“27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7: ‘Oleh Sebab Kamu Percaya kepada-Ku, Kamu Diselamatkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
27 February–5 Mac
Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7
“Oleh Sebab Kamu Percaya kepada-Ku, Kamu Diselamatkan”
Jangan tergesa-gesa dalam pengkajian tulisan suci anda. Ambil masa untuk merenungkan dengan penuh doa, bahkan jika anda tidak ada masa untuk baca setiap ayat. Waktu merenung ini sering membawa kepada wahyu peribadi.
Catat Tanggapan Anda
Salah satu pesanan paling jelas dalam Perjanjian Baru ialah Yesus Kristus adalah Sang penyembuh. Laporan Juruselamat menyembuhkan yang sakit dan sengsara ada banyak—dari seorang wanita yang demam kepada anak lelaki balu yang telah meninggal dunia. Mengapakah terdapat penekanan ini pada kesembuhan jasmani? Apakah pesanan untuk kita tentang mukjizat ini? Semestinya pesanan utama ialah Yesus Kristus adalah Putera Tuhan, memiliki kuasa ke atas semua hal, termasuk kesakitan jasmani dan ketidaksempurnaan kita. Tetapi maksud lain boleh ditemui dalam firman-Nya kepada jurutulis yang ragu: “Kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa” (Markus 2:10). Apabila anda baca tentang orang buta atau kusta disembuhkan, anda boleh fikirkan penyembuhan—secara rohani dan jasmani—yang anda boleh terima daripada Juruselamat dan dengar Dia katakan kepada anda, “Oleh sebab kamu percaya kepada-Ku, kamu diselamatkan” (Lukas 7:50).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Juruselamat boleh sembuhkan kelemahan dan kesakitan
Beberapa bab ini mencatat banyak penyembuhan mukjizat yang Juruselamat laksanakan. Apabila anda mengkaji penyembuhan ini, cari pesanan untuk anda. Anda boleh bertanya sendiri: Apakah yang laporan ini ajarkan tentang iman kepada Yesus Kristus? Apakah yang laporan ini ajarkan tentang Juruselamat? Apakah yang Tuhan mahu saya belajar dari mukjizat ini? Berikut adalah beberapa contoh, tetapi ada banyak lagi:
-
Seorang berkusta (Matius 8:1–4)
-
Orang suruhan ketua askar Roma (Matius 8:5–13; Lukas 7:1–10)
-
Ibu mentua Petrus (Matius 8:14–15)
-
Seorang lelaki yang lumpuh (Markus 2:1–12)
-
Seorang lelaki yang tangannya lumpuh sebelah (Markus 3:1–5)
-
Anak lelaki seorang balu di Nain (Lukas 7:11–16)
Lihat juga Neil L. Andersen, “Yang Terluka,” Liahona, Nov. 2018, 83–86.
Yesus Kristus datang bukan untuk menghukum pendosa tetapi untuk menyembuhkan mereka.
Semasa anda baca tentang interaksi Yesus kepada jurutulis dan Farisi, anda boleh pertimbangkan sama ada anda melihat diri anda dalam laporan-laporan ini. Contohnya, adakah fikiran dan tindakan anda pernah seperti Simon orang Farisi? Bagaimanakah anda gambarkan perbezaan antara cara Yesus melihat orang berdosa dan cara Orang Farisi seperti Simon melihat mereka? Pertimbangkan bagaimana mereka yang dibebani dosa mungkin rasa apabila mereka bersama Juruselamat. Bagaimanakah perasaan mereka apabila mereka bersama anda?
Anda juga boleh renungkan bagaimana anda seperti wanita yang digambarkan dalam Lukas 7:36–50. Bilakah anda pernah mengalami kelembutan dan belas kasihan yang Juruselamat tunjukkan kepadanya? Apakah yang anda pelajari dari teladan iman, kasih, dan kerendahan hati wanita itu?
Lihat juga Yohanes 3:17; Lukas 9:51–56; Dieter F. Uchtdorf, “Kurnia Rahmat,” Liahona, Mei 2015, 107–10.
Matius 8:18–22; Markus 3:31–35
Menjadi seorang pengikut Yesus Kristus bererti saya meletakkan Dia dahulu dalam hidup saya.
Dalam ayat ini, Yesus mengajar bahawa menjadi pengikut-nya memerlukan kita untuk meletakkan Dia dahulu dalam hidup kita, walaupun ia bererti kadang-kadang kita harus korbankan hal lain yang kita hargai. Semasa anda mengkaji ayat ini, renungkan penganutan anda. Mengapa seorang pengikut harus sedia meletakkan Juruselamat dahulu? Apakah yang anda mungkin perlu korbankan untuk meletakkan Yesus dahulu? (Lihat juga Lukas 9:57–62.)
Matius 8:23–27; Markus 4:35–41
Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk membawa kedamaian dalam ribut hidup.
Pernahkah anda terasa seperti pengikut Yesus dalam ribut di laut—melihat ombak air memenuhi bot dan bertanya, “Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam?”
Dalam Markus 4:35–41, anda akan jumpa empat soalan. Senaraikan setiap satu dan renungkan apa yang ia ajar tentang menempuhi cabaran kehidupan dengan iman dalam Yesus Kristus. Bagaimana Juruselamat membawa kedamaian dalam ribut kehidupan anda
Lihat juga Lisa L. Harkness, “Diam, Tenanglah,” Liahona, Nov. 2020, 80–82.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7.Pertimbangkan untuk membuat senarai mukjizat-mukjizat dalam bab-bab ini. Cuba cari atau lukiskan beberapa gambar darinya (lihat Buku Seni Injil atau ChurchofJesusChrist.org). Setiap ahli keluarga boleh gunakan gambar untuk ceritakan salah satu mukjizat dan berkongsi apa yang mereka pelajari. Anda boleh berkongsi beberapa contoh mukjizat yang anda telah lihat atau baca di zaman kita.
2:222:17 -
Matius 8:5–13; Lukas 7:1–10.Apakah yang Yesus kagum tentang iman ketua askar Roma itu? Bagaimanakah kita dapat tunjukkan iman yang serupa kepada Yesus Kristus?
-
Markus 2:1–12.“Bab 23: Lelaki yang Tidak Dapat Berjalan” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 57–58), boleh bantu keluarga anda membincangkan Markus 2:1–12. Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti kawan-kawan lelaki lumpuh itu? Siapakah kawan kita yang baik seperti itu?
NaN:NaN2:57 -
Markus 4:35–41.Bolehkah laporan ini membantu ahli keluarga apabila mereka rasa takut? Mereka boleh baca ayat 39 dan berkongsi pengalaman ketika Juruselamat telah membantu mereka rasa kedamaian.
Kanak-kanak boleh berlakon berada dalam perahu di laut ribut sementara seseorang membaca Markus 4:35–38. Kemudian, apabila seseorang membaca ayat 39, mereka boleh berpura-pura berada di dalam perahu di laut yang tenang. Anda juga boleh nyanyi bersama lagu tentang mencari kedamaian dalam Juruselamat, seperti “Tuhan, Badai S’dang Mengamuk” (Nyanyian Rohani, no. 38). Apakah yang frasa lagu ini ajarkan kita tentang kedamaian yang Yesus berikan?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu rohani cadangan: “Tuhan, Badai S’dang Mengamuk,” Nyanyian Rohani, no. 38.