Perjanjian Baru 2023
13–19 Mac. Matius 11–12; Lukas 11: “Aku Akan Membebaskan Kamu Daripada Beban Kamu”


“13–19 Mac. Matius 11–12; Lukas 11: ‘Aku Akan Membebaskan Kamu Daripada Beban Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“13–19 Mac. Matius 11–12; Lukas 11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus berdiri di tengah-tengah awan

Be Not Afraid [Jangan Takut], oleh Michael Malm

13–19 Mac

Matius 11–12; Lukas 11

“Aku Akan Membebaskan Kamu Daripada Beban Kamu”

Idea pengajaran dalam panduan ini bertujuan untuk membantu mengilhami kreativiti anda sendiri. Anda bebas untuk menyesuaikannya bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang anda ajar.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Galakkan kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka boleh lakukan untuk menyembah Tuhan pada hari Sabat.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 11:28–30

Yesus akan membantu saya apabila saya datang kepada Dia.

Kanak-kanak boleh dihiburkan dengan mengetahui bahawa Yesus akan membantu mereka dengan beban mereka apabila mereka datang kepada Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 11:28–30, dan tunjukkan gambar lembu jantan yang diikat kuk dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Minta kanak-kanak menunjuk pada lembu jantan dan kuk. Jelaskan bahawa lembu jantan dengan kuk boleh menarik lebih banyak berat bersama daripada secara berasingan. Bersaksi bahawa apabila kita rasa sedih, bimbang, atau takut, kita boleh cari Yesus dan Dia akan membantu kita.

  • Minta seorang kanak-kanak mengangkat satu benda yang berat. Apabila dia tidak mampu angkat benda itu, bantu dia. Bagaimana Yesus bantu kita melakukan kerja yang susah? Kongsi satu pengalaman ketika anda rasa Yesus membantu anda melakukan sesuatu yang susah, dan minta kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka.

Matius 12:1–13

Saya boleh menguduskan hari Sabat.

Apakah cara-cara seronok yang boleh anda gunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang hari Sabat dan mengapa kita menguduskan ia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 12:10–13 dengan lantang. Jemput kanak-kanak diri dan duduk setiap kali anda kata “Sabat,” dan ulangkan frasa ini dengan mereka “[adalah benar] kita menolong seseorang pada hari Sabat ” (Matius 12:12). Menurut mereka, apakah makna frasa ini?

  • Tunjukkan kalendar kepada kanak-kanak, dan tekankan hari Sabat untuk mereka. Apakah yang kita lakukan pada hari-hari lain? Apakah yang kita boleh lakukan pada hari Sabat untuk menjadikannya berbeza daripada hari-hari lain? (lihat Yesaya 58:13–14).

  • Minta kanak-kanak melukis perkara-perkara baik yang boleh mereka lakukan pada hari Sabat (lihat halaman aktiviti minggu ini).

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat aksi untuk membantu mereka mengingati cara kita bersiap sedia untuk hari Sabat semasa mereka menyanyikan lagu “Hari Sabtu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 105).

  • Lukiskan mata, telinga, mulut, dan tangan pada papan tulis. Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang boleh bahagian-bahagian badan tersebut lakukan untuk menguduskan hari Sabat.

Lukas 11:11–13

Bapa Syurgawi memberi kita kurnia yang baik.

Ajaran Juruselamat dalam Lukas 11:11–13 boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami bahawa Bapa Syurgawi mengasihi mereka dan ingin memberkati mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan pelajaran berobjek untuk menggambarkan ajaran Juruselamat dalam Lukas 11:11–13. Contohnya, anda boleh meletakkan batu dalam beg roti atau meletakkan gambar kala jengking di dalam kotak telur. Minta kanak-kanak untuk meneka apa yang ada di dalam, dan kemudian tunjukkan kepada mereka. Jemput mereka untuk menggantikan batu atau gambar dengan sekeping roti atau telur. Baca Lukas 11:11–13, dan kongsi kesaksian anda bahawa Bapa Syurgawi mengasihi kita, menjawab doa kita, dan memberi kita banyak berkat melalui Roh-Nya.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang kasih Tuhan, seperti “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16). Apakah beberapa kurnia baik yang Dia telah berikan kepada kita? Minta kanak-kanak melukis gambar berkat-berkat daripada Bapa Syurgawi yang mereka syukuri.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 11:28–30

