“6–12 Mac. Matius 9–10; Markus 5; Lukas 9: ‘Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“6–12 Mac. Matius 9–10; Markus 5; Lukas 9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
6–12 Mac
Matius 9–10; Markus 5; Lukas 9
“Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul”
Idea-idea pembelajaran dalam panduan ini bertujuan untuk bantu anda mencari makna peribadi dalam tulisan suci. Tetapi, ia tidak harus menggantikan wahyu peribadi yang anda mungkin terima tentang ayat-ayat yang harus dikaji atau bagaimana untuk mengkajinya.
Mencatat Tanggapan Anda
Berita mukjizat Yesus menyembuhkan tersebar dengan cepat. Orang ramai mengikuti-Nya, mengharapkan kelegaan dari penyakit mereka. Tetapi ketika Juruselamat memandang kepada orang ramai, Dia melihat lebih sekadar keperluan fizikal mereka. Dipenuhi dengan rasa kasihan, Dia melihat “domba tanpa gembala” (Matius 9:36). “Tuaian memang banyak,” Dia perhatikan, “tetapi pekerja sedikit” (Matius 9:37). Dia memanggil dua belas Rasul, “memberikan kuasa kepada mereka,” dan mengutus mereka untuk mengajar dan melayani “orang Israel, yang seperti domba yang sesat” (Matius 10:1, 6). Pada masa kini keperluan lebih banyak pekerja untuk melayani anak-anak Bapa Syurgawi juga sama besar. Masih terdapat dua belas Rasul, tetapi terdapat lebih ramai pengikut Yesus Kristus berbanding sebelumnya—orang yang boleh menyatakan kepada seluruh dunia, “Kerajaan syurga sudah dekat” (Matius 10:7).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Matius 9:18–26; Markus 5:22–43
“Jangan takut, percayalah kepada-Ku.”
Apabila Yairus mula-mula meminta Yesus untuk sembuhkan anak perempuannya, yang “sakit tenat,” Yairus dengan cemas meminta tetapi berharap: “Tolonglah datang dan letakkanlah tangan guru padanya, … dan [dia] tidak mati” (Markus 5:23). Tetapi semasa mereka pergi, seseorang datang dan memberitahu Yairus dah terlambat: “Anak perempuan tuan sudah meninggal. Tak usah tuan susahkan guru lagi” (ayat 35). Mungkin kelihatan terlambat juga untuk wanita dalam Markus 5:25–34, yang telah menderita sakit selama 12 tahun.
Semasa anda baca laporan ini, anda boleh fikirkan hal-hal yang perlu kesembuhan dalam hidup anda atau keluarga anda—termasuk hal-hal yang kelihatan “tenat” atau terlambat untuk kesembuhan. Apakah yang anda kagum tentang frasa iman dalam laporan-laporan ini? Perhatikan juga apa yang Yesus katakan kepada wanita itu dan kepada Yairus. Apakah yang anda rasa Dia sedang berkata kepada anda?
Lihat juga Lukas 8:41–56; Russell M. Nelson, “Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Liahona, Mei 2017, 39–42; Teachings of Presidents of the Church: Gordon B. Hinckley (2016), 333–42.
Tuhan memberikan kuasa kepada hamba-Nya untuk melakukan pekerjaan-Nya.
Arahan yang Yesus berikan dalam Matius 10 kepada para Rasul-Nya juga berguna untuk kita, kerana kita semua ada peranan dalam pekerjaan Tuhan. Apakah kuasa yang Kristus berikan kepada para Rasul-Nya untuk membantu mereka memenuhi misi mereka. Bagaimanakah anda boleh mendapat kuasa-Nya dalam pekerjaan yang anda telah dipanggil untuk lakukan? (lihat 2 Korintus 6:1–10; Ajaran dan Perjanjian 121:34–46).
