Perjanjian Baru 2023
9–15 Januari. Matius 2; Lukas 2: Kami Datang Hendak Menyembah Dia


“9–15 Januari. Matius 2; Lukas 2: Kami Datang Hendak Menyembah Dia,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“9–15 Januari. Matius 2; Lukas 2,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Orang Majus berjalan menggunakan unta

Let Us Adore Him [Marilah Kita Memuja Dia], oleh Dana Mario Wood

9–15 Januari

Matius 2; Lukas 2

Kami Datang Hendak Menyembah Dia

Semasa anda baca Matius 2 dan Lukas 2, perhatikan tanggapan rohani yang anda terima. Idea pembelajaran dalam panduan ini dapat bantu anda mengenal pasti asas penting dan berguna dalam bab-bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Sejak hari kelahiran-Nya, ia sangat jelas bahawa Yesus bukanlah kanak-kanak biasa. Bukan sahaja bintang baharu di langit atau perisytiharan sukacita malaikat yang menjadikan kelahiran Yesus menakjubkan. Ia juga disebabkan pelbagai orang yang beriman—dari bangsa, kedudukan, dan latar belakang yang berbeza—segera tertarik kepada-Nya. Bahkan sebelum Dia menyampaikan jemputan-Nya untuk “Ikutlah Aku,” mereka telah datang (Lukas 18:22). Tentunya, tidak semua orang datang kepada-Nya. Ramai orang yang tidak menyedari-Nya, dan seorang pemerintah yang cemburu cuba mengambil nyawa-Nya. Tetapi pencari kesolehan yang rendah hati, suci, setia melihat Dia—Mesias mereka yang dijanjikan. Kesetiaan mereka mengilhami kita, kerana “Berita Baik” yang para gembala bawakan adalah untuk “semua orang,” dan Juruselamat, adalah Tuhan Kristus telah lahir pada hari tersebut untuk semua kita (lihat Lukas 2:10–11).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Lukas 2:1–7

Yesus Kristus telah dilahirkan dalam keadaan yang sederhana.

Meskipun Yesus Kristus memiliki kemuliaan bersama Tuhan Bapa “sebelum dunia ini ada” (Yohanes 17:5), Dia rela untuk dilahirkan di keadaan yang rendah dan hidup di kalangan kita di bumi. Semasa anda baca Lukas 2:1–7, renungkan apa yang laporan tentang kelahiran-Nya ajarkan tentang Dia. Kenal pasti perincian atau pandangan dalam cerita ini yang anda tidak sedari sebelum ini. Bagaimanakah dengan sedari hal-hal ini mempengaruhi perasaan anda terhadap Dia?

17:56

Matius 2:1–12; Lukas 2:8–38

Terdapat banyak saksi kelahiran Kristus.

Kelahiran dan zaman kanak-kanak Kristus ditandakan oleh para saksi dan penyembah dari pelbagai lapisan kehidupan. Semasa mengkaji cerita mereka, apakah yang anda pelajari tentang cara untuk menyembah dan bersaksi tentang Kristus?

Saksi Kristus

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi tentang Kristus?

Saksi Kristus

Para gembala (Lukas 2:8–20)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi tentang Kristus?

Saksi Kristus

Simeon (Lukas 2:25–35)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi tentang Kristus?

Saksi Kristus

Hana (Lukas 2:36–38)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi tentang Kristus?

Saksi Kristus

Orang-orang Majus (Matius 2:1–12)

Apakah yang saya pelajari tentang penyembahan dan bersaksi tentang Kristus?

Lihat juga 1 Nefi 11:13–23; 3 Nefi 1:5–21.

2:50
2:3

Matius 2:13–23

Ibu bapa dapat menerima wahyu untuk melindungi keluarga mereka.

Yusuf tidak akan dapat melakukan apa yang dia diperintah untuk lakukan—melindungi Yesus semasa zaman kanak-kanak-Nya—tanpa bantuan syurga. Seperti orang-orang Majus, dia menerima wahyu yang memberinya amaran tentang bahaya. Semasa anda baca tentang pengalaman Yusuf dalam Matius 2:13–23, fikirkan tentang bahaya jasmani dan rohani yang kita hadapi zaman ini. Renungkan pengalaman ketika anda merasakan bimbingan Tuhan dalam melindungi anda dan orang yang dikasihi. Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Apakah yang anda dapat lakukan untuk menerima bimbingan sedemikian di masa akan datang?

