Perjanjian Baru 2023
30 Januari–5 Februari. Matius 4; Lukas 4–5: “Roh Tuhan Ada Pada-Ku”


“30 Januari–5 Februari. Matius 4; Lukas 4–5: ‘Roh Tuhan Ada Pada-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“30 Januari–5 Februari. Matius 4; Lukas 4–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Imej
Yesus berdiri di padang gurun

Into the Wilderness [Ke Padang Gurun], oleh Eva Koleva Timothy

30 Januari–5 Februari

Matius 4; Lukas 4–5

“Roh Tuhan Ada Pada-Ku”

Juruselamat gunakan tulisan suci untuk menentang godaan Setan dan bersaksi tentang misi ilahi-Nya sendiri (lihat Lukas 4:1–21). Renungkan bagaimana tulisan suci dapat membina iman anda dan keazaman anda untuk menentang godaan.

Mencatat Tanggapan Anda

Dari masa remaja-Nya, Yesus peka bahawa Dia memiliki sebuah misi yang unik dan kudus. Tetapi semasa Yesus bersedia untuk memulakan pelayanan duniawi-Nya, musuh cuba untuk menanam keraguan di minda Juruselamat. “Jika engkau adalah Putera Tuhan,” Setan berkata (Lukas 4:3, kata condong ditambah). Tetapi Juruselamat telah berbicara dengan Bapa Syurgawi-Nya. Dia tahu tulisan suci, dan Dia tahu siapa diri-Nya. Kepada-Nya, Setan menawarkan—“Semua kuasa ini akan aku berikan kepada-Mu” (Lukas 4:6)—persediaan sepanjang hidup Juruselamat mengizinkan-Nya untuk menerima “kuasa Roh” (Lukas 4:14). Jadi tidak mengira godaan, cubaan, dan penolakan, Yesus Kristus tidak pernah goyah dari pekerjaan-Nya yang ditetapkan: “Aku harus memberitakan Injil Kerajaan Tuhan … untuk itulah Aku diutus” (Lukas 4:43).

Imej
ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 4:1–2

Berbicara dengan Tuhan menyediakan saya untuk melayani-Nya.

Untuk bersedia bagi misi-Nya, Yesus pergi ke padang belantara untuk “bersama dengan Tuhan” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:1 [dalam Panduan Tulisan Suci]). Fikirkan apa yang anda lakukan untuk merasa dekat kepada Tuhan. Bagaimanakah ini menyediakan anda untuk pekerjaan yang Dia ingin anda lakukan?

Matius 4:1–11; Lukas 4:1–13

Yesus Kristus menetapkan teladan kepada saya dengan melawan godaan.

Kadangkala orang berasa bersalah ketika mereka digoda untuk berdosa. Tetapi bahkan Juruselamat, yang hidup “tanpa dosa” (Ibrani 4:15), juga digoda. Yesus Kristus tahu godaan yang kita hadapi dan bagaimana untuk bantu kita mengatasinya (lihat Ibrani 2:18; Alma 7:11–12).

Semasa anda membaca Matius 4:1–11 dan Lukas 4:1–13, apakah yang anda pelajari yang membantu anda ketika anda menghadapi godaan? Anda dapat menyusun buah fikiran anda di dalam carta seperti ini:

Yesus Kristus

Saya

Yesus Kristus

Apakah yang Setan goda Kristus untuk lakukan?

Saya

Apakah yang Setan goda saya untuk lakukan?

Yesus Kristus

Bagaimanakah Kristus bersedia untuk menentang godaan?

Saya

Bagaimanakah saya bersedia untuk menentang godaan?

Yesus Kristus

Saya

Apakah pandangan tambahan yang anda peroleh dari Terjemahan Joseph Smith tentang Matius 4? (Lihat Panduan Tulisan Suci).

Lihat juga 1 Korintus 10:13; Alma 13:28; Musa 1:10–22.

Lukas 4:16–32

Yesus Kristus adalah Mesias yang telah dinubuatkan.

Sekiranya anda diminta untuk menggambarkan apa tujuan Yesus Kristus dihantar ke bumi, apa yang anda akan katakan? Dengan memetik salah satu nubuat Yesaya tentang Mesias, Juruselamat menggambarkan aspek-aspek misi-Nya sendiri (lihat Lukas 4:18–19; Yesaya 61:1–2). Apakah yang anda pelajari tentang misi-Nya semasa anda membaca ayat-ayat ini?

Apakah beberapa cara Juruselamat menjemput anda untuk terlibat dalam pekerjaan-Nya?

