Perjanjian Baru 2023
27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7: “Sebab Kamu percaya … Kamu Diselamatkan”


“27 Februari–5 Mac. Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7: ‘Sebab Kamu percaya … Kamu Diselamatkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“27 Februari–5 Mac. Matius 8; Matius 2–4; Lukas 7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
Yesus membangkitkan seorang lelaki dari katil

27 Februari–5 Mac

Matius 8; Markus 2–4; Lukas 7

“Sebab Kamu percaya … Kamu Diselamatkan”

Semasa anda membaca Matius 8; Markus 2–4; dan Lukas 7 minggu ini, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Berdoa agar Roh Kudus akan mengilhami anda dengan idea-idea yang akan membantu mereka menemui kebenaran dalam bab-bab ini.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak untuk berkongsi satu kisah di mana Yesus melaksanakan satu mukjizat (lihat senarai mukjizat dalam panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Anda juga boleh menunjukkan gambar berkaitan (seperti Buku Seni Injil, no. 40).

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 8; Markus 2–3; Lukas 7

Yesus punyai kuasa untuk melaksanakan mukjizat.

Ketika anda membaca tentang mukjizat-mukjizat pemulihan Juruselamat, renungkan mukjizat yang anda ingin kongsi. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak faham peranan iman dalam mukjizat yang Yesus laksanakan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kongsi kisah lelaki yang lumpuh dari Markus 2:1–12. Untuk bantuan, lihat “Bab 23: Lelaki yang Tidak dapat Berjalan” (dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 57–58). Jelaskan bahawa lelaki lumpuh itu tidak boleh berjalan. Bantu mereka tahu bahawa lelaki ini telah disembuhkan oleh Juruselamat.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsi masa mereka sakit. Ceritakan salah satu laporan Yesus menyembuhkan orang sakit, seperti Matius 8:1–4, 5–13, 14–15; Markus 3:1–5; Lukas 7:11–16. Jemput kanak-kanak untuk ceritakan semula kisah itu dengan perkataan mereka sendiri. Bersaksi bahawa kuasa Yesus boleh menyembuhkan, memberkati, dan menghiburkan kita.

Matius 8; Markus 2–3; Lukas 7

Saya boleh tunjukkan kasih kepada orang seperti Yesus.

Yesus tunjukkan kasih yang besar dengan menyembuhkan mereka yang sakit dan sengsara. Renungkan bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak untuk menunjukkan kebaikan kepada orang yang memerlukan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Pilih satu atau lebih laporan tentang Yesus menunjukkan kasih kepada seseorang yang memerlukan, seperti yang terdapat dalam Matius 8:1–4, 5–13, 14–15; Markus 2:1–12; 3:1–5; Lukas 7:11–16. Kongsi suatu masa apabila seseorang menunjukkan kasih kepada anda pada masa anda memerlukan dan bagaimana perasaan anda. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.

  • Jemput kanak-kanak berkongsi situasi lain apabila seseorang mungkin memerlukan bantuan. Apakah yang kita boleh lakukan untuk bantu mereka?

  • Nyanyi lagu tentang menunjukkan kasih dan kebaikan kepada orang lain, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 83).

Imej
Yesus dalam perahu menenangkan ribut

From Fear to Faith [Daripada Ketakutan kepada Keimanan], oleh Howard Lyon

Markus 4:35–41

Ketika saya berasa takut atau berada dalam bahaya, Yesus dapat membantu saya berasa damai.

Kisah Yesus menenangkan ribut boleh membantu kanak-kanak tahu bahawa Dia boleh memberi mereka kedamaian apabila mereka berasa takut.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak bayangkan mereka berada di atas sebuah kapal ketika anda membaca Markus 4:35–41. (Lihat juga “Bab 21: Yesus Memerintah Angin dan Ombak,” dalam Cerita-cerita Perjanjian Baru, 53.) Minta kanak-kanak huraikan bagaimana perasaan mereka jika mereka berada di sana. Bilakah kanak-kanak pernah berasa takut? Bagaimanakah mereka peroleh kedamaian?

  • Jemput kanak-kanak untuk membuat bunyi ribut dan berhenti apabila seseorang berkata “Diam, tenanglah.” Bersaksi bahawa sepertimana Yesus boleh memberi kedamaian ketika adanya ribut, Dia boleh memberi kedamaian dalam hati kita apabila kita berasa sedih.

  • Ajar kanak-kanak tindakan untuk mengiringi rangkap ketiga “C’ritakan Padaku Kisah Tentang Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 36), dan nyanyikan rangkap tersebut bersama sambil melakukan aksi.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 8; Markus 2–3; Lukas 7

Yesus boleh melaksanakan mukjizat-mukjizat dalam kehidupan saya semasa saya beriman kepada Dia.