Yesus akan membantu saya apabila saya datang kepada Dia.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak faham bahawa Juruselamat akan membebaskan mereka daripada cabaran mereka apabila mereka datang kepada Dia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak kongsi satu pengalaman apabila mereka rasa bimbang atau cemas tentang sesuatu perkara. Jemput mereka cari dalam Matius 11:28–30 nasihat-nasihat yang boleh bantu mereka dalam situasi yang serupa. Bagaimanakah Juruselamat “membebaskan [kita] daripada beban [kita]”? (ayat 28).

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang perkara yang mereka lakukan untuk datang kepada Yesus dan belajar tentang Dia.

  • Bantu kanak-kanak menghafal fasal-fasal kepercayaan keempat. Bercakap dengan mereka tentang bagaimana setiap asas dan tatacara injil pertama membantu kita menerima jemputan Yesus, “Marilah kepada-Ku” (Matius 11:28).

Matius 12:1–13

Hari Sabat ialah hari untuk melakukan perkara-perkara baik yang membawa saya lebih dekat dengan Tuhan.

Kanak-kanak yang anda ajar akan diperkuatkan apabila anda menekankan tujuan-tujuan dan berkat-berkat menguduskan hari Sabat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak untuk berpura-pura menjadi lelaki yang tangannya telah disembuhkan oleh Juruselamat (lihat Matius 12:10–13). Kanak-kanak lain boleh bertanya dia tentang pengalaman itu.

  • Baca bersama Matius 12:12. Apakah contoh-contoh perkara baik yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Minta kanak-kanak lukiskan idea-idea mereka pada halaman aktiviti minggu ini, guntingkan gambar itu, dan bergilir lengkapkan susun suai gambar itu.

  • Sembunyikan beberapa gambar orang melakukan perkara yang menunjukkan kasih kepada Bapa Syurgawi pada hari Sabat, Minta kanak-kanak carikan gambar-gambar itu dan kongsi bagaimana melakukan perkara dalam gambar-gambar itu boleh menunjukkan kasih kita kepada Tuhan.

Imej
para lelaki memandang para pengikut yang berjalan melalui ladang gandum

The Disciples Eat Wheat on the Sabbath [Para Pengikut Makan Gandum pada Hari Sabat], oleh James Tissot

Lukas 11:37–42

Tindakan dan hati saya mestilah suci.

Juruselamat mengajar bahawa ia tidak cukup untuk menampakkan diri soleh kepada orang lain. Fikiran, perasaan, dan tindakan peribadi kita juga harus suci.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Untuk menggambarkan apa yang ayat-ayat ini ajarkan, tunjukkan kanak-kanak satu cawan atau bekas lain yang bersih di luar tetapi kotor di dalamnya. Bantu mereka berfikir tentang apa yang mungkin “bahagian luar cawan” wakili. Apakah yang “bahagian dalam” wakili? Mengapakah ia penting untuk membersihkan bahagian luar dan dalam?

  • Baca bersama beberapa tulisan suci lain yang menekankan kesolehan dalam hati dan tindakan kita—contohnya, Mazmur 24:3–5; Matius 15:7–8; Moroni 7:6–9. Bincangkan mengapa Juruselamat mahu hati dan tindakan peribadi kita menjadi bersih secara rohani.

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak kongsi dengan keluarga mereka cadangan-cadangan untuk menguduskan hari Sabat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bertanya soalan. “Soalan yang menjemput pelajar untuk menyatakan asas injil dalam perkataan mereka sendiri—terutama jika ditanya pada permulaan kelas—boleh membantu anda menilai berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mempelajari asas itu dalam kelas” (Teaching in the Savior’s Way32).

Cetak