“13–19 Mac. Matius 11–12; Lukas 11: ‘Aku Akan Membebaskan Kamu Daripada Beban Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“13–19 Mac. Matius 11–12; Lukas 11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
13–19 Mac
Matius 11–12; Lukas 11
“Aku Akan Membebaskan Kamu Daripada Beban Kamu”
Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan: “Tulisan suci, yang merupakan wahyu-wahyu masa lalu, tidak dapat difahami tanpa terbuka kepada wahyu-wahyu masa kini. … Kajian tulisan suci membolehkan para lelaki dan wanita untuk menerima wahyu” (“Scripture Reading and Revelation,” Ensign, Jan. 1995, 7).
Catat Tanggapan Anda
Dalam banyak cara, orang Farisi dan jurutulis telah membebankan penyembahan Yehovah. Mereka sering tekankan peraturan yang ketat tentang kebenaran abadi. Peraturan-peraturan tentang hari Sabat, yang bertujuan menjadi hari istirahat, adalah beban yang berat.
Dan kemudian, Yehovah Sendiri datang ke kalangan umat-Nya. Dia mengajar mereka bahawa tujuan sebenar agama bukanlah untuk mencipta beban tetapi untuk melegakan mereka. Dia mengajar bahawa Tuhan memberi kita perintah-perintah, termasuk menghormati hari Sabat, bukan untuk menindas kita tetapi untuk memberkati kita. Ya, jalan kepada Tuhan adalah lorong sempit dan kecil, tetapi Tuhan datang untuk nyatakan bahawa kita tidak perlu berjalan bersendirian. “Marilah kepada-Ku,” Dia merayu. Jemputan-Nya, kepada semua yang “lelah” untuk apa-apa alasan pun, adalah untuk berdiri di sisi Dia, dan mengikat diri kita kepada Dia, dan membenarkan Dia berkongsi beban kita. Janji-Nya adalah “kamu akan mendapat kesejahteraan.” Berbanding—mencuba memikul sendiri atau bergantung dengan penyelesaian fana—perintah Dia “mudah diturut, dan beban yang [Dia] berikan mudah dipikul.” (Matius 11:28–30.)
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Yesus Kristus akan berikan saya kesejahteraan semasa saya bergantung pada-Nya.
Kita semua memikul beban—sesetengah disebabkan dari dosa dan kesilapan kita sendiri, sesetengah disebabkan oleh pilihan orang lain, dan sesetengah adalah bukan salah sesiapa tetapi hanya sebahagian dari hidup di bumi. Tanpa mengira alasan untuk kesusahan kita, Yesus telah meminta kita untuk datang kepada-Nya agar Dia dapat membantu kita menanggung beban kita dan mendapat kelegaan (lihat juga Mosia 24). Elder David A. Bednar mengajarkan, “ Mengikat dan mematuhi perjanjian suci menempatkan kita di kuk di sebelah Tuhan Yesus Kristus” (“Menanggung Beban Mereka dengan Mudah,” Liahona, Mei 2014, 88). Dengan ini, renungkan soalan berikut untuk lebih fahami firman Juruselamat dalam ayat ini: Bagaimanakah perjanjian saya menempatkan saya di kuk di sebelah Juruselamat? Apakah yang saya perlu lakukan untuk datang kepada Kristus? Bagaimanakah kuk (perintah) Juruselamat mudah dan beban-Nya ringan?
Apakah soalan lain yang datang ke minda anda semasa anda membaca? Catatkannya, dan carilah jawapan pada minggu ini dalam tulisan suci dan kata-kata nabi. Anda mungkin menemui jawapan kepada beberapa soalan anda dalam pesanan Elder David A. Bednar dirujukkan di atas.
Lihat juga John A. McCune, “Datanglah kepada Kristus—Hidup sebagai Orang Suci Zaman Akhir,” Liahona, Mei 2020, 36–38.
“Menolong seseorang pada hari Sabat.”
