“13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6: ‘Berbahagialah Kamu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)
“13–19 Februari. Matius 5; Lukas 6,” Ikutah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023
13–19 Februari
Matius 5; Lukas 6
“Berbahagialah Kamu”
Peluang anda untuk mengajar kanak-kanak adalah berharga. Apabila anda menyediakan diri secara rohani, Tuhan akan membimbing anda.
Jemput Perkongsian
Minta kanak-kanak bercakap tentang sesuatu yang mereka lakukan minggu ini untuk berkongsi cahaya Tuhan dengan seseorang—contohnya menjadi teladan yang baik atau menunjukkan kasih dan kebaikan.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Saya boleh menjadi pendamai.
Kanak-kanak yang anda mengajar dapat mempunyai pengaruh berkuasa di rumah apabila mereka memperlakukan orang lain dengan kasih dan kebaikan.
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Matius 5:9 kepada kanak-kanak, dan terangkan bahawa pendamai menjadikan mana-mana tempat damai, tidak kira di mana mereka berada. Tulis pada jalur kertas beberapa contoh situasi pertikaian yang mungkin kanak-kanak hadapi (contohnya, adik-beradik bergaduh kerana mainan). Jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil satu jalur kertas. Semasa anda membaca setiap senario, minta kanak-kanak berkongsi bagaimana mereka boleh menjadi pendamai dalam situasi itu. Atau kongsi beberapa senario fiksyen, dan bantu kanak-kanak mengenal pasti sama ada orang yang terlibat adalah pendamai atau tidak.
-
Jemput beberapa ibu bapa kanak-kanak untuk menghadiri kelas anda dan berkongsi contoh-contoh apabila anak-anak mereka menjadi pendamai di rumah.
Yesus ingin saya menjadi satu cahaya kepada orang lain.
Kanak-kanak kecil dapat mempunyai pengaruh yang baik pada orang lain. Bagaimanakah anda dapat mendorong mereka untuk membiarkan cahaya mereka bersinar?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Tunjukkan kanak-kanak beberapa barang yang memberi cahaya, dan tunjukkan gambar kanak-kanak. Baca Matius 5:14–16, dan beritahu kanak-kanak bahawa contoh baik mereka adalah seperti cahaya untuk orang lain lihat. Bagaimanakah kita dapat gunakan cahaya kita untuk membawa orang lain kepada Tuhan?
-
Sinarkan lampu suluh di sekeliling bilik, dan jemput kanak-kanak untuk mengikuti cahaya dengan mata mereka. Gunakan cahaya itu untuk membimbing mata mereka kepada gambar Juruselamat. Bagaimanakah cahaya membantu kita? Bagaimanakah boleh kita menjadi cahaya kepada dunia? Tutup lampu suluh. Apakah yang berlaku jika kita tidak berkongsi cahaya kita atau jika kita menyembunyikannya?
-
Sembunyikan lampu suluh di bilik, dan tutup lampu-lampu bilik. Minta kanak-kanak cuba mencarinya. Ulang kaji Matius 5:15, dan bincangkan mengapa kita tidak patut menyembunyikan cahaya kita.
-
Bantu kanak-kanak mencari dan mewarnakan lilin-lilin tersembunyi di halaman aktiviti minggu ini.
-
Nyanyi bersama kanak-kanak lagu tentang menjadi cahaya bagi orang lain, seperti “Yesus Ingin Kubercah’ya,” “Bersinar T’rus,” atau “Ku S’perti Bintang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 38, 96, 84).
Yesus Kristus ingin saya mengasihi semua orang.
Kanak-kanak yang lebih kecil boleh mula berlatih sekarang untuk menunjukkan kasih, walaupun ketika mereka dilayan secara tidak adil oleh rakan sebaya atau adik-beradik. Ketika anda membaca Matius 5:44–45, pertimbangkan bagaimana ajaran-ajaran Juruselamat berguna kepada kanak-kanak yang anda mengajar.
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca Matius 5:44 lagi dengan menggunakan kata dan keadaan yang kanak-kanak akan faham. Minta kanak-kanak untuk berkongsi masa apabila mereka menunjukkan kasih kepada seseorang walaupun ia susah. Bagaimanakah mereka rasa tentang pengalaman-pengalaman?