Imej
Yesus di sebuah saumaah

Meskipun orang Yahudi telah berabad menantikan nubuat Yesaya dipenuhi, banyak yang tidak menerima Yesus sebagai Mesias ketika Dia menyatakan, “Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya” (Lukas 4:21). Semasa anda membaca Lukas 4:20–30 (lihat juga Markus 6:1–6), cuba untuk letakkan diri anda di tempat orang Nasaret. Adakah apa-apa yang menghalang anda dari sepenuhnya menerima Kristus sebagai juruselamat peribadi anda?

Lihat juga Mosia 3:5–12.

Matius 4:18–22; Lukas 5:1–11

Semasa saya percaya kepada Tuhan, Dia akan membantu saya mencapai potensi ilahi saya.

Presiden Ezra Taft Benson mengajar, “Para lelaki dan wanita yang memalingkan kehidupan mereka kepada Tuhan akan menemui bahawa Dia dapat membuat lebih banyak untuk kehidupan mereka dari yang mereka mampu” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 42). Perhatikan bagaimana ini berlaku kepada Simon Petrus dan rakan-rakannya. Yesus melihat sesuatu yang lebih besar di dalam diri mereka daripada yang mereka lihat. Dia ingin menjadikan mereka “[pen]jala orang” (Matius 4:19; lihat juga Lukas 5:10).

Semasa anda membaca Matius 4:18–22 dan Lukas 5:1–11, renungkan apa yang Yesus Kristus sedang bantu anda untuk menjadi. Bagaimanakah anda merasakan Dia menjemput anda untuk mengikuti-Nya? Bagaimanakah anda dapat tunjukkan Tuhan bahawa anda sedia meninggalkan segala-galanya untuk mengikuti-Nya? (lihat Lukas 5:11).

Imej
ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Matius 4:1–2; Lukas 4:1–2.Apakah pandangan yang kita peroleh dari laporan tentang kuasa berpuasa? Ahli keluarga boleh berkongsi pengalaman mereka tentang berpuasa. Anda boleh dengan penuh doa merancang berpuasa bersama untuk tujuan tertentu.

Matius 4:3–4; Lukas 4:3–4.Ketika Setan menggoda Kristus untuk mengubah batu kepada roti, dia mencabar identiti ilahi Kristus dengan berkata “Jika engkau adalah putera Tuhan” (Matius 4:3, kata condong ditambah). Mengapakah Setan cuba membuat kita meragui identiti ilahi kita—dan identiti ilahi Juruselamat? Bagaimanakah dia cuba untuk melakukan ini? (Lihat juga Musa 1:10–23.)

Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:11.Selepas Yesus diuji secara jasmani dan rohani, fikirkan-Nya berpaling pada keperluan Yohanes Pembaptis, yang berada di penjara: “Dan sekarang Yesus sudah mengetahui bahawa Yohanes telah dimasukkan ke dalam penjara, dan Dia menghantar para malaikat, dan lihatlah, mereka datang dan melayaninya [Yohanes]” (Terjemahan Joseph Smith, Matius 4:11 [dalam Panduan Tulisan Suci). Bagaimanakah kita diberkati semasa kita mengikuti teladan Kristus untuk memikirkan orang lain?

Lukas 4:16–21.Adakah kita mengenali sesiapa yang hatinya hancur atau yang perlu “dibebaskan”? (Lukas 4:18). Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain menerima penyembuhan dan pembebasan Juruselamat? Anda boleh membincangkan bagaimana melaksanakan tatacara membantu membawa “pembebasan kepada orang-orang tawanan” (Lukas 4:18).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Ikut Aku,” Nyanyian Rohani, no. 43.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjalani injil Yesus Kristus. “Bahkan hal yang paling penting anda boleh lakukan [sebagai ibu bapa atau pengajar] adalah untuk … menjalani injil dengan segenap hati anda. … Ini adalah asas untuk layak bagi penemanan Roh Kudus. Anda tidak perlu menjadi sempurna, hanya tekun mencuba—dan mencari pengampunan melalui Korban Tebusan Juruselamat apabila anda terjatuh” (Teaching in the Savior’s Way, 13).

Imej
Yesus memanggil para Rasul untuk menjadi penjala manusia

Christ Calling the Apostles James and John [Kristus Memanggil Rasul Yakobus dan Yohanes], Edward Armitage (1817–96)/Sheffield Galleries and Museums Trust, UK/© Museums Sheffield/The Bridgeman Art Library International

Cetak