Perjanjian Baru 2023
6–12 Februari. Yohanes 2–4: “Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”


“6–12 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“6–12 Februari. Yohanes 2–4,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2023

Yesus sedang bercakap dengan Nikodemus

6–12 Februari

Yohanes 2–4

“Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”

Semasa anda membaca Yohanes 2–4, Roh akan mengajar anda hal-hal tentang perubahan hati anda sendiri. Catatkan dorongan-dorongan Roh Anda mungkin menemui pandangan rohani tambahan dari idea-idea pengkajian dalam panduan ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Di jamuan perkahwinan di Kana, Kristus mengubah air menjadi wain—satu peristiwa yang Yohanes sebut “mukjizat pertama” (Yohanes 2:11). Itu benar. Sementara ini mukjizat pertama yang Yesus lakukan secara umum, tetapi ia juga melambangkan permulaan mukjizat yang lain—iaitu proses hati kita diubah semasa kita menjadi lebih seperti Juruselamat kita. Mukjizat terbesar bermula dengan keputusan untuk ikut Yesus Kristus, untuk berubah dan menjalani kehidupan yang lebih baik melalui Dia. Mukjizat ini sangat mengubah hidup sehingga “dilahirkan semula” ialah satu cara terbaik untuk menggambarkannya (Yohanes 3:7). Tetapi dilahirkan semula hanya permulaan jalan penganutan. Kata-kata Kristus kepada wanita Samaria di perigi mengingatkan kita bahawa jika kita kekal di jalan ini, akhirnya injil akan menjadi “suatu mata air” dalam diri kita, “memberi hidup sejati dan kekal” (Yohanes 4:14).

ikon pengkajian peribadi

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yohanes 2:1–11

Mukjizat Yesus Kristus “menyatakan kemuliaan-Nya.”

Semasa baca tentang Juruselamat mengubah air menjadi wain dalam Yohanes 2:1–11, anda boleh peroleh pandangan tambahan dengan pertimbangkan perspektif orang lain yang berada di sana, termasuk Maria, para pengikut, dan orang lain. Jika anda telah saksikan peristiwa-peristiwa ini, apakah tanggapan anda tentang Yesus? Apakah yang mukjizat ini ajarkan anda tentang Dia?

Yohanes 3:1–21

Saya mesti dilahirkan semula untuk masuk kerajaan Tuhan.

Bila Nikodemus datang kepada Yesus secara peribadi, dia seorang pemerhati yang berhati-hati. Tetapi kemudian dia membela Yesus secara umum (lihat Yohanes 7:45–52) dan menyertai orang yang percaya di penguburan Juruselamat (lihat Yohanes 19:38–40). Apakah ajaran yang anda temui dalam Yohanes 3:1–21 yang mungkin mengilhami Nikodemus untuk ikut Yesus dan dilahirkan semula?

Nabi Joseph Smith mengajar, “Dilahirkan semula, datang oleh Roh Tuhan melalui tatacara-tatacara” (Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith [2007], 95). Apakah peranan pembaptisan dan penetapan anda—“dilahirkan dari air dan daripada Roh” (Yohanes 3:5)—dengan anda dilahirkan semula? Apakah yang anda lakukan untuk teruskan proses perubahan ini? (lihat Alma 5:11–14).

Lihat juga Mosia 5:7; 27:25–26.

Yohanes 3:16–17

Bapa Syurgawi menunjukkan kasih-Nya untuk saya melalui Yesus Kristus.

Elder JeffreyR. Holland mengajarkan, “Kebenaran pertama yang besar untuk seluruh keabadian adalah bahawa Tuhan mengasihi kita dengan seluruh hati, daya, minda, dan kekuatan Dia” (“Esok Tuhan Akan Melakukan Mukjizat Di Tengah-tengah Kamu,” Liahona, Mei 2016, 127). Bagaimanakah anda telah rasa kasih Tuhan melalui kurnia Putera-Nya?

Sakramen memberi masa untuk merenungkan kasih Tuhan dan kurnia Putera-Nya. Apakah lagu rohani yang bantu anda rasakan kasih ini? Apakah yang anda boleh lakukan untuk jadikan sakramen lebih bermakna?

