Perjanjian Baru 2023
27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6: “Jangan Takut”


“27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6: ‘Jangan Takut,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“27 Mac–2 April. Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Imej
Yesus berjalan bersama para pengikut membawa bakul roti

27 Mac–2 April

Matius 14; Markus 6; Yohanes 5–6

“Jangan Takut.”

Semasa anda baca Matius 14–15; Markus 6–7; dan Yohanes 5–6, cari kebenaran yang bermakna untuk anda. Anda boleh tanyakan diri anda soalan seperti “Bagaimanakah laporan dalam bab-bab ini berkaitan kepada saya?” “Apakah pesanan yang saya temui untuk kehidupan saya?” atau “Apakah yang saya ingin kongsi dengan keluarga saya atau orang lain?”

Mencatat Tanggapan Anda

Apakah yang mengilhami Petrus untuk keluar dari sampannya di tengah Laut Galilea ketika ribut badai? Apakah yang mendorongnya untuk percaya jika Yesus dapat berjalan atas air, dia juga dapat? Kita tidak dapat tahu dengan pasti, tetapi mungkin Petrus fahami bahawa Putera Tuhan datang bukan hanya untuk melakukan hal-hal yang menakjubkan untuk orang ramai tetapi untuk menguatkan orang seperti Petrus untuk melakukan hal-hal yang menakjubkan juga. Jemputan Yesus, adalah “Ikutlah Aku” (Lukas 18:22). Petrus telah menerima jemputan ini sekali, dan dia sedia untuk menerimanya lagi, bahkan jika ia bermaksud untuk menghadapi ketakutannya dan melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil. Mungkin Tuhan tidak akan meminta kita untuk melangkah keluar dari sampan di tengah ribut atau mengagihkan bekalan roti kita yang sedikit ketika ribuan perlu makan, tetapi Dia mungkin meminta kita untuk menerima arahan bahkan ketika kita tidak memahaminya sepenuhnya. Apa pun jemputan Dia kepada kita, kadangkala ia mungkin kelihatan mengejutkan atau bahkan menakutkan. Tetapi mukjizat dapat terjadi jika kita, seperti Petrus, akan mengetepikan ketakutan kita, keraguan kita, dan pemahaman kita yang terhad dan mengikuti-Nya dengan iman.

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yohanes 5:16–47

Yesus Kristus memuliakan Bapa-Nya.

Hubungan antara Bapa Syurgawi dan setiap anak-Nya bertujuan untuk menjadi kudus. Dalam ayat ini, Yesus Kristus berikan kita teladan berilham untuk diikuti dalam hubungan kita dengan Bapa Syurgawi. Baca Yohanes 5:16–47, dan tandakan atau catatkan setiap perkataan Bapa. Bagaimanakah Putera memuliakan Bapa, dan bagaimanakah anda dapat mengikuti teladan-Nya? Apakah yang anda pelajari tentang perasaan Bapa terhadap Putera-Nya? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi menguatkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi anda?

Lihat juga Yohanes 17.

Imej
roti dan ikan

Yesus memberi makan kepada lima ribu orang hanya dengan lima buku roti dan dua ekor ikan.

Matius 14:15–21; Markus 6:33–44; Yohanes 6:5–14

Juruselamat dapat mengembangkan persembahan saya yang rendah hati untuk mencapai tujuan-Nya.

Pernahkah anda merasa tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan yang anda lihat di sekeliling anda—dalam rumah anda, dalam hubungan anda, atau dalam masyarakat? Para pengikut Yesus mesti rasa tidak mencukupi ketika Dia meminta mereka untuk memberi makan kepada lima ribu orang yang lapar hanya dengan lima buku roti dan dua ekor ikan. Ketika anda baca tentang mukjizat yang berlaku seterusnya, renungkan bagaimana Tuhan gunakan persembahan pelayanan anda yang rendah hati untuk memberkati orang di sekeliling anda. Bagaimanakah Dia telah mengembangkan usaha anda semasa anda melayani-Nya? Pertimbangkan kenyataan ini daripada Sister Michelle D. Craig: “Anda dan saya dapat memberikan apa yang kita miliki kepada Kristus, dan Dia akan melipatgandakan usaha kita. Apa yang anda miliki untuk dipersembahkan adalah lebih dari cukup—walaupun dengan kelemahan manusia dan kekurangan anda—jika anda bergantung kepada rahmat Tuhan” (“Ketidakpuasan Hati Ilahi,” Liahona, Nov. 2018, 54).

