Perjanjian Baru 2023
16–22 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias


“16–22 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“16–22 Januari. Yohanes 1,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
wanita sedang berkongsi injil di stesen kereta api

16–22 Januari

Yohanes 1

Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias

Apabila anda membaca Yohanes 1, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh bantu anda mengkaji bab ini. Aktiviti cadangan berikut boleh memberi anda idea bagaimana untuk membantu kanak-kanak belajar asas-asas dalam Yohanes 1. Aktiviti untuk kanak-kanak yang lebih besar boleh disesuaikan, jika dikehendaki, untuk kanak-kanak yang lebih kecil.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu tentang Yesus, tunjukkan gambar-gambar Dia memenuhi peranan-Nya yang digambarkan dalam Yohanes 1 (seperti mencipta bumi atau mengajar injil). Minta kanak-kanak menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam gambar.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 1:1–2

Yesus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum Dia dilahirkan.

Yohanes mengajar bahawa Yesus Kristus hidup bersama Tuhan Bapa sebelum kehidupan fana-Nya. Kita juga hidup bersama Tuhan sebelum kita dilahirkan (lihat “Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia,” ChurchofJesusChrist.org). Bagaimana anda akan mengajar kanak-kanak kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Terangkan bahawa “Firman” dalam Yohanes 1:1 merujuk kepada Yesus. Baca ayat itu dengan kuat dan minta kanak-kanak untuk katakan “Yesus” setiap kali anda sebut “Firman.” Terangkan bahawa Yesus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum Dia datang ke dunia.

  • Gunakan sumber seperti ini untuk mengajar kanak-kanak tentang kehidupan kita bersama Tuhan sebelum kita datang ke bumi: “Pengenalan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 1–5) atau “Kehidupan Pra-fana” dalam Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

  • Jemput seorang ibu bapa untuk membawa seorang bayi ke kelas. Tanya kanak-kanak di mana roh bayi ini hidup sebelum dia dilahirkan. Ingatkan kanak-kanak bahawa mereka pernah menjadi bayi, dan bersaksi bahawa mereka juga tinggal di syurga dengan Bapa Syurgawi sebagai anak-anak roh sebelum mereka dilahirkan.

Yohanes 1:3

Yesus menciptakan segala sesuatu.

Mengetahui tentang peranan Yesus Kristus sebagai Sang Pencipta boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar meningkatkan ketakziman mereka kepada-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Yohanes 1:3 bersama kanak-kanak, dan tunjukkan gambar dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Bantu kanak-kanak untuk menghafal frasa “Tuhan menjadikan segala sesuatu melalui Dia [Yesus Kristus].”

  • Tunjukkan salah seorang kanak-kanak gambar salah satu ciptaan Tuhan. Minta dia menggambarkannya kepada kanak-kanak lain, dan minta mereka untuk meneka apa yang digambarkan.

  • Minta setiap kanak-kanak menamakan sesuatu yang Yesus Kristus ciptakan. Bantu kanak-kanak memikirkan cara mereka boleh menjaga bumi dan ciptaan Tuhan yang lain.

Imej
matahari terbit di hutan

Yesus Kristus mencipta dunia dan semua di dalamnya.

Yohanes 1:35–51

Saya boleh menjemput orang lain untuk datang kepada Yesus Kristus dan belajar tentang-Nya.

Yohanes 1 mengandungi laporan para pengikut menjemput orang ramai untuk “Marilah lihat” Yesus Putera Tuhan. Kanak-kanak kecil pun boleh mengikut contoh ini.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Terangkan bagaimana Andreas belajar tentang Yesus, dan ceritakan bagaimana Andreas kemudian mengajar Petrus (lihat Yohanes 1:35–42). Kongsi bagaimana anda tahu tentang Gereja, atau jemput seorang ahli baru untuk berkongsi bagaimana mereka tahu tentang Gereja.

  • Kongsi cerita Filipus menjemput Natanael untuk “marilah lihat” (Yohanes 1:43–51). Sorokkan satu gambar Yesus dalam kotak, dan jemput seorang kanak-kanak untuk “marilah lihat” kotak itu dan minta dia untuk beritahu kanak-kanak lain apa yang dia nampak.

