Perjanjian Baru 2023
2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1: “Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan”


“2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku seperti yang Engkau Katakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“2–8 Januari. Matius 1; Lukas 1,” Ikutlah Aku—Sekolah Primer: 2023

Imej
Maria dan Elisabet

2–8 Januari

Matius 1; Lukas 1

“Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti yang Engkau Katakan”

Mula dengan membaca Matius 1 dan Lukas 1. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu anda memahami bab ini, dan panduan ini dapat memberi anda idea pengajaran. Jika anda perlu bantuan mengajar kanak-kanak yang lebih kecil, lihat “Memenuhi Keperluan Kanak-kanak yang Lebih Kecil” di permulaan sumber ini.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta kanak-kanak untuk duduk dalam bulatan, dan kemudian minta seorang kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang dia pelajari dari tulisan suci baru-baru ini. Kanak-kanak itu boleh menggolekkan bola atau tunjuk kepada kanak-kanak yang lain dalam bulatan, yang akan mengambil giliran untuk berkongsi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 1:18–25; Lukas 1:26–38

Malaikat-malaikat mengumumkan kelahiran Yesus.

Maria dan Yusuf dikunjungi oleh malaikat yang mengumumkan kelahiran Yesus Kristus. Pengalaman-pengalaman ini boleh membantu kanak-kanak melihat betapa pentingnya kelahiran Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput ibu bapa seseorang kanak-kanak untuk datang ke kelas berpakaian seperti Maria dan Yusuf. Minta mereka berkongsi pengalaman yang dicatatkan dalam Matius 1:18–25 dan Lukas 1:26–38.

  • Ceritakan tentang malaikat muncul kepada Maria dan Yusuf, seperti yang tercatat dalam ayat-ayat ini. (Lihat juga “Bab 2: Maria dan Malaikat” dan “Bab 4: Yusuf dan Malaikat,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 8–9, 12) Anda boleh tunjukkan gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Jemput kanak-kanak untuk mengulangi cerita itu kepada anda.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang cerita-cerita dalam Matius 1:18–25 dan Lukas 1:26–38.

Imej
Gabriel muncul kepada Maria

The Annunciation [Anunsiasi], oleh John Scott

Lukas 1:5–25, 57–63

Bapa Syurgawi menjawab doa-doa saya.

Zakharia dan Elisabet telah bertahun-tahun lamanya berdoa untuk mempunyai anak. Akhirnya Bapa Syurgawi menjawab doa-doa mereka dengan memberi mereka seorang anak lelaki, Yohanes Pembaptis. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita ini untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi menjawab doa?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Dengan perkataan anda sendiri, kongsi cerita dari Lukas 1:5–25, 57–63. Anda mungkin boleh mengulangi cerita itu beberapa kali. Tugaskan kanak-kanak memainkan peranan Zakharia, Elisabet, dan malaikat dan melakonkan cerita itu. Tekankan kata-kata malaikat kepada Zakharia: “Tuhan sudah mendengar doamu” (Lukas 1:13). Kongsi pengalaman di mana Bapa Syurgawi telah menjawab doa anda.

  • Gunakan “Kita Tundukkan Kepala” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 18) atau lagu lain untuk mengajar kanak-kanak cara berdoa. Setiap kali kanak-kanak nyanyikan kata-kata “berdoa” atau “doa,” menjemput mereka untuk menundukkan kepala dan memeluk tubuh mereka.

  • Minta setiap kanak-kanak untuk melakukan pergerakkan yang mewakili sesuatu yang dia dapat doakan. Biarkan kanak-kanak yang lain untuk meneka apa yang pergerakan itu mewakili. Mereka dapat mencari idea di halaman aktiviti minggu ini.

Lukas 1:30–35

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Yesus Kristus ialah Putera Bapa Syurgawi dan Maria. Apakah yang anda dapat lakukan untuk membantu kanak-kanak belajar lebih tentang Dia?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Beritahu kanak-kanak bahawa malaikat memberitahu Maria bahawa bayinya akan dipanggil Putera Tuhan (lihat Lukas 1:35). Bantu kanak-kanak mengulangi frasa “Yesus Kristus adalah Putera Tuhan.” Bantu kanak-kanak memahami siapa ibu bapa Yesus dengan menjemput mereka untuk melukis gambar ibu bapa mereka sendiri. Ketika mereka melakukan ini, beritahu mereka bahawa Yesus juga mempunyai ibu bapa—Maria dan Bapa Syurgawi. Tambahan, Yusuf diminta untuk melindungi dan menjaga Yesus semasa Dia hidup di bumi.

