Perjanjian Baru 2023
20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: “Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah”


“20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13: ‘Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2023 (2022)

“20–26 Mac. Matius 13; Lukas 8; 13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2023

Imej
gandum yang boleh dituai

20–26 Mac

Matius 13; Lukas 813

“Jika Kamu Bertelinga, Dengarlah”

Perumpamaan adalah cerita mudah yang boleh menjadi menarik kepada kanak-kanak. Panduan dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh bantu anda menggunakan perumpamaan Juruselamat untuk mengajar kanak-kanak kebenaran penting.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Bawa beberapa barang yang boleh bantu kanak-kanak mengingati beberapa perumpamaan dalam Matius 13,, seperti benih,mutiara, atau kotak harta karun. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang perumpamaan tersebut.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Matius 13:1–23

Saya perlu bersedia untuk belajar ajaran-ajaran Yesus.

Kanak-kanak yang lebih kecil mungkin tidak dapat memahami semua lambang dalam perumpamaan peladang, tetapi mereka boleh belajar kebenaran mudah yang ia ajarkan. Bagaimana anda boleh bantu mereka untuk lebih memahami bagaimana perumpamaan ini berkait dengan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tunjukkan beberapa jenis tanah (atau gambar tanah) apabila anda memberi ringkasan Matius 13:3–8. Berikan setiap kanak-kanak sebiji benih, dan tanya apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu biji benih itu tumbuh. Jelaskan bahawa kesaksian kita adalah seperti benih. Bagaimana kita membantu “benih” kesaksian kita bertumbuh?

  • Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk bantu kanak-kanak memahami apa yang setiap tanah dalam Matius 13 ajarkan tentang hati kita. Tanya kanak-kanak tanah jenis manakah yang Yesus mahu mereka miliki untuk mempelajari ajaran-Nya.

  • Baca Matius 13:9, 15,dan jemput kanak-kanak untuk menunjuk ke bahagian berlainan badan mereka apabila mereka mendengar ia disebut. Bagaimana kita boleh menggunakan bahagian badan ini untuk belajar ajaran-ajaran Yesus?

Matius 13:24–30, 36–43, 47–48

Bapa Syurgawi ingin saya memilih yang benar.

Beberapa perumpamaan Yesus mengajar bahawa pada hari kiamat, Tuhan akan mengasingkan yang jahat daripada yang soleh. Bagaimana kamu boleh gunakan perumpamaan untuk mengilhami kanak-kanak untuk memilih yang benar?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan kanak-kanak peluang untuk melakonkan perumpamaan gandum dan lalang (lihat Matius 13:24–30). Terangkan bahawa gandum mewakili orang yang membuat pilihan yang soleh, manakala lalang (rumpai bahaya) mewakili orang yang tidak membuat pilihan soleh. Pada satu hari, Bapa Syurgawi akan mengumpul semua orang yang soleh untuk tinggal bersama-Nya.

  • Berikan kanak-kanak beberapa contoh pilihan yang betul dan salah. Minta kanak-kanak menyebut “pilihan gandum” apabila anda menerangkan pilihan yang betul dan “pilihan lalang” apabila anda menerangkan pilihan yang salah.

  • Bawa gambar tangkai gandum, dan benarkan kanak-kanak untuk melukis gambar beberapa cara mereka boleh menjadi soleh.

Matius 13:44–46

Keahlian saya dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah satu khazanah.

Bagaimana anda boleh gunakan gambaran satu khazanah dan mutiara yang sangat berharga bagi kanak-kanak untuk memahami nilai menjadi ahli Gereja Yesus?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Sorokkan gambar satu peti harta karun dan satu mutiara dalam bilik, dan minta kanak-kanak untuk mencarinya. Gunakan gambar untuk mengajar tentang perumpamaan dalam Matius 13:44–46. Bercakap tentang mengapa seseorang mungkin menyerahkan segala yang mereka miliki untuk mutiara yang indah atau harta karun di ladang. Jelaskan bahawa kadangkala kita menyerahkan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang lebih baik. Beritahu kanak-kanak kenapa injil amat berharga untuk anda.

  • Letakkan dalam kotak atau peti beberapa objek atau gambar yang mewakili “harta karun” dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, seperti Juruselamat, bait suci, atau Kitab Mormon. Minta setiap kanak-kanak untuk memilih satu objek atau gambar dan ceritakan kenapa ia sebuah harta.

