Persidangan Umum
Diam, Tenanglah
Persidangan umum Oktober 2020


11:0

Diam, Tenanglah

Juruselamat mengajar kita bagaimana untuk merasa kedamaian dan ketenangan walaupun ketika angin bertiup dengan kencang di sekeliling kita dan ombak mengancam untuk memusnahkan harapan kita.

Apabila kanak-kanak kami muda, keluarga kami bercuti beberapa hari pada satu tasik yang indah. Satu petang beberapa anak-anak kami memakai jaket keselamatan sebelum melompat ke dalam tasik. Anak perempuan bongsu kami memerhati adik-beradiknya dengan keraguan. Dengan segala keberanian yang dia miliki, dia tutup hidungnya dengan satu tangan dan lompat. Dengan serta merta, dia terapung ke atas air dan dengan suara yang cemas, dia jerit, “Tolong saya! Tolong saya!”

Sekarang, dia tidak berada dalam kebahayaan fana; jaket keselamatannya melakukan kerjanya, dan dia berapung dengan selamat. Kami boleh hulurkan tangan dan tarikkan dia balik ke geladak kapal dengan senang. Tetapi dari pandangannya, dia perlukan bantuan. Mungkin ini adalah kerana kesejukan air atau pengalaman ini baru bagi dia. Namun begitu, dia naik balik ke geladak kapal, di mana kami balut dia dengan tuala dan memuji keberaniannya.

Sama ada kita tua atau muda, kebanyakan kita pernah ucapkan kata cemas seperti “Tolong saya!” pada masa kesusahan. “Selamatkan saya!” atau “Sila jawab doa saya!”

Ini berlaku kepada para pengikut Yesus Kristus semasa pelayanan fana-Nya. Dalam Markus, kita baca bahawa Yesus “mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak.”1 Sehingga Yesus terpaksa “duduk di sebuah perahu ”2 dan berucap dari geladak perahu itu. Sepanjang hari Dia mengajar orang ramai dengan perumpamaan semasa mereka duduk di pantai.

“Dan … pada [petang] hari itu juga,” Yesus berkata kepada pengikut-Nya, “Marilah kita menyeberang tasik. Para pengikut-Nya meninggalkan orang ramai,”3 mereka tinggalkan dari pantai dan mula menyeberangi Tasik Galilea. Selepas mencari tempat di belakang perahu, Yesus berbaring dan cepat tertidur. Tidak lama kemudian “angin kencang bertiup dan ombak melanda perahu sehingga hampir penuh dengan air.”4

Kebanyak pengikut Yesus ialah nelayan yang berpengalaman dan tahu cara untuk mengendalikan perahu dalam satu ribut. Mereka—betul-betulnya pengikut-Nya—yang Dia percayai. Mereka sudah tinggalkan pekerjaan, minat peribadi, dan keluarga untuk mengikut Yesus. Iman mereka kepada Dia terbukti dalam kehadiran mereka dalam perahu itu. Dan sekarang perahu mereka berada dalam tengah-tengah satu ribut dan hampir tenggelam.

Kita tidak tahu berapa lama mereka berjuang untuk memastikan keselamatan perahu mereka dalam ribut itu, tetapi mereka bangunkan Yesus dengan suara yang cemas, berkata:

“Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam!”5

“Ya Tuhan, selamatkanlah kami! Kita hampir mati!”6

Mereka panggil Dia “Guru,” dan Dia memanglah Guru. Dia juga dipanggil Yesus Kristus, Putera Tuhan, Bapa langit dan bumi, Pencipta segala-galanya sejak awal.”7

Diam, tenanglah

Dari tempat duduk-Nya dalam perahu itu, Yesus bangun lalu menengking angin, dan berkata kepada ombak, “Diam! Tenanglah! Angin pun reda dan tasik menjadi tenang sekali.”8 Kemudian, Guru, Yesus mengajar para pengikut-Nya melalui dua soalan. Dia bertanya:

“Mengapakah kamu takut?”9

“Mengapa kamu masih belum percaya kepada-Ku?”10

Adanya satu kecenderungan fana, mahupun satu godaan, apabila kita berada di tengah-tengah cubaan, kesusahan, atau kesengsaraan untuk merayu, “Tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam. Tolong saya.” Mahupun Joseph Smith merayu dari penjara, “Ya Tuhan, di manakah Engkau? Dan di manakah khemah yang menutupi tempat persembunyian-Mu??”11

Tentunya, Juruselamat dunia faham akan pengehadan fana kita, kerana Dia mengajar kita bagaimana untuk merasa kedamaian dan ketenangan apabila angin bertiup dengan kencang di sekeliling kita dan ombak mengancam untuk memusnahkan harapan kita.

Kepada mereka yang beriman, iman seperti kanak-kanak, atau segelintir iman,12 Yesus menjemput, berkata: “Marilah kepada-Ku.”13 “Percaya pada nama-Ku.”14 “Belajarlah daripada-Ku, dan dengarkanlah firman-Ku.”15 Dia memerintah dengan lembut, “Bertaubat dan dibaptis dalam nama-Ku,”16 “Sebagaimana Aku sudah mengasihi kamu, hendaklah kamu saling mengasihi,”17 dan “selalu mengingat-Ku.”18 Yesus menjelaskan; “Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia ini kamu akan menderita: tetapi tabahkanlah hati kamu; kerana Aku sudah mengalahkan dunia.”19

Saya boleh gambarkan para pengikut Yesus dalam perahu yang dipukul ribut, memerhati ombak memukul geladak perahu mereka dan sibuk membuangkan air dari perahu. Saya boleh gambarkan mereka mengendalikan layar dan cuba mengawal perahu kecil mereka. Mereka berfokus untuk menyelamatkan diri pada saat itu, dan rayuan mereka untuk bantuan adalah cemas dan tulus ikhlas.

