Perjanjian Baru 2023
16–22 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias


“16–22 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“16–22 Januari. Yohanes 1,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

wanita sedang berkongsi injil di stesen kereta api

16–22 Januari

Yohanes 1

Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias

Semasa anda baca dan renungkan Yohanes 1, catatkan tanggapan-tanggapan yang anda terima. Pesanan apakah adalah paling bernilai kepada anda dan keluarga anda? Apakah yang anda boleh kongsi dalam kelas Gereja anda?

Mencatat Tanggapan Anda

Pernahkah anda tanya diri sendiri adakah anda akan mengenali Yesus dari Nasaret sebagai Putera Tuhan jika anda hidup pada masa pelayanan fana-Nya? Bertahun-tahun, orang Israel yang beriman, termasuk Andreas, Petrus, Filipus, dan Natanael, telah menunggu dan berdoa untuk kedatangan Mesias yang dijanjikan. Apabila mereka menemui Dia, bagaimana mereka tahu bahawa Dia ialah Orang yang mereka cari? Cara sama kita semua mengenali Juruselamat—dengan menerima jemputan untuk “marilah lihat” bagi diri kita sendiri (Yohanes 1:39). Kita baca tentang Dia dalam tulisan suci. Kita dengar ajaran-Nya. Kita mengikut cara hidup-Nya. Kita rasa Roh-Nya. Sepanjang jalan, kita dapati, seperti Natanael, bahawa Juruselamat mengenali dan mengasihi kita dan hendak menyediakan kita untuk menerima “perkara-perkara yang jauh lebih besar” (Yohanes 1:50).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Siapakah Yohanes?

Yohanes ialah seorang pengikut Yohanes Pembaptis dan kemudian menjadi salah seorang pengikut pertama Yesus Kristus dan salah seorang Dua Belas Rasul-Nya. Dia menulis Injil Yohanes, beberapa surat, dan kitab Wahyu. Dalam Injil-Nya, dia merujuk dirinya sebagai pengikut “yang dikasihi oleh Yesus” dan “pengikut lain” (Yohanes 13:23; 20:3). Semangat Yohanes untuk mengkhutbah injil begitu kuat sehingga dia minta untuk kekal berada di bumi sehingga Kedatangan Kedua Juruselamat agar dia boleh bawakan jiwa kepada Kristus (lihat Ajaran dan Perjanjian 7:1–6).

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Yohanes, Anak Lelaki Zebedus.”

Yohanes 1:1–5

Yesus Kristus “berada bersama Tuhan pada permulaan.”

Yohanes mulakan Injilnya dengan gambaran pekerjaan Kristus sebelum Dia dilahirkan: “Sebelum dunia ini diciptakan … Firman itu [Yesus Kristus] sama sama dengan Tuhan.” Apakah yang anda pelajari dari ayat 1–5 tentang Juruselamat dan pekerjaan-Nya? Anda boleh cari penjelasan dalam Lampiran Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–5 (dalam Panduan Tulisan Suci). Semasa anda mulakan kajian anda tentang kehidupan Juruselamat, fikirkan mengapakah ia penting untuk tahu tentang pekerjaan pra-fana-Nya?

Yohanes 1:1–18

Yesus Kristus ialah “Cahaya sejati,” Putera Tuhan.

Yohanes diilhami untuk mencari Juruselamat kerana kesaksian Yohanes Pembaptis, yang menyatakan Yohanes Pembaptis “datang untuk mengkhabarkan … cahaya sejati” (Yohanes 1:8–9, 15–18). Yohanes juga berikan kesaksian yang berkuasa tentang kehidupan dan misi Juruselamat.

Anda boleh membuat satu senarai tentang kebenaran yang Yohanes masukkan dalam permulaan kesaksiannya tentang Kristus (ayat 1–18; juga lihat Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–19 [dalam Panduan Tulisan Suci]). Pada pendapat anda, mengapakah Yohanes mulakan injilnya dengan kebenaran-kebenaran ini? Pertimbangkan untuk menulis kesaksian anda tentang Yesus Kristus—apakah yang anda hendak berkongsi? Apakah pengalaman-pengalaman yang telah membantu anda mengenali dan mengikut Juruselamat? Siapakah yang boleh diberkati oleh kesaksian anda?