Yesus telah melaksanakan banyak mukjizat ketika pelayanan fana-Nya. Bagaimanakah anda membantu kanak-kanak sedari mukjizat-mukjizat yang berlaku hari ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta kanak-kanak pilih salah satu daripada mukjizat berikut untuk dibaca dan dilukis: Matius 8:1–4, 5–13, 14–15; Markus 2:1–12; 3:1–5; Lukas 7:11–16. Jemput kanak-kanak untuk jelaskan lukisan-lukisan mereka kepada kelas. Apakah yang kita pelajari tentang Yesus dari kisah-kisah ini?

  • Minta kanak-kanak untuk lakonkan bagaimanakah perasaan mereka apabila mereka sakit, sedih, takut, atau risau. Bagaimanakah Yesus membantu kita apabila kita mempunyai perasaan-perasaan tersebut? Bersaksi bahawa Yesus boleh membantu kanak-kanak dalam semua situasi tersebut.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsi pengalaman di mana mereka atau seseorang yang mereka kenali menerima berkat imamat. Bagaimanakah orang tersebut telah sembuh atau diberkati?

Markus 2:15–17; Lukas 7:36–50

Yesus mengasihi kita walaupun kita berdosa dan ingin membantu kita bertaubat.

Laporan dalam Markus 2:15–17 dan Lukas 7:36–50 boleh membantu kanak-kanak memahami bahawa Yesus Kristus mengasihi kita walaupun kita berdosa. Dia ingin membantu kita bertaubat dan mendekati Dia.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis Apakah perasaan Yesus tentang dosa? dan Apakah perasaan Yesus tentang kita apabila kita berdosa? pada papan tulis. Minta kanak-kanak untuk berfikir tentang soalan-soalan ini semasa mereka membaca bersama Markus 2:15–17 dan kemudian berkongsi jawapan mereka. (Anda boleh membaca bersama “Pemungut cukai” dalam Panduan Tulisan Suci [ChurchofJesusChrist.org].) Mengapakah ia penting untuk tahu bahawa Yesus mengasihi kita, walaupun kita tidak sempurna? Bagaimanakah mengetahui ini membantu kita ketika kita perlu bertaubat?

  • Beberapa hari sebelum kelas, jemput salah seorang kanak-kanak dan seorang ahli keluarga untuk datang ke kelas bersedia untuk berkongsi laporan dalam Lukas 7:36–50. Mereka boleh melukis gambar-gambar yang menunjukkan bahagian-bahagian cerita itu untuk tunjukkan kepada kelas. Bincangkan dengan kanak-kanak apa yang Tuhan mahu kita pelajari dari cerita ini.

Markus 4:35–41

Ketika saya berasa takut atau berada dalam bahaya, Yesus dapat membantu saya berasa damai.

Kanak-kanak perlu tahu bahawa Juruselamat boleh memberi mereka kedamaian apabila berhadapan dengan ribut kehidupan—kini dan masa hadapan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Minta salah seorang kanak-kanak untuk guna Markus 4:35–41 dan gambar Yesus Menenangkan Ribut (Buku Seni Injil, no. 40) untuk menceritakan kisah Yesus menenangkan ribut. Minta kanak-kanak huraikan bagaimana perasaan mereka jika mereka berada di sana.

  • Jemput kanak-kanak untuk kongsi pengalaman kedamaian yang dirasai setelah berdoa untuk bantuan. Ingatkan mereka bahawa kedamaian ini datang daripada Juruselamat.

  • Berikan setiap kanak-kanak satu awan hujan kertas, dan suruh mereka tuliskan cabaran yang seseorang mungkin hadapi pada kertas awan itu. Letakkan semua awan-awan itu pada papan tulis, menutupi gambar Juruselamat. Jemput seorang kanak-kanak untuk mengambil salah satu awan itu dan cadangkan cara kita boleh membantu seseorang yang menghadapi cabaran itu untuk peroleh kedamaian. Apabila semua awan telah diturunkan dari papan tulis, berikan kesaksian tentang kuasa Juruselamat untuk menenangkan ribut dalam hidup kita.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak senaraikan pelayanan-pelayanan yang mereka boleh laksanakan untuk seseorang minggu ini.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak adalah aktif. Ada masa anda mungkin rasa tenaga kanak-kanak menjadi satu gangguan daripada pelajaran. Namun anda boleh gunakan sifat aktif mereka dengan menjemput mereka untuk melakonkan satu cerita atau laksanakan aksi-aksi yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa dalam satu lagu atau ayat suci. (Lihat Teaching in the Savior’s Way25.)

Cetak