-
Sebagai satu kelas, nyanyikan lagu tentang mengasihi orang lain, seperti “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 74). Apakah yang kita belajar dari nyanyian ini mengenai mengasihi orang lain?
-
Berikan kanak-kanak kertas berbentuk hati yang berlabel “Saya akan menunjukkan kasih saya untuk semua orang.” Minta mereka menghias kertas berbentuk hati dan menggantungnya di rumah mereka sebagai peringatan untuk mengasihi orang lain.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Saya dapat bergembira apabila saya hidup dalam cara Yesus ajarkan.
Ketika anda membaca Matius 5:3–12, perkataan dan frasa mana yang mendorong anda? Bagaimanakah ajaran-ajaran ini akan memberkati kehidupan kanak-kanak yang anda mengajar?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Buat carta pada papan tulis dengan dua lajur berlabel Berbahagialah… dan Berkat. Jemput kanak-kanak untuk lihat Matius 5:3–12 mencari sifat-sifat orang yang Yesus katakan akan diberkati dan berkat yang Dia janjikan kepada mereka. Kemudian isikan carta dengan apa yang mereka temui. Bincangkan dengan kanak-kanak apakah maksud setiap sifat dan berkat yang sepadan.
-
Tuliskan setiap sifat dari ayat-ayat ini pada satu kad dan berkat yang sepadan pada kad. Contohnya, satu kad tertulis “rendah hati,” dan yang satu lagi tertulis “menerima apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan” (ayat 5). Minta kanak-kanak memadankan sifat-sifat dan berkat-berkat. Minta kanak-kanak memilih salah satu ciri dalam ayat-ayat ini yang mereka ingin kembangkan.
Saya boleh menjadi pendamai.
Yesus mengajar bahawa pendamai akan dipanggil anak-anak Tuhan. Bagaimanakah anda dapat mendorong kanak-kanak untuk menjadi pendamai?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput seorang kanak-kanak untuk baca Matius 5:9 dengan kuat. Apakah itu pendamai? Apakah cara-cara yang kita dapat menjadi pendamai kepada keluarga dan kawan kita? (Untuk idea-idea, lihat ayat 21–24, 38–47.)
-
Minta setiap kanak-kanak untuk berfikir tentang situasi yang perlukan bantuan pendamai. Apakah yang seorang pendamai akan melakukan dalam situasi itu?
-
Minta kanak-kanak untuk berkongsi masa apabila mereka menunjukkan kasih untuk seseorang, walaupun orang itu lain daripada mereka atau susah dikasihi.
Teladan saya boleh menerangi jalan orang lain untuk ikut Yesus.
Ramai kanak-kanak yang anda ajar telah membuat perjanjian pembaptisan. Fikirkan tentang bagaimana firman Juruselamat dalam Matius 5:14–16 berkaitan dengan perjanjian mereka. Apakah pesanan yang Tuhan mungkin ada dalam ayat ini untuk kanak-kanak di kelas anda?
Aktiviti-Aktiviti yang Bersesuaian
-
Bantu kanak-kanak menghafal Matius 5:16. Tulis ayat di papan. Bacanya bersama beberapa kali, dan padam beberapa perkataan setiap kali membaca. Jemput mereka melukis hal-hal yang mereka boleh lakukan untuk menjadi cahaya kepada orang lain. Bincangkan bagaimana menjadi cahaya kepada orang lain membantu kita memenuhi perjanjian pembaptisan kita (lihat Mosia 18:8–10).
-
Nyanyi sebuah lagu tentang berkongsi cahaya dengan orang lain, seperti “Bersinar T’rus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 96). Bagaimanakah kita boleh berkongsi cahaya Juruselamat?
-
Minta kanak-kanak melukis hal-hal yang memberi cahaya. Baca Matius 5:14–16. Tanya mereka kenapa Yesus ingin kita menjadi cahaya kepada dunia.
-
Jemput dua kanak-kanak untuk berdepan satu sama lain, dan minta seorang untuk membuat kawannya senyum tanpa menyentuh dia. Bincangkan kuasa yang kanak-kanak ada untuk membawa kegembiraan kepada orang lain.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Cabar kanak-kanak untuk perhatikan seseorang yang menjadi pendamai minggu ini. Pada permulaan kelas minggu depan, jemput mereka bercakap tentang siapa dan apa mereka melihat.