“23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3: ‘Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“23–29 Januari. Matius 3; Markus 1; Lukas 3,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
23–29 Januari
Matius 3; Markus 1; Lukas 3
“Sediakanlah Jalan Bagi Tuhan”
Mulakan dengan membaca Matius 3; Markus 1; dan Lukas 3. Ketika anda berdoa untuk Roh Kudus membantu anda fahami bab-bab ini, Dia akan memberi pandangan khusus bagi anda. Catatkan tanggapan ini, dan rancang untuk bertindak atasnya.
Mencatat Tanggapan Anda
Yesus Kristus dan injil-Nya dapat mengubah anda. Lukas memetik nubuat Yesaya yang menggambarkan kesan kedatangan Juruselamat: “Tiap-tiap lembah hendaklah ditimbus, tiap-tiap gunung dan bukit diratakan. Jalan yang berliku-liku hendaklah diluruskan, dan jalan yang lekak-lekuk diratakan.” (Lukas 3:5; lihat juga Yesaya 40:4). Inilah pesanan untuk kita semua, termasuk mereka yang rasa mereka tak dapat berubah. Sekiranya sesuatu yang kekal seperti sebuah gunung dapat diratakan, maka tentu Tuhan dapat membantu kita untuk meluruskan jalan kita yang berliku-liku (lihat Lukas 3:4–5). Ketika kita menerima jemputan Yohanes Pembaptis untuk bertaubat dan berubah, kita menyediakan minda dan hati kita untuk menerima Yesus Kristus agar kita juga boleh “melihat keselamatan dari Tuhan” (Lukas 3:6).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Siapakah Markus?
Di antara penulis Injil, kita kurang tahu tentang Markus. Kita tahu bahawa dia adalah seorang rakan misionari kepada Paulus, Petrus, dan beberapa penginjil yang lain. Banyak sarjana Alkitab percaya bahawa Petrus mengarahkan Markus untuk mencatat peristiwa-peristiwa kehidupan Juruselamat. Injil Markus dipercayai ditulis terdahulu dari tiga injil yang lain.
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Markus.”
Matius 3:1–12; Markus 1:1–8; Lukas 3:2–18
Pertaubatan merupakan perubahan besar minda dan hati.
Misi Yohanes Pembaptis adalah untuk menyediakan hati orang ramai untuk menerima Juruselamat dan menjadi lebih seperti Dia. Bagaimanakah dia melakukannya? Dia menyeru, “Bertaubatlah” (Matius 3:2). Dia gunakan gambaran seperti buah dan gandum untuk mengajar tentang pertaubatan (lihat Lukas 3:9, 17).
Apakah gambaran yang anda temui dalam laporan pelayanan Yohanes Pembaptis? (lihat Matius 3:1–12; Markus 1:1–8; Lukas 3:2–18). Pertimbangkan untuk menandakan tulisan suci anda atau melukis gambar. Apakah gambaran ini ajarkan tentang ajaran dan keperluan pertaubatan?
Pertaubatan sejati adalah “perubahan fikiran dan hati yang membawa sikap yang baru terhadap Tuhan, diri sendiri, dan kehidupan. … [Ia bermaksud] memalingkan hati dan kehendaknya kepada Tuhan” (Panduan Tulisan Suci, “Bertaubat, Pertaubatan”). Dalam Lukas 3:7–14, apakah perubahan yang Yohanes jemput orang ramai untuk lakukan bagi bersedia menerima Kristus? Bagaimanakah nasihat ini berguna kepada anda? Bagaimanakah anda tunjukkan anda benar-benar telah bertaubat? (lihat Lukas 3:8).
Lihat juga Russell M. Nelson, “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik,” Liahona, Mei 2019, 67–69; Dallin H. Oaks, “Dibersihkan melalui Pertaubatan,” Liahona, Mei 2019, 91–94.
Siapakah Farisi dan orang Saduki?
Orang Farisi adalah ahli kelompok keagamaan Yahudi yang menyombongkan diri mereka kerana ketatnya mentaati hukum Musa dan upacaranya. Orang Saduki adalah kelas Yahudi yang kaya dengan pengaruh agama dan politik yang hebat; Mereka tidak mempercayai ajaran tentang kebangkitan. Kedua-dua kumpulan itu telah sesat dari maksud asal hukum-hukum Tuhan.
