Perjanjian Baru 2023
20–26 Februari. Matius 6–7: “Dia Mengajar Dengan Wibawa”


“20–26 Februari. Matius 6–7: ‘Dia Mengajar Dengan Wibawa,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“20–26 Februari. Matius 6–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Yesus mengajar di pantai laut

Jesus Teaching the People by the Seashore [Yesus Mengajar Orang Ramai di Pantai Laut], oleh James Tissot

20–26 Februari

Matius 6–7

“Dia Mengajar Dengan Wibawa”

Mula dengan membaca Matius 6–7, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Apakah pesanan bab ini yang mereka perlu dengar? Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan panduan ini boleh membantu memberi anda idea pengajaran seperti yang diperlukan.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka lakukan minggu lepas untuk menjadi cahaya atau teladan kepada seseorang.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 6:5–13

Saya boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi saya seperti yang Yesus lakukan.

Kanak-kanak dapat belajar untuk berdoa dengan mendengar doa-doa orang lain. Bagaimanakah anda dapat membantu mereka pelajari dari doa Yesus Kristus dalam ayat-ayat ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Imbas kembali ajaran-ajaran Yesus tentang doa di Matius 6:5–13. Anda boleh guna “Bab 20: Yesus Mengajar tentang Doa” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Barus, 51–52).

    NaN:NaN
  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membantu kanak-kanak ingat bahagian berlainan tentang doa.

  • Lakarkan tangan setiap kanak-kanak pada sekeping kertas. Bincangkan apa yang kita harus lakukan dengan tangan dan lengan kita semasa kita berdoa. Pada setiap lakaran, tulis sesuatu yang kita lakukan untuk menunjukkan ketakziman semasa kita berdoa (contohnya, menunduk kepala kita, pejamkan mata kita, dan seterusnya).

  • Nyanyikan sebuah lagu tentang doa bersama kanak-kanak, seperti “Kita Tundukkan Kepala” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 18),dan berikan kesaksian anda tentang kuasa doa. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman doa mereka.

budak lelaki berdoa

Saya boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi saya seperti yang Yesus lakukan.

Matius 7:12

Saya harus memperlakukan orang lain seperti mana saya ingin diperlakukan.

Ajaran Yesus dalam Matius 7:12—juga dikenali sebagai Pedoman Penting—yang menyediakan panduan ringkas untuk melayani orang lain. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak yang anda ajari menjalani asas ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Matius 7:12, dan ringkaskannya dalam ayat yang kanak-kanak dapat fahami. Bantu kanak-kanak fikirkan beberapa cara untuk melengkapkan ayat seperti berikut: “Saya suka apabila orang lain untuk saya.” Selepas setiap ayat, jemput mereka untuk mengulangi bersama anda, “Maka saya harus untuk orang lain.”

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu yang anda rasa tekankan Matius 7:12, seperti “Kasihilah Sesama” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39). Buat pergerakan mudah untuk menemani lagu itu. Tanya kanak-kanak apakah yang mereka pelajari tentang bagaimana kita harus melayan orang lain melalui teladan Juruselamat.

  • Jemput kanak-kanak untuk senaraikan hal-hal baik yang ibu bapa mereka atau ahli keluarga lain lakukan untuk mereka. Baca Matius 7:12, dan jemput kanak-kanak untuk menamakan hal baik yang mereka boleh lakukan untuk keluarga mereka.

Matius 7:24–27

Saya dapat membina landasan yang kukuh dengan mengikuti Yesus.

Gunakan perumpamaan Juruselamat tentang membina rumah di atas pasir atau di atas batu dapat menjadi cara yang berkesan untuk mengajar kanak-kanak tentang kepentingan bertindak atas apa yang kita pelajari.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Nyanyi bersama kanak-kanak “Orang Bijaksana Dan Orang Bodoh” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 132), dan buat pergerakan seiring lagu.

  • Guna Matius 7:24–27 untuk mengajar tentang perbezaan antara orang bijak dan orang bodoh. Jemput kanak-kanak untuk berpura-pura mereka sedang membina sebuah rumah. Bagaimanakah kita dapat menjadi seperti lelaki bijaksana?

  • Minta kanak-kanak melukis lukisan tentang perumpamaan orang bijaksana dan orang bodoh.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 6–7

Khutbah di atas Bukit mengandungi pesanan untuk saya.

