“20–26 Februari. Matius 6–7: ‘Dia Mengajar Dengan Wibawa,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“20–26 Februari. Matius 6–7,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
20–26 Februari
Matius 6–7
“Dia Mengajar Dengan Wibawa”
Ketika kita membaca tulisan suci dengan soalan di minda dan dengan hasrat ikhlas untuk fahami apa yang Bapa Syurgawi mahu kita tahu, kita menjemput Roh Kudus untuk mengilhami kita. Semasa anda membaca Matius 6–7, perhatikan tanggapan-tanggapan ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Khutbah di Bukit adalah salah satu khutbah yang terkenal bagi penganut Kristian. Juruselamat mengajar dengan gambaran yang kaya, seperti kota di atas bukit, bunga bakung di padang, dan serigala menyamar sebagai domba. Tetapi Khutbah di Bukit adalah lebih dari sekadar ucapan yang indah. Kuasa Juruselamat mengajar kepada para pengikut-Nya dapat mengubah kehidupan kita, terutamanya ketika kita menjalaninya. Kemudian firman-Nya menjadi lebih sekadar perkataan; ia menjadi landasan yang pasti untuk kehidupan, seperti rumah orang bijaksana, dapat menahan angin dan banjir dunia (lihat Matius 7:24–25).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Menjalankan ajaran Juruselamat dapat membantu saya menjadi seperti Dia.
Khutbah di atas Bukit mengandungi banyak asas-asas injil. Semasa mengkaji bab-bab ini, tanya Tuhan apa yang Dia mahu anda belajar.
Satu asas yang mungkin anda temui adalah keperluan untuk mengutamakan hal-hal Tuhan daripada hal-hal duniawi. Apakah ajaran-ajaran Juruselamat dalam Matius 6–7 yang membantu anda tumpukan pada hal-hal syurgawi? Apakah pandangan atau tanggapan anda? Apakah yang anda terilham untuk lakukan? Pertimbangkan untuk mencatat tanggapan anda. Contohnya:
Saya lebih pentingkan pandangan Tuhan tentang saya berbanding apa yang orang lain fikirkan. | |
Asas lain dalam Matius 6–7 adalah doa. Ambil sedikit waktu untuk menilai doa-doa anda. Bagaimanakah perasaan anda tentang usaha anda untuk mendekati Tuhan melalui doa? Apakah ajaran-ajaran dalam Matius 6–7 yang mengilhami anda untuk memperbaiki cara anda berdoa? Catat tanggapan yang anda terima. Contohnya:
Ketika saya berdoa, saya ingin memperlakukan nama Bapa Syurgawi dengan ketakziman. | |
Ketika saya berdoa, saya boleh ungkapkan kehendak Tuhan terjadilah. | |
Anda boleh pertimbangkan untuk membaca semula Khutbah di atas Bukit, dan cari asas-asas atau pesanan yang berguna untuk anda. Catatkan apa yang anda temui dalam buku jurnal, berserta fikiran dan tanggapan anda.
Apakah maksud “kata yang tidak bererti” dalam doa?
Orang ramai fahami “kata yang tidak bererti” bermaksud mengulangi perkataan yang sama berkali-kali. Bagaimanapun, perkataan tidak bererti [sia-sia] dapat digambarkan sebagai sesuatu yang tidak memiliki nilai. Menggunakan “kata yang tidak bererti” dalam doa boleh bermaksud berdoa tanpa keikhlasan, perasaan tulus (lihat Alma 31:12–23).
Saya boleh menghakimi dengan adil.
Dalam Matius 7:1, Juruselamat kata kita tidak harus menghakimi, tetapi dalam tulisan suci yang lain (termasuklah ayat lain di dalam bab ini), Dia memberikan kita arahan bagaimana untuk menghakimi. Jika itu mengelirukan, ayat dalam Terjemahan Joseph Smith ini boleh membantu: “Janganlah menghakimi dengan tidak soleh, agar kamu tidak dihakimi; tetapi hakimilah dengan penghakiman yang soleh” (dalam Lampiran Terjemahan Joseph Smith, Matius 7:1). Apakah yang anda temui dalam Matius 7:1–5, berserta bab-bab selebihnya, yang membantu anda tahu bagaimana untuk “hakimi dengan penghakiman yang soleh”?
Lynn G. Robbins, “Hakim Yang Soleh,” Liahona, Nov. 2016, 96–98.
Saya mula mengenali Yesus Kristus dengan melakukan kehendak-Nya.
Ayat “Aku tidak mengenal kamu” di Matius 7:23 diubah dalam Terjemahan Joseph Smith kepada “Kamu tidak pernah mengenal Aku” (Lihat Joseph Smith Translation, Matthew 7:33). Bagaimanakah perubahan ini membantu anda lebih fahami ajaran Tuhan dalam ayat 21–22 tentang melakukan kehendak-Nya? Seberapa bagus anda rasa anda mengenali Tuhan? Apakah yang anda dapat lakukan untuk lebih mengenali-Nya?
Lihat juga David A. Bednar, “Sekiranya Kamu Mengenal Aku,” Liahona, Nov. 2016, 102–5.
Mematuhi ajaran Juruselamat mencipta landasan yang kukuh untuk hidup saya.
Menjalankan injil tidak menyingkirkan kesukaran dari kehidupan kita. Kedua-dua rumah dalam perumpamaan Juruselamat dalam Matius 7:24–27 mengalami ribut yang sama. Tetapi salah satu rumah itu dapat menahannya. Bagaimanakah menjalankan ajaran Juruselamat menciptakan landasan yang kukuh bagi anda? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan untuk terus membina “rumah di atas batu”? (lihat ayat 24).
Lihat juga Helaman 5:12.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 6–7. Ahli keluarga boleh membaca tulisan suci dan berhenti seketika apabila mereka terdengar sesuatu yang mereka ingin bincangkan. Aktiviti ini boleh berlangsung beberapa hari, sekiranya perlu.
2:194:33 -
Matius 6:5–13.Apakah yang dapat kita pelajari tentang doa dari cara Juruselamat berdoa? Bagaimanakah kita dapat gunakan doa-Nya sebagai contoh untuk memperbaiki doa peribadi dan keluarga kita? (Lihat juga Lukas 11:1–13.) Sekiranya anda ada anak-anak yang lebih kecil, anda boleh berlatih berdoa bersama.
-
Matius 6:33.Apakah maksud “utamakanlah [carilah] … Pemerintahan Tuhan [kerajaan Tuhan dahulu]”? Bagaimanakah kita lakukan ini secara individu dan keluarga?
-
Matius 7:1–5.Untuk menggambarkan ajaran dalam ayat-ayat ini, keluarga anda boleh mencari selumbar (kayu kecil) dan kayu balak (kayu yang besar). Apakah yang perbandingan ini ajarkan kita tentang menghakimi orang lain?
-
Matius 7:24–27.Untuk membantu keluarga anda lebih fahami perumpamaan Juruselamat tentang orang bijaksana dan orang bodoh, anda boleh minta mereka menuang air ke atas pasir dan kemudian ke atas batu. Bagaimanakah kita dapat membina landasan rohani kita di atas batu?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Orang Bijaksana dan Orang Bodoh,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 132.