Semasa anda baca tanggungjawab yang Kristus berikan kepada para Rasul-Nya, anda mungkin akan menerima tanggapan tentang pekerjaan yang Tuhan ingin anda lakukan. Carta berikut dapat membantu anda menyusun buah fikiran anda:
Tanggapan yang saya terima | |
Juruselamat memberikan para pengikut-Nya kuasa. |
Tuhan akan memberikan kuasa yang saya perlukan untuk melakukan pekerjaan saya. |
Lihat juga Markus 6:7–13; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:6; Panduan Tulisan Suci, “Rasul”.
Ketika saya berada dalam pelayanan Tuhan, Dia akan mengilhami saya tentang apa yang perlu diucapkan.
Tuhan telah terlebih dahulu melihat bahawa para pengikut-Nya akan dianiayai dan dipersoalkan tentang iman mereka—pengalaman serupa mungkin dialami oleh para pengikut masa kini. Tetapi Dia menjanjikan para pengikut bahawa mereka akan tahu melalui Roh apa yang harus diperkatakan. Pernahkah anda ada pengalaman ketika janji ilahi ini di dipenuhi dalam kehidupan anda, mungkin ketika anda berkongsi kesaksian anda, memberikan berkat, atau mempunyai perbualan dengan seseorang? Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman anda dengan orang terkasih atau mencatatkannya dalam jurnal. Apakah yang anda diilhami untuk lakukan supaya anda boleh lebih kerap mempunyai pengalaman sedemikian?
Lihat juga Lukas 12:11–12; Ajaran dan Perjanjian 84:85.
Apakah yang Yesus maksudkan dengan “Aku tidak membawa kedamaian, tetapi pertentangan”?
Elder D. Todd Christofferson mengajarkan: “Saya yakin sebilangan dari anda telah ditolak dan dipulaukan oleh ayah dan ibu, saudara dan saudari semasa anda menerima injil Yesus Kristus dan memasuki ke dalam perjanjian-Nya. Dalam satu atau cara yang lain, kasih unggul anda bagi Kristus perlukan pengorbanan hubungan yang amat akrab bagi anda, dan anda telah menitiskan banyak air mata. Namun dengan kasih anda yang tidak dikurangi, anda berpegang erat di bawah salib ini, menunjukkan anda tidak malu dengan Putera Tuhan” (“Finding Your Life,” Ensign, Mac. 2016, 28).
Kesediaan untuk kehilangan hubungan yang dikasihi bagi mengikuti Juruselamat datang dengan suatu janji bahawa “sesiapa kehilangan hidupnya kerana dia pengikut-Ku, akan memperoleh hidup sejati” (Matius 10:39).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Markus 5:22–43.Semasa keluarga anda baca cerita ini bersama, anda boleh berhenti sekejap untuk bertanya bagaimana perasaan mereka jika mereka ialah Yairus, wanita itu, atau orang lain dalam cerita itu. Anda juga boleh tunjukkan gambar cerita, seperti yang ada dalam panduan ini. Bagaimanakah gambar-gambar ini menggambarkan iman orang-orang ini? Anda juga boleh pertimbangkan beberapa cabaran yang keluarga anda hadapi. Bagaimanakah kita menggunakan firman-Nya, “Jangan takut, percayalah kepada-Ku”? (Markus 5:36).
3:261:39 -
Matius 10:39; Lukas 9:23–26.Apakah maksudnya untuk “kehilangan” hidup kita dan untuk “memperolehnya”? (Matius 10:39). Mungkin ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman yang menggambarkan ajaran Yesus dalam ayat-ayat ini.
-
Matius 10:40.Bagaimanakah anda dan keluarga anda menerima dan mengikuti nasihat para Rasul zaman moden? Bagaimanakah kepatuhan kita terhadap nasihat mereka membawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus?
-
Lukas 9:61–62.Apakah maksud menoleh ke belakang sebelum meletakkan tangan di bajak? Mengapakah sifat ini membuat kita tidak layak untuk kerajaan Tuhan?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Jika Iman Kuat,” Nyanyian Rohani, no. 45.