  • Kongsi kesaksian anda bahawa kerana Yesus adalah Putera Tuhan, Dia dapat mati untuk dosa-dosa kita dan hidup kembali. Tunjukkan gambar Penyaliban dan Kebangkitan Yesus (lihat Buku Seni Injil, no. 57, 59).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 1:18–25; Lukas 1:5–37

Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil.

Kelahiran Yesus dan Yohanes Pembaptis hanya boleh terjadi melalui kuasa Tuhan. Belajar tentang mukjizat-mukjizat ini dapat memperkukuh iman kanak-kanak bahawa Tuhan mempunyai kuasa untuk melalukan mukjizat dalam kehidupan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ketika anda dan kanak-kanak mengkaji semula Matius 1:18–25 dan Lukas 1:5–37, tanya kanak-kanak soalan seperti “Apakah yang kamu katakan jika kamu adalah Maria?” atau “Bagaimanakah perasaan kamu jika kamu adalah Zakharia?”

  • Secara ringkas, ceritakan kisah yang diterangkan dalam Matius 1:18–25 dan Lukas 1:5–37. Minta kanak-kanak untuk mengangkat tangan apabila mereka dengar sesuatu yang mungkin nampak mustahil tanpa kuasa Tuhan. Apakah cerita-cerita lain yang kanak-kanak boleh kongsi di mana Tuhan melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil?

  • Bantu kanak-kanak menghafal Lukas 1:37. Untuk melakukan ini, anda boleh tulis ayat suci di papan dan menjemput kanak-kanak untuk mengulanginya beberapa kali. Selepas setiap ulangan, padam satu perkataan.

Matius 1:21–25; Lukas 1:30–35, 46–47

Yesus Kristus ialah Putera Tuhan.

Yesus Kristus ialah Putera Bapa Syurgawi dan Maria. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak belajar kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak untuk membaca Lukas 1:30–35, mencari jawapan untuk soalan-soalan ini: “Siapakah ibu Yesus?” dan “Siapakah Bapa Yesus?” Bantu mereka memahami bahawa Yesus Kristus adalah satu-satunya orang yang mempunyai ibu yang fana, Maria, dan Bapa yang baqa, Bapa Syurgawi (lihat juga 1 Nefi 11:18–21).

  • Ketika anda membaca ayat-ayat suci ini, jemput kanak-kanak untuk mencari nama atau gelaran Yesus Kristus. Apakah makna nama-nama ini, dan apakah yang nama-nama ini ajarkan kita tentang Yesus?

  • Kongsi kesaksian anda tentang Yesus Kristus, dan jemput kanak-kanak untuk turut berkongsi kesaksian mereka.

Lukas 1:5–25, 57–66

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

Tuhan menjawab doa tetapi tidak selalu dalam cara yang kita harapkan. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita Zakharia dan Elisabet untuk mengajar kanak-kanak tentang kebenaran ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tanyakan kanak-kanak apa yang mereka akan berkata kepada seseorang yang telah berdoa untuk berkat tetapi belum menerimanya. Jemput mereka untuk memikirkan soalan ini semasa mereka membaca Lukas 1:5–25, 57–66 bersama. (Lihat juga “Bab 1: Elisabet dan Zakharia” dan “Bab 3: Yohanes Pembaptis,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 6–7, 10–11.) Apakah yang Zakharia dan Elisabet akan beritahu seseorang yang merasa bahawa doa dia tidak dijawab?

  • Jemput beberapa kanak-kanak terlebih dahulu untuk berkongsi pengalaman ketika Bapa Syurgawi telah menjawab doa mereka. Kongsi pengalaman di mana anda rasa doa anda telah dijawab dalam cara yang tidak dijangka.

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar tentang masa ketika Bapa Syurgawi menjawab doa—terutamanya doa mereka sendiri. Biarkan mereka kongsi lukisan mereka dengan kelas.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi dengan keluarga mereka apa-apa gambar yang mereka lukis semasa kelas. Galakkan mereka untuk bertanya kepada ahli keluarga mereka tentang masa ketika Tuhan menjawab doa-doa mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu kanak-kanak belajar dari tulisan suci. Untuk membantu kanak-kanak belajar dari tulisan suci, tumpukan pada satu ayat tulisan suci atau satu frasa utama. Anda boleh menjemput kanak-kanak untuk berdiri atau mengangkat tangan apabila mendengar perkataan atau frasa itu. (Lihat Teaching in the Savior’s Way21.)

Cetak