Lihat juga Matius 23:23–28; Panduan Tulisan Suci, “Farisi,” “Orang Saduki.”
Matius 3:11, 13–17; Markus 1:9–11; Lukas 3:15–16, 21–22
Yesus Kristus dibaptiskan untuk “memenuhi segala kesolehan.”
Ketika anda dibaptiskan, anda mengikuti teladan Juruselamat. Bandingkan apa yang anda pelajari dari laporan pembaptisan Juruselamat dan apa yang berlaku ketika pembaptisan anda.
Pembaptisan Juruselamat |
Pembaptisan Saya |
---|---|
Pembaptisan Juruselamat Siapakah yang membaptis Yesus, dan apakah wewenang yang dia pegang? | Pembaptisan Saya Siapakah yang membaptis anda, dan apakah wewenang yang dia pegang? |
Pembaptisan Juruselamat Di manakah Yesus dibaptiskan? | Pembaptisan Saya Di manakah anda dibaptiskan? |
Pembaptisan Juruselamat Bagaimanakah Yesus dibaptiskan? | Pembaptisan Saya Bagaimanakah anda dibaptiskan? |
Pembaptisan Juruselamat Mengapakah Yesus dibaptiskan? | Pembaptisan Saya Mengapakah anda dibaptiskan? |
Pembaptisan Juruselamat Bagaimanakah Bapa Syurgawi menunjukkan bahawa Dia senang dengan Yesus? | Pembaptisan Saya Bagaimanakah Bapa Syurgawi menunjukkan bahawa Dia senang ketika anda dibaptis? Bagaimanakah Dia telah menunjukkan persetujuan-Nya sejak itu? |
Lihat juga 2 Nefi 31; Mosia 18:8–11; Ajaran dan Perjanjian 20:37, 68–74.
Matius 3:16–17; Markus 1:9–11; Lukas 3:21–22
Kesatuan Ketuhanan adalah tiga makhluk yang berlainan.
Alkitab mengandungi bilangan bukti bahawa Kesatuan Ketuhanan adalah tiga makhluk yang berlainan. Laporan pembaptisan Juruselamat adalah satu contoh. Semasa anda membaca laporan ini, renungkan apa yang anda pelajari tentang kesatuan ketuhanan. Mengapakah ajaran-ajaran ini penting untuk anda?
Lihat juga Kejadian 1:26; Matius 17:1–5; Yohanes 17:1–3; Kisah Rasul-Rasul 7:55–56; Ajaran dan Perjanjian 130:22.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 3.Yohanes Pembaptis memegang Imamat Harun. Apakah yang kita boleh pelajari dari teladan Yohanes tentang tujuan Imamat Harun? Apakah berkat yang kita terima kerana Imamat Harun? Jika anda ada remaja putera dalam keluarga anda, anda boleh luangkan masa untuk membantunya memahami bagaimana dia boleh gunakan Imamat Harun untuk memberkati orang lain. (Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 13:1; 20:46–60.)
-
Matius 3:11–17; Markus 1:9–11; Lukas 3:21–22.Pernahkah keluarga anda melihat seseorang dibaptiskan atau ditetapkan sebagai ahli Gereja? Apakah perasaan ahli keluarga? Mungkin anda boleh mengajar mereka tentang lambang pembaptisan dan penetapan. Bagaimanakah dibaptiskan dan ditetapkan seperti dilahirkan semula? Mengapakah kita dicelupkan sepenuhnya ke dalam air apabila kita dibaptiskan? Mengapakah kita memakai serba putih ketika kita dibaptiskan? Mengapakah kurnia Roh Kudus digambarkan sebagai “pembaptisan oleh api”? (Ajaran dan Perjanjian 20:41; lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Pembaptisan, Membaptis,” “Roh Kudus”).
-
Matius 3:17; Markus 1:11; Lukas 3:22.Bilakah kita telah merasakan Tuhan senang hati dengan kita? Apakah yang dapat kita lakukan sebagai sebuah keluarga untuk menyenangkan Tuhan?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Pembaptisan,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 54–55.