Perjanjian Baru 2023
6–12 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula’


“6–12 Februari. Yohanes 2–4: ‘Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“6–12 Februari. Yohanes 2–4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus sedang bercakap dengan Nikodemus

6–12 Februari

Yohanes 2–4

“Kamu Semua Mesti Dilahirkan Semula”

Dalam kelas Sekolah Primer yang singkat, anda tidak akan ada masa untuk mengajar setiap asas penting dalam Yohanes 2–4. Cari bimbingan rohani tentang apa yang perlu ditekankan untuk memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak dengan terbaik.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menggalakkan kanak-kanak berkongsi apa yang mereka pelajari dan alami, tanya mereka apa yang mereka lakukan baru-baru ini untuk “menjala orang” (Matius 4:19). Anda boleh kaji semula pelajaran minggu lepas bersama mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Yohanes 3:1–10

Saya perlu dibaptiskan dan ditetapkan untuk kembali dan hidup dengan Bapa Syurgawi.

Kanak-kanak yang anda ajar sedang bersedia untuk mengambil langkah-langkah penting untuk kembali hidup bersama Bapa Syurgawi dengan dibaptiskan (dilahirkan daripada air) dan ditetapkan (dilahirkan daripada Roh). Bagaimana anda boleh membantu mereka memahami kepentingan kedua-dua tatacara ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan kisah Yesus mengajar Nikodemus (lihat Yohanes 3:1–10). Berjanji kepada kanak-kanak bahawa apabila mereka dibaptiskan, Bapa Syurgawi akan memberi mereka kurnia Roh Kudus.

  • Tunjukkan kanak-kanak halaman aktiviti minggu ini, dan minta mereka untuk menggambarkan lukisan-lukisan itu. Baca Yohanes 3:5, dan bersaksi bahawa kita perlu dibaptiskan dan ditetapkan untuk hidup bersama Bapa Syurgawi sekali lagi.

  • Minta kanak-kanak bercakap tentang apa yang mereka lakukan untuk mencuci tangan mereka. Tunjukkan gambar Gadis Dibaptiskan (Buku Seni Injil, no. 104), dan bantu kanak-kanak membandingkan mencuci tangan kita dengan air dan menjadi bersih secara rohani melalui pembaptisan.

Yohanes 3:16

Bapa Syurgawi mengasihi saya, jadi Dia memberi saya seorang Juruselamat.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak belajar kebenaran berharga ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak melengkapkan ayat seperti ini: “Kerana ibu bapa saya kasihi saya, mereka …” Baca Yohanes 3:16. Kemudian bantu setiap kanak-kanak mengulangi Yohanes 3:16, menggantikan perkataan “dunia” dengan namanya sendiri. Bantu kanak-kanak perhatikan apa yang ayat ini katakan Bapa Syurgawi lakukan kerana Dia mengasihi kita. Jemput kanak-kanak untuk melukis gambar Yesus. Minta mereka berkongsi lukisan mereka dengan satu sama lain dan menyatakan kasih mereka kepada Juruselamat.

  • Nyanyi bersama sebuah lagu tentang Yesus, seperti “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20). Minta kanak-kanak mengangkat gambar Yesus setiap kali mereka menyanyikan perkataan seperti “Anak,” “Yesus,” atau “Juruselamat.”

Yohanes 4:5–15

Yesus Kristus ialah “air yang memberikan hidup” saya.

Kanak-kanak di kelas anda semua tahu perasaan dahaga. Bagaimanakah anda boleh gunakan pengalaman itu untuk membantu mereka fahami betapa kita memerlukan air kehidupan yang Yesus Kristus tawarkan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Guna gambar dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk menceritakan kisah Yesus dan wanita di perigi (lihat Yohanes 4:5–15). Minta kanak-kanak untuk menceritakan semula cerita itu.

  • Tunjukkan segelas air, dan berbincang dengan kanak-kanak tentang mengapa kita memerlukan air. Ringkaskan Yohanes 4:5–15, dan bersaksi bahawa Yesus Kristus dan Injil-Nya memberi kehidupan kepada roh kita, seperti air memberi kehidupan kepada badan kita.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Yohanes 2:1–11

Saya boleh menghormati ibu saya seperti Yesus.

Di majlis perkahwinan di Kana, Maria memberitahu Yesus bahawa wain sudah habis. Menurut Terjemahan Joseph Smith, Yesus menjawab ibu-Nya dengan bertanya kepadanya apa yang dia mahu Dia lakukan untuknya dan berkata Dia akan melakukan itu. Yesus adalah teladan bagaimana kita harus memperlakukan ibu kita.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Yohanes 2:1–11 dan bergilir-gilir menceritakan semula kisah itu dengan perkataan mereka sendiri.