  • Minta kanak-kanak untuk mewarna halaman aktiviti minggu ini dan galakkan mereka menggunakannya untuk menjemput seorang belajar tentang Yesus.

  • Minta seorang kanak-kanak untuk bercerita tentang masa dia berkongsi sesuatu, seperti mainan atau hadiah dengan seseorang. Bagaimana kita boleh kongsi injil? Ceritakan kisah seorang kanak-kanak yang berkongsi injil dengan rakan.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 1:1–5

Yesus Kristus tinggal dengan Bapa Syurgawi sebelum Dia dilahirkan.

Sebelum kelahiran-Nya, Yesus Kristus memainkan peranan penting dalam rancangan Bapa Syurgawi. Apabila anda membaca Yohanes1:1–5, apa yang menarik hati anda tentang pekerjaan pra-fana Kristus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanya kanak-kanak jika mereka tahu apa yang Yesus lakukan sebelum Dia dilahirkan. Jemput mereka untuk mencari jawapan dalam Yohanes 1:1–5. Anda boleh lihat dalam Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–5 (dalam Panduan Tulisan Suci).

  • Kongsi bahagian “Pengenalan: Rancangan Bapa Syurgawi Kita” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 1–5). Tanya kanak-kanak apa yang mereka belajar tentang Yesus Kristus.

  • Beberapa hari lebih awal, jemput beberapa kanak-kanak untuk datang ke kelas dengan bersedia untuk memaparkan atau menerangkan sesuatu yang mereka cipta. Tunjukkan gambar beberapa ciptaan Tuhan, dan guna Yohanes 1:3 untuk menjelaskan bahawa Yesus menciptakan bumi dan segala dalamnya.

Yohanes 1:4–9

Yesus Kristus ialah cahaya saya.

Lambang cahaya boleh membantu kanak-kanak memahami Juruselamat dan injil-Nya. Bagaimana anda boleh mengilhami kanak-kanak untuk mencari cahaya Juruselamat apabila dunia kelihatan gelap?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Mazmur 27:1; Yohanes 1:4–9; Mosia 16:9; dan Ajaran dan Perjanjian 39:1–2, dan mencari frasa yang sama dalam ayat suci tersebut. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti cahaya?

  • Tunjukkan gambar Yesus Kristus dan beberapa objek yang menghasilkan cahaya, seperti lampu suluh. Bagaimanakah Yesus Kristus seperti objek tersebut? Bagaimanakah kita boleh kongsi cahaya-Nya dengan orang lain? Nyanyi bersama sebuah lagu rohani tentang cahaya injil.

  • Tanya kanak-kanak apa yang mereka lakukan apabila mereka dalam kegelapan dan rasa takut. Bersaksi bahawa mereka boleh sentiasa berpaling kepada Juruselamat apabila mereka takut.

Yohanes 1:35–51

Sebagai pengikut Yesus Kristus, saya boleh menjemput orang lain untuk mengikuti Dia.

Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggunakan contoh dalam Yohanes 1:35–51 untuk menggalakkan kanak-kanak menjemput orang lain belajar tentang Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk mencari dalam Yohanes 1:35–51 bagaimana untuk menjemput orang ramai belajar tentang Juruselamat. Minta mereka berlatih apa yang mereka akan katakan untuk menjemput kawan untuk belajar tentang Dia.

  • Minta kanak-kanak untuk menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk membuat suatu jemputan yang mereka boleh gunakan untuk menjemput seorang kawan atau ahli keluarga untuk belajar lebih lanjut tentang Yesus Kristus.

  • Berikan kanak-kanak peluang untuk berkongsi kepada kelas sesuatu yang mereka sayangi. Bantu kanak-kanak melihat bagaimana berkongsi injil adalah seperti berkongsi perkara lain yang kita kasihi.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Galakkan kanak-kanak untuk menjemput seseorang yang mereka kasihi untuk belajar lebih lanjut tentang Yesus Kristus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan bantuan visual. Cari cara untuk membantu kanak-kanak membayangkan apa yang mereka pelajari dalam tulisan suci. Anda boleh melakukan ini dengan seni injil, lukisan, video, boneka, atau skit.

Cetak