Perjanjian Baru 2023
23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: “Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”


“23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yohanes Pembaptis Membaptiskan Yesus

Tingkap kaca berwarna dalam Bait Suci Nauvoo Illinois, oleh Tom Holdman

23–29 Januari

Matius 3; Markus 1; Lukas 3

“Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”

Semasa anda membaca tentang Yohanes Pembaptis dan pembaptisan Yesus Kristus, catatkan tanggapan-tanggapan rohani yang anda terima. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami tulisan suci ini dan membantu anda menyokong pembelajaran yang kanak-kanak lakukan di rumah.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberi kanak-kanak peluang berkongsi apa yang mereka telah pelajari, tunjukkan gambar Yesus dibaptiskan. Minta mereka memberitahu anda apa yang sedang berlaku dalam gambar dan perasaan mereka tentang pembaptisan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 3:13–17

Saya boleh dibaptiskan seperti Yesus.

Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita pembaptisan Yesus untuk membantu kanak-kanak bersedia untuk dibaptiskan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan kisah pembaptisan Juruselamat (lihat Matius 3:13–17; lihat juga “Bab 10: Yesus Dibaptiskan,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 26–29). Terangkan bahawa Yesus dibaptiskan melalui pencelupan oleh seseorang yang mempunyai wewenang imamat. Ulangi cerita beberapa kali dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi butiran yang mereka ingat.

  • Tunjukkan gambar Yesus dibaptiskan dan halaman aktiviti minggu ini. Minta kanak-kanak mencari persamaan antara kedua-dua gambar. (Terdapat gambar Yesus dibaptiskan dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.)

  • Kaji semula janji-janji yang kanak-kanak akan buat apabila mereka dibaptiskan (lihat Mosia 18:8–10; Ajaran dan Perjanjian 20:37). Tanya mereka hal yang mana mereka sudah lakukan.

  • Jemput seorang ahli lembaga uskup untuk memberitahu kanak-kanak tentang temu duga pembaptisan yang mereka akan lalui sebelum mereka dibaptiskan.

  • Nyanyi bersama lagu tentang pembaptisan, seperti “Pembaptisan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 54). Pertimbangkan untuk meminta seorang kanak-kanak untuk memimpin kanak-kanak lain semasa mereka menyanyi.

Imej
budak perempuan dibaptiskan

Kita dapat ikut contoh Yesus dengan dibaptiskan.

Matius 3:11, 16

Roh Kudus membantu saya.

Tambahan kepada persediaan pembaptisan, kanak-kanak juga bersedia untuk menerima kurnia Roh Kudus. Bagaimanakah anda boleh membantu mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Guna Matius 3:11, 16 untuk mengajar kanak-kanak bahawa Roh Kudus turun ke atas Yesus apabila Dia dibaptiskan (burung merpati muncul sebagai tanda ini telah berlaku). Tunjukkan gambar Kurnia Roh Kudus (Buku Seni Injil, no. 105), dan jelaskan bahawa kita menerima kurnia Roh Kudus apabila kita ditetapkan.

  • Bawa sebuah kotak berisi benda-benda seperti gambar Yesus, selimut yang selesa, dan kompas atau peta. Jemput kanak-kanak untuk pilih satu benda, dan minta mereka terangkan bagaimana setiap objek mewakili cara Roh Kudus boleh membantu kita—Dia bersaksi tentang Yesus (lihat Yohanes 15:26), menghiburkan kita (lihat Yohanes 14:26), dan menunjukkan kita jalan yang betul (lihat 2 Nefi 32:5).

  • Kongsi pengalaman-pengalaman anda sendiri tentang menerima bantuan dari Roh Kudus.

  • Jemput kanak-kanak untuk mendengar cara-cara Roh Kudus membantu kita semasa mereka menyanyikan lagu tentang Dia, seperti “Roh Kudus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 55).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 3

Saya diberkati oleh tatacara-tatacara Imamat Harun.

Yohanes Pembaptis memegang Imamat Harun, jadi membaca tentang dia dalam Matius 3 adalah peluang yang baik untuk mengajar kanak-kanak tentang Imamat Harun. Bantu mereka mengenali berkat-berkat dan kuasa yang datang kepada kita melalui imamat ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai tentang tugas-tugas Imamat Harun, menggunakan Ajaran dan Perjanjian 20:46, 58–60; 84:111. Minta kanak-kanak untuk lihat dalam Matius 3 untuk contoh Yohanes memenuhi beberapa tugas ini. Bagaimanakah dapat kita semua menjemput orang lain untuk datang kepada Kristus, seperti Yohanes lakukan?