  • Minta kanak-kanak menyenaraikan perkara-perkara yang ibu mereka mungkin perlukan bantuan. Jemput mereka untuk berlatih apa yang mereka akan berkata kepada ibu dengan menggunakan kata-kata Yesus: “Apa yang kamu mahu saya buat untukmu?”

  • Jemput beberapa ibu untuk melawat kelas anda dan berkongsi apa yang anak-anak mereka buat untuk menunjukkan hormat kepada mereka.

Imej
Yesus bercakap dengan Maria di jamuan majlis perkahwinan

Yesus menanya ibu-Nya apa yang dia mahu Yesus buat untuk dia.

Yohanes 3:1–8

Dibaptiskan dan ditetapkan adalah seperti dilahirkan semula.

Apabila kita dibaptiskan, yang Yesus memanggilnya “dilahirkan daripada air,” kita menerima pengampunan dosa-dosa kita dan boleh “menikmati Pemerintahan Tuhan” (Yohanes 3:5). Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak yang anda ajar untuk memahami makna dilahirkan semula?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Buat jalur perkataan yang menunjukkan kata-kata Juruselamat dalam Yohanes 3:3, dan minta kanak-kanak menyusunnya dengan urutan yang betul. Bagaimanakah dibaptiskan dan ditetapkan seperti dilahirkan semula?

  • Paparkan gambar bayi yang baru lahir dan seseorang yang dibaptiskan dan ditetapkan (lihat Buku Seni Injil, no. 104–5). Bagaimanakah kita seperti bayi yang baru lahir selepas kita dibaptiskan dan ditetapkan? (lihat Yohanes 3:3–5).

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi memori pembaptisan mereka. Baca Mosia 18:8–10 dan Ajaran dan Perjanjian 20:37 untuk kaji semula perjanjian pembaptisan. Ajar kanak-kanak bahawa mengambil sakramen dengan teliti setiap minggu adalah cara untuk meneruskan proses dilahirkan semula.

  • Bantu kanak-kanak menghafal Fasal-Fasal Kepercayaan 1:4.

Yohanes 3:16–17

Bapa Syurgawi mengasihi saya, jadi Dia menghantar Putera-Nya.

Bagaimanakah anda boleh membantu kanak-kanak tahu Yesus Kristus dihantar ke bumi sebagai ungkapan kasih Bapa Syurgawi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak melukis gambar hadiah kegemaran mereka dan orang yang memberi mereka hadiah itu. Kemudian minta seorang kanak-kanak membaca Yohanes 3:16. Hadiah apakah yang Bapa Syurgawi telah beri kepada kita? Bagaimanakah hadiah ini menunjukkan kasih-Nya?

  • Minta kanak-kanak mencari jawapan kepada soalan “Mengapa Bapa Syurgawi menghantar kita Yesus Kristus?” semasa mereka membaca Yohanes 3:16–17 atau menyanyi atau mendengar “Dia Mengutus Putera-Nya” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 20).

Yohanes 4:5–23

Yesus Kristus menawarkan “air yang memberikan hidup” kepada saya.

Sama seperti Yesus menggunakan air untuk mengajar wanita Samaria, anda boleh menggunakan air untuk mengajar kanak-kanak mengapa kita memerlukan injil Yesus Kristus.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Gunakan Yohanes 4:5–23, tulis ayat-ayat ringkasan dari cerita wanita di perigi. Minta kanak-kanak merujuk ayat-ayat ini untuk meletakkan ayat-ayat dalam urutan yang betul. Apa yang Yesus cuba mengajar wanita itu?

  • Beri kanak-kanak satu minuman, dan minta mereka berkongsi pengalaman ketika mereka dahaga. Bincang tentang bagaimana rasa akhirnya dapat minuman. Jemput kanak-kanak untuk menamakan beberapa perkara, seperti segelas air, yang memuaskan kita buat sementara. Perkara apakah adalah seperti “air yang memberikan hidup” yang boleh memuaskan kita selamanya?

  • Tulis di papan tulis Bagaimanakah injil adalah seperti air? Minta kanak-kanak berfikir tentang bagaimana mereka akan menjawab soalan ini semasa mereka membaca Yohanes 4:5–23.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Pertimbangkan untuk meminta kanak-kanak memberi ahli keluarga mereka segelas air apabila mereka pulang ke rumah. Semasa mereka berbuat demikian, mereka boleh berkongsi apa yang mereka belajar tentang air yang memberikan hidup.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menggunakan halaman aktiviti. Ketika kanak-kanak melengkapkan halaman aktiviti, gunakan masa itu untuk kaji semula asas-asas dari ajaran ini.

Cetak