“6–12 Mac. Matius 9–10; Markus 5; Lukas 9: ‘Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“6–12 Mac. Matius 9–10; Markus 5; Lukas 9,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
6–12 Mac
Matius 9–10; Markus 5; Lukas 9
“Yesus Mengutus Dua Belas Orang Rasul”
Semasa anda membaca Matius 9–10; Markus 5; dan Lukas 9, anda boleh menerima dorongan daripada Roh Kudus. Dorongan ini, berserta Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan panduan ini, boleh membantu anda bersedia untuk mengajar.
Jemput Perkongsian
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka lakukan untuk membantu seseorang minggu ini. Apakah yang Juruselamat lakukan untuk membantu orang lain?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Matius 9:18–30; Markus 5:22–43
Yesus berkuasa untuk menyembuhkan saya.
Juruselamat berulang kali menunjukkan kuasa-Nya untuk menyembuhkan mereka yang beriman kepada-Nya. Anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar membina iman mereka kepada kuasa penyembuhan-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ceritakan kepada kanak-kanak kisah anak perempuan Yairus (lihat Markus 5:22–23, 35–43). Pada detik yang sesuai dalam cerita, baca perkataan Yesus “Aku berkata kepadamu, Bangun” (ayat 41), dan jemput kanak-kanak untuk berdiri. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Yesus berkuasa untuk menyembuhkan orang dan memberi kita kehidupan abadi.
-
Tunjukkan gambar laporan dalam Matius 9:20–22 semasa anda membaca ayat-ayat ini. Bantu kanak-kanak menghafal frasa “Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh” (ayat 22). Untuk melakukan ini, anda boleh tugaskan setiap kanak-kanak satu perkataan, dan kemudian minta kanak-kanak untuk mengucap perkataan mereka dalam urutan beberapa kali. Bagaimanakah wanita itu menunjukkan bahawa dia beriman kepada Yesus Kristus? Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan bahawa kita beriman kepada Kristus?
-
Minta kanak-kanak untuk tutupkan mata dan mendengar ketika anda membaca dari Matius 9:27–30. Apabila anda membaca tentang Yesus menyembuhkan mereka yang buta, jemput kanak-kanak untuk buka mata mereka. Jemput kanak-kanak untuk bercakap tentang perasaan mereka jika Yesus telah menyembuhkan mereka.
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak mempelajari cerita Juruselamat membangkitkan anak perempuan Yairus dari kematian.
Yesus panggil Dua Belas Rasul dan berikan mereka kuasa untuk melaksanakan pekerjaan-Nya.
Adakah kanak-kanak tahu bahawa kita ada Dua Belas Rasul hari ini? Bagaimana anda boleh gunakan ayat-ayat ini untuk mengajar mereka tentang kepentingan Rasul zaman moden dan apakah tugasan mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Rumuskan Matius 10:1–10 dalam kata-kata yang senang difahami. Jelaskan bahawa Yesus panggil para Rasul untuk membantu Dia membina Gereja-Nya. Minta kanak-kanak mengira para Rasul dalam gambar Kristus Mentahbis Para Rasul (Buku Seni Injil, no. 38) dan dalam gambar Kuorum Dua Belas Rasul yang terkini (lihat ChurchofJesusChrist.org atau terbitan persidangan umum Liahona). Jelaskan bahawa kita ada dua belas Rasul hari ini, seperti pada masa Yesus. Kongsi kesaksian anda tentang para Rasul Tuhan dan tentang sesuatu yang mereka telah ajarkan baru-baru ini.
-
Sembunyikan gambar para Rasul zaman moden di sekeliling bilik (untuk gambar, lihat terbitan persidangan umum baru-baru ini Liahona). Jemput kanak-kanak untuk mencari gambar, dan beritahu mereka sedikit tentang setiap Rasul.
-
Jemput seorang kanak-kanak angkat satu gambar Presidensi Utama dan satu gambar Kuorum Dua Belas Rasul. Minta kanak-kanak itu membimbing kanak-kanak lain ke arah gambar Yesus. Bersaksi bahawa nabi dan rasul membimbing kita kepada Yesus Kristus.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Matius 9:18–30; Markus 5:22–43
Yesus berkuasa untuk menyembuhkan saya.
