“2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
2–8 Januari
Matius 1; Lukas 1
“Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan”
Semasa anda kaji dan renungkan Matius 1 dan Lukas 1, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Apakah ajaran kebenaran yang anda temui? Apakah pesanan-pesanan paling bernilai kepada anda dan keluarga anda? Idea-idea kajian dalam panduan ini boleh bantu anda mencari pandangan tambahan.
Mencatat Tanggapan Anda
Dari perspektif fana, ini adalah mustahil. Seorang anak dara tidak dapat mengandung—begitu juga wanita mandul yang telah lewat usia mengandung. Tetapi Tuhan miliki rancangan untuk kelahiran Putera-Nya dan Yohanes Pembaptis, jadi walaupun itu mustahil, Maria dan Elisabet menjadi seorang ibu. Ia adalah baik untuk mengingati pengalaman mukjizat mereka apabila kita menghadapi sesuatu yang nampaknya mustahil. Bolehkah kita mengatasi kelemahan kita? Bolehkah kita melembutkan hati ahli keluarga yang tidak responsif? Gabriel mungkin berucap kepada kita apabila dia mengingatkan Maria, “Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil” (Lukas 1:37). Dan jawapan Maria juga boleh menjadi jawapan kita apabila Tuhan mengungkapkan kehendak-Nya, “Biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan” (Lukas 1:38).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Siapakah Matius dan Lukas?
Matius ialah seorang pemungut cukai, yang Yesus panggil untuk menjadi salah seorang Rasul-Nya (lihat Matius 10:3; juga lihat Panduan Tulisan Suci, “Pemungut Cukai”). Matius tulis kebanyakkan Injilnya untuk orang Yahudi, dia pilih untuk tekankan nubuat-nubuat Perjanjian Lama mengenai Mesias yang digenapi melalui kehidupan dan pelayanan Yesus.
Lukas seorang doktor Orang Bukan Isreal (orang bukan Yahudi) yang berjalan bersama Rasul Paulus. Dia menulis injilnya selepas kematian Juruselamat terutamanya untuk orang bukan Yahudi. Dia bersaksi tentang Yesus Kristus sebagai Juruselamat untuk Orang Bukan Israel dan Orang Yahudi. Dia catatkan laporan saksi tentang kejadian dalam kehidupan Juruselamat, dan dia termasuk lebih banyak cerita yang melibatkan wanita berbanding dengan Kitab Injil lain.
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Injil,” “Matius,” “Lukas.”
Yesus Kristus dilahirkan oleh seorang ibu fana dan seorang Bapa yang baqa.
Dalam Matius 1:18–25 dan Lukas 1:26–35, perhatikan bagaimana Matius dan Lukas menggambarkan mukjizat kelahiran Yesus. Bagaimanakah gambaran mereka menguatkan iman anda kepada Juruselamat? Mengapakah anda rasa ia penting untuk tahu Yesus ialah Putera Tuhan dan putera Maria?
Presiden Russell M. Nelson jelaskan bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus “perlukan satu korban peribadi oleh seorang yang baqa yang tidak akan mati. Tetapi Dia perlu mati dan bangkit sekali lagi. Hanya Juruselamat boleh lakukan ini. Dia mewarisi kuasa untuk mati dari ibu-Nya. Dia memperoleh kuasa untuk mengatasi kematian daripada Bapa-Nya” (“Constancy amid Change,” Ensign, Nov. 1993,34).
Berkat-berkat Tuhan datang pada masa-Nya.
Jika anda menunggu berkat, atau rasa seperti Tuhan tidak mendengar doa anda, cerita Elisabet dan Zakharia boleh ingatkan anda bahawa Tuhan tidak lupakan anda. Seperti Elder Jeffrey R. Holland janjikan: “Sementara kita bekerja dan menunggu jawapan doa-doa kita, saya memberikan janji bahawa doa anda didengar dan dijawab, walaupun bukan pada masa atau dalam cara yang kita mahu. Tetapi ia sentiasa dijawab pada masa dan dalam cara seorang bapa yang penuh kasih dan maha mengetahui harus menjawab” (“Menunggu Tuhan,” Liahona, Nov. 2020, 115–16). Bagaimana Zakharia dan Elisabet tetap beriman? (lihat Lukas 1:5–25, 57–80). Adakah anda sedang menunggu satu berkat? Apakah yang anda rasa Tuhan harapkan daripada anda semasa anda tunggu?
