Perjanjian Baru 2023
26 Disember–1 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri


“26 Disember–1 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“26 Disember–1 Januari. Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

keluarga sedang melihat album gambar

26 Disember–1 Januari

Kita Bertanggungjawab Untuk Pembelajaran Diri Sendiri

Tujuan tulisan suci adalah untuk membantu anda datang kepada Kristus dan lebih bertukar hati kepada injil-Nya. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu anda fahami tulisan suci dan memperoleh kekuatan rohani yang anda dan keluarga anda perlukan. Kemudian, dalam kelas Gereja anda, anda berpeluang untuk kongsi pandangan dan menggalakkan para Orang Suci lain dalam usaha mereka untuk mengikuti Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

“Apa yang kamu cari?” Yesus bertanya kepada para pengikut Yohanes Pembaptis (Yohanes 1:38). Anda boleh tanya diri sendiri soalan yang sama—kerana apa yang anda temui dalam Perjanjian Baru tahun ini akan bergantung pada apa yang anda cari. “Carilah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan mendapatnya” ialah janji Juruselamat (Matius 7:7). Jadi, tanyakan soalan-soalan yang datang ke minda anda semasa anda mengkaji, kemudian tekun mencari jawapan. Dalam Perjanjian Baru, anda akan baca tentang pengalaman-pengalaman rohani berkuasa para pengikut Yesus Kristus. Sebagai pengikut Juruselamat, anda boleh ada pengalaman rohani yang berkuasa apabila anda terima jemputan Juruselamat, yang terdapat di seluruh kitab kudus ini, “Ikutlah Aku” (Lukas 18:22).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Untuk benar-benar belajar daripada Juruselamat, saya mesti terima jemputan-Nya, “Ikutlah Aku.”

Jemputan Juruselamat, “Ikutlah Aku,” adalah untuk semua orang—sama ada kita baru atau sudah berjalan sepanjang hidup pada jalan penganutan. Inilah jemputan-Nya kepada pemuda kaya yang berusaha untuk mematuhi perintah-perintah (lihat Matius 19:16–22; Lukas 18:18–23). Apa yang pemuda itu pelajari—dan apa yang kita mesti belajar—adalah menjadi seorang pengikut bererti memberikan seluruh jiwa kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Kita berkembang dalam penganutan semasa kita mengenal pasti kekurangan kita, buat perubahan, dan sepenuhnya mengikuti Mereka.

Belajar daripada Juruselamat bermula apabila kita berusaha untuk fahami apa yang Dia ajarkan. Contohnya, bagaimana pemahaman anda tentang kerendahan hati diperdalamkan semasa anda mengkaji yang berikut?

Jika anda ingin belajar lebih lanjut, cuba aktiviti ini dengan asas injil lain, seperti kasih atau keampunan.

Saya bertanggungjawab untuk pembelajaran diri sendiri.

Elder David A. Bednar mengajarkan: “Kita tidak harus harapkan Gereja sebagai satu organisasi mengajar atau memberitahu kita segala yang kita perlu tahu dan perlu lakukan untuk menjadi pengikut yang setia dan bertahan sampai akhir dengan berani. Sebaliknya, tanggungjawab kita adalah untuk belajar perkara yang kita harus belajar, hidup seperti cara kita harus hidup, dan menjadi orang yang Guru hendak kita jadi. Dan rumah kita ialah tempat paling baik untuk pembelajaran, kehidupan, dan pelaksanaan” (“Disediakan untuk Mendapatkan Setiap Hal yang Diperlukan,” Liahona, Mei 2019, 102)

Apakah ertinya untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran diri sendiri? Cari jawapan dalam penyataan Elder Bednar dan dalam ayat-ayat suci berikut: Yohanes 7:17; 1 Tesalonika 5:21; Yohanes 1:5–6, 22; 2:17; 1 Nefi 10:17–19; 2 Nefi 4:15; Alma 32:27; dan Ajaran dan Perjanjian 18:18; 58:26–28; 88:118. Apakah yang anda diilhamkan untuk lakukan supaya menjadi lebih aktif dalam pembelajaran injil?

Saya perlu mengetahui kebenaran bagi diri sendiri.

