“30 Januari–5 Februari. Matius 4; Lukas 4–5: ‘Roh Tuhan Ada Pada-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“30 Januari–5 Februari. Matius 4; Lukas 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
30 Januari–5 Februari
Matius 4; Lukas 4–5
“Roh Tuhan Ada Pada-Ku”
Mulakan persediaan pelajaran ini dengan membaca Matius 4 dan Lukas 4–5. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami bab ini, dan panduan ini boleh memberi anda idea pengajaran.
Jemput Perkongsian
Mintalah kanak-kanak untuk mengedar sekeping gambar Yesus dari seorang kanak-kanak ke yang seterusnya. Semasa setiap kanak-kanak memegang gambar, jemput mereka untuk berkongsi sesuatu yang Yesus lakukan semasa Dia di bumi.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh memilih yang benar seperti yang Yesus lakukan.
Kanak-kanak kecil “tidak dapat berdosa” (Ajaran dan Perjanjian 29:47). Walau bagaimanapun, kisah Yesus menentang godaan Setan boleh mengilhami kanak-kanak untuk memilih yang benar.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Ceritakan kisah Yesus digoda dari Matius 4:1–11. (Lihat juga “Bab 11: Yesus Digoda,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 30–31.) Pada cerita yang sesuai, tanya, “Apakah yang anda fikir Yesus harus lakukan?”
-
Pamerkan sebuah gambar Yesus Kristus, dan kemudian gambarkan pilihan-pilihan seorang anak yang lebih kecil mungkin akan lakukan. Minta kanak-kanak melangkah ke arah gambar setiap kali anda menggambarkan pilihan yang baik. Minta mereka melangkah jauh darinya setiap kali anda menggambarkan pilihan yang buruk.
-
Bantu kanak-kanak mempelajari perkataan lagu tentang membuat pilihan yang baik, seperti “Memilh Yang Benar” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 82). Guna gambar, objek, atau alat bantuan visual lain yang berkaitan dengan lirik.
Yesus Kristus adalah Juruselamat saya.
Lukas 4:18–19 menggambarkan misi Yesus. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak menghargai apa yang telah Dia lakukan untuk mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Lukas 4:18–19 kepada kanak-kanak, dan jelaskan apa tujuan Yesus Kristus dihantar ke bumi (untuk mengajar kita bagaimana untuk kembali kepada Bapa Syurgawi, untuk menghibur kita, dan untuk menyembuhkan orang). Kongsi bagaimana Dia telah lakukan hal-hal ini untuk anda.
-
Jemput beberapa kanak-kanak untuk pura-pura menjadi keliru, sedih, atau sakit. Minta kanak-kanak yang lain untuk lakonkan peranan apa yang mereka dapat lakukan untuk membantu mereka. Bersaksi bahawa Yesus Kristus datang untuk mengajar, menghibur, dan menyembuhkan kita, dan kita harus mengikuti teladan-Nya.
-
Tunjukkan gambar Yesus memenuhi misi-Nya (lihat Buku Seni Injil). Minta kanak-kanak gambarkan apa yang Yesus lakukan dalam setiap gambar. Tunjukkan juga gambar orang-orang yang cuba menjadi seperti Yesus (anda boleh temui beberapa di majalah Gereja).
Yesus Kristus menjemput kita menjadi “penjala manusia.”
Juruselamat memanggil, “Ikutlah Aku, dan kamu akan Ku-jadikan penjala manusia” (Matius 4:19), diterapkan kepada semua orang, termasuklah kanak-kanak.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput dua kanak-kanak untuk berlakon sebagai Petrus dan Andreas semasa anda membaca Matius 4:18–22. Bantu kanak-kanak fahami apa yang para lelaki ini telah lepaskan untuk mengikuti Yesus.
-
Biarkan kanak-kanak bergilir-gilir menceritakan ayat-ayat ini menggunakan gambar di bawah dan dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.
-
Nyanyi bersama sebuah lagu tentang mengikuti Yesus Kristus, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86). Bantu kanak-kanak mencari perkara yang disebut dalam lagu yang mereka boleh lakukan untuk mengikut Yesus.
-
Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk berbincang bersama kanak-kanak bagaimana mereka dapat menjadi “penjala manusia” dengan mengikuti Yesus. Anda juga boleh bermain permainan padanan di halaman aktiviti. Potong dua salinan setiap ikan, letakkannya menghadap ke bawah, dan jemput kanak-kanak untuk terbalikkan satu demi satu untuk membuat padanan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Yesus menunjukkan teladan kepada saya dengan menangkis godaan.