Membaca laporan Juruselamat menyembuhkan orang boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar membina iman mereka kepada-Nya. Laporan-laporan ini juga boleh membantu mereka merasakan belas kasihan dan kasih-Nya.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama cerita Yesus menyembuhkan orang yang terdapat dalam Matius 9:20–22, 27–30 dan Markus 5:22–23, 35–43. Bagaimanakah orang-orang dalam cerita-cerita ini menunjukkan iman mereka kepada Yesus Kristus? Apakah yang kita pelajari tentang Juruselamat dari cerita-cerita ini?
1:393:26 -
Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila mereka atau seseorang yang mereka kenali menerima berkat imamat kesembuhan. Bagaimanakah mereka disembuhkan atau diberkati? Jelaskan bahawa kadangkala satu mukjizat penyembuhan bukanlah kehendak Tuhan, tetapi kita masih boleh diberkati dengan kasih dan penghiburan-Nya.
Dua Belas Rasul boleh ajar saya tentang Yesus.
Bagaimana belajar tentang Dua Belas Rasul dari zaman Kristus boleh membantu kanak-kanak lebih memahami apa yang Dua Belas Rasul laksanakan hari ini?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar-gambar para Rasul pada zaman Yesus dan pada zaman kita (lihat Kristus Mentahbis Para Rasul [Buku Seni Injil, no. 38] dan terbitan persidangan terkini Liahona). Minta kanak-kanak untuk baca Matius 10:7 untuk tahu apa yang para Rasul lakukan (lihat juga Lukas 9:1–2, 6; Ajaran dan Perjanjian 107:23).
-
Jemput kanak-kanak untuk menulis di papan tulis nama seberapa ramai Rasul asal yang mereka boleh ingat. Kemudian minta mereka untuk senaraikan seberapa banyak Rasul hidup yang mereka boleh ingat. Minta mereka menyemak senarai mereka dengan Matius 10:2–4 dan terbitan persidangan terkini Liahona. Anda juga boleh bermain permainan padanan di mana kanak-kanak padankan setiap nama Rasul yang hidup dengan gambarnya. Gambar boleh didapati di ChurchofJesusChrist.org.
-
Beberapa hari sebelum kelas, jemput beberapa kanak-kanak untuk datang bersedia untuk berkongsi kisah yang salah seorang Rasul yang hidup ceritakan (lihat terbitan Liahona untuk idea). Bagaimanakah Rasul menggunakan cerita itu untuk mengilhami kita untuk menjadi lebih seperti Juruselamat?
-
Kongsi beberapa contoh kesaksian Rasul zaman moden tentang Kristus dengan kanak-kanak (lihat pesanan persidangan umum baru-baru ini atau “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” [ChurchofJesusChrist.org]).
-
Bantu kanak-kanak menghafal dan memahami Fasal-Fasal Kepercayaan 1:6.
Mengikut Yesus Kristus memerlukan pengorbanan.
Bagaimanakah anda akan membantu kanak-kanak memahami maksud “kehilangan” hidup mereka semasa mereka mengikut Juruselamat?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Beritahu kanak-kanak tentang masa ketika anda menyerahkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi contoh mereka sendiri. Kemudian baca bersama Lukas 9:23–25. Jelaskan bahawa Yesus mahu kita sedia menyerahkan apa-apa saja untuk mengikuti-Nya. Walaupun Dia mungkin tidak meminta kita menyerahkan hidup kita secara nyata, apakah yang Dia minta kita berikan? (lihat Terjemahan Joseph Smith, Matius 16:26 [dalam Panduan Tulisan Suci]).
-
Tuliskan beberapa sifat seperti Kristus pada sehelai kertas dan sifat yang bertentangan dengan sifat tersebut pada sehelai kertas lain (seperti kasih dan mementingkan diri, kerendahan hati dan keangkuhan, dan seterusnya). Tuliskan perkataan mempertahankan dan kehilangan sebagai tajuk di papan tulis, dan jemput kanak-kanak untuk menyusun sifat di bawah tajuk yang sesuai. Berikan kanak-kanak masa untuk merenungkan sifat seperti Kristus di papan tulis dan pilih satu untuk berkembang dengan lebih lengkap.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar keluarga mereka tentang Yesus menyembuhkan anak perempuan Yairus.