Mungkin anda kenal orang yang tidak pernah hilang iman, tidak kira apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Mungkin mereka ingatkan anda tentang lima orang anak dara yang bijak dalam perumpamaan Juruselamat (lihat Matius 25:1–13). Apa yang anda tidak nampak ialah usaha tekun mereka untuk memperkuatkan kesaksian kebenaran mereka.

Bagaimanakah kita memperoleh dan memupuk kesaksian diri sendiri? Catatkan tanggapan semasa anda merenungkan ayat-ayat suci berikut: Lukas 11:9–13; Yohanes 5:39; Yohanes 7:14–17; Kisah Rasul-Rasul 17:10–12; 1 Korintus 2:9–11; dan Alma 5:45–46.

remaja puteri di sebelah jalan

Kita masing-masing mesti memperoleh kesaksian untuk diri sendiri.

Apa yang harus saya lakukan apabila saya ada soalan?

Semasa anda mencari ilmu rohani, soalan-soalan akan datang ke minda anda. Asas-asas berikut boleh membantu anda menjawab soalan-soalan dengan cara yang mengembangkan iman dan kesaksian:

  • Carilah pemahaman daripada Tuhan. Tuhan ialah sumber segala kebenaran, dan Dia mengungkapkan kebenaran melalui Roh Kudus, tulisan suci, dan para nabi serta para rasul-Nya.

  • Bertindak dengan beriman. Jika jawapan tidak datang dengan serta merta, percaya bahawa Tuhan akan ungkapkan jawapan pada masa yang sesuai. Buat masa ini, mematuhi kebenaran yang sudah anda tahu.

  • Kekalkan perspektif abadi. Cuba lihat seperti Tuhan melihat, bukan seperti dunia melihat. Lihat soalan-soalan anda dalam konteks rancangan keselamatan Bapa Syurgawi.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 13:1–23.Untuk membantu keluarga anda bersedia untuk belajar dari Perjanjian Baru tahun ini, anda boleh baca perumpamaan tentang seorang penabur. Keluarga anda mungkin suka aktiviti luar dan menerokai jenis-jenis tanah yang digambarkan dalam perumpamaan itu. Bagaimanakah kita jadikan hati kita seperti “tanah subur” yang Yesus gambarkan? (Matius 13:8).

Galatia 5:22–23; Filipi 4:8.Presiden Russell M. Nelson telah menjemput anda untuk “mengubah rumah [anda] menjadi tempat kudus iman” dan untuk “membangunkan semula rumah anda menjadi pusat pembelajaran injil.” Bagi mereka yang lakukan ini, dia berjanji: “Anak-anak anda akan suka belajar dan mematuhi ajaran-ajaran Juruselamat, dan pengaruh musuh dalam kehidupan dan rumah anda akan berkurangan. Perubahan dalam keluarga anda akan menjadi dramatik dan berterusan” (“Menjadi Orang Suci Zaman Akhir Yang Baik,” Liahona, Nov. 2018, 113).

Permulaan tahun yang baharu ialah masa baik untuk mengadakan perbincangan keluarga tentang menjadikan rumah anda “ tempat kudus iman” dan “menjadi pusat pembelajaran injil”. Apakah idea-idea tentang bagaimana untuk lakukan ini yang datang ke minda semasa kita membaca Galatia 5:22–23 dan Filipi 4:8? Mungkin keluarga anda boleh tetapkan matlamat peribadi dan keluarga untuk mengkaji Perjanjian Baru tahun yang akan datang ini. Apakah yang kita boleh lakukan untuk ingatkan diri kita tentang matlamat kita?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu Cadangan: “Ajar ‘Ku Jalan Dalam Kasih-Nya,” Buku Nyanyian Anak-anak, 70.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan ajaran. Ajaran ialah satu kebenaran yang abadi dan tidak berubah. Presiden Boyd K. Packer nyatakan bahawa “ajaran benar, jika difahami, mengubah sikap dan tindakan” (“Little Children,” Ensign, Nov. 1986, 17). Semasa anda dan keluarga anda mengkaji tulisan suci, carikan kebenaran-kebenaran yang boleh membantu anda menjadi lebih seperti Juruselamat.

Yesus Kristus

Light of the World [Cahaya Dunia], oleh Brent Borup