Yohanes 1:11–13

Yesus Kristus memberi kita “hak menjadi” anak-anak Tuhan.

Meskipun kita semua anak rohani Tuhan, apabila kita berdosa kita terpisah atau diasingkan daripada Dia. Yesus Kristus menawarkan kita jalan kembali melalui Korban Tebusan-Nya. Renungkan apakah yang Yohanes 1:11–13 ajarkan tentang menjadi putera puteri Tuhan. Pertimbangkan juga apa yang tulisan suci ini ajarkan tentang bagaimana kita menerima kurnia ini: Roma 8:14–18; Mosia 5:7–9; Ajaran dan Perjanjian 25:1. Apakah maksudnya untuk memiliki “hak menjadi” putera dan puteri Tuhan?

Yohanes 1:18

Bapa memberi kesaksian tentang Putera-Nya.

Yohanes 1:18 menyatakan bahawa tidak seorang pun telah melihat Tuhan. Bagaimanapun, Terjemahan Joseph Smith tentang ayat ini menjelaskan bahawa “tiada manusia yang telah melihat Tuhan pada bila-bila masa pun, kecuali Dia memberikan kesaksian tentang Putera” (lihat Yohanes 1:18). Pertimbangkan untuk mengkaji semula contoh-contoh berikut tentang Tuhan Bapa telah memberi kesaksian tentang Putera: Matius 3:17; 17:5; 3 Nefi 11:6–7; Joseph Smith—Sejarah 1:17.

Mengapakah memiliki laporan-laporan ini merupakan suatu berkat? Apakah yang ia ajarkan anda tentang hubungan Yesus Kristus dan Bapa-Nya?

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

gadis membaca tulisan suci

Semasa kita mengkaji tulisan suci, kita akan terima ilham untuk kehidupan kita.

Yohanes 1:4–10.Bagaimana anda boleh membantu keluarga anda menggambarkan apa yang mereka baca dalam ayat-ayat ini mengenai cahaya? Anda boleh minta ahli keluarga bergilir untuk menyuluh lampu di bilik yang gelap dan kongsi bagaimana Juruselamat ialah Cahaya hidup mereka. Kemudian, semasa anda baca Yohanes 1:4–10, ahli keluarga mungkin ada pandangan tambahan tentang kesaksian Yohanes mengenai Yesus Kristus, Cahaya Dunia.

Yohanes 1:35–36.Mengapakah Yohanes Pembaptis memanggil Yesus “Anak Domba Tuhan”? Apakah yang kita pelajari dari pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Lihatlah Anak Domba Tuhan” atau pesanan Elder Gerrit W. Gong “Gembala yang Baik, Anak Domba Tuhan”? (Liahona, Mei 2019, 44–46, 97–101)

Yohanes 1:35–46.Apakah hasil dari kesaksian Yohanes? Apakah yang keluarga anda pelajari daripada orang-orang dalam ayat ini tentang cara-cara berkongsi injil?

1:17

Yohanes 1:45–51.Apakah yang Natanael lakukan yang membantu dia memperoleh kesaksian tentang Juruselamat? Jemput ahli keluarga untuk ceritakan bagaimana mereka memperoleh kesaksian mereka.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Tuhan Terangku,” Nyanyian Rohani, no. 30.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi pengajaran berobjek. Jemput ahli keluarga carikan objek-objek yang mereka boleh gunakan untuk membantu mereka fahami asas-asas yang terdapat dalam tulisan suci yang keluarga anda baca. Contohnya, mereka boleh gunakan satu lilin untuk mewakili Cahaya Kristus (lihat Yohanes 1:4).

Yesus Kristus mencipta bumi

Jehovah Creates the Earth [Yehovah Mencipta Bumi], oleh Walter Rane