  • Paparkan beberapa gambar pemegang Imamat Harun melaksanakan tatacara pembaptisan dan sakramen (lihat Buku Seni Injil, no. 103–4, 107–8). Bincangkan bagaimana tatacara ini menyediakan kita untuk menerima Yesus Kristus dan berkat-berkat Korban tebusan-Nya.

  • Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 13:1, dan bersaksi bahawa Yohanes Pembaptis memulihkan Imamat Harun kepada Joseph Smith. Tanya kanak-kanak bagaimana mereka telah diberkati kerana Imamat Harun dipulihkan.

Matius 3:13–17; Markus 1:1–11; Lukas 3:2–18

Saya dapat mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisan saya.

Mempelajari tentang laporan pembaptisan Yesus menyediakan peluang yang baik untuk membantu kanak-kanak mengkaji semula perjanjian pembaptisan mereka dan komited semula untuk mematuhinya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak bergilir-gilir membaca ayat-ayat dari Markus 1:1–11. Bincangkan mengapa Bapa Syurgawi mahu kita dibaptiskan. Mengapakah Yesus dibaptiskan, walaupun Dia tidak perlu dibersihkan dari dosa? Bantu kanak-kanak mencari jawapan kepada soalan ini dalam Matius 3:13–15 dan 2 Nefi 31:6–7.

  • Kaji semula perjanjian-perjanjian yang kanak-kanak buat pada masa pembaptisan, yang ada di Mosia 18:8–10 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37. Jemput kanak-kanak untuk menulis ayat-ayat suci ini di halaman aktiviti minggu ini.

  • Sediakan beberapa pasangan kad dengan frasa atau gambar berpadanan yang mewakili perjanjian-perjanjian pembaptisan kita. Letakkan semua kad dengan muka di bawah. Jemput kanak-kanak untuk bergilir melihat dua kad sekali, mencari padanan. Selepas padanan dijumpai, jemput kanak-kanak untuk berkongsi cara-cara mereka telah mematuhi perjanjian itu.

  • Kongsi bagaimana mematuhi perjanjian-perjanjian pembaptisan anda telah memberkati anda.

Matius 3:11, 16

Roh Kudus boleh membimbing saya.

Kanak-kanak belajar bagaimana untuk mengenali dan mengikut bimbingan Roh Kudus. Bantu mereka faham bahawa mematuhi perjanjian pembaptisan mereka akan membantu mereka menjadi layak untuk menerima bimbingan-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta setiap kanak-kanak membaca salah satu daripada tulisan suci berikut dan menjelaskan apa yang ia ajarkan tentang bagaimana Roh Kudus bercakap kepada kita: Helaman 5:30; Ajaran dan Perjanjian 6:23; 8:2–3; 11:12–13.

  • Minta seorang anak untuk membaca Matius 3:11. Bagaimanakah Roh Kudus seperti api? Contohnya, api boleh menghiburkan, dan ia memberikan cahaya untuk membimbing kita (lihat Yohanes 15:26; 2 Nefi 32:5).

  • Jemput kanak-kanak untuk tutup mata mereka dan hulurkan tangan mereka ke depan. Kemudian sapu tangan mereka dengan lembut menggunakan bulu ayam atau tali kecil. Jemput mereka untuk memberitahu anda apabila mereka rasanya. Apakah yang aktiviti ini ajarkan kita tentang mengenali dorongan-dorongan Roh Kudus?

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman-pengalaman yang mereka alami dengan Roh Kudus. Mengapakah mematuhi perjanjian-perjanjian kita membantu kita mempunyai bimbingan Roh Kudus?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan setiap kanak-kanak untuk bertanya ibu bapa mereka, ahli keluarga yang lain, atau kawan-kawan tentang pembaptisan mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Cari ilham anda sendiri. Jangan menganggap panduan ini sebagai arahan yang anda mesti ikut semasa mengajar. Gunakannya sebagai idea-idea untuk menjana ilham anda sendiri semasa anda merenungkan keperluan kanak-kanak yang anda ajar. (Lihat Teaching in the Savior’s Way7.)

Cetak