Bab-bab ini mengandungi banyak pesanan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak yang anda ajari. Bacanya dengan kanak-kanak di fikiran. Apakah yang terkesan bagi anda?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ingatkan kanak-kanak bahawa mereka telah mempelajari tentang ajaran Yesus di Khutbah di atas Bukit. Apakah kebenaran yang mereka ingat tentang pelajaran minggu lepas?

  • Tuliskan pada papan tulis beberapa ayat dari Khutbah di atas Bukit dan beberapa ayat lain yang bukan berasal dari tulisan suci. Jemput kanak-kanak untuk mengenal pasti frasa manakah yang datang dari Khutbah di atas Bukit. Minta mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari ajaran-ajaran ini.

  • Pilih beberapa ayat dari Matius 6–7 yang anda rasa bermakna untuk kanak-kanak. Tuliskan rujukan tulisan suci tersebut pada kad, dan sembunyikan ia di sekitar bilik. Minta kanak-kanak mencarinya, membaca ayat-ayat tersebut, dan jelaskan mengapa ajaran-ajaran ini penting bagi mereka.

  • Kongsi salah satu petikan kegemaran anda dari Matius 6–7, dan jelaskan mengapa anda menyukainya. Sekiranya kanak-kanak mempunyai ayat yang mereka suka, jemputlah mereka untuk berkongsi mengapa mereka menyukainya dan apakah yang mereka pelajari darinya.

  • Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang Juruselamat dan ajaran-ajaran-Nya, seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40). Hentikan lagu apabila anda sampai pada frasa yang berkaitan dengan asas yang diajar dalam Matius 6–7. Bantulah kanak-kanak mengaitkan hal-hal yang mereka pelajari dari bab ini.

Matius 6:5–13; 7:7–11

Bapa Syurgawi akan mendengar dan menjawab saya ketika saya berdoa.

Semasa anda mengkaji Matius 6:5–13; 7:7–11, apakah yang anda rasa kanak-kanak perlu fahami tentang doa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 6:9–13 dengan lantang dan kemudian senaraikan hal-hal yang Yesus katakan dalam doa-Nya. Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan-Nya semasa kita berdoa?

  • Nyanyi lagu tentang doa bersama kanak-kanak, seperti “Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah” (Nyanyian Rohani, no. 55). Bantu kanak-kanak mencari lirik tersebut untuk mencari sebab kita berdoa dan berkat yang datang melalui doa.

  • Bantu kanak-kanak menghafal Matius 7:7 dengan bermain sebuah permainan seperti berikut: Seorang kanak-kanak memetik perkataan atau ayat pertama dari ayat tersebut dan kemudian baling sebiji bola kepada kanak-kanak yang lain, yang akan memetik perkataan atau ayat seterusnya.

  • Lakonkan Matius 7:9–10 bersama kanak-kanak menggunakan peralatan ringkas. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang ia ajarkan mereka tentang doa.

  • Kongsi sebuah pengalaman tentang doa anda dijawab.

Matius 6:19–21

Saya dapat mencari harta abadi berbanding harta duniawi.

Bagaimana anda akan membantu kanak-kanak yang anda ajari meletakkan nilai yang lebih besar pada hal-hal yang abadi daripada hal-hal duniawi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bawa sebuah kotak “harta karun” yang dipenuhi dengan objek atau gambar yang mewakili benda-benda yang dunia nilai—contohnya, wang atau alat permainan. Baca Matius 6:19–21 bersama, dan kemudian minta kanak-kanak untuk membantu anda fikirkan harta syurgawi yang dapat menggantikan benda-benda duniawi di dalam kotak tersebut.

  • Jemput kanak-kanak untuk menamakan atau melukis beberapa hal yang mereka dapat lakukan untuk “kumpulkan harta di syurga” (Matius 6:20).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka ajaran kegemaran mereka dari Khutbah di atas Bukit.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mencuba memahami para ahli kelas anda. Anda mengenali kanak-kanak yang anda ajari. Idea di dalam panduan ini mungkin perlu diubah suai untuk lebih memenuhi keperluan kelas anda. Anda mungkin perlu menyemak semua aktiviti yang tersenarai di panduan ini, bukan sahaja aktiviti direka khas untuk usia kanak-kanak yang anda ajari, untuk mencari idea untuk kelas anda. (Lihat Teaching in the Savior’s Way7.)