Semasa anda terus membaca tentang ajaran dan pelayanan Juruselamat, tanyakan diri anda bagaimana hal-hal ini membantu anda fahami dan merasakan kasih Tuhan.

Yohanes 4:24

Adakah Tuhan itu roh?

Terdapat orang yang mungkin keliru dengan pernyataan Yesus bahawa Tuhan adalah roh. Terjemahan Joseph Smith memberi penjelasan yang penting: “Kerana kepada yang demikian Tuhan telah menjanjikan Roh-Nya” (Terjemahan Joseph Smith Yohanes 4:26, dalam Panduan Tulisan Suci). Wahyu moden juga mengajar bahawa Tuhan mempunyai tubuh daging dan tulang (lihat Ajaran dan Perjanjian 130:22–23; lihat juga Kejadian 5:1–3; Ibrani 1:1–3).

Yohanes 4:5–26

Kristus memberi saya air hidup-Nya.

Apakah yang Yesus maksudkan ketika Dia beritahu wanita Samaria bahawa sesiapa yang minum air yang Dia berikan tidak akan pernah haus? Bagaimanakah injil seperti air hidup?

anak sungai

Injil Kristus adalah air hidup yang memelihara jiwa kita.

Salah satu pesanan Juruselamat kepada wanita Samaria adalah bagaimana kita menyembah adalah lebih penting daripada di mana kita menyembah (lihat Yohanes 4:21–24). Apakah yang anda lakukan untuk “menyembah Bapa [dalam roh dan kebenaran]”? (Yohanes 4:23).

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Menyembah,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; Dean M. Davies, “Berkat-berkat Penyembahan,” Liahona, Nov. 2016, 93–95.

ikon pengkajian sekeluarga

Idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Yohanes 2–4.Semasa keluarga anda membaca bab-bab ini minggu ini, tumpukan pada bagaimana Juruselamat menggunakan hal-hal biasa—kelahiran, angin, air, dan makanan—untuk mengajar kebenaran-kebenaran rohani. Apakah barang yang anda boleh gunakan untuk mengajar kebenaran-kebenaran rohani?

2:26
1:34
6:4
4:11

Yohanes 2:13–17.Apakah pengaruh tidak baik yang keluarga anda perlu keluarkan dari rumah anda supaya ia boleh menjadi tempat yang kudus? Apakah yang anda akan lakukan untuk pastikan hal-hal itu tidak masuk lagi?

Yohanes 3:1–6.Minta ahli keluarga untuk fikir tentang mukjizat kehamilan dan kelahiran—proses mencipta makhluk bernyawa. Kristus mengajarkan bahawa kita mesti dilahirkan semula sebelum masuk kerajaan Tuhan. Mengapakah kelahiran semula merupakan metafora yang baik untuk perubahan yang diperlukan sebelum kita dapat masuk kerajaan Tuhan? Bagaimanakah kita telah mengalami proses kelahiran semula rohani?

Yohanes 3:16–17.Jemput ahli keluarga untuk mengucap ayat suci ini dalam kata mereka sendiri seolah-olah mereka terangkannya kepada seorang kawan. Bagaimanakah Yesus Kristus telah membantu kita merasakan kasih Tuhan?

Yohanes 4:5–15.Apakah yang Juruselamat ajarkan kita sewaktu Dia membandingkan injil-Nya dengan air hidup? Mungkin keluarga anda boleh melihat air-air yang mengalir dan gambarkan sifat-sifat air. Mengapakah kita perlu minum air setiap hari? Dalam cara apakah injil Yesus Kristus seperti “mata air yang memancar [ke] … hidup sejati dan kekal”? (Yohanes 4:14).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Lagu cadangan: “Tuhan Kasih Padaku,” Buku Nyanyian Anak-anak, 16.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Cari lambang-lambang. Tulisan suci kerap gunakan objek, peristiwa, atau tindakan, untuk mewakili kebenaran rohani. Lambang-lambang ini boleh memperkayakan pemahaman anda tentang ajaran yang diajarkan. Contohnya, Juruselamat menyamakan penukaran hati dengan kelahiran semula.

Yesus dan wanita Samaria di perigi

Living Water [Air yang Memberikan Hidup], oleh Simon Dewey