Orang yang beriman menyerah kepada kehendak Tuhan.
Seperti Maria, kita kadangkala mendapati rancangan Tuhan untuk hidup kita berbeza daripada apa yang kita rancangkan. Apakah yang anda dapat pelajari daripada Maria mengenai menerima kehendak Tuhan? Dalam jadual berikut, tuliskan kenyataan-kenyataan daripada malaikat dan Maria (lihat Lukas 1:26–38), dan pesanan-pesanan yang anda temui dalam kenyataan mereka:
Kata malaikat kepada Maria |
Pesanan untuk saya |
---|---|
Kata malaikat kepada Maria “Tuhan menyertai engkau” (ayat 28). | Pesanan untuk saya Tuhan sedar tentang situasi dan cabaran saya. |
Kata malaikat kepada Maria
| Pesanan untuk saya
|
Kata malaikat kepada Maria
| Pesanan untuk saya
|
Reaksi Maria |
Pesanan untuk saya |
---|---|
Reaksi Maria “Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?” (ayat 34). | Pesanan untuk saya Adalah OK untuk bertanya soalan untuk lebih memahami kehendak Tuhan. |
Reaksi Maria
| Pesanan untuk saya
|
Reaksi Maria
| Pesanan untuk saya
|
Semasa anda baca teladan soleh Yusuf dalam Matius 1:18–25, apakah yang anda dapat pelajari tentang menerima kehendak Tuhan? Apakah pandangan tambahan yang anda pelajari dari pengalaman Zakharia dan Elisabet? (lihat Lukas 1).
Lihat juga Lukas 22:42; Panduan Tulisan Suci, “Gabriel.”
Maria bersaksi tentang misi Yesus Kristus.
Kata-kata Maria dalam Lukas 1:46–55 meramalkan aspek misi Juruselamat. Apakah yang anda pelajari tentang Yesus Kristus dari kenyataan-kenyataan Maria? Anda boleh bandingkan ayat-ayat ini dengan kata-kata Hana dalam 1 Samuel 2:1–10 dan Khutbah Yesus dalam Matius 5:3–12. Apakah yang Roh ajarkan anda semasa anda merenungkan ayat-ayat ini?
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 1:1–17.Semasa keluarga anda membaca salasilah Yesus, anda boleh bincangkan sejarah keluarga anda sendiri dan berkongsi beberapa cerita tentang nenek moyang anda. Bagaimanakah mengetahui sejarah keluarga memberkati keluarga anda? Untuk lebih banyak aktiviti sejarah keluarga, lihat FamilySearch.org/discovery.
-
Matius 1:20; Lukas 1:11–13, 30.Mengapa orang dalam ayat-ayat ini takut? Apa yang menyebabkan kita menjadi takut? Bagaimanakah Tuhan menjemput kita untuk “janganlah takut”?
-
Lukas 1:37.Untuk membantu keluarga anda membina iman bahawa “bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil,” anda boleh mengkaji Lukas 1 bersama dan cari perkara mustahil yang Tuhan lakukan. Apakah cerita lain yang kita boleh berkongsi—dari tulisan suci atau kehidupan sendiri—tentang Tuhan lakukan perkara yang kelihatan mustahil? Mencari dalam Buku Seni Injil boleh menyediakan idea-idea.
-
Lukas 1:46–55.Apakah beberapa “perkara yang besar” yang Juruselamat telah lakukan untuk kita? Apakah maksudnya jiwa kita “menyanjung Tuhan”?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Dia Mengutus Putera-Nya,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 20–21