa mereka sering mempunyai pandangan yang mudah tetapi mendalam.

Cetak