Ajaran Orang Farisi banyak berbeza daripada cara Juruselamat, terutamanya tentang menghormati hari Sabat. Semasa anda baca Matius 12:1–13, pertimbangkan adakah sikap dan tindakan anda tentang hari Sabat selaras dengan ajaran-ajaran Juruselamat. Untuk ini, anda boleh renungkan penyataan seperti ini:
-
“Aku menghendaki belas kasihan, bukan korban binatang” (ayat 7; lihat Hosea 6:6).
-
“Anak Manusia berkuasa atas hari Sabat” (ayat 8).
-
“Taurat kita membenarkan kita menolong seseorang pada hari Sabat” (ayat 12).
Bagaimanakah ajaran-ajaran ini mempengaruhi cara anda menyambut hari Sabat?
Lihat juga Markus 2:23–3:5.
Matius 12:34–37; Lukas 11:33–44
Pertuturan dan tindakan saya mencerminkan apa yang ada dalam hati saya.
Salah satu kritikan utama Juruselamat terhadap orang Farisi adalah mereka cuba tunjukkan diri soleh tetapi tujuan mereka tidak suci. Semasa anda mengkaji amaran Juruselamat kepada orang Farisi dalam Matius 12:34–37 dan Lukas 11:33–44, renungkan kaitan antara hati kita dan tindakan kita. Apakah maksud frasa “hati penuh kebaikan” kepada anda? (Matius 12:35). Bagaimanakah kata-kata kita menentukan kita bersalah atau tidak? (lihat Matius 12:37). Apakah maksudnya mata kita menjadi “terang”? (Lukas 11:34). Renungkan bagaimana anda boleh “penuh dengan cahaya” (Lukas 11:36) melalui kuasa Juruselamat.
Lihat juga Alma 12:12–14; Ajaran dan Perjanjian 88:67–68.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 11:28–30.Anda dapat membantu keluarga anda untuk menggambarkan ajaran-ajaran Juruselamat dalam ayat-ayat ini dengan minta mereka bergilir menarik sesuatu yang berat, pertama secara sendirian dan kemudian dengan bantuan. Apakah beberapa beban yang kita pikul? Apakah maksud mengambil kuk Kristus ke atas diri kita? Gambar pada hujung panduan ini boleh bantu anda terangkan apakah itu kuk.
-
Matius 12:10–13.Semasa anda baca tentang Yesus menyembuhkan seorang lelaki pada hari Sabat, keluarga anda boleh bincangkan bagaimana kita “disembuhkan” oleh Juruselamat. Bagaimana hari Sabat boleh menjadi hari penyembuhan bagi kita?
Diilhami oleh teladan Juruselamat, keluarga anda boleh buat senarai cara-cara anda boleh “menolong seseorang pada hari Sabat” (ayat 12). Pastikan untuk masukkan peluang untuk melayani orang lain. Ia adalah baik untuk simpan senarai anda dan merujuknya pada hari Ahad akan datang.
-
Lukas 11:33–36.Renungkan bagaimana anda akan mengajar keluarga anda tentang maknanya untuk menjadi “penuh dengan cahaya” (ayat 34, 36). Bolehkah pengajaran berobjek membantu? Anda juga boleh bincangkan cara-cara untuk membawa cahaya Juruselamat ke dalam kehidupan kita, rumah kita, dan dunia.
2:19 -
Lukas 11:37–44.Mungkin keluarga anda boleh bincangkan ayat-ayat ini sambil mencuci pinggan bersama. Anda boleh bincangkan mengapa ia bukanlah idea baik jika hanya mencuci luaran mangkuk atau cawan. Anda boleh kaitan ini dengan keperluan untuk menjadi soleh bukan sahaja pada luaran tetapi juga pada dalaman seperti fikiran dan perasaan kita.
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Sungguh Baik P’rintah-Nya,” Nyanyian Rohani, no. 44.