Kebanyakan kita tidak berbeza dalam zaman kita. Kejadian terkini di seluruh dunia dan dalam negara, komuniti, dan keluarga kita menyerang kita dengan cubaan yang tak dijangka. Pada masa kekacauan, iman kita dicuba ke had daya tahan dan kefahaman kita. Ombak ketakutan boleh mengalihkan perhatian kita, menyebabkan kita lupakan kebaikan Tuhan, dan mengehadkan perspektif kita dan mengacau fokus kita. Tetapi pada masa susah perjalanan kita, iman kita bukan sahaja dicuba tetapi dikukuhkan.

Walau apa pun keadaan kita, kita boleh buat usaha untuk membina dan mengembangkan iman kita kepada Yesus Kristus. Ia diperkuatkan apabila kita ingati bahawa kita anak-anak Tuhan dan Dia mengasihi kita. Iman kita berkembang apabila kita mencuba firman Tuhan dengan harapan dan ketekunan, cuba sedaya upaya untuk mengikut ajaran-ajaran Kristus. Iman kita meningkat apabila kita pilih untuk mempercayai dan bukan meragui, mengampun dan bukan menghakimi, bertaubat dan bukan memberontak. Iman kita dikembangkan semasa kita sabar bergantung kepada jasa dan belas kasihan dan rahmat Mesias yang Kudus.20

“Walaupun iman bukan satu ilmu yang sempurna,” Elder Neal A. Maxwell kata, “ia datangkan satu keyakinan besar kepada Tuhan, Dia memiliki ilmu yang sempurna!”21 Mahupun pada masa yang bergelora, iman kepada Tuhan Yesus Kristus adalah berani dan bertahanan. Ia membantu kita mengasingkan gangguan yang tidak penting. Ia menggalakkan kita untuk terus berjalan pada jalan perjanjian. Iman menolak kehampaan dan membenarkan kita menghadapi masa depan dengan keazaman dan keberanian. Ia mendorong kita untuk memintakan keselamatan dan kesenangan semasa kita berdoa kepada Bapa dalam nama Putera-Nya. Dan apabila permohonan doa tidak menerima jawapan, iman gigih kita kepada Yesus Kristus menghasilkan kesabaran, kerendahan hati, dan keupayaan untuk mengucap kata-kata ini dengan takzim, “Semoga Engkau memerintah di bumi.”22

Presiden Russell M. Nelson telah mengajarkan:

“Kita tidak perlu biarkan ketakutan menggantikan iman kita. Kita boleh melawan ketakutan itu dengan memperkuatkan iman kita.

“Bermula dengan anak-anak anda. … Biarkan mereka rasa iman anda, mahupun ketika anda menghadapi cubaan pahit. Biarlah iman anda berfokus pada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya yang Dikasihi, Tuhan Yesus Kristus.… Ajarkanlah setiap budak lelaki dan budak perempuan bahawa dia ialah seorang anak Tuhan, dicipta dalam imej-Nya, dengan satu tujuan dan potensi kudus. Masing-masing dilahir dengan cabaran untuk diatasi dan iman untuk dikembangkan.”23

Baru-baru ini saya terdengar dua orang kanak-kanak berusia empat tahun mengongsikan iman mereka kepada Yesus Kristus apabila mereka menjawab soalan ini “Bagaimana Yesus Kristus menolong anda?” Kanak-kanak pertama kata, “Saya tahu Yesus mengasihi saya kerana Dia mati untuk saya. Dia juga kasihi orang dewasa.” Kanak-kanak kedua kata, “Dia menolong saya apabila saya sedih atau marah. Dia juga tolong saya apabila saya ditenggelami masa susah.”

Yesus berfirman, “Oleh itu, sesiapa yang bertaubat dan datang kepada-Ku seperti seorang anak kecil, dialah yang akan Aku terima, kerana demikianlah kerajaan Tuhan.”24

“Tuhan sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan abadi.”25

Baru-baru ini, Presiden Nelson berjanji bahawa “ketakutan akan berkurang, dan iman akan meningkat” apabila kita “mula benar-benar mendengar dan mengendahkan firman Juruselamat.”26

Yesus meredakan laut

Saudara dan saudari, keadaan kita sekarang yang penuh dengan cabaran bukan destinasi abadi terakhir kita. Sebagai ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, kita mengangkat ke atas diri kita nama Yesus Kristus melalui perjanjian. Kita beriman dalam kuasa tebusan-Nya dan berharapan dalam janji-Nya yang besar dan berharga. Kita ada sebab untuk bergembira, kerana Tuhan dan Juruselamat kita sedar tentang cabaran, cubaan, dan kedukaan kita. Seperti Yesus ada bersama para pengikut-Nya pada zaman purba, Dia berada dalam perahu kita! Saya bersaksi Dia telah berikan nyawa-Nya supaya kita tidak akan mati. Semoga kita mempercayai Dia, mematuhi perintah-Nya, dan dengan beriman dengarkan Dia kata, “Diam! Tenanglah!”27 Dalam nama kudus Yesus Kristus, amin.