Matius 14:22–33; Markus 6:45–52; Yohanes 6:15–21

Yesus Kristus menjemput saya untuk mengetepikan ketakutan dan keraguan saya dan beriman kepada Dia.

Bayangkan di minda anda butiran yang digambarkan di dalam Matius 14:22–33; Markus 6:45–52; dan Yohanes 6:15–21. Bayangkan bagaimana Petrus dan para pengikut yang lain mungkin rasakan. Apakah yang anda pelajari tentang penganutan dari perkataan dan tindakan Juruselamat dalam ayat-ayat ini? Apakah yang anda pelajari dari perkataan dan tindakan Petrus? (Lihat juga 1 Nefi 3:7.) Apakah yang Tuhan jemput anda untuk lakukan yang mungkin sama seperti melangkah keluar dari sampan? Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang memberi anda keberanian untuk beriman kepada Yesus Kristus?

Yohanes 6:22–71

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus, saya harus rela untuk mempercayai dan menerima kebenaran, bahkan ketika ia sukar untuk dilakukan.

Apabila Yesus merujuk diri-Nya sebagai “roti yang memberikan hidup” (Yohanes 6:48), ramai yang rasa “ajaran ini terlalu sukar” (Yohanes 6:60). Bagaimanakah kata-kata Petrus dalam Yohanes 6:68–69 membantu anda pada masa ketika ajaran Juruselamat kelihatan sukar untuk diterima atau dijalani? Apakah yang mengagumkan anda tentang kesaksian Petrus? Apakah beberapa “kata-kata [firman] Tuhan memberikan hidup sejati dan kekal” (Yohanes 6:68) yang membantu anda untuk kekal komited untuk mengikuti Juruselamat?

Lihat juga M. Russell Ballard, “Kepada Siapakah Kami Akan Pergi?,” Liahona, Nov. 2016, 90–92.

Imej
ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 14:15–21.Pertimbangkan bagaimana anda boleh bantu keluarga anda bayangkan berapa banyak roti dan ikan yang diperlukan untuk memberi makan kepada lima ribu orang. Apakah yang mukjizat dalam Matius 14:15–21 ajarkan kita tentang Juruselamat? Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman ketika anda rasa anda tidak mempunyai yang cukup untuk ditawarkan dan Juruselamat melipatgandakan usaha anda.

Matius 14:22–33.Keluarga anda boleh melakonkan semula cerita di ayat-ayat ini. Mengapakah para pengikut itu ketakutan? Mengapakah Petrus mampu mengatasi ketakutannya dan meninggalkan sampan? Bagaimanakah dia menunjukkan iman bahkan ketika dia mulai tenggelam? Bagaimanakah kadangkala kita seperti Petrus?

Yohanes 5:1–16.Jemput ahli keluarga untuk mencatat perkataan “disembuhkan’ dalam ayat ini. Dalam cara apakah Yesus Kristus dapat menyembuhkan orang? Bilakah dan bagaimanakah Dia telah menyembuhkan kita?

Yohanes 6:28–58.Berikan setiap ahli keluarga roti untuk dimakan, dan bincangkan kebaikan yang kita terima dari roti dan makanan sihat yang lain. Kemudian cari ayat-ayat ini bersama, mencari sebab-sebab Yesus Kristus mengelar diri-Nya “roti yang memberikan hidup” (Yohanes 6:35).

Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu rohani cadangan: “Betapa Bijak Pengasih,” Nyanyian Rohani, no. 81.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carilah pandangan rohani anda sendiri. Dalam kajian peribadi dan sekeluarga anda, janganlah menghadkan diri anda dengan ayat suci yang terkandung dalam rangka panduan ini. Tuhan memiliki pesanan untuk anda dalam bab-bab ini yang tidak terkandung di sini. Mencarinya dengan penuh doa.

Imej
Yesus menarik Petrus dari air

Against the Wind [Melawan Ribut], oleh Liz Lemon Swindle

Cetak