“9–15 Januari. Matius 2; Lukas 2: Kami Datang Hendak Menyembah Dia,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“9–15 Januari. Matius 2; Lukas 2,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
9–15 Januari
Matius 2; Lukas 2
Kami Datang Untuk Menyembah-Nya
Kanak-kanak yang anda ajar adalah putera dan puteri Bapa Syurgawi yang berharga. Minta Dia membantu anda semasa anda berusaha untuk mengajar mereka tulisan suci. Dia boleh membimbing anda kepada asas-asas yang harus ditekankan dan boleh mengilhami anda dengan idea aktiviti yang akan menjangkau anak-anak-Nya.
Jemput Perkongsian
Minta kanak-kanak memberitahu anda apa yang mereka tahu tentang kelahiran Kristus. Apakah bahagian cerita kegemaran mereka?
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Yesus dilahirkan.
Yesus tinggalkan hadirat Bapa Syurgawi untuk dilahirkan di bumi supaya Dia dapat menjadi Juruselamat kita. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak ingat cerita kelahiran Kristus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Semasa anda membaca kisah kelahiran Kristus, jemput kanak-kanak untuk melakonkan cerita itu, atau gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk kaji semula cerita itu. (Lihat juga “Bab 5: Yesus Kristus Telah Lahir,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 13–15.)
-
Jika anda ada, bawa satu set Kelahiran Yesus, dan jemput kanak-kanak untuk meletakkan kepingan itu di tempat yang sesuai semasa anda menceritakan kepada mereka kisah kelahiran Yesus Kristus. Anda juga boleh menunjukkan gambar tentang Kelahiran Yesus Kristus (contohnya, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Tunjuk pada orang yang berbeza dalam set Kelahiran Yesus, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka tahu tentang orang-orang ini.
-
Nyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran kanak-kanak tentang kelahiran Yesus. Semasa anda lakukannya, cari peluang untuk memberi kesaksian anda tentang Juruselamat. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi mengapa mereka mengasihi Yesus.
Saya dapat memberi hadiah-hadiah yang baik kepada Yesus.
Orang-orang Bijaksana memberikan Yesus hadiah emas, kemenyan dan mur. Bagaimanakah anda boleh menggunakan kisah ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa mereka boleh memberi hadiah kepada Yesus juga—hadiah seperti kasih, pelayanan, dan kepatuhan?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan gambar tentang Orang-orang Bijaksana ketika anda mengkaji semula cerita mereka bersama kanak-kanak, yang ada di Matius 2:1–12.
-
Bungkuskan gambar-gambar atau barang-barang yang mewakili hadiah yang kita boleh berikan kepada Yesus. Jemput kanak-kanak untuk membantu anda membuka hadiah, dan bincangkan bagaimana kita memberikan hadiah ini kepada Juruselamat.
-
Bantu setiap kanak-kanak melukis atau menulis senarai tentang hadiah-hadiah yang mereka boleh beri Yesus, seperti “menjadi kawan yang baik” atau “berdoa.” Jemput kanak-kanak untuk berkongsi senarai mereka dengan kelas dan pilih satu “hadiah” yang mereka akan berikan kepada Yesus hari ini.
Yesus pernah kecil seperti saya.
Belajar tentang zaman kanak-kanak Juruselamat boleh membantu kanak-kanak terkait dengan Dia. Tanya kanak-kanak apa yang mereka boleh belajar dari ayat-ayat suci ini tentang bagaimana mereka boleh menjadi seperti Yesus sekarang.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput salah seorang remaja di bahagian untuk melawat kelas anda dan berkongsi kisah Yesus mengajar di bait suci ketika Dia masih muda.
-
Minta beberapa kanak-kanak terlebih dahulu untuk membawa gambar-gambar tentang diri mereka semasa bayi untuk dikongsi. Tanya mereka bagaimana mereka telah membesar. Kongsi beberapa cara Yesus telah bertumbuh (lihat Lukas 2:40, 52). Nyanyi bersama kanak-kanak “Yesus Pernah Kecil Dahulu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 34) atau lagu lain tentang Juruselamat.