6:41

Lukas 2:40–52

Bahkan semasa masih remaja, Yesus tumpukan melakukan kehendak Bapa-Nya.

Sebagai pemuda, Juruselamat mengajarkan injil dengan penuh kuasa bahkan pengajar dalam bait suci kagum kepada “jawapan-Nya bijak” (Lukas 2:47). Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang Juruselamat semasa seorang pemuda? Bagaimanakah orang-orang muda yang anda kenal cuba melakukan “[pekerjaan] Bapa [Syurgawi]”? (Lukas 2:49). Bagaimanakah remaja dan kanak-kanak telah membantu anda memperoleh pemahaman yang mendalam tentang injil? Apakah lagi yang anda pelajari dari teladan Yesus yang muda dalam Lukas 2:40–52 dan di dalam Terjemahan Joseph Smith, Matius 3:24–26 (dalam Panduan Tulisan Suci)?

Yesus semasa dia masih budak bersama para pengajar di bait suci

“Tidakkah kamu tahu, bahawa Aku harus berada di dalam rumah Bapa-Ku? (Lukas 2:49).

Apakah itu Terjemahan Joseph Smith?

Kerana “banyak kebenaran yang jelas dan bernilai” telah hilang dari Alkitab setelah berabad (1 Nefi 13:28; lihat juga Musa 1:41), Tuhan telah memerintahkan Joseph Smith untuk membuat pembaharuan yang diilham dari Alkitab, dikenali sebagai Terjemahan Joseph Smith. Banyak pembaharuan dilakukan oleh Nabi yang disertakan dalam lampiran edisi tulisan suci Orang Suci Zaman Akhir. Terjemahan Joseph Smith bagi Matius 24, dikenali sebagai Joseph Smith—Matius, dapat ditemui dalam Mutiara yang Sangat Berharga. Untuk maklumat lanjut, lihat “Terjemahan Joseph Smith (TJS)” dalam Panduan Tulisan Suci.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Lukas 2.Jemput ahli keluarga untuk memilih seorang yang digambarkan dalam Lukas 2, baca beberapa ayat tentang interaksi orang tersebut dengan Juruselamat, dan kongsi sesuatu yang mereka pelajari yang meningkatkan iman mereka ke atas Yesus Kristus. Nyanyikan bersama “Lagu Dodoi Maria” atau “Lagu Kelahiran Tuhan Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak,, 28–29, 32–33). Apakah yang kita pelajari dari lagu-lagu ini tentang Kelahiran Juruselamat?

Pertimbangkan bagaimana karya seni dapat memperkayakan perbincangan anda tentang kelahiran Kristus. (Contohnya, lihat Buku Seni Injil atau history.ChurchofJesusChrist.org/exhibit/birth-of-Christ.)

Matius 2:1–12.Apakah yang kita pelajari tentang mencari dan menemukan Juruselamat dari teladan Orang-orang Majus?

Lukas 2:41–49.Apakah pekerjaan Bapa Syurgawi itu? (Lukas 2:49; lihat Musa 1:39; Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir1.2, ChurchofJesusChrist.org). Apakah yang kita pelajari tentang pekerjaan tersebut melalui cerita dalam Lukas 2:41–49? Pertimbangkan untuk menulis beberapa cara keluarga anda dapat mengambil bahagian dalam pekerjaan Bapa dan letakkannya dalam sebuah balang. Dalam minggu akan datang, semasa keluarga anda mencari cara untuk membantu dalam pekerjaan Bapa Syurgawi, mereka boleh pilih idea dari balang itu. Rancang satu masa ketika anda akan berkongsi pengalaman anda.

Lukas 2:52Apakah yang kita dapat pelajari dari Lukas 2:52 tentang bagaimana Yesus telah bertumbuh dalam hidup-Nya? Apakah matlamat peribadi atau keluarga yang kita boleh tetapkan untuk “bertambah besar dan bijaksana, dan menyenangkan hati Tuhan mahupun manusia”?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Bintang-Bintang Gemerlapan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 24.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Gunakan bantuan pembelajaran tulisan suci. Untuk memperoleh pandangan tambahan semasa anda mengkaji tulisan suci, gunakan sumber seperti nota kaki, Panduan Tulisan Suci, dan bantuan pembelajaran lain yang terdapat di ChurchofJesusChrist.org.

Maria, Yusuf, dan bayi Yesus

Juruselamat Dunia datang ke bumi dalam keadaan yang sederhana.