  • Nyanyi bersama “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48), dan minta kanak-kanak bercakap tentang sebab mereka bersyukur untuk Gereja Juruselamat. Beri kesaksian tentang berkat yang anda alami kerana keahlian anda dalam Gereja.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Matius 13:1–23

Saya perlu sediakan hati saya untuk menerima ajaran-ajaran Yesus.

Bagaimana anda boleh bantu kanak-kanak mengenal pasti kepentingan untuk mempunyai hati yang lembut dan sedia supaya Yesus boleh mengajar mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk membaca tentang empat jenis tanah dalam Matius 13:4–8. Jemput mereka untuk melihat dan kongsi apa yang terjadi kepada jenis tanah yang mereka baca. Bagaimanakah hati kita boleh menjadi seperti pelbagai jenis tanah itu? (lihat Matius 13:19–23).

  • Tunjukkan kepada kanak-kanak gambar taman. Apakah keadaan tanah yang diperlukan untuk membolehkan tumbuhan bertumbuh di dalamnya? Tunjukkan gambar tanah berbatu atau berduri. Mengapakah tanaman susah tumbuh di tanah seperti ini? Bagaimanakah kita dapat memastikan hati kita seperti tanah yang baik supaya kita boleh menerima ajaran Juruselamat?

  • Jemput kanak-kanak untuk baca Matius 13:15–17. Lukiskan satu mata, telinga, dan jantung di atas papan. Bagaimanakah kita gunakan setiap benda ini untuk mempelajari ajaran Yesus?

Matius 13:24–30, 36–43

Saya boleh memilih yang benar walaupun orang di sekeliling saya tidak.

Apabila anda membaca ayat ini dengan kanak-kanak dalam fikiran anda, perasaan apa yang datang kepada anda?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk melukis beberapa adegan dalam perumpamaan gandum dan lalang, yang terdapat di Matius 13:24–30, dan kongsi lukisan mereka dengan kelas. Minta mereka untuk melabelkan lukisan mereka menggunakan tafsiran perumpamaan itu yang terdapat di Matius 13:36–43. Anda mungkin perlu menjelaskan bahawa lalang adalah rumpai yang berbahaya.

  • Jika boleh, tunjukkan satu gambar gandum dan lalang. Jelaskan bahawa gandum dan lalang akan tumbuh bersama sehingga musim menuai (akhir dunia). Ini mengajarkan kita bahawa kita hidup dengan kebaikan dan kejahatan di sekeliling kita, dan kita mesti berhati-hati untuk memilih yang benar. Minta kanak-kanak untuk berkongsi bagaimana cara mereka boleh tahu perbezaan antara kebaikan dan kejahatan.

Matius 13:44–46

Keahlian saya dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir ialah satu khazanah.

Adakah kanak-kanak yang anda ajar melihat keahlian mereka dalam Gereja ini sebagai khazanah yang berharga? Membincangkan perumpamaan dalam Matius 13:44–46 boleh membantu mereka berkongsi perasaan mereka tentang Gereja Juruselamat.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Matius 13:44–46 sendiri dan ceritakan kepada seorang lagi ahli dalam kelas tentang perumpamaan itu dengan ayat mereka sendiri.

  • Guntingkan beberapa bulatan untuk mewakili duit syiling, dan letakkan dalam kotak harta karun. Jemput setiap kanak-kanak untuk mengambil satu duit syiling dan lukis atau tulis satu perkara yang mereka suka tentang menjadi ahli Gereja. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka letakkan di atas duit syiling mereka.

  • Jemput seorang ahli cabang anda untuk berkongsi cerita penukaran hati dia dengan kanak-kanak dan beritahu apa yang mereka korbankan untuk menyertai Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Atau minta kanak-kanak bercakap tentang pengorbanan yang mereka buat untuk Tuhan dan Gereja-Nya.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemputlah anak-anak untuk mengajar ahli keluarga mereka tentang salah satu perumpamaan yang mereka belajar dalam Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kanak-kanak suka berkongsi apa yang mereka pelajari. Walaupun mereka masih muda, kanak-kanak boleh menguatkan ahli keluarga mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi dengan ahli keluarga mereka perkara yang mereka belajar dalam Sekolah Primer. (Lihat Teaching in the Savior’s Way30.)

Cetak