“13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6: ‘Berbahagialah Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023
13–19 Februari
Matius 5; Lukas 6
“Berbahagialah Kamu”
Perhatikan tanggapan yang anda terima semasa anda baca Matius 5 dan Lukas 6, dan catatkannya dalam jurnal kajian atau cara lain. Panduan ini dapat membantu anda mengenal pasti beberapa asas penting dalam bab-bab ini, tetapi jadilah terbuka kepada asas lain dalam pembelajaran anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Pada masa pelayanan-Nya, ia adalah jelas bahawa ajaran-ajaran Yesus berbeza daripada apa yang orang pada zaman-Nya biasa dengar. Orang miskin akan menerima kerajaan Tuhan? Orang yang rendah hati akan mewarisi bumi? Orang yang menderita penganiayaan akan diberkati? Jurutulis dan Farisi tidak mengajar hal-hal ini. Namun, mereka yang benar-benar faham hukum Tuhan mengenali kebenaran dalam firman Juruselamat. “Mata ganti mata” dan“bencilah musuhmu” adalah hukum lebih rendah (Matius 5:38, 43). Tetapi Yesus Kristus datang dan mengajarkan hukum yang lebih tinggi (lihat 3 Nefi 15:2–10), yang bertujuan untuk bantu kita menjadi sempurna bahkan seperti Bapa Syurgawi yang sempurna (Matius 5:48).
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi
Matius 5:1–12; Lukas 6:20–26, 46–49
Kegembiraan yang kekal datang dari mematuhi ajaran Yesus Kristus.
Setiap orang mahu gembira, tetapi bukan setiap orang mencari kegembiraan di tempat yang sama. Ada yang mencari dalam kedudukan kuasa duniawi, ada yang mencari dalam kekayaan atau memuaskan keinginan jasmani. Yesus Kristus datang untuk mengajarkan cara untuk mencapai kegembiraan yang kekal, untuk mengajarkan maksud sebenar untuk diberkati. Apakah yang anda dapat pelajari tentang memperoleh kegembiraan kekal dari Matius 5:1–12 dan Lukas 6:20–26? Bagaimana ia berbeza dengan pandangan duniawi?
Apakah yang ayat-ayat ini dan Lukas 6:46–49, ajarkan anda tentang menjadi pengikut Yesus Kristus? Apakah yang anda diilhami untuk lakukan bagi mengembangkan nilai-nilai dalam ayat-ayat ini?
Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Ucapan Bahagia,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org.
“Kamu bagaikan garam dunia.”
Garam sudah lama digunakan untuk menyimpan, memberi rasa, dan menyucikan. Garam juga mempunyai makna keagamaan bagi orang Israel. Ia berkait dengan korban binatang pada zaman purba di bawah hukum Musa (lihat Imamat 2:13; Bilangan 18:19). Apabila garam menjadi tawar, ia kurang berkesan, atau “tidak berguna lagi” (Matius 5:13). Ini berlaku apabila garam dicampur atau dicemari oleh elemen-elemen lain.
Ingatlah ini semasa anda merenungkan Matius 5:13. Bagaimanakah anda kekalkan nilai anda sebagai pengikut Yesus Kristus? Bagaimanakah anda akan penuhi pekerjaan pemeliharaan dan penyucian sebagai garam bumi?
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 103:9–10.
Hukum Kristus melebihi hukum Musa.
Para pengikut mungkin hairan mendengar Yesus berkata bahawa kesolehan mereka perlu melebihi kesolehan para jurutulis dan Farisi (lihat Matius 5:20), yang angkuh kerana mereka patuhi hukum Musa dengan bagus.
Semasa membaca Matius 5:21–48 dan Lukas 6:27–35, pertimbangkan untuk mencatat sikap yang diperlukan dalam Hukum Musa (“Kamu sudah mendengar …”) dan apa yang Yesus ajarkan untuk meningkatkan sikap ini. Bagi anda, mengapakah cara Juruselamat adalah hukum yang lebih tinggi?
Contohnya, apakah yang Yesus ajarkan dalam Matius 5:27–28 tentang tanggungjawab kita ke atas fikiran kita? Bagaimanakah anda dapat mengawal fikirkan dan perasaan yang datang ke dalam minda dan hati anda? (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:45).
Adakah Bapa Syurgawi harapkan saya untuk menjadi sempurna?
Presiden Russell M. Nelson ajar:
“Istilah perfect (sempurna) diterjemahkan dari bahasa Yunani teleios, yang bererti ‘lengkap.’ … Bentuk kata kerja ini ialah teleiono, yang bererti ‘untuk mencapai satu tempat yang jauh, untuk berkembang dengan sepenuhnya, untuk menyempurnakan, atau untuk menghabiskan.’ Perhatikan bahawa istilah itu tidak bererti ‘kebebasan dari kesalahan’; ia bererti ‘mencapai satu objektif yang jauh.’…
“…Tuhan ajarkan, ‘Kamu tidak dapat bertahan di dalam hadirat Tuhan sekarang…; kerana itu, teruslah bersabar sehingga kamu disempurnakan’ [Ajaran dan Perjanjian 67:13].
“Kita tidak perlu kecewa jika usaha tulus ikhlas kita untuk mencapai kesempurnaan sekarang nampaknya susah dan tidak berhujung. Kesempurnaan menunggu. Ia hanya datang dengan sepenuhnya selepas Kebangkitan dan hanya melalui Tuhan. Ia menanti semua orang yang mengasihi Dia dan mematuhi perintah-perintah-Nya” (“Perfection Pending,” Ensign, Nov. 1995, 86, 88).
Lihat juga 2 Petrus 1:3–11; Moroni 10:32–33; Ajaran dan Perjanjian 76:69; Jeffrey R. Holland, “Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya,” Liahona, Nov. 2017, 40–42.
Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga
-
Matius 5:1–9.Apakah asas yang diajar dalam Matius 5:1–9 yang boleh membantu rumah anda menjadi tempat yang lebih gembira? Anda boleh pilih satu atau dua yang sangat penting bagi keluarga anda. Contohnya, apakah ajaran-ajaran yang kita temui yang boleh membantu kita menjadi pendamai? (lihat Matius 5:21–25, 38–44). Apakah matlamat yang kita boleh tetapkan? Bagaimanakah kita akan membuat susulan?
-
Matius 5:13.Makan bersama beberapa hidangan dengan garam dan hidangan yang sama tanpa garam. Apakah perbezaan yang kita rasa? Apakah maksudnya untuk menjadi “garam dunia”? Bagaimanakah kita boleh melakukan hal ini?
-
Matius 5:14–16.Untuk membantu keluarga anda faham maksud menjadi “cahaya bagi dunia,” anda boleh cari sumber-sumber cahaya di rumah anda, tempat tinggal anda, dan dunia. Anda boleh tunjukkan apa akan berlaku jika anda sembunyikan cahaya itu. Apakah maksud Yesus apabila Dia berkata, “Kamu bagaikan cahaya bagi dunia”? (Matius 5:14). Siapakah yang bagaikan cahaya untuk keluarga kita? Bagaimana kita boleh menjadi cahaya kepada orang lain? (lihat 3 Nefi 18:16, 24–25).
-
Matius 5:43–45.Semasa keluarga anda membaca firman Juruselamat dalam ayat-ayat ini, anda boleh bercakap secara khusus tentang siapa yang anda boleh kasihi, berkati, dan doakan. Bagaimanakah kita dapat tingkatkan kasih kita terhadap mereka?
Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.
Lagu cadangan: “Bersinar T’rus,” Buku Nyanyian Anak-anak, 96.