-
Baca Lukas 2:52, dan jelaskan apakah maksud “kebijaksanaan” dan “bertambah besar”. Anda boleh minta kanak-kanak untuk melakukan pergerakan yang menunjukkan maksud bertambah bijaksana dan menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia. Contohnya, mereka boleh berlakon membaca buku atau membantu seseorang yang keperluan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Para nabi zaman dahulu meramalkan kelahiran Juruselamat.
Nabi-nabi dan orang yang percaya telah menunggu kelahiran Juruselamat berabad-abad lamanya. Memahami kebenaran ini boleh bantu kanak-kanak mendapat kesyukuran yang lebih mendalam tentang kehidupan dan misi Juruselamat.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk bercakap tentang hal-hal yang mereka nanti-nantikan, seperti hari jadi atau cuti. Minta kanak-kanak membaca Helaman 14:2–5 untuk mencari sesuatu yang para nabi tidak nanti-nantikan.
-
Baca bersama beberapa nubuat tentang kelahiran Juruselamat (lihat Yesaya 7:14; 9:6; 1 Nefi 11:18; Helaman 14:5). Bantu kanak-kanak menyenaraikan butiran nubuat ini dan cari penggenapannya dalam Lukas 2:1–21 dan Matius 2:1–12.
-
Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar sesuatu dari Matius 2:1–12 atau Lukas 2:1–21 dan berkongsi mengapa mereka bersyukur kerana Yesus dilahirkan.
Yesus bertambah “besar dan bijaksana, dan Dia menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia.”
Seperti Yesus, kanak-kanak yang anda ajar perlu bersedia untuk misi yang penting. Apakah yang mereka boleh pelajari dari teladan Yesus?
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Semasa anda baca Lukas 2:40, 52, beritahu kanak-kanak untuk dengar perkara yang Yesus lakukan. Jemput kanak-kanak untuk kongsi cara-cara yang mereka telah berkembang semenjak mereka kecil. Kongsi pengalaman anda sendiri dalam mempelajari injil sedikit demi sedikit. Berikan kesaksian anda tentang Juruselamat.
-
Lengkapkan aktiviti yang menggambarkan frasa dalam Lukas 2:40, 52. Contohnya, anda boleh mengukur ketinggian setiap kanak-kanak (“Yesus bertambah … besar”) atau minta kanak-kanak berkongsi tulisan suci kegemaran mereka (“semakin kuat kerohaniannya”). Bantu kanak-kanak perhatikan cara mereka membesar dan berkongsi ini dengan keluarga mereka.
-
Selepas kaji Lukas 2:40, 52, jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka bayangkan tentang perwatakan Yesus semasa Dia seusia mereka. Bagaimanakah Dia akan memperlakukan ibu-Nya? Adik-beradik-Nya?
Saya dapat ikut teladan Yesus.
Bahkan semasa muda, Yesus mengajar injil di bait suci. Begitu juga, kanak-kanak di kelas anda boleh mengajar orang di keliling mereka.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seorang anak datang dengan bersedia untuk meringkaskan cerita di Lukas 2:41–52. Untuk membantu kanak-kanak memahami cerita, ajarkan makna “Rumah[pekerjaan] Bapa-ku” (ayat 49). Contohnya, anda boleh memberitahu kanak-kanak tentang kerja ibu bapa anda. Apakah pekerjaan atau “kerja” Yusuf, bapa Yesus di bumi? (lihat Matius 13:55). Apakah kerja Bapa Syurgawi-Nya? (lihat Lukas 2:46–49; lihat juga Musa 1:39).
-
Bersama dengan kanak-kanak, baca Lukas 2:46–49, dan bertanya, “Bagaimanakah Yesus melakukan ‘kerja Bapa-Nya’?” Bantu kanak-kanak menyenaraikan atau melukis di papan cara-cara yang mereka boleh bantu melakukan pelayanan Bapa Syurgawi.
-
Untuk membantu kanak-kanak membina keyakinan mereka, seperti pemuda Yesus, boleh mengajar injil, bantu mereka berlatih mengajar satu sama lain satu asas dari Untuk Kekuatan Remaja.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Jemput kanak-kanak untuk mengajar keluarga mereka sesuatu yang mereka pelajari tentang kelahiran Yesus Kristus.