Walaupun Yesus Kristus digoda oleh Setan, tetapi Dia tidak pernah menyerah. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk mengikuti teladan-Nya?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Buat sebuah carta di papan tulis bertanda Godaan Setan dan Tindak Balas Yesus. Bantu kanak-kanak untuk mengisi carta dengan menggunakan Matius 4:1–11 dan Lukas 4:1–13. Tanyakan kanak-kanak bagaimana mereka dapat mengikuti teladan Yesus.
-
Tuliskan beberapa senario yang kanak-kanak mungkin tergoda untuk melakukan pilihan yang salah. Minta seorang kanak-kanak memilih satu untuk dibaca, dan minta kelas bercakap tentang bagaimana mereka boleh menahan godaan dalam situasi itu.
Berpuasa dapat membantu saya merasa dekat kepada Bapa Syurgawi.
Sebelum memulakan pelayanan-Nya, Yesus telah berpuasa dan “berbicara dengan Tuhan” (Joseph Smith Translation, Matthew 4:2). Bantu kanak-kanak untuk melihat bagaimana berpuasa dapat memberi mereka kekuatan rohani dan membantu mereka merasa dekat kepada Bapa Syurgawi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seorang kanak-kanak untuk membaca Matius 4:1–2 menggunakan semakan Terjemahan Joseph Smith dalam Panduan Tulisan Suci. Apakah yang Yesus lakukan untuk “bersama dengan Tuhan”? Kongsi bagaimana berpuasa telah membantu anda merasa dekat kepada Bapa Syurgawi.
-
Jemput kanak-kanak yang pernah berpuasa sebelum ini untuk berkongsi pengalaman mereka. Bagaimanakah mereka akan jelaskan puasa kepada seseorang yang tidak pernah berpuasa sebelum ini?
-
Tuliskan soalan tentang berpuasa (seperti mengapa, bila, atau bagaimana kita berpuasa) pada kepingan kertas, dan letakkan ia di dalam mangkuk. Jemput kanak-kanak untuk mencabut satu soalan dan cuba menjawabnya. Apakah pengalaman yang anda atau kanak-kanak dapat kongsi tentang berpuasa?
Yesus Kristus adalah Juruselamat Saya.
Renungkan bagaimana Juruselamat telah memberkati kehidupan anda. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak untuk lebih menghargai pengaruh-Nya dalam kehidupan mereka?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seorang kanak-kanak untuk datang ke kelas dengan bersedia untuk berkongsi laporan dalam Lukas 4:16–30. Ia mungkin berguna untuk gunakan “Bab 17: Orang-orang yang Marah di Nasaret” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 42–43).
-
Baca Lukas 4:18 sementara kanak-kanak turut ikut membaca. Minta mereka untuk membuat sebuah senarai hal-hal yang Juruselamat kata Dia datang untuk lakukan. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi beberapa contoh waktu Yesus melakukan hal-hal ini, sama ada di dalam tulisan suci atau di kehidupan mereka.
-
Tulis pada jalur kertas perkataan “Oleh kerana Yesus Kristus …” Berikan sekeping kertas kepada setiap kanak-kanak, dan jemput mereka untuk menulis bagaimana mereka akan melengkapkan frasa itu. Minta mereka berkongsi apa yang mereka telah tulis.
Yesus Kristus menjemput kita untuk mengikuti-Nya dan menjadi “penjala manusia.”
Terdapat banyak cara kanak-kanak dapat mengikuti Juruselamat dan menjadi “penjala manusia” (Matius 4:19). Bagaimanakah anda akan membantu mereka untuk melihat pengaruh baik yang mereka dapat menjadi kepada orang lain?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 4:18–22 dan Lukas 5:1–11. Bagaimanakah pengikut Yesus bertindak terhadap panggilan-Nya untuk mengikuti Dia? Apakah yang kita dapat lakukan untuk mengikuti teladan mereka?
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa peralatan memancing atau gambar seorang nelayan. Apakah maksud menjadi “penjala manusia”? Apakah peralatan yang kita perlu untuk membantu kita menjadi penjala manusia?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemputlah kanak-kanak untuk kongsi kepada keluarga mereka apa yang mereka telah pelajari tentang menjadi penjala manusia.