“20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
20–26 Mac
Matius 13; Lukas 8; 13
“Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah”
Semasa anda membaca Matius 13 dan Lukas 8; 13, fikirkan bagaimana anda akan mempersediakan diri untuk “dengar” dan menghargai ajaran Juruselamat dalam perumpamaan ini. Apakah yang anda akan melakukan untuk gunakan ajaran-ajaran ini dalam kehidupan anda?
Mencatat Tanggapan Anda
Beberapa daripada ajaran Juruselamat yang paling diingati ialah dalam bentuk cerita sederhana yang dipanggil perumpamaan. Perumpamaan lebih daripada kisah yang ringkas tentang barang atau peristiwa biasa. Perumpamaan mengandungi kebenaran-kebenaran besar tentang kerajaan Tuhan untuk orang yang bersedia secara rohani. Salah satu perumpamaan pertama yang dicatatkan dalam Perjanjian Baru—perumpamaan peladang (lihat Matius 13:3–23)—menjemput kita untuk memeriksa kesediaan kita untuk menerima firman Tuhan. “Kerana sesiapa yang menerima,” Yesus mengisytiharkan, “kepadanya akan diberikan, dan dia akan mempunyai lebih banyaknya” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 13:10). Jadi semasa kita bersedia mengkaji perumpamaan Juruselamat ini—atau ajaran-Nya— kita boleh mulakan dengan memeriksa hati kita dan tentukan jika kita berikan firman Tuhan “tanah subur” (Matius 13:8) untuk tumbuh, berbunga, berkembang dan menghasilkan buah yang akan memberkati kita dan keluarga kita dengan melimpah.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Matius 13:3–23; Lukas 8:4–15; 13:6–9
Hati saya mesti bersedia untuk menerima firman Tuhan.
Mengapakah ada masanya hati kita mudah menerima kebenaran, sedangkan masa lain kita tergoda untuk menentangnya? Membaca perumpamaan seorang penabur menyediakan peluang baik untuk fikirkan seberapa baik anda menerima kebenaran daripada Tuhan. Anda juga boleh padankan ayat 3–8 dari Matius 13 dengan terjemahan yang disediakan dalam ayat 18–23. Apakah yang anda boleh lakukan untuk menyediakan “tanah yang baik” dalam diri anda? Apakah beberapa “duri” yang menghalang anda daripada betul-betul mendengar dan mengikut firman Tuhan? Bagaimanakah anda mengatasi “duri” ini?
Pengkajian anda tentang perumpamaan ini juga boleh mempengaruhi cara anda membaca perumpamaan dalam Lukas 13:6–9. Apakah “buah” yang Tuhan inginkan daripada kita? Bagaimanakah kita memelihara tanah kita supaya kita akan “berbuah”?
Lihat juga Mosia 2:9; Alma 12:10–11; 32:28–43; Dallin H. Oaks, “Perumpamaan tentang Seorang Penabur,” Liahona, Mei 2015, 32–35.
Matius 13:24–35, 44–52; Lukas 13:18–21
Perumpamaan-perumpamaan Yesus membantu saya fahami perkembangan dan takdir Gereja-Nya.
Nabi Joseph Smith ajarkan bahawa perumpamaan-perumpamaan dalam Matius 13 ini menggambarkan perkembangan dan takdir Gereja pada zaman akhir. Pertimbangkan apa yang perumpamaan-perumpamaan berikut ajarkan anda tentang Gereja Tuhan:
-
Gandum dan lalang (13:24–30, 36–43)
-
Biji sawi (13:31–32)
-
Ragi (13:33)
-
Harta yang terpendam dan mutiara yang sangat berharga (13:44–46)
-
Pukat (13:47–50)
-
Pemilik rumah (13:52)
Selepas merenungkan perumpamaan ini, apakah yang anda terdorong untuk lakukan untuk lebih sepenuhnya terlibat dalam pekerjaan Gereja Kristus zaman akhir?
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Kerajaan Tuhan dan Kerajaan Syurga,” “Perumpamaan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.
Orang soleh perlu membesar di antara orang jahat sampai akhir dunia.
Satu cara untuk analisis perumpamaan ini ialah untuk melukis gambar dan tandakannya dengan tafsiran-tafsiran dalam Matius 13:36–43 dan Ajaran dan Perjanjian 86:1–7. Lalang adalah “rumpai-rumpai beracun yang serupa dalam kelihatan dengan gandum.” (Panduan Tulisan Suci, “Lalang”). Apakah kebenaran-kebenaran dalam perumpamaan ini yang mendorong anda untuk kekal beriman walaupun terdapat kejahatan di dunia?
Dalam cara apakah “beberapa orang wanita” melayani Juruselamat?
“Pengikut-pengikut perempuan berjalan bersama Yesus dan Dua Belas, belajar daripada [Yesus] secara rohani dan melayani Dia. … Selain menerima pelayanan Yesus—kebahagiaan injil-Nya dan berkat-berkat kuasa penyembuhan-Nya—para wanita ini melayani Dia, memberikan harta benda dan kesetiaan” (Daughters in My Kingdom [2017], 4). Para wanita yang mengikuti Juruselamat juga memberi kesaksian yang kuat tentang Dia (lihat Linda K. Burton, “Wanita-Wanita Yakin,” Liahona, Mei 2017, 12–15).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 13.Semasa ahli keluarga anda membaca perumpamaan Juruselamat, mereka boleh fikirkan perumpamaan mereka sendiri yang mengajar kebenaran yang sama tentang kerajaan syurga (Gereja), gunakan objek atau situasi yang mereka biasa.
-
Matius 13:3–23; Lukas 8:4–15.Selepas baca perumpamaan tentang seorang penabur, keluarga anda boleh bincangkan soalan-soalan seperti ini: Apakah yang boleh membuat “tanah” kita (hati kita) “berbatu” atau “membantutkan” firman itu? Bagaimanakah kita dapat pastikan tanah kita subur dan berbuah?
Jika anda ada anak-anak kecil dalam keluarga anda, anda boleh menjemput ahli keluarga untuk melakonkan cara-cara untuk menyediakan hati kita untuk mendengar firman Tuhan sambil ahli keluarga yang lain meneka apa yang mereka lakukan.
-
Matius 13:13–16.Bagaimanakah anda dapat membantu ahli keluarga anda faham kepentingan menerima firman Tuhan dengan rela? Untuk tunjukkan “telinga pekak,” anda boleh menutup telinga seorang ahli keluarga semasa anda membaca Matius 13:13–16. Sejauh mana ahli keluarga memahami ayat-ayat ini? Apakah caranya kita boleh membuka mata, telinga dan hati kita kepada firman Tuhan?
-
Matius 13:44–46.Apakah persamaan antara dua lelaki dalam perumpamaan ini? Adakah terdapat hal-hal lain yang kita patut lakukan sebagai individu dan sebagai keluarga untuk mengutamakan kerajaan Tuhan dalam kehidupan kita?
-
Lukas 13:11–17.Adakah ahli keluarga ada pengalaman yang buat mereka rasa mereka tidak dapat “berdiri tegak”? Adakah kita kenal seseorang yang rasa sedemikian? Bagaimanakah kita boleh membantu? Bagaimanakah Juruselamat “menyembuhkan” kita dari kesakitan kita?
Untuk idea–idea lanjut